60: Hero Time

Selepas seminggu kejadian pahit itu, Amra masih dalam mood dinginnya. Mereka kembali ke sekolah seperti biasa tetapi Princess Xavier, King masih berada di Italy untuk berehat mungkin mereka akan pulang tak lama lagi.

Pada hari Isnin, semua pelajar haruslah berkumpul di dalam Arcad Hall untuk perhimpunan rasmi.

Hilman Riyadh yang memberi ucapan untuk wakil pelajar, naik sahaja Hilman di atas pentas Amra pun bangun dan beredar dari tempat itu. Hilman nampak kelibat Amra yang meninggalkan Arcad Hall menggunakan lalulan belakang pentas.


******

Amra tidak masuk kelas pada dari pagi kerana dia ada urusan di bilik VIP, namanya terus dipanggil di bilik pengawas.

Dia bukan tak nak datang mesyuarat pengawas tetapi dia ada urusan di bilik VIP bersama ketua bidang pelajaran. Dian dan Sarah pula tidak hadir ke sekolah hari ni kerana demam kalau tak dah suruh mereka uruskan Avanna.

Tok!

Tok!

"Masuk."

Semua mata memandang Amra dengan tanda tanya, kenapa Amra seperti menjauhi Hilman. Mereka perasan dengan perubahan itu.

"Kenapa tak masuk mesyuarat?" soal Kirana iaitu ketua pengurusan pelajar. Kawan baik kepa

da Avanna.

"I've my own reason." balas Amra, dia sengaja berdiri dihadapan Hilman tanpa perasaan.

Suasana berubah apabila Avanna cuba memprovok Amra.

"Kalau tak boleh ikut cara aku silakan pergi sekolah lain, sekolah ni pun tak rugi tak ada kau." balas Amra dengan sinisnya. Dia merenung tajam Avanna yang duduk di sebelah Hilman.

"Aku pun ada hak dalam sekolah ni...."

Pengawas lain mula berbisik antara satu sama lain.

"Sebab aku ni cucu angkat Puan Sri Hana." ujar Avanna dengan senyuman sinisnya.

Dum!

Amra tumbuk meja di tepinya dengan kuat sekali membuatkan semua orang terdiam.

"Tak malu ke menumpang keluarga orang." bidas Amra, tangannya sudah mengepal penumbuk.

"Apa cakap macam tu, Bella kan tak lama lagi jadi your mom to be." celah Tengku Bella.

Makin banyak suara kecil bersuara, Tengku Bella berada di dalam bilik ini kerana mahu jadi penyumbang Arcad Academy.

"Pembunuh macam kau tak layak untuk daddy aku." balas Amra dengan tawa sinisnya

Fight me!

Wajah Tengku Bella menjadi merah, dia sudah mati kata melihat Amra.

"Amra Zahra cukup!" tegur Hilman dengan tegasnya.

"Listen here Zedd's, I don't need your money and want to collaboration in any bussiness with you. This is order from Little Xavier, aku jugak boleh buat nama Zedd hilang dari dunia perniagaan." pesan Amra dengan tegasnya, matanya memandang wajah Hilman lama.

Hatinya makin tawar...

"For you my beloved headboy don't ever try to provoke me or else I will do something that might hurt your feelings." ujar Amra dengan senyuman manisnya. Aku tak ada masa nak lemah depan kau.

Amra terus meninggalkan bilik itu dengan segera kerana dia berdebar kerana Hilman tenung dia.


*********

Arcad Academy mengadakan perkemahan perdana untuk tingkatan 3, 4 dan 5. Tujuannya untuk membantu pelajar untuk beriadah serta menambah markah merit.

"Kalau kita masuk tambah Avanna tak wujudnya mengeratkan silaturahim dah." ujar Dian.

Amra masih fokus dengan kerja khusus Spm.

"Amra, aku dengan Sarah nak beli air. Kau nak apa?" soal Dian.

"Latte please..." minta Amra, mereka mengganguk dan terus meninggalkan Amra menuju kafe.

Seusai sahaja mereka membeli air, Sarah dan Dian melihat kumpulan Hilman dan Avanna berehat bersama mereka ketawa bahagia.

"This is Sharifah Dian..." langkahnya menghampiri meja Avanna dan terus menarik rambut milik Avanna dengan kasar sekali.

Jeritan Avanna membuatkan seluruh penghuni kafe itu memandang mereka.

"Kau gila ke perempuan!" jerit Kirana.

"Dian dah la..." tegur Ryan.

"Kau kacau Amra, aku buat lagi teruk faham!" Dian melepaskan pegangan itu, baru sahaja dia berpusing Avanna menyimbah air sirap pada badannya.

Kirana bergelut dengan Sarah, baru sahaja tangan Kirana mahu menyentuh wajah Sarah. Tangan Daniel halang dengan pantas sekali.

"Apa jadi ni!" tegur Izzran dengan tegas sekali.

"Dian yang mulakan dulu Tengku..."adu Kirana.

Dian terus ketawa berdekah - dekah, kau ingat aku takut la dengan kelima - lima putera Xavier ni?

"Ask them what they did to your precious sister." ujar Sarah.

"Dian, Sarah, Avanna dan Kirana pergi bilik disiplin cikgu nak jumpa sekarang." arah Asfar.

Mereka berempat didenda kerana bergaduh dan merosakkan nama pengawas. Tapi Dian dan sarah selamat kerana Amra membantu mereka untuk melepaskan diri.

"Kau nak pergi ke kem tu?" soal Sarah.

"Kalau ada Avanna aku malas." keluh Amra. Perempuan gila tu tak habis mahu menggangu hidup dia.

Mereka berdua mengganguk setuju.

"Tapi semua pengawas perlu pergi ni arahan Hilman." ujar Dian.

Mereka bertiga ada merancang sesuatu untuk mengenakan Avanna. Mereka mahu lihat sejauh mana Hilman boleh melindungi Avanna.

Tok!

Kiddos masuk ke dalam bilik itu dengan cemasnya.

"Ponteng kelas lagi lah ni..." teka Amra.

Haiqal tersengih melihat Amra, "adik ni pandai lah..."

"Ran kenapa aku tak nampak nama kau dalam senarai perkhemahan Perdana?" soal Sarah.

Mereka menunggu jawapan dari Izzran.

"Aku tak pergi, aku terlibat dengan latihan pusat bola." balas Izzran.

"Sama dengan aku, Niel, Haiqal kitaorang tak pergi perkhemahan tu." ujar asfar.

Sarah dan dian mengganguk tanda faham. Izzran dapat merasai yang hubungan amra dan Hilman sedang goyah kerana kehadiran Avanna.

********

Perkhemahan Perdana itu diadakan di Pulau Pinang, mereka akan menaiki bas sebanyak 2 bas untuk ke sana. Tahun ini perkhemahan perdana itu dapat sambungan hangat daripada pelajar dan guru - guru.

"Bas kita tak cukup ruang macam mana?" soal Kirana pada Hilman.

"Yang mana lembab datang tu kita tinggalkan je, senang." celah Avanna.

"Hilman kamu dah boleh naik bas, Amra dah uruskan siapa yang tak cukup tempat." ujar guru itu. Panas telinga Avanna apabila mendengar nama Amra.

Amra menghampiri guru itu dan dia meghulurkan kad kedatangan pada cikgu itu.

"Hati - hati memandu kereta kalau awak penat, suruh Dian atau Sarah pulak memandu tau." pesan guru itu, Amra hanya senyum dan mengganguk sahaja.

Amra terus beredar dari situ apabila dia sedar yang Hilman tidak henti merenungnya. Apabila Avanna dan Kirana naik bas, Hilman terus mengejar cikgu itu.

"Cikgu kenapa Amra tak naik bas bukan ke cukup tempat?" soal Hilman.

"Memang cukup kalau tolak kamu patutnya kumpulan kamu pergi latihan pusat bola kan. Jadi bila nama kamu ada, Amra gantikan nama dia dengan kamu." terang guru itu.

Hilman mengganguk faham.

Apabila mereka tiba di situ maka aktiviti mereka akan bermula seusai sahaja mereka mendapat khemah.

Aktiviti petama mereka adalah Tressure Hunt dan paling malang sekali Hilman, Amra dan Avanna berada di dalam kumpulan sama tetapi Dian dan Sarah turut berada di dalam kumpulan dua.

Baru sahaja mahu masuk hutan Avanna dan Kirana sudah memprovok Amra.

"Tutup mulut dia sebelum aku yang tutupkan mulut dia." Sarah sudah bengang melihat kerenah Avanna.

"Dah lah..." celah Ryan.

Amra diam kerana dia malas bersuara kalau dia bersuara Hilman pasti akan memarahinya.

"Kita pecah dua kumpulan lagi cepat kita selesaikan tugasan ni." cadang Amra.

"Kau nak mengelatkan tak nak selesaikan sama - sama." tuduh Kirana tanpa rasa gentar.

Amra menghampiri Kirana dengan senyuman sinisnya, dia tak ada masa nak bergaduh. Malangnya ada je yang mahu membuatkan dia mengamuk.

"Aku tak ada minta pendapat dari kau so better you shut your mouth." Hilman terus menghalang Amra dari mendekati Kirana.

Amra terus beredar dari situ diikuti Sarah, Dian dan lagi dua orang lelaki kawan Hilman.

"Aku jaga diorang." ujar Ryan. Dia masih tidak faham mengapa Hilman mempertahankan perempuan lain berbangding tunangnya.

Kalau dibandingkan Amra dan Avanna, mereka dua cantik tetapi yang membezakan ialah Amra cantik di luar dan dalam.

Hampir 2 jam mereka untuk keluar dari hutan tebal itu. 

 Apabila Dian, Sarah, Ryan dan Ezany sedang menuruni curam. Apabila tiba giliran Amra dia tidak turun malah diam sahaja, puas mereka berempat menjerit memanggil Amra. Malangnya tida sahutan.

"Kita terus lari cari bantuan." cadang Dian dengan nada risaunya.

Mereka terus berlari ke arah pintu masuk kem itu dengan lajunya, keselamatan Amra lebih penting daripada permainan ini.

"Daddy...sakit..." keluh Amra, kakinya terseliuh dan mula membengkak. Dia memandang sekelilingnya tiada apa - apa dan penuh dengan daun kering sahaja. 

Dia tersalah pijak dan akhirnya dia berada di dalam lubang yang dalam.  

"Dian!" jerit Amra sekuat hatinya.

"Sarah Alyana!" 

Tetap tiada sahutan daripada kawan baiknya, ia membuatkan Amra risau kerana sekarang musim tengkujuh. Matanya memerhati awan yang bertukar menjadi gelap seperti sudah berat membawa air.

"Ryan Lee!" tiada sahutan juga, dia cuba untuk bergerak malangnya terbatas kerana kakinya yang terseliuh. 

Amra menyandarkan bandannya, dia memuntahkan keluhan. Air matanya bergenang apabila wajah arwah Qistina Airish Xavier menyapa mindanya.

"Mummy, adik rindu sangat. Adik nak daddy, Ayad dengan mummy sekarang." adunya, dia merasakan Qistina Airish berada di situ dan mendengar segala rintihannya.

Rindu yang tiada penghunjung dan ia amat menyakitkan.

"Mummy... Amra tak nak semua ni." dadanya sebak apabila dia terkenang wajah Qistina Airish ketika dia mengucup jenazah mummy nya.

"Amra tak kuat macam mummy..."

Air matanya mengalir deras, hatinya tidak mampu untuk menampung kesedihan yang dipendam selama ini.

"Tok nenda tak sayangkan Amra lagi... tapi Amra tetap sayangkan tok nenda." dia amat merindui moyangnya kerana wanita itu menjaga dan merawatnya ketika dia waktu kecil. Masakan tok nenda sama seperti air tangan Qistina Airish.

Dia rindu masakan tok nenda kerana ia dapat mengubati perasaan rindu pada mummy nya.

Demi Rayyan Farhan dan Aryad dia perlu kuat.

"Ayad...adik rindu abang.." Aryad berada di luar negara kerana menjaga syarikat Qistina Airish, dia menggalas jawatan Ceo di sana dan akan pulang tidak lama lagi.

Akhirnya Amra tertidur apabila matanya mula memberat dan terasa angin dingin menyapa pipinya.

Hilman dan lain sudah sampai dahulu di kem itu, apabila dia melihat Ryan dan Ezanny berlari dalam keadaan cemas ia membuatkan dia risau.

Matanya mencari bayangan Amra malangnya tiada...

Suasana di kem itu mula kecoh apabila tersebarnya berita mengenai kehilangan Amra.

"Amra  mana?" soal Hilman dalam keadaan cemas.

Adakah betul gadis itu hilang seperti yang dia dengar?

"Dian jawab, Amra mana!" suaranya naik seoktaf apabila Dian hanya diam sahaja.

Ryan menjelaskan apa yang terjadi, hatinya dipagut rasa bersalah. Rambutnya dikusutkan, bibirnya dia berhenti menyebut nama Amra.

"Elok lah dia hilang tak ada la menyusahkan hidup orang." ujar Avanna perlahan.

Dian dapat mendengar setiap butiran perkataan yang ditutur oleh Avanna. 

"Kalau aku tahu Amra hilang sebab kau, siap lah kau aku kerjakan!" jerkah Dian.

Avanna dan Kirana ketawa sinis apabila Dian menaikkan suara pada mereka.

"Dia layak hilang." balas Kirana.

"Mati perempuan ni kejap lagi! kau ni memang setan betul." Ryan Lee menghalang Dian dari mendekati Kirana.

"Kau yang setan lah!" bidas Avanna dengan tawa sinisnya.

Sarah terus menarik rambut Avanna dan Kirana dengan sekali kasar sekali, mereka mengadu sakit.

"Aku pun tak pernah naikkan suara kat Dian, kau melebih ni kenapa." ujar Sarah dengan nada tegasnya.

Hilman sudah berada di dalam kumpulan baharu yang ditugaskan untuk mencari Amra. Dia tahu pergaduhan kecil itu dapat diselesaikan oleh Ryan dan Ezanny.

Sudah setengah jam mereka mencari Amra mengikut jalan pintas malangnya di kawasan itu tiada. Cuaca yang gerimis membuatkan mereka memberhentikan pencarian Amra.

Hilman berpecah dan mencari gadis itu dikawasan lain.

"Amra Zahra!" jerit Hilman dengan kuatnya.

Air hujan yang membasahi wajahnya tidak menjadikan alasan untuk dia berhenti Amra.

"Mana kau ni Amra..." keluh Hilman, matanya meliar memandang kelilingnya.

Dia dapat menangkap bunyi suara seseorang tapi ia seperti samar - samar, hatinya yakin tuan empunya suara itu ialah Amra.

Dia berlari tanpa memandang jalannya dan akhirnya dia jatuh ke dalam lubang yang dalam itu.

"Aduh!" Hilman meringis kesakitan apabila tangannya terkena pada ranting yang berduri di dalam lubang itu.

Dia terkejut apabila Amra berada dihadapannya tetapi sedang tidur dalam keadaan terbatuk - batuk.

Hatinya lega apabila dapat melihat wajah gadis itu.

"Jantung aku macam nak berhenti berdegup tadi sebab kau..." Hilman mengensot ke arah Amra dan duduk di sebelah gadis itu. 

Amra seperti menggigil mungkin kerana sejuk. Hilman membuka hoodie nya lalu dia cuba menyarungkan kepada Amra dengan berhati - hati. Dia tidak mahu Amra terjaga dari tidur kerana dia.

Hilman menarik kepala Amra dan menyandarkan di dada bidangnya, Amra kelihatan lena tidur mungkin kerana penat.

"Nasib aku yang jumpa kau dan bukan lelaki lain." Amra dipandang lama, mata gadis itu yang kelihatan seperti selepas menangis membuatkan Hilman tertanya.

"Maafkan aku, mesti kau takut duduk sini kan." kepal Amra diusap dengan penuh kasih sayang.

Hujan masih tidak berhenti, ia sangat sejuk ketika itu. Hilman menahan badannya dari menggigil kerana takut ia menggangu Amra.

Otaknya ligat berfikir bagaimana dia mahu membawa Amra pulang ke kem kerana kumpulannya tadi sudah pulang ke kem dahulu kerana hujan.

Air yang bertakung di dalam lubang itu membuatkan mereka berdua sedikit tenggelam, Hilman menarik hoodie itu menutup sebahagian wajah Amra. Tangan kanannya memeluk kepala Amra kerana tidak mahu kepala itu bergerak.

Amra tersedar apabila dia merasakan badannya seperti di dalam kolam, apabila dia membuka mata dia berada dalam pelukan seseorang.

Otaknya mula berfikir, dia tidak bergerak malah menunjukkan reaksi.

Ni bukan Ayad, Izzran, Haiqal, Daniel dan Asfar. Siapa pulak peluk aku dalam keadaan hujan ni?

Detak jantung lelaki itu dapat Amra dengar, ia menenangkan...

Macam pernah dengar sebelum ni, otaknya ligat berfikir dimana dia pernah dengar bunyi detak jantung itu.

"Hilman Riyadh..." nama itu disebut perlahan. Dia tak dapat melihat wajah lelaki itu kerana ada hoodie yang menghalang pandangannya.

"Ye, aku kat sini." sahut Hilman dengan perlahan sekali.


TO BE CONTINUE

VOTES AND COMMENTS 

BY - QUESTN


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top