57; Nyawa
Amra tetap dengan pendiriannya, dia terus keluar dari bilik itu tanpa menoleh.
Hatinya masih sayang pada nenda walaupun nenda banyak melakukan masalah. Perempuan tua itu menjaganya dari dia kecil sehingga sekarang.
Ternyata Arcad Academy dikelilingi kerabat Zedd sekarang.
Amra terus keluar dari sekolah itu, dia memandu kereta ke rumah agam. Dia mahu berehat dan menenangkan dirinya mana tahu balik rumah sahaja dia akan dihalau.
*****
Pada malam itu, mereka ada makan malam bersama keluarga Zedd. Princesses Xavier dan King sahaja tiada kerana mereka ada mesyuarat di Blue Aqua.
Kiddos hanya menuruti perintah nenda untuk makan, mereka berlima diam dan beredar dari meja makan seusai sahaja mereka habis makan.
"Aku bagi kau masa untuk pujuk Rayyan Farhan kahwin dengan Bella." ugut Avanna.
Mereka hanya berdua ketika itu.
"Suruh orang lain dengan Bella." balas Amra dengan dinginnya.
Avanna tertawa sinis, dia berpusing dan menghadap Amra. Matanya merenung Amra dengan tajam sekali.
"Aku akan hapuskan keturunan Princesses Xavier. You will regret soon Amra Zahra Rayyan Xavier." ujar Avanna dengan tegasnya.
"I bet you you will regret too soon." Amra terus beredar dari situ dan menuju ke Daniel yang sedang bermain kucing.
Pada keesokan harinya, suasana pagi itu tiba - tiba bertukar menjadi tegang kerana pergaduhan mulut antara Naufal Shah dan Damia Arisya di ruang tamu. Mereka terus menuju ke arah mereka yang sedang bertengkar.
"Apa bising - bising pagi ni." tegur Han mendatar.
"Cat hilang dia tak balik sejak semalam..." ujar Mia dengan dinginnya.
"Dah cuba cari dia dengan GPS?" soal Isk.
Bal dengan pantasnya mengganguk, jejak Fatin Catrina hilang dan tidak dapat dicari kerana telefonnya yang mati.
"Serabut kepala aku." Shah meraup rambutnya kebelakang.
Kiddos hanya mendiamkan diri kerana mereka sedang membuat andaian yang Fatin Catrina telah diculik oleh Avanna kerana ini adalah amaran pertama dari kerabat Zedd. Mereka berlima terus bangun dan bersiap untuk keluar tanpa pengetahuan King dan Princess Xavier.
"Agak - agak mama kat mana?" soal Izzran.
"Suatu tempat yang kita tak jangka." jawab Haiqal mendatar.
Tiba sahaja di bangunan Zedd mereka terus masuk ke dalam syarikat itu. Para pekerja di situ menunduk tanda hormat pada keluarga tersohor itu.
"Panggil Tengku Bella turun sekarang." arah Asfar dengan dinginnya.
"Maaf Tengku Bella sedang mesyuarat." balas pekerja itu.
"Sebelum aku naik gila baik kau panggil Tengku Bella sekarang." ujar Daniel dengan dinginnya, dia cuba mengawal dirinya daripadanya melakukan tindakan luar kawal.
Mereka terus memanggil Tengku Bella.
"Ye sayang kenapa datang sini..." tegur Tengku Bella dengan lembutnya.
Daniel terus menhampirinya dan mencekik leher Tengku Bella. Tangan Tengku Bella memukul laju badan Daniel malangnya sedikit pun tidak diherankan oleh Daniel.
"Mana mama aku?" soal Daniel.
Pengawal Zedd sudah berada dikeliling mereka. Avanna terus menolak Daniel dengan kuatnya sehinggakan Tengku Bella terjatuh di atas lantai.
"Kau jangan cuba nak bunuh dia pulak." jerit Avanna dengan lantangnya.
"Aku ulang balik mana mama aku?" soal Daniel dengan tegasnya.
Mereka semua hanya mendiamkan diri dan takut melihat perubahan Tengku Daniel Mikael yang garang itu.
"Lembab." Haiqal terus mengacu pistol ke dahi Tengku Bella dengan drastiknya.
"Siapa masuk campur kepala dia bocor. Satu bangunan ni ada headhunters Xavier ingat tu." ujar Asfar dengan nada mendatar.
Mereka teragak -agak untuk membantu Tengku Bella dan Avanna.
"Kau bunuh aku, sampai kau mati pun kau tak akan jumpa Fatin Catrina Xavier." balas Tengku Bella dengan sinisnya.
Amra mencangkung dihadapan Tengku Bella dan mengeluarkan beberapa keping gambar ahli keluarga milik Avanna, Lord dan Tengku Bella.
"Jangan cabar aku, headhunter Xavier hauskan darah keluarga Zedd." jari runcing Amra menyentuh pipi Tengku Bella dengan lembutnya.
Berubah wajah Tengku Bella dan Avanna, mereka terkedu apabila melihat gambar ahli keluarga mereka dipangkah di dalam gambar itu.
"Kau cederakan Fatin Catrina, aku balas lagi teruk. Mungkin nama Xavier sekarang teruk tapi tidak bagi Little Xavier." ujar Amra dengan nada mendatar.
Mereka masih diam, Amra terus bangun dan mengeluarkan telefonnya.
"Dia ada dekat area Klang..." ujar Avanna. Mereka mengganguk dan terus beredar dari situ kerana telah mendapat menjejak lokasi Fatin Catrina. Mereka lari keluar kereta malangnya tiada apa - apa di kawasan itu.
Ia hanya kawasan yang lapang dan terdapat semak samun sahaja.
Amra terus berlari ke kawasan lain dan terlihat cangkul yang berterabur di atas tanah.
Dia cuba mendail Fatin Catrina tapi malangnya gagal kerana tiada talian disitu.
"Ada sesuatu yang ganggu frekuensi kat sini." ujar Izzran, Ipad nya dia digunakan untuk menjejak lokasi Fatin Catrina.
Amra dan Haiqal memandang satu sama lain dan berlari ke tempat itu bersama cangkul yang mereka terjumpa.
Ada satu sahaja kawasan yang tidak rata, mereka berdua terus menggali dengan pantasnya.
"Kau nak kata mama kena tanam ke?" soal Asfar.
"Thank me and Amra later." balas Haiqal dengan tenangnya.
Mereka terus membantu menggali tanah itu hingga ke dasar tanah itu. Mereka terjumpa keranda besar di dalam tanah itu.
Daniel kaku melihat keranda itu, dia tidak bergerak malah bersuara.
Izzran dan Haiqal membuka keranda itu dan terlihat Fatin Catrina yang seperti sedang tidur lena. Asfar terus menggangkat Fatin Catrina keluar dari situ dan diletakkan wanita itu di atas tanah.
"Mama..." panggil Daniel dengan nada sayunya.
Amra terus mencari nadi di tangan Fatin dan dia menghembus nafas lega.
"Dia bagi ubat tidur." ujar Asfar.
"Next Damia Arisya turn." kata Amra dengan tenangnya.
Cara penghapusan berperingkat mengikut susur galur keluarga selepas Qistina Airish ialah Fatin Catrina, Damia Arisya dan terakhir sekali Qirana Balqish.
Haiqal dan Asfar hanya memuntahkan keluhan kerana mereka juga buntu untuk lakukan apa.
"Apa kita nak buat ni princesses Xavier tak selamat kat sini." Izzran meraup wajahnya dengan keluhan.
"Send mama to hospital and I will handle this problem." ujar Amra.
"Bahaya lah adik..." ujar Haiqal dengan nada risaunya.
"I'm Little Xavier they can't kill me because everything are on me." balas Amra dengan senyuman sengetnya.
****
Amra duduk di ruang tamu rumah Tengku Bella. Apabila Tengku Bella masuk sahaja rumah itu dia terkejut dengan kehadiran Amra Zahra.
Macam mana dia boleh melepasi kawalan ketat di rumahnya?
"Berani kau sentuh Fatin Catrina." ujar Amra mendatar.
Matanya merenung wajah Tengku Bella yang seperti takutnya.
"Kau lambat sikit dia akan ikut jejak langkah arwah Rish opps..." Avanna muncul dibelakang Tengku Bella dengan senyuman sinisnya.
"How about your brother and grandmother, pitty on them. Both of you should worried about them now." ujar Amra dengan tawa sinisnya.
Mereka berdua terkedu.
"Kau nak buat apa hah!" jerkah Avanna.
Amra terus bangun dan berjalan mengingililingi meja kopi itu, dia seperti tengah berfikir tentang sesuatu.
"Nak jugak kuburkan baru adil kan?"
Avanna mahu menampar Amra malangnya dihalang oleh Tengku Bella.
"If you touch my mommie, I will send them to grave yard too." Amra terus menepuk lembut bahu Avanna dan beredar dari rumah itu mengikuti jalan utama.
Tiada perasaan gentar di dalam jiwanya tika ini.
"Masuk sini!" orang suruhannya dipanggil untuk berkumpul.
"Aku nak korang hantar Hilman Riyadh Al- Thariq dan Raid Evans ke neraka terus tapi sebelum tu seksa dia sampai lembik!" arah Avanna dengan tegasnya.
"Baik bos!"
TO BE CONTINUE
VOTES & COMMENTS
BY - QUESTN
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top