58 ; Airiel & Raid


Perintah berkurung telah dikeluarkan oleh Rayyan Farhan, mereka semua haruslah duduk di rumah sahaja. Pada pagi ini juga mereka akan berangkat ke Australia untuk berehat di sana.

Keluarga Ricci bersedia menghulurkan bantuan untuk mereka.

"I don't want leave Malaysia." Amra masih tetap dengan jawapannya walaupun sudah dipujuk oleh Shah dan Izzkal.

"Are you ready to die right now?" soal nenda dengan nada tinggi.

Amra tersenyum sinis dan menghadap nenda.

"Dari mummy meninggal Amra dah sedia dengan semua ni. Amra terfikir macam mana mummy tahan dengan semua ni, all of this insane! I should life like normal suddenly argh!" rambutnya diraup kebelakang dengan kasarnya.

Perasaan marah mula menguasai dirinya ketika ini.

Mereka semua diam apabila Amra bersuara. Apa yang dikatan oleh gadis itu adalah benar, tak sepatutnya hal begini terjadi.

Ham terus memeluk anaknya, ubun-ubun Amra dikucup dengan penuh kasih sayang.

"Breathing like always sayang." Han menepuk lembut belakang badan anaknya.

Mereka meninggalkan kiddos di ruang tamu itu.

"Kau betul ke nak tinggalkan Amra kat sini?" soal Izzkal.

Mereka bertiga memandang Han yang seperti tenang sahaja.

"Amra Zahra tu amanah dari Rish untuk kau, tak akan kau nak biarkan anak kau tinggal Malaysia dalam keadaan macam ni." Isk mula bersuara.

Shah hanya mempamerkan senyuman manisnya sahaja.

"Siapa kata Amra duduk Malaysia soeorang?" tawa kecilnya didengari oleh Han, Izzkal dan Isk.

"Riel dengan Raid yang akan jaga." balas Han.

Ada sebab kenapa Han menuruti permintaan Amra yang mahu tinggal di Malaysia ketika ini. Dia tahu apa yang akan terjadi jika Amra turut pergi ke Australia.

Mereka lebih mahukan Amra berbanding princess Xavier.

****

Selesai sahaja mereka menghantar princesses Xavier, King dan nenda di lapangan terbang mereka terus pulang untuk menyelesaikan beberapa tugasan di Blue Iv.

Raid memandu dengan kelajuan laju apabila ada lori tank mahu mendekati kereta itu.

Lori itu tidak berhenti mahu menyondol kereta itu.

"Kenapa papa?" Amra perasan yang Raid asyik memerhati lori yang berada dibelakang keretanya itu.

Amra toleh melihat belakang dia melihat itu terdapat logo kerabat Xavier pada badan lori itu.

"They want to kill you now..." ujar Amra.

Raid terus menelefon Tengku Airiel dengan pantasnya.

Calling...

"Riel..."

"Aaa...huargh!"

Raid melihat jam di pergelangan tangannya, jam menunjukkan sudah pukul 1 tengah hari dan Tengku Airiel masih menguap.

"Riel sediakan budak-budak kau sekarang."

"Buat apa hm...kita rancang nak pergi camping lambat lagi kan?"

Raid mendengus geram, kalau dia ada depan aku dah lama aku cekik dia.

"Zedd want my dead body right now. Ketatkan keselamatan Daniel, Izzran, Asfar dan Haiqal."

"Amra mana!"

"Ada dengan aku ni, cepat uruskan Zedd sekarang!"

"Roger!"

End Called

Apabila lori itu tidak dapat mengikuti Raid, mereka menghela nafas lega.

Akhirnya...

Amra terlupa sesuatu, bukan mereka sahaja akan diburu malah Hilman juga akan jadi mangsa.

****

Hilman sudah diculik oleh Avanna. Mereka membawa Hilman ke rumah Tengku Bella. Ubat tidur sudah diberikan pada Hilman dan dia masih dalam keadaan tidur.

"Kenapa bawak dia datang sini?" soal Lord. Wajah Hilman dibelek dengan kasar sekali.

"Dia ni tunang Amra. Kalau kita cederakan dia, Amra tak akan lepaskan keluarga kita tu janji dia." balas Avanna.

"Takut dengan Amra ke?" Lord tersenyum sinis melihat Avanna, kepalanya menggeleng beberapa kali.

"Amra beza dengan Airish. Dia lebih kejam dari yang kita sangka kan." ujar Tengku Bella dengan seriusnya.

"Nak dia datang sini jemput Hilman macam tu ke? lepas culik lepas tu call Amra suruh dia jemput tunang dia." Lord geram melihat anak buahnya yang seperti takut dengan Amra.

Tengku Bella menghantar Hilman di gudang milik Zedd. Badan Hilman diikat dengan rantai besi, badannya tergantung.

Di bawah itu terdapat api yang kecil walaupun kayu api ia baru dibakar ia sudah marak.

Tiba sahaja mereka di rumah agam. Mereka berkumpul di ruang tamu untuk menyelesaikan semua ini.

Muka Asfar berubah apabila melihat telefonnya.

"Beria pulak kau ni kenapa?" tegur adik kembarnya.

Asfar menghulur telefonnya pada Amra, wajah gadis itu berubah dan dia cuba mengawal dirinya dari marah.

Dari raut wajah Hilman dia kelihatan lemah dan lembik. Wajahnya dibasahi dengan peluh.

Amra terus menelefon Tengku Bella tanpa teragak - agak.

"Do you want me to do next step?"

Meletus tawa Tengku Bella apabila mendengar suara Amra yang seperti sedang menahan marahnya.

"Kau mampu buat apa je budak."

Amra terus bangun dan tersenyum sinis, budak?

Little Xavier salah satunya pewaris Xavier kau rasa aku dilahirkan untuk jadi orang biasa ke?

"I remind you, kalau darah Hilman tumpah satu titik. Satu kerabat kau akan menyesal."

"Kau rasa aku ada masa nak takut ke sekarang?"

"Enjoy my game..."

Amra terus merancang sesuatu tapi mereka perlu berpecah untuk melakukan itu semua.

Tanah - tanah Zedd yang terdapat di kawasan terpencil habis semuanya dibakar dan ada juga dijual. Raid dam Tengku Airiel menuju ke Zedd Holdings untuk menyelesaikan hutang.

"Aku nak batalkan semua urusan dan aku nak balik deposit yang aku dah laburkan untuk syarikat ni." ujar Tengku Airiel dengan tegasnya.

"Maaf Tuan muda, tuan tak boleh buat begini kita telah membuat perjanjian."

Raid terus mengoyakkan surat perjanjian itu, sampahnya dibiarkan di lantai.

"Dah hilang." ujar Raid, ketua kepada tender kali ini ialah Tengku Airiel untungnya melibatkan ratusan juta. Kalau tender itu gagal dilakukan maka Zedd akan mengalami kerugian yang besar kerana mereka telah mengeluarkan separuh duit syarikat.

Ahli yang berdaftar di bawah tender itu semua telah menarik diri apabila Raid memberitahu ia adalah arahan dari kerabat Xavier.

Sebanyak 4 tender telah ditarik secara serta merta oleh Raid dan Tengku Airiel.

"Maaf Tuan, tindakan ini semua salah."

"Call Tengku Bella before I auction this company..." arah Raid dengan tegasnya.

Mereka duduk di dalam bilik Tengku Bella.

Tengku Airiel meletakkan kakinya di atas meja Tengku Bella, badannya disandarkan pada kerusi itu.

Nasib baik empuk!

"Tak hilang lagi gaya bad boy kau." Raid menghampiri Tengku Airiel.

"As always Tengku Airiel Mikael..." balas Tengku Airiel dengan senyuman sengetnya.

Tengku Airiel amat menitikkan beratkan pemilihan pakaiannya, apabila dia sudah berumur 30 an. Dia lebih banyak memakai kemeja, blazer, seluar slack.

Cuma untuk hari ini dia memakai hoodie berwarna kelabu dan jogging pants untuk keselesaan. Rambutnya gaya messy kerana tidak disikat.

Siapa sahaja tidak minat Tengku Airiel? lelaki kacukan tetapi wajahnya tidak menampakkan dia mempunyai kacukan. Cuma ketinggian yang dia memiliki dan tubuh badan yang tegap.

Lelaki pun rasa insecure melihat Tengku Airiel apa tah lagi perempuan.

"Perempuan ni lambat betul..." gumam Tengku Airiel, penat dia berlakon gaya bad boy. Dah tua ni sedikit insaf tapi sebab duduk serumah dengan budak- budak bawah umur terikut pulak.

"Kita bila nak kahwin Raid?" soal Tengku Airiel.

"Kenapa tanya aku, kau dah ada calon ke?" soal Raid.

Tengku Airiel menggeleng perlahan.

Sedih, sendu pulak tu.

"Jangan lah kahwin dulu nanti aku tak ada partner lagi." balas Raid dengan tawa kecilnya.

"Kenapa pulak?" soal Tengku Airiel dengan penuh fokusnya pada Raid.

"Sebab kita kan sehidup semati." Raid membuat jari berbentuk love dan ditunjuk pada Tengku Airiel.

"Geli aku..." balas Tengku Airiel.

Pintu bilik itu terus terbuka dengan kasarnya.

"Tiba pun kau, lembab." bentak Tengku Airiel. Dia terus bangun dan berdiri di sebelah Raid.

Di belakang Tengku Bella terdapat beberapa orang suruhannya.

"Apa kau cuba buat ni setan!" jerkah Tengku Bella, wajahnya merah seperti menahan perasaan marah.

"Kau jawab la sebab kau setan. Aku dengan Raid manusia." bidas Tengku Airiel.

Tengku Bella mengangkat tangan dan makin ramai orang suruhnnya muncul.

"Amboi! macam nak buat kenduri pulak." Tengku Airiel memandang keliling bilik itu, penuh!

"Ni baru fasa pertama." ujar Raid dengan sinisnya.

Dia memetik jarinya dan muncul orang orang dari kerabat Phoenix dan Willie Wonka. Mereka semua telah mengepung satu bangunan Zedd Holdings.

"Kau tahu tak lawan kau Xavier, Phoenix dengan Willie Wonka sekarang." Raid menghampiri Tengku Bella dengan senyuman sinisnya.

Wajahnya dirapatkan ke telinga Tengku Bella.

"Fasa kedua keselamatan keluarga kau. After two or three hours you will see a few deads body. You start the game and now enjoy your show Bella." bisik Raid.

Wajah Tengku Bella berubah menjadi kelat.

Orang suruhan Tengku Bella sudah mengacu pistol pada Raid dan Tengku Airiel.

Tengku Airiel menekan butang merah pada alat pada tangannya.

Boom!

Mereka semua terus menundukkam badan untuk melindung kepala.

Cermin kaca di bilik itu pecah kerana terdapat bom kecil yang diletakkan oleh Raid.

Badan mereka sudah dipakai alat keselamatan sebelum mereka tiba di Zedd Holdings.

Mereka berdiri di tepi tingkap itu dengan senyuman manis.

"You will see soon next game..."

"I hope you ready sweetheart." Tengku Airiel melambai tangan kearah Tengku Bella dengan tawa sinisnya.

Mereka terus terjun ke bawah dari tingkat 30.

Tiba- tiba ada angin kuat yang menyapa wajah Tengku Bella, habis rambutnya bertebangan.

Raid dan Tengku Airiel berada di dalam helikopter itu. Raid menundukkan badan sedikit pada Tengku Bella.

Helikopter itu terus terbang jauh.

Siapa sangka Tengku Airiel dan Raid begitu?

TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

First of all sorry for the late update. I have my own reasons why I dont update selalu.

Sorry again guys!

Apa kata votes sampai 500 dulu?

Next part? 500 votes okay. Go guys!

BY - QUESTN

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top