66: QAX Last Princess


Amra dibawa ke gudang milik Zedd di dalam hutan dan ketika itu Amra hanya berseorang diri. Hatinya masih terluka lagi dia bukan tidak menerima takdir cuma apa yang tok nenda lakukan padanya amat sakit.

Tiada guna kalau aku hidup lagi.

Ketika ini, tiada sesiapa pun dapat menjejak langkah Amra. 

"Hilman kau tahu Amra kat mana tak?" Izzran kehulur dan kehilir, otaknya ligat berfikir bagaimana mahu mencari Amra.

Dia tidak mahu kehilangan Amra pula.

"Amra pergi mana?" soal Haiqal.

Hilman cuba menjejak Amra menggunakan kepakarannya, dia cuba menggodam akses telefon Amra. Hilman diam, lokasi itu jauh dari mereka dan berada di kawasan hutan.

Apa kau cuba buat ni Amra?

Asfar melihat skrin ipad itu, " ni gudang Zedd..."

Mereka memandang satu sama lain, mereka diam lama. 

"Gudang tu dulu mummy pernah pergi dan bonda pernah bagitahu aku pasal gudang tu." ujar Asfar.

"Kita pergi sana sekarang jugak." baru sahaja Haiqal mahu bergerak tangannya dipegang oleh Hilman.

"Kalau korang keluar sekarang tok nenda mesti tahu." Hilman menunding jari kepada arah CCTV yang sedang memerhati pergerakan mereka.

Tiba sahaja di gudang itu Amra hanya membawa pisau belati sahaja di belakang badannya. Telefonnya juga ditinggalkan di dalam kereta, dia tahu Emrys pasti dapat mencarinya. 

Keliling Amra ramai dengan orang - orang Zedd, masuk sahaja dalam gudang itu mereka memandang Amra tanpa kelip. 

"Tuan, dia datang nak berjumpa tuan..."

Tengku Bella dan Ashween terkejut dengan kehadiran puteri Xavier itu. 

Amra melempar beberapa fail di atas meja yang berada di hadapan Ashween dan Tengku Bella. 

"Apa ni semua?" mata Tengku Bella memerhati gambar itu dengan penuh teliti, gambar ketika kejadian di majlis yang mengorbankan putera Xavier. Gambar Tengku Bella dan Avanna memegang pistol dan pisau belati.

"Kau ingat kau terlepas macam tu je?" Amra tersenyum sinis. Dia duduk di kerusi hadapan Avanna tanpa dipelawa oleh mereka.

Mereka diam, jeda.

Perwatakan Amra lebih menakutkan daripada bukti itu.

"Kau tanya nenek kau tu, dia punca segalanya." ujar Avanna dalam nada ketakutan.

"Are you sure with that? she belongs to Zedd not Xavier..."

"Tahan dia!" arah Ashween. 

Tengku Bella diam kerana dia hatinya sedih melihat Amra. Dia tidak pernah kisah dengan hartanya malah ahli keluarganya adalah permatanya. Kalau Airish masih hidup lagi dia tahu Amra tidak akan begini dan wanita itu tidak akan membenarkan sesiapa menyentuh anaknya.

Amra diikat dengan tali besi dan di dudukan dihadapan skrin layar. Ashween memasang video yang pernah dia tunjukkan pada Airish satu ketika dahulu. 

"Ni akan terjadi kalau kau tetap degil." 

Kemalangan yang dirancang oleh Zedd amat lah hebat.

Amra menangis ketika dia melihat kereta Asy Qairil dilanggar oleh lori balak dengan lajunya kemudian moyangnya yang kereta masuk kedalam gaung. Hatinya sakit sekali, beginikah kehidupan kerabat Xavier.

Amra menggeleng laju bersama tangisannya apabila melihat video Airish yang berada di Italy ketika dia terjatuh ke dalam kolam dari rooftop. Lebih menyakitkan hatinya ada video yang menunjukkan mayat ahli keluarga mereka diseksa dahulu sebelum ditanam.

Lord menarik rambut Amra dengan kasarnya, pipi Amra dicengkam kuat.

"Aku jijik dengan keluarga Xavier aku akan seksa keluarga kau sampai aku puas!" 

Amra tersenyum sinis, dia meludah wajah Lord tanpa rasa takut.

Ahli kerabat Zedd terdiam, mereka takut melihat wajah bengis Lord ketika itu.

Pipi Amra ditampar beberapa kali sebelum Lord mencekik leher Amra," kau terlalu berani untuk jadi lawan aku budak. Kau elok mati macam mak kau."

"Jadi bunuh lah aku." cabar Amra. 

Mereka terkejut dengan melihat keberanian Amra, mereka tahu Lord tidak akan mampu membunuh Amra kerana dia adalah segalanya untuk Zedd dan Xavier. Suku harta Zedd ada pada Amra dan jika dia membunuh Amra pasti mereka akan hilang harta begitu sahaja.

"Kenapa tengah risau ke tak dapat harta kalau aku mati?" Amra tersenyum sinis, keluarga durjana.

Lord berpusing menghadap Amra dan Ashween mencengkam pipi Amra dengan kasar sekali sehingga Amra menjerit kesakitkan.

"Aku tak akan bunuh kau sekali aku tak bunuh Tengku Rayyan Farhan, aku nak bunuh generasi Airish sebab aku benci manusia yang ada kaitan dengan Qistina Airish Xavier."  ujar Ashween dengan lantangnya.

Amra diam, wajah daddy nya terlayar di kotak memori. Dia memandang Ashween dengan pandangan sukar ditafsir, matanya mencerlung tajam melihat wajah lelaki itu.

"Dia takut lah tu..." provok Avanna.

Amra meludah ke muka Ashween tanpa rasa takut, anak matanya berubah warna. Sekian lama masalah multiple disoder itu tidak berlaku dan hari ini ia kembali lagi. Anak matanya menjadi warna biru pekat.

Mereka diam, jeda.

"Kurang ajar kau ni!'

Ashween melempang wajah Amra dengan kasarnya beberapa kali, Amra tidak melawan dia membiarkan sahaja Ashween terus berkasar dengan dia. Tiba - tiba tindakan Ashween berhenti apabila Avanna menyuruh untuk lihat skrin laptop itu.

"She's alive!" jerit Tengku Bella.

Skrin laptop itu diperhatikan lama, mereka terkejut apabila melihat kenyataan itu. Amra sudah terbaring lemah di atas lantai, wajahnya bengkak dan bibirnya terdapat luka. Video yang masih sedang tayang itu membuatkan Amra menangis, jeritan ahli keluarganya ketika kemalangan menyakitkan dirinya. Suara Airish yang bergema meminta tolong lebih meruntun jiwanya.

"Mummy..." Amra cuba bangun dan tersandar lemah di dinding itu.

Matanya ditutup rapat sakit melihat wajah ahli keluarganya yang berlumuran darah.

"Qistina Airish Xavier alive this is insane!" jerit Lord, nama yang sangat dikenali itu sedang menggegarkan dunia perniagaan kembali.

Amra diam apabila mereka menyebut nama  Qistina Airish Xavier.

Mummy hidup?

Tak... tak mungkin.

Air matanya mengalir laju, dia merindui Airish separuh mati. Dia tidak mampu untuk menahan perasaan rindu yang tidak berpenghujung itu. Amra bangun dan menghampiri mereka, dia hanya ketawa sinis dihadapan mereka.

Mereka memandang wajah Amra, Lord terus mencekik leher Amra dengan kuat sekali sehingga Amra menjerit dan memukul tangan Lord.

"Mak kau hidup lagi rupanya... aku nak bunuh dia dengan kau sekali!" dia menolak Amra dengan kasar sehingga kepala Amra terhantuk di dinding dengan kuat sekali.

Kepala Amra terdapat cecair merah banyak di dinding, dia terbaring lemah di atas lantai. Matanya kabur untuk lihat keadaan sekeliling, 

"Bos kawasan gudang ini telah dikepung boleh keluarga Xavier, helikopter milik Airish Xavier sudah berada di kawasan gudang ini." ujar orang suruhan Zedd. 

Tengku Bella masih lagi dalam keadaan terkejut, dia tidak percaya apa yang dia lihat di skrin laptop itu dan apa yang dicakapkan oleh lelaki itu. Qistina Airish Xavier masih hidup?

Belum sempat mereka bergerak, terdapat banyak cahaya kecil berwarna merah pada seluruhh tempat. 

Keadaan di dalam gudang itu menjadi tegang apabila orang -orang Xavier menyerbu gudang itu. 

"Mana kau Airish Xavier!" jerit Lord dengan lantangnya. 

Dia tahu Airish Xavir berada di gudang itu kerana orang - orang Xavier di gudang itu adalah orang suruhan Qistina Airish Xavier kerana Emrys berada di situ. Skrin layar di gudang itu tertulis nama Qistina Airish Xavier dengan besarnya.

Bunyi das tembakan tidak berhenti, jeritan demi jeritan kedengaran.

Suara Tengku Bella meringis kesakitan, mereka tiada senjata untuk mempertahankan diri sendiri ketika itu.

Denyutan jantung kian perlahan, Amra cuba membaca apa yang berada di skrin layar itu. Walaupun tulisan itu sukar dibaca dia tersenyum apabila dia melihat nama mummy di situ. 

"Mummy... Amra.. kat sini." pandangannya makin kabur dan terasa sakit di seluruh badan ketika itu. Suntikan racun Wolfbanes di kawasan tangan itu sudah bertukar menjadi biru, sakit itu telah menjalar keseluruh badan.

Nafasnya sukar dikawal ketika ini,pendengarannya sudah mula tidak mendengar. Pandangan yang kabur menyukarkan Amra untuk melihat apa yang terjadi sekarang.

Sempat tak aku berjumpa dengan mummy?

Matanya sudah mula tertutup rapat dan rentak jantungnya sudah berubah menjadi perlahan. 

"Amra!" 

Matanya meliar mencari seseorang dalam keadaan perasaan yang penuh risau.

"Amra Zahra!" 

Matanya berhenti kearah satu kawasan di tepi gudang itu, satu tubuh yang sangat dikenalinya terbaring di atas lantai. Langkah diaturkan ke sana denga tidak percaya, wajah itu sangat dikenalinya. 

Hatinya meringis kesakitan, wajah itu diperhati lama. Air mata sayu mengalir laju, wajah Amra yang penuh kesan luka lebam dan darah dan di lantai yang penuh dengan darah. Rambut Amra dibasahi oleh cecair berwarna merah. Tangan Amra diikat dengan tali besi lebih menyedihkan, sakitnya matanya untuk melihat itu semua pada anak tercinta.

"Amra..." nama Amra dipanggil beberapa kali.

Amra mencelikkan matanya, pandangan yang kabur itu menyukarkan dia untuk melihat orang yang berada di sampingnya ketika ini. Kepala Amra di pangkuannya , Amra dapat menghidu bau minyak wangi yang amat dikenalinya.

Bau yang sangat dirindui.

"Amra..." air mata itu membasahi wajah Amra ketika itu, matanya kembali tertutup rapat tiada kudrat lagi untuk dia bertahan. Jarinya menggengam erat tangan itu, sudah lama dia tidak dapat menyentuh tangan itu dengan lama.

Amra diangkat dan dibawa keluar dari gudang itu dengan berhati - hati.

"Qistina Airish Xavier welcome home..."  suara yang dikenali itu tidak dihiraukan, keselamatan Amra lebih penting.

Helikopter itu telah tersedia untuk membawa Amra terus menuju ke hospital. Wajah yang paling dia benci harini dia lihat kembali sekian lama dia tidak melihat wajah itu.


TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

She's alive?

Qistina Airish Xavier back?

Que akan update next part  bergantung kepada votes. I will be back really soon, I have final on March...

BY - Questn


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top