68; Dia "Amra"


Seawal hari mendung dan tiada matahari mahupun cahayanya. Semuanya seakan mimpi yang panjang dan tiada penghujung untuknya, adakah perjalanan hidupnya akan begini apabila dia membuka matanya sebentar lagi?

Setiap hari telinganya dapat menangkap bunyi bisikan kata-kata semangat untuk dia terus kuat dan ayat-ayat Al-quran yang sentiasa didengarinya setiap masa. Hatinya tenang apabila mendengar suara-suara dari orang yang tercinta kecuali dari sang tunang. Masih relevan untuk dipanggil tunang pada ketika ini lagi?

Adakah 'aku' akan tidur selamanya atau separuh hidup seperti ini?

Hatinya makin sakit apabila mendengar suara sang tunang yang asyik menyebut perkataan "maaf" kepadanya. Mudahnya seseorang menyebut perkataan itu dengan tanpa rasa ikhlas sedangkan perkataan itu sangt berharga untuk seseorang yang faham erti perkaatan maaf.

Jiwa yang trauma itu ibarat terselamat dalam kemalangan tetapi cacat seumur hidup. Terasa pedih di dadanya apabila  kotak memorinya mengulang tayang segalanya. Beberapa tahun yang sangat menguji kesabarannya serta jiwa dan mental.

Dia tidak mahu kembali mahupun toleh kebelakang sesaat, ingatlah kemarin sembuhnya setengah mati. Alangkah indahnya, dia mampu untuk membuat pilihan antara pergi atau teruskan perjuangannya kerana dia sudah membuat pilihan untuk dirinya.

"Cik Amra.." panggil doktor itu beberapa kali.

Suasana menjadi bising sekali dengan bunyi mesin bantuan pernafasan serta mesin jantung.

"Amra..." rintih ahli keluarganya.


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top