64: Putera Xavier
Apabila Han berangkat ke Itali untuk berjumpa dengan keluarga Ricci, hati Amra berasa sedikit lega kerana dia tahu keselamatan Han akan terjaga.
Pergerakan mereka diperhati oleh seseorang, Amra mula takut dan risau kerana dia dapat merasakan ada antara dia akan jadi sasarann. Kerabat Xavier dijemput datang ke jamuan yang dianjurkan oleh kerabat Zedd dan anak buah syarikatnya. Atas desakan tok nenda mereka hanya patuh sahaja.
"Amra okay?" soal Daniel perlahan.
Amra mengganguk laju, bibirnya mengukir senyuman manis walaupun itu bukanlah senyuman yang ikhlas daripadanya.
Hanya Amra sahaja yang memandu kereta kerana dia tidak mahu naik kereta dengan tok nenda dan mahu memerhatikan gerak geri tok nenda.
Tiba sahaja di situ, pihak media mula menyerbu mereka. Amra berjalan beriringan dengan Daniel, masuk sahaja dewan besar itu dia dapat merasakan sesuatu yang lain. Hatinya dilanda risau yang tidak tahu puncannya.
"Adik jom makan..." Haiqal menghulurkan pinggan yang berisi dengan makanan. Ahli kerabat Xavier dikumpulkan di bahagian kiri dewan, Avanna dan Tengku Bella menegur tok nenda dengan ramahnya.
"Amra makan lah, sedap tau." tegur Tengku Bella dengan ramahnya.
Sebabkan ada pihak media je kau nak cakap elok - elok dengan aku.
"I won't eat food from Zedd's" balas Amra.
Tok nenda memandang Amra dengan pandangan suka ditafsir.
Amra terus bangun dan menuju ke tempat air yang disediakan, dia mula curiga dengan kawasan dewan itu kenapa CCTV ada tapi dimatikan?
Avanna mencengkam pergelangan Amra dengan kuat sekali.
"Macam ni ke Airish ajar kau tentang adab?" soal Avanna dengan sinisnya.
Amra mula naik berang dengan tindakan drastik Avanna, kau nak cari pasal dengan aku ke?
"Adik mana?" soal Izzran.
"Dia pergi tempat ambil air tadi." balas Haiqal.
Izzran terus bangun dan mencari Amra dengan segera, dia takut sesuatu terjadi. Mereka tahu Amra sedang memberontak dan macam - macam boleh terjadi.
"Adik...." hatinya makin risau apabila melihat Amra dan Avanna. Wajah Amra merah sekali seperti menahan geram, Izzran terus menarik lengan Amra dan bawa dia pergi jauh dari situ. Dia membawa Amra ke taman yang terdapat disitu.
"Are you okay peanut?" soal Izzran.
Amra menggeleng perlahan dia memuntahkan keluhan.
"Sampai bila adik nak memberontak dengan tok nenda?" soal Izzran.
"Tok nenda tak sayang adik, I can't do anything abang. Adik tak akan biarkan Tengku Bella masuk keluarga kita walaupun tu kehendak tok nenda." balas Amra dengan tenangnya. Hatinya sakit sangat apabila setiap kali dia melihat wajah Tengku Bella, keluarga pembunuh.
Bukan dia tidak tahu apa yang terjadi kepada ahli keluarganya yang lain.
"Kenapa cakap macam tu, tok nenda sayang adik lah..." pujuk Izzran.
Amra ketawa sinis, "kalau dia sayang Amra dia tak akan pisahkan Amra dengan Ayad dan sekarang daddy pulak."
Tiba - tiba seluruh kawasan itu menjadi gelap, Amra terus melihat kearah dewan yang juga gelap. Amra terus berlari masuk ke dalam dewan itu dengan pantasnya, ni permainan mereka!
"Adik!"
Suasana gelap itu bising, Amra mencari bayangan ahli keluarganya.
"Diminta semua bertenangn dan jangan bergerak." ujar pengacara itu.
Amra terus berlari ke arah tok nenda, dia melihat orang Xavier mengepung tok nenda, Haiqal dan Asfar.
"Mohon sesiapa yang berada dekat dengan pentas tolong menekan suis yang berada di kotak itu untuk hidupkan suis generator."
Langkah lelaki itu laju ke pentas dan sedang di berdiri di atas pentas itu. Satu cahaya merah berada di jantung lelaki itu.
"Daniel tunduk!" jerit Amra dengan kuat sekali.
Dum!
Satu peluru itu tersasar dan terkena pada tempat lain.
Mereka terkejut dengan bunyi tembakan itu, mereka menjadi panik dan menjerit.
"Do your work Alpha Team!" arah Amra pada mikrofon yang berada pada lengan bajunya.
Baru sahaja mereka mahu melarikan diri ke luar dewan, Daniel sedang berlari kearah ahli keluarganya dan ketika satu peluru itu tepat kena pada dadanya. Dia rebah dan seraya itu dewan itu menjadi terang dengan lampu.
"Daniel!"
Daniel terbaring di atas lantai dengan berlumuran darah, tangan kirinya memegang dadanya. Peluhnya merenik dan dahinya berkerut menahan sakit yang menjalar satu badan.
Haiqal memangku kepala Daniel diatas ribanya, mereka berkumpul disekeliling Daniel termasuklah dengan pihak media.
Alpha Team membawa Daniel menaiki helikopter, mereka bergegas menuju ke hospital termasuklah Haiqal dan Asfar. Pihak media turut mengikuti mereka dari belakang dan menuju ke hospital.
"Tok nenda puas tak sekarang?" jerkah Amra dengan lantangnya, tiada perasaan hormat pada wanita itu lagi.
Tok nenda terkedu, diam. Dia menundukkan wajahnya dan air matanya diseka laju.
Wajah Tengku Bella dipandang dengan penuh benci, dia menghampiri Tengku Bella dan mencekik leher perempuan itu dengan kuat sehingga kan bibir Tengku Bella berubah menjadi biru.
"Amra!" jerit Izzran.
"Kau elok mati je sekarang..." makin kuat cengkaman pada leher Tengku Bella, mereka cuba menghalang Amra tapi langkah mereka terbatas kerana Amra sedang memegang pistol di tangan.
"Amra Zahra cukup!" jerit tok nenda.
Amra melepaskan cengkaman itu dan Tengku Bella terjatuh lemah di atas lantai. Amra berpusing menghadap tok nenda dengan keluhan dan tawa sinisnya.
"You don't deserve to call me with that name..." air matanya membasahi pipinya, sakit di dada di tahan dengan sekuat hatinya. Apa yang dilafazkan dari bibirnya semua itu menyakitkan dirinya.
"Sebab hanya keluarga sahaja dibenarkan sebut nama Amra and you're not even my grandmother."
Air mata tok nenda bergenang, hatinya sedih apabila dia mendengar ayat itu dari sang cucu.
"Amra Zahra Rayyan!" jerit Izzran seoktaf. Hilang sabarnya apabila melihat Amra yang semakin hilang kewarasan.
Amra mengukir senyuman sinis dan memandang orang disekelilingnya dengan pandangan sukar ditafsir.
"Dengar sini, apa - apa terjadi pada Daniel I will make sure you will regret for entire your life. That's my promise." matanya tajam melihat wajah tok nenda. Dia terus melangkah keluar dari dewan itu dan bergegas menuju ke hospital dengan keretanya tanpa menghiraukan Izzran.
Tiba sahaja di hospital Kuala Lumpur semua keluarga Xavier dan menunggu kepulangan Princess Xavier bersama suami mereka dari Italy. Pihak media dihalang dari mendekati kawasan hospital itu demi keselamatan dan nama baik keluarga itu.
Emrys menghampiri Amra yang sedang sandar di kerusi. Badannya seperti sedang lemah kerana tiada tenaga lagi, kebelakangan ini badannya mudah letih dan kepalanya pening.
"Amra." panggil Emrys.
Tangannya menghulurkan satu plastik yang berisi satu peluru. Tetapi peluru itu lain dari lain dan terdapat ukiran pada peluru itu.
Amra diam, tangannya menggigil kerana dia teringat gambar yang pernah arwah Airish tunjukkan padanya. Sekeping gambar yang lain dari lain, terdapat lukisan bunga disitu. Bunga yang sukar dijumpai di Malasyia tetapi mudah dijumpai oleh kerabat Zedd.
Wolfsbane.
Racun yang membunuh mummy...
Air matanya mengalir deras, Izzran menarik Amra ke dalam pelukannya. Badan Amra jelas sedang menggigil seperti ketakutan.
"Kenapa dia tak bunuh adik je." ujar Amra dalam tangisannya, dia menyandarkan dirinya pada Izzran. Lututnya berasa lemah dan tiada kekuatan untuk berdiri lagi.
"Bukan salah adik sayang..." pujuk Izzran.
Amra tahu akan mangsa seterusnya, mereka mahu menjatuhkan Xavier.
Amra tidak sedarkan diri ketika dia di dalam pelukan Izzran. Mereka terus membawa Amra ke Unit Kecemasan dan Amra terus dimasukkan ke ward kerana tekanan darahnya yang rendah. Badannya lemah ketika ini, tiada daya kekuatan sekarang.
Dia tersedar dan melihat Hilman berada disampingnya dengan senyuman.
Tetapi senyuman itu seperti membawa maksud lain, berapa lama dia tidur sehinggakan cahaya matahari di luar sana dia seperti tidak pernah menjumpainya.
"Are you okay sweetheart?" soal Hilman.
Amra mengganguk dan melihat ada sebakul surah Yasin di atas meja di tepi katilnya. Jantungnya berdebar laju, ingatannya mengimbas kembali apa yang terjadi dan bunyi tembakan itu terasa jelas berada di telinganya.
Tangannya laju menutup telinganya dan mata menutup rapat.
Hilman terus memeluk Amra dan memujuk Amra, dia tahu sekarang Amra sedang lemah dan dia tidak tahu bagaimana dia mahu memberitahu Amra tentang keadaan Daniel.
"Daniel mana kenapa dia tak datang sini?" soal Amra.
Deg.
Lemah jantung Hilman apabila Amra menyoalnya.
Pintu bilik itu terbuka luas dan Haiqal masuk kedalam itu dan memanggil Amra.
"Abang... Daniel mana?" matanya meliar mencari Daniel, dia rindu lelaki itu.
Haiqal diam, matanya sembab. Seharian dia menangis dan menahan kesedihan di dadanya.
"Kenapa abang diam, Daniel tak melawat adik pun. Daniel tak sayangkan adik ke?" soal Amra lagi.
Haiqal cuba mengukir senyuman dibibirnya, aku harap kau kuat adik.
"Daniel sayangkan adik sangat -sangat. You're everything to us peanut..." dia menghampiri Amra dengan senyuman palsu itu.
Dia menyeka air mata yang mengalir di pipi Amra, hatinya sedih apabila melihat Amra begini.
"Jom kita tengok Daniel nak?" soal Haiqal, tangannya menggosok kepala Amra dengan penuh kasih sayang.
"Nak!" jawab Amra dengan gembiranya.
Lulu hati Hilman melihat tunangnya, aku tak tahu apa akan terjadi seterusnya bila kau tengok keadaan Daniel selepas ini.
Aku harap kau kuat Amra Zahra...
"Tapi adik kena janji dulu jangan nangis kena kuat boleh?"
Amra memandang Haiqal dengan penuh persoalan, dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena. Dia memandang Hilman sekilas, lelaki itu hanya diam sahaja.
Izzran dan Haiqal masuk ke dalam bilik itu.
"Jom." ajak Asfar.
Amra memandang mereka dengan penuh persoalan. Pemaikaian mereka juga lain, Amra memandang wajah Haiqal sembab itu.
Izzran menarik tangan Amra dan berjalan beriringan keluar dari bilik itu dan menuju ke suatu tempat. Langkah Amra mati disitu dan air matanya mengalir laju apabila melihat sekujur badan berselimut putih padanya. Hatinya luluh tengok wajah itu, dia memalingkan wajahnya dan tangisannya mula didengari.
Tangisan Fatin Catrina di dalam pelukan Damia Arisya meluluhkan hati sesiapa yang dengar. Sang ibu kehilangan satu - satunya permata dan kekuatannya.
TO BE CONTINUE
VOTES AND COMMMENTS
BY - QUESTN
Comments dan votes banyak - banyak tau sebab kita dah berada di penghujung cerita hehehe.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top