65; Kenangan pahit


Sekujur tubuh berselimut putih dipandang lama, memori indah terlayar di minda. Tidak pernah sekali pun lelaki itu menyakitkan dirinya malah melindunginya dengan penuh kasih sayang. 

Dialah bidadara kiriman tuhan untukku.

Dia juga menggalas tanggungjawab arwah mummy untuk menjaga aku.

Aku memandang wajah Fatin Catrina, macam ni ke rasa sakitnya perpisahan yang dialaminya ketika mummy tiada.

Aku mula rindu lelaki itu, perasaan itu tidak boleh diungkapkan.

Punca kematiannya adalah terdapat racun di dalam darahnya dan mereka tidak mampu untuk merawat Daniel kerana kuman itu sudah merebak ke seluruh organ penting. Mereka juga pelik kerana racun itu tidak pernah dijumpai oleh mereka lagi.

Aku jijik dengan kerabat Zedd.

Kerabat durjana dari neraka iaitu Zedd.

Aku menangis apabila namaku dipanggil untuk masuk dan melihat arwah sebelum dimandikan dan dikafankan. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk melihat lelaki ini tidur nyenyak dan berpakaian putih sebentar lagi.

"Adik rindu abang sangat - sangat... " tangisannya tidak dapat ditahan lagi. Tangannya menyentuh lembut dahi Daniel, sejuk.

"Terima kasih jadi pelindung adik." bergetar suaranya. 

Liur yang berpasir, seakan payah untuk ditelan. 

Amra kebelakang dan memberi laluan dan ruang untuk Haiqal dan yang lain.

Sayu hatinya melihat darah dagingnya tidak lagi seperti biasa, bising. Sekarang Daniel Mikhael hanya tidur untuk selama - lamanya. 

"Aku sayang kau dunia akhirat Niel." bibirnya mengucup lama dahi lelaki itu. Air matanya lelaki itu mengalir atas wajah Daniel, dia tidak mampu untuk menahan tangisannya. 

Tidak pernah sekali pun dia berjauhan dengan lelaki itu tetapi kalini perpisahan yang paling hebat yang pernah dirasai olehnya. Kehilangan orang yang paling dia sayang.

Izzran mengelap air mata yang membasahi wajah Daniel menggunakan tisu yang berada di tangannya. Amra menarik tangan Haiqal untuk memberikan ruang untuk Izzran pula.

Izzran menyandarkan kepalanya di dada bidang  milik Daniel, air matanya mengalir deras. Sakit di dada tidak dapat digambarkan olehnya ketika ini. Tangannya menggengam kain putih yang menyelimutkan Daniel itu.

Daniel ada lah penghibur hatinya walaupun Daniel amatlah degil.

"Yela - yela orang tua ni bising je..." Daniel mencebik , matanya menjeling Izzran.

Bibirnya mencebik apabila Izzran merampas jajan yang berada di tanggan Daniel, penuh satu troli dengan makanan ringan. Izzran amat menjaga makanan ahli keluarganya, makanan ringan tidak boleh bawa masuk ke rumah.

"Mati lah aku tak dapat makan keropok Mimi tu..." keluh Daniel dalam nada bisik.

Izzran dapat mendengar keluhan Daniel, "Tak ada lagi orang mati tak dapat makan makanan keropok Mimi Daniel Mikhael Shah." 

Daniel mendiamkan diri, nak merajuk dengan Izzran jugak tak kira!

Izzran berpusing menghadap Daniel, dia menggeleng perlahan. Daniel memang manja dengannya walaupun mereka selalu menjadi kucing dan anjing.

"Okay ambil satu je keropok Mimi tu." ujar Izzran.

"Dua?" Daniel tersengih memandang Izzran, matanya sengaja dikerdipkan beberapa kali.

"Okay fine!" jawab Izzran.

Aku tak kuat Daniel...

Dia mengangkat wajahnya dan menggengam tangan Daniel dengan eratnya.

"Aku janji aku jaga mama dengan papa sampai bila - bila." Hilman menarik Izzran untuk memberi ruang kepada Asfar dan Fatin Catrina.

Asfar hanya mengucup dahi Daniel sahaja dan dia terus memberi laluan kepada Fatin Catrina. Kakinya tidak kuat untuk berdiri dan melihat jenazah itu.

"Anak soleh mama ni, mama ampunkan semua dosa sayang..." air matanya membasahi wajah Daniel, dia tidak sangka yang kerabat Zedd adalah punca. Luka di hatinya tentang kehilangan Airish sudah cukup menyakitkan dirinya dan sekarang dia hilang permatanya pula.

Fatin kucup seluruh wajah Daniel, bibirnya berlabuh lama di dahi Daniel. 

**********

Awan yang mendung tahu seperti tahu mereka kehilangan seseorang. Amra hanya berdiri dari jauh sahaja, dia tidak mampu melihat arwah ketika ini dan lebih menyedihkan dia apabila melihat Princess Xavier menangis. 

Beginikah perasaan mereka melihat kerabat Zedd punca segalanya."

"Kenapa anak daddy kat sini?" soal Han dengan lembutnya.

Amra terus memeluk erat badan Han, " Amra sedih daddy..."

Han diam, dia juga sedih tapi dia harus kuat untuk Shah dan Fatin. Hatinya juga berat juga dia tahu kerabat Zedd tak akan biarkan mereka hidup bahagia. Pada malam itu, mereka membuat tahlil di rumah agam. 

Mereka bersarapan beramai -ramai, pada hari ini baru mereka berkumpul ramai - ramai. Mungkin ini hikmah pada keluarga Xavier?

 Hanya Amra sahaja tiada di meja makan kerana dia tidak mahu, hatinya sedih apabila melihat tok nenda. Dia tidak mampu untuk membenci wanita tua itu kerana dia menyayangi wanita itu lebih daripadanya.

"Amra makan dulu lepas tu baru keluar..." pujuk Aryad, dia tahu adiknya sedang memberontak.

"Sayang duduk sebelah mama..." ajak Fatin Catrina.

"It's okay, Amra ada hal kat luar." matanya memandang tok nenda.

"Sampai bila kamu nak memberontak ?" soal tok nenda perlahan.

Suasana berubah hanya dengar bunyi angin kipas sahaja ketika itu. Mereka memandang tok nenda dan Amra bersilih ganti. 

"Why would I answer that question. You already have the answer Puan Sri Hana." 

Wajah tok nenda berubah, dia tahu Amra begitu kerana dia. 

"Teruskan memberontak kalau kamu susah nak dengar kata tok nenda keluar sahaja dari rumah ni. Find your own happiness and your way. Selangkah kamu melangkah kaki kamu keluar you're not my flesh blood anymore. Tak suka sangat nama Xavier ni kamu buang nama tu." balas tok nenda dengan nada tinggi, kesabarannya mula tipis.

Memang sebijik perangai Qistina Airish Xavier, degil dan memberontak.

"Nenda..."

Tok nenda berdiri, matanya merenung wajah sang cucu" ada yang nak keluar dari rumah ni ikut jejak langkah budak tak kenang jasa tu? nenda tak halang."

Princess Xavier meraup wajah dan memuntahkan keluhan. Baru sahaja kehilangan Daniel dan kini mereka diuji masalah baru. Mereka mungkin akan berpisah jika dibiarkan.

Amra menggengam tangannya, darahnya terasa naik seoktaf. Matanya berubah menjadi warna lain akibat penyakitnya DID multiple disoder. Kemarahannya membuak - buak ketika ini, dia mahu sahaja membaling pasu di tepinya ketika ini.

Haiqal perasan perubahan Amra, dia mengoncang lengan Izzran dan berbisik pada lelaki itu.

"Sampai nafas terakhir pun nama Amra akan tetap Amra Zahra Rayyan Xavier. I am deserve to be here because I'm Last Princess daughter. Tok nenda sampai bila - bila tak akan nampak kesalahan Zedd dah hilang semua orang baru nak menyesal." 

"Amra Zahra Rayyan!" naik suara Aryad seoktaf. 

Amra mendekati Han, tangan lelaki itu diraih dan dikucup lama. Hatinya berat untuk lepaskan tangan itu, dia mengangkat wajah dan mengucup kedua belah pipi Han. Dia terus memeluk erat Han, hatinya masih terluka dengan pemergian dua insan yang dia cintai.

"Amra minta izin daddy keluar rumah, Amra masih dalam kawalan Emrys. Daddy jaga diri nanti Amra balik rumah jugak..." Han meleraikan pelukan itu dan mengucup dahi Amra.

"Daddy izinkan." daddy tahu kalau Amra tinggal rumah Amra takut kalau keadaan berubah menjadi lagi teruk. 

Rumah agam itu tidaklah selamat lagi untuk menjadi pelindung mereka. Satu demi satu kerabat Xavier akan hilang kerana itu adalah janji mereka. Akan ada mangsa seterusnya dan mereka akan jatuhkan Xavier sehingga mereka melutut.

"Aku nak dia mati macam mana Ashween mati dulu, pastikan dia terseksa dulu."

Dendam yang dikawal oleh nafsu amarah.

"Dan.. aku nak dia melutut depan aku. Aku nak dia rasa sakitnya aku bila hilang Ashween."

Kau selamanya kalah Airish... tak ada seorang pun akan dapat lindungi keluarga kau termasuk lah Amra. Kau rampas Rayyan Farhan dari aku dan kemudian Ashween sekarang aku nak keluarga kau rasa sakitnya macam mana rasa kehilangan...

Kau kalah Qistina Airish Xavier.

Tanpa kau Princess Xavier lemah, mereka lembik dan mereka bertiga bukan lawan untuk Zedd.

Aku tunggu saat - saat kemenangan Zedd.



TO BE CONTINUE 

VOTES AND COMMENTS

Cecah 500 votes, Que update next part okay. 

Goodluck readers!

#RoadtoendingXc

BY - QUESTN


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top