66: It's RF


Amra dibawa ke hospital menggunakan helikopter, hanya dia sahaja yang tidak mengikuti ke hospital kerana dia ada urusan dengan kerabat Zedd. 

"Wait are you - " mereka terkejut dengan apa yang mereka lihat.

"I - argh!" Lord mencampak cawan kaca itu ke arah dinding, perasaan membenci semakin membuak - buak.

"Learn from the Xavier first." bibirnya ternaik dan menampakkan senyuman sinisnya.

Media sosial dibanjiri dengan gambar Qistina Airish Xavier,  Last Princess Tyler Cullen. Semua headline di akhbar adalah mengenai Xavier,  tidak berhenti persoalandi media sosial untuk Airish ketika ini. Hampir 12 tahun dia meninggalkan dunia perniagaan dan ahli keluarga dan sekarang dia kembali ke pangkuan keluarganya.

Han mencekik leher Ashween sehingga dia kehabisan nafas, tangannya tidak berhenti memukul Han untuk melepaskannya malangnya tidak dihiraukan oleh Han.

"Berani kau sentuh anak aku!" makin kuat cengkaman itu dileher Ashween tanpa rasa belas kasihan.

Lord dan Tengku Bella cuba mendekati Han, langkah mereka berhenti apabila Han mengangkat tangan kirinya secara tiba - tiba umpama memberi isyarat untuk mereka berhenti.

"Kau nak nasib sama dengan dia pulak ke?" soal Han dengan sinisnya.

Dia melepaskan cengkaman itu, Ashween terbaring lemah di atas lantai dan mencari nafas.

Han berpusing menghadap kerabat Zedd dengan wajahnya yang tegas. 

"Aku akan pastikan hutang nyawa dibalas dengan nyawa."

Semua terdiam dan terkedu mendengarnya kerana inilah kali pertama Rayyan Farhan berada di situasi begini.Melihat wajah bengis dan panahan tajam mata Han amat menakutkan mereka. 

"Tuan..." panggil Emrys.

Han memandang Emrys, " Puan suruh tuan datang ke hospital sekarang..."

Dia terlupa dengan puterinya yang berada di hospital dek akibat perasaan marah yang mengatasi segalanya membuatkan dia lupa mengenai Amra.

Sebuah helikopter sudah tersedia untuk Han untuk menuju ke hospital.

Tiba sahaja di hospital, kelibat isterinya dicari. Matanya berhenti pada seorang wanita yang terduduk lemah di kerusi menunggu. Han menghampiri Airish dengan senyuman, akhirnya wanita yang paling di cintai berada dihadapannya.

"Sayang..." panggil Han.

Airish menoleh melihat wajah Han yang kelihatan penat , dia terus memeluk Han dengan eratnya. Risau jika terjadi apa - apa pada suaminya kerana Han tidak pernah bersemuka dengan kerabat Zedd lebih - lebih lagi ketika dia tidak berada disitu.

"Abang okay..." dia mendengar tangisan Airish dengan jelas sekali, Han membalas pelukan itu dengan eratnya. Bibirnya mengucup lembut ubun - ubun isterinya beberapa kali, perasaan ini seakan mimpi.

"Rish risau abang dengan anak kita..." makin kuat tangisan Airish.

Hatinya menjadi lembut apabila ia berkaitan dengan ahli keluarganya, dia tidak mampu menahan air matanya lagi. Seorang ibu manakah yang mampu melihat anak yang dikandung selama sembilan bulan sedang terlantar di hospital. 

Dia gagal menjaga ahli keluarganya...

"Amra kuat macam Rish... kita bagi masa untuk dia berehat dulu." pujuk Han dengan lembutnya.

Ketika ini dia hanya perlukan semangat daripada Han, hatinya berasa lega dan hilang perasaan beban di hati apabila berada di dalam dakapan suaminya. Dia rindu suami dan keluarga kecilnya. 

Sudah 5 jam Amra berada di dalam bilik bedah dan akhirnya dia dipindahkan di ward biasa. Kawalan ketat di setiap kawasan hospital itu, hanya orang tertentu sahaja dapat melintasi ward itu.

Suasana di situ berubah apabila tok nenda tiba.

"Bagi saya masuk.. saya nak melawat cucu saya!"

"Maaf, puan tidak dibenarkan untuk masuk ke bahagian ini."

Tok nenda tidak puas hati dengan layanan yang diberikan oleh pengawal itu.

Izzran dan Asfar menyapa tok nenda, mereka tahu mengapa tok nenda tidak dibenarkan melawat Amra kerana tok nenda dianggap satu ancaman  pada Amra.

"Kamu bagitahu mereka ni untuk bagi tok nenda masuk." ujar tok nenda.

Izzran memandang Asfar di hadapannya. 

"Asfar minta maaf tapi tok nenda tidak dibenarkan untuk melawat Amra buat masa sekarang..." ujar Asfar dengan lembutnya, dia tidak mahu berkasar dengan tok nenda.

"Kamu pula mahu melawan tok nenda?" soal tok nenda dengan nada tinggi.

"Rish yang tak benarkan nenda melawat anak Rish." Airish muncul dari belakang, Emrys memberitahunya tentang tok nenda.

"Selepas lama menghilang ini yang kamu buat pada nenda?" dia mengetahui tentang keberadaan Qistina Airish Xavier sejak dari dulu lagi dan menunggu masa sahaja untuk cucunya munculkan dirinya dihadapannya kembali.

Airish meraih tangan tok nenda lalu tangan itu dikucup lama. Tak pernah sekalipun dia mempunyai niat untuk menjadi kurang ajar dengan neneknya, wanita itu membersarkan dia penuh kasih sayang.

"Rish minta ampun tapi Rish mohon kali ni hormat dengan keputusan Rish." ucap Airish, matanya merenung wajah tok nenda.

Tok nenda melepaskan pegangan itu dan terus beredar dari situ.

"Terima kasih sayang..." ucap Airish pada Izzran dan Asfar, mungkin keadaan akan menjadi lagi teruk jika mereka tiada disitu.

Keadaan Amra masih tidak stabil kerana terdapat racun di dalam saluran darahnya dan darah itu haruslah ditukar kerana ia akan membahayakan nyawa Amra. Hilman turut berada di hospital untuk  menjaga Amra.

Dia berasa menyesal kerana tidak mengambil berat tentang apa yang berlaku. 

Princess Xavier yang berada di luar negara melihat berita tentang kemunculan sepupunya. Mereka tidak sangka Airish masih hidup dan sekelip mata namanya telah menggegarkan dunia perniagaan kembali. 

Selama ini mereka naluri mereka tepat mengenai sepupunya kerana jawatan tertinggi syarikat Blue Iv masih kosong dan masih menunggu seseorang yang layak untuk menggalas tanggungjawab itu.  

Memang tepat hanya Qistina Airish Xavier sahaja yang mampu menggalas tanggungjawab itu.

Mereka bertiga berpelukan dan tidak sabar untuk pulang ke rumah untuk berjumpa dengan wanita itu. 

Airish dan Emrys berada di kawasan yang jauh dari keluarga Xavier. Mereka sedang berbincang mengenai Zedd, Emrys pasti Lord tidak akan membiarkan Airish untuk masuk ke dalam dunia perniagaan kembali.

"Kita perlu ketatkan keselamatan semua orang..."

"Tapi Rish kita perlu kenal pasti siapa mangsa Zedd selepas ini, akan ada yang akan menjadi mangsa untuk menjatuhkan Xavier." Emrys memandang Airish dengan penuh serius ketika ini saat yang paling getir dan menakutkan kerana akan ada kehilangan nyawa.

Kerabat Zedd sanggup melakukan apa sahaja untuk dapatkan apa yang dia mahu walaupun terpaksa membunuh darah daging sendiri.

"Agak - agak siapa seterusnya?" soal Airish. 

Mereka berdua diam dan berfikir siapa yang akan dijadikan mangsa kerabat Zedd. 

"Nenda!"

"Puan!" jawab mereka berdua serentak.

Hanya tok nenda sahaja yang menyokong kerabat Zedd dan untuk mengukuhkan pengaruh mereka perlu mendapat sokongan dari tok nenda. Apabila tok nenda tiada kuasa lagi mereka akan menghapuskan tok nenda.


TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

BY QUESTN

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top