55; Nightmare
"Kalau Rish tahu Lord akan buat macam ni mesti dia bunuh Avanna dari dulu kan?" soal Bal.
"Dah lama mummy habiskan kerabat Zedd." balas Asfar.
Mereka sedang menunggu berita dari pihak Unit Kecemasan. Disebabkan pihak media sudah mengepung bangunan Blue Iv mereka terpaksa berdiam diri sementara.
Nenda hanya berdiam diri, dia masih terkejut dengan apa yang terjadi.
Unit Kecemasan tiba, mereka mula memadamkan api dengan bantuan pihak bomba. Amra dan kapten pengsan ketika itu.
Mereka tidak berani buat keputusan untuk membantu Amra dan kapten akan ada salah seorang dari mereka akan terkorban.
"Ye saya Tengku Raden Haiqal."
Pihak Unit Kecemasan menelefon Haiqal untuk meminta kebenaran. Segala masalah mereka diterangkan pada Haiqal. Keluhan dari mulut Haiqal membuatkan mereka sedikit risau.
"Kami akan siapkan alatan dahulu, sebentar lagi kami akan menelefon Tengku untuk meminta jawapan."
Haiqal menceritakan segala apa yang diberitahu tadi. Mereka diam jeda, kedua - dua itu adalah orang penting untuk Xavier.
"Tak ada jalan lain ke?" soal Isk dengan nada perlahan.
Han terduduk di kerusi, matanya terpejam rapat. Dia tidak mahu kehilangan Amra seperti dia kehilangan isteri tercinta.
"Tengku... maaf menggangu pihak media cuba mendesak pihak kita. Kami dah cuba sedaya upaya untuk menghalang mereka malangnya gagal. Mereka sedang memberontak mahu jawapan." ujar pengawal itu dengan nada cemasnya.
Ini yang kerabat Zedd mahukan. Xavier akan goyah dan mula akan jatuh perlahan demi perlahan.
"Uruskan Amra dan kapten yang lain aku uruskan." kata Fatin Catrina dengan tenangnya. Matanya memandang luar tingkap, berpuluh wartawan yang berada di hadapan pintu utama Blue Iv.
"Are you sure want do by your ownself, without us?" soal Izzkal.
"This is Fatin Catrina Xavier." balas Fatin dengan senyuman sinisnya. Dia terus keluar dari bilik itu diikuti Emrys dibelakangnya. Orang - orang Xavier sudah bersedia untuk menjaga Fatin.
Apabila Fatin Catrina berdiri di hadapan pintu lobby, banyak cahaya kamera pada wajah Fatin dan ada yang cuba yang memegang Fatin malangnya gagal tangan - tangan itu ditepis oleh pengawal Xavier.
"Diam." dengan satu jeritan suasana yang hingar bingar bingar itu terus bertukar kepada sunyi sepi dan yang lebih menakutkan panahan anak mata milik Fatin Catrina tajam sekali ia amat menggerunkan pihak wartawan.
"Listen here carefully, I dont repeat my words. Lusa akan diadakan persidangan dan awak semua dijemput hadir. Now all of you can go and stop making noise at my building..." ujar Fatin dengan nada tegasnya, dia tahu Lord sedang melihatnya dari jauh.
"Tapi tindakan Amra adalah salah kenapa awak tetap membetulkan apa yang salah?" dengan sinisnya wartawan itu melontarkan soalan itu.
Sikit pun ia tidak menggentarkan Fatin Catrina Xavier.
"I dont repeat my words, thank you..."
"Jika Xavier tetap salah maka Amra telah menconteng nama baik Xavier."
Fatin Catrina senyum pada semua kamera itu. Nak jatuhkan Xavier? jatuhkan aku dulu dan Princess Xavier dulu.
"This message are for Zedd, hello Lord see you on Wednesday and get ready will all the evidence that you have dan ingatkan Avanna jangan gunakan air mata dan simpati orang lain untuk raih kemenangan. You must know that you must fight Princess Xavier and Little Xavier too." Fatin tersenyum sinis pada kamera milik syarikat Zedd. Sampai sini kau hantar orang kau Lord.
Mereka semua beredar dan keadaan kembali seperti dahulu, dia terus pergi ke bilik Xavier.
"Are you sure with all your statements?" soal Bal. Kalau tersalah langkah maka berakhirlah Xavier itu yang paling ditakutinya.
Fatin hanya mengganguk sebagai jawapannya. Telefon milik Haiqal berbunyi menandakan ada yangn menelefonnya.
"Tengku kami mahu kata putus..."
Haiqal memuntahkan keluhan. Han merampas telefon itu, detak jantungnya laju mengenangkan apa yang ditimpa pada anaknya.
"Rayyan Farhan it's here. Tak ada jalan penyelesaian lain ke?"
"Maaf Tengku Rayyan, jika tetap mahu mereka berdua diselamatkan terdapat banyak risiko akan menimpa mereka."
Han meraup wajahnya.
"Hello Tengku Rayyan Farhan..."
Suara itu membuatkan jantungnya menjadi laju. Air matanya mula bertakung di tubir mata.
"Am...Amra."
"Yes it's me your princess. Help captain please, he can helps us to fight with Zedd."
Han menggeleng laju, tidak..tidak.
"Bye daddy, Little Xavier signing off."
Telefon itu terus mati, Han cuba mendail nombor itu malangnya gagal.
Shah menenangkan Han yang sudah tidak tentu arah.
"Kau jangan lah risau, Amra tu dia tahu apa dia buat dan dia takkan biarkan diri dia dilukai. Trust me." pujuk Shah, Han hanya mendiamkan diri sahaja. Raid dan Hilman masih tidak sedarkan diri kerana ubat yang diberi ialah ubat tidur untuk mengurangkan kesakitan.
"Zedd memang gila kali ni." ujar Mia dengan nada geramnya.
Amra tersandar lemah pada penghadang besi di belakang badan dia. Badannya terasa lesu dan lemah mungkin kekurangan darah di dalam badan, matanya mula kabur dan mula berat akhirnya dia tertidur.
Ada satu cahaya dalam mimpinya, matanya dapat menangkap satu figura yang amat dikenali olehnya. Matanya tidak berkelip memandang wanita itu. Wajah yang yang dirindui setiap masa, air matanya mula bertakung di tubir mata.
"Mummy..." panggil Amra dengan perlahan.
"Ye sayang..." Airish menarik Amra kedalam pelukannya, ia hangat dan tenang. Amra menangis teresak- esak di ceruk leher Airish, dia tidak mampu menahan kesedihan yang dipendam selama ini.
"Kenapa menangis ni, anak mummy kuatkan." pujuk Airish dengan lembutnya.
Makin kuat tangisan Amra ketika itu. Biarlah masa dapat berhenti sebentar, dia amat merindui ibunya.
"Kenapa Amra tinggalkan daddy, Amra kena kuat untuk xavier sayang. Ini keluarga kita jangan bagi orang lain pijak maruah kita." ujar Airish dengan lembutnya.
"I exhausted, I can't do anymore... It's hurt me." adu Amra dengan tangisannya. Dia sudah tidak mampu untuk meneruskan lagi.
"You're Amra Zahra Xavier our precious Liltte Xavier, you can do it sayang." Airish memegang pipi Amra pipinya mengucup lembut kedua-dua kelopak itu. Airish bangun dari duduknya, dia senyum melihat puterinya.
Bayangan Airish makin hilang dari pandangan Amra. Jantungnya seolah - olah tidak berdegup lagi ketika itu, dia masih belum bersedia untuk kepergian Airish yang kali kedua. Kehilangan orang yang kita paling sayang memang menguji diri kita.
"Amra... ni daddy sayang..."
Suara itu seperti di halwa telinganya.
"Bukak mata sayang..."
Suara daddy?
Apabila Amra sudah sedar, ahli keluarganya semua berkumpul dan berkumpul bersama beberapa doktor pakar.
Dahi Amra dikucup lama oleh Han. Air matanya mengalir, bersyukur apabila puterinya sudah sedar.
Amra seperti di dalam dunianya sendiri, diam dan termenung.
"Mummy mana?" soalan pertama yang ditanya oleh Amra membuatkan yang lain terkejut.
"Dia amnesia ke?" soal Shah.
"Tak mungkin dia hanya terkejut sahaja." balas doktor itu.
Tinggal lah keluarga Xavier sahaja di dalam ruangan bilik itu. Suasana sunyi sepi itu membuatkan Amra rimas.
Dia bangun dan bersandar tanpa bantuan ahli keluarganya.
"Kapten mana?"
Mereka menunduk dan membiarkan soalan Amra begitu sahaja. Amra mengganguk tanda faham.
"Amra jumpa mummy tadi." ujarnya dengan tenang. Mereka pandang Amra dengan peliknya.
"Did you hurt anywhere?" soal Asfar dengan nada risaunya.
Amra ketawa sinis melihat ahli keluarganya seperti lemah ketika ini.
"Bunuh Lord tu nak tunggu apa lagi." ujar Amra dengan nada sinisnya.
"I don't want you to involve in this problem." ujar Han dengan nada tegasnya.
Princesses Xavier dan King memandang ke arah Han, kalau dia sudah memberi arahan tiada seorang pun mampu membantahnya kecuali Qistina Airish Xavier.
"You can't handle this alone. Let me end all of this, I promise this is last for Xavier and Zedd after this no more Zedd." balas Amra.
"You can't do this..." kata nenda dengan nada tegasnya.
Mereka terdiam apabila nenda bersuara.
"Sebab Amra terlantar atas katil? dari sini pun Amra boleh shoot kepala Lord dengan Avanna." balas Amra dengan bersahaja.
Dia tahu kemampuan dia untuk melawan Lord terbatas kerana terdapat luka pada perutnya. Kalau dia tetap dengan pendirian untuk berlawan mungkin jahitan pada perutnya akan terbuka.
Orang - orang suruhan Amra masuk kedalam ruangan itu dengan tergesa-gesa.
"Maaf menggangu, orang suruhan Lord cuba menceroboh syarikat Xavier yang berada di Italy."
"Kita ikut plan B." arah Amra dengan nada tegasnya.
Princesses Xavier, King dan nenda beredar dan menuju ke balai polis. Tinggal la mereka berlima di ruangan itu.
"Panjangnya jahitan dia..."
Daniel sungguh teruja melihat luka di perut Amra.
"Macam lipan ekor 11 pun ada jugak."
Kadang-kadang jarinya menyentuh jahitan itu.
"Jahitan dia lawa weh macam mama jahit seluar aku." matanya teliti melihat luka itu dengan fokusnya.
Amra ketawa kecil melihat perangai Daniel yang seperti kanak-kanak.
"Dia jahit guna benang apa?"
Haiqal, Asfar dan Izzran sudah menggeleng kepala melihat Daniel yang jakun itu.
"Benang sayat." balas Haiqal.
"Sumpah la?" soal Daniel dengan nada tidak percaya.
"Kau percaya... kau bebal." balas Haiqal dengan senyuman sinisnya.
"Adik nak makan apa? aku, ran dengan Haiqal nak pergi beli." soal Asfar dengan nada lembut.
"Habis aku?" soal Daniel.
"Tinggal la kau kalau ikut pun bukan berguna pun." balas Haiqal.
"Abang beli apa - apa je." kata Amra dengan senyumannya. Mereka memgganguk faham.
"Aku nak nasi putih dengan ayam tiga rasa, buah mangga dengan rambutan sekali tapi aku nak Haiqal yang bayar." kata Daniel dengan senyuman sinisnya.
"Kau gila ke ayam tiga rasa?" soal Haiqal dengan nada sinisnya.
"Aku tak kira." Daniel menyilangkan tangannya.
Keluar sahaja mereka bertiga dari ruangan itu. Amra cuba membetulkan kedudukannya tanpa bantuan Daniel.
"Abang tolong adik boleh?"
Daniel pandang Amra dengan pandangan sukar ditafsir. Dia tahu Amra akan meminta sesuatu yang luar jangkaannya.
"Apa?"
"Adik nak abang bawak adik pergi bilik tingkat 25 tu."
Daniel menggeleng laju, bilik itu dikawal ketat oleh pengawal kerana itu adalah bilik kebal.
"Dengan cara macam ni je adik dapat jatuhkan Zedd." balas Amra.
"Risiko dik bilik tu kawalan ketat. Kalau aku bawak kau turun, aku naik atas nanti aku kena bunuh dengan Izzran."
"Kita cuba dulu boleh?"
Daniel mengganguk walaupun permintaan Amra berat baginya. Dia memapah Amra untuk berjalan.
"Kau boleh ke ni?" soal Daniel dengan nada cemasnya.
Amra hanya menayangkan senyuman manisnya pada Daniel, ia pedih dan perit pada tempat luka itu.
Tiba sahaja di hujung tingkat 25, mereka mengintai dari tepi dinding. Seramai 5 orang menjaga bilik kebal itu. Badan mereka tegap, besar dan terdapat senjata pada tangan kiri mereka.
"Macam mana ni dik?" soal Daniel dengan riak wajah yang risau.
Amra tersengih dan membisikkan sesuatu pada telinga Daniel. Berubah wajah lelaki itu apabila mendengar cadangan dari Amra.
"Insane." desis hati Daniel. Ingatkan Haiqal je bebal rupanya ada lagi yang ada perangai bebal.
Dia mulakan langkah pertamanya dengan membaca doa dahulu. Kemudian dia mendekati pengawal - pengawal itu.
"Apa tuan muda buat kat sini, ni kawasan larangan."
Daniel meneguk air liur kesat. Dia cuba mengawal air mukanya dari berubah.
"Aku bawak kuih Seri muka untuk korang. Biar berseri-seri muka bila jaga kawasan ni." ujar Daniel dengan senyuman sinisnya. Jangan tanya mana adik aku dapat jumpa kuih Seri muka dalam keadaan macam ni.
Mereka pelik melihat tingkah laku lelaki itu.
"Makan lah."
Mereka hanya diam dan tidak bergerak.
"Nak aku paksa atau kerelaan sendiri?" Daniel cuba mengawal nada suaranya daripada berubah.
Mereka terus ambil kuih itu di dalam bekas makanan yang Daniel pegang. Dengan fokusnya mereka makan kuih itu.
Apabila bekas itu bertukar tangan, wajah Daniel berkerut dan tangannya memicit pelipisnya dengan perlahan.
"Tuan muda okay ke ni?"
Baru sahaja Daniel mahu menjawab soalan itu badannya rebah dan pengsan.
Mereka terkejut dan mengepung Daniel.
"Kita angkat dia sekarang!"
Cubaan untuk Daniel kali pertama gagal kerana badan lelak itu berat sangat.
"Berat macam tong gas lah. Heret jelah dia ni." keluh lelaki itu.
Daniel sudah menahan geramnya mahu memukul lelaki yang berkata begitu.
"Kau tunggu la aku bangun kejap lagi, mati kau!" bisik hatinya.
Mereka berlima terus berlari mengangkat Daniel ke bilik yang ditempatkan tempat rawatan Amra.
Tok!
Tok!
Tok!
"Dik?" mereka bertiga mencari kelibat Amra dan Daniel di dalam bilik itu malangya tiada.
"Daniel pun tak ada."
Mereka berdua meraup wajah dan mengeluh. Pasti sesuatu akan terjadi sebentar lagi.
Tok!
"Maaf, tuan muda pengsan selepas memberi kami makan kuih Seri muka tadi."
Daniel diletakkan di atas sofa.
Antara mereka memandang bilik itu dengan pandangan pelik.
"Cik muda Amra mana?" soal pengawal itu.
"Ada dia dalam bilik air, Asfar bantu dia untuk basuh muka." balas Haiqal dengan pantas.
Kalau dia tahu Amra tiada pasti mereka akan memberitahu Princesses Xavier dan King.
Mereka berlima keluar dari bilik apabila dapat kebenaran dari Izzran.
Daniel terus bangun dari tidurnya dengan kelam kabut.
"Asal kau bagi dia keluar, setan betul siapa cakap aku berat macam tong gas tadi!"
Haiqal terus menyekeh kepala Daniel.
"Adik mana!"
"Tingkat 25." balas Daniel.
Skrin CCTV menunjukkan yang Fatin Catrina sedang menuju ke bilik ni.
"Mati la kita kalau mama tahu."
Izzran terus menolak Haiqal baring atas katil dengan kuatnya. Kepala Haiqal ditutup dengan selimut itu.
"Kau berlakon jadi adik cepat!" arah Izzran.
Mereka bertungkus lumus menutup Haiqal untuk kelihatan seperti Amra.
"Asfar kau pergi bawak budak kecik tu balik sini balik." arah Daniel.
Keluar sahaja Asfar, Fatin Catrina tiba di bilik itu.
"Mama tertinggal apa - apa ke?" soal Izzran.
"Mama lupa nak bawa fail ni." tangannya mencapai fail yang berada di atas meja kopi. Matanya memandang ke arah katil pelik juga melihat Amra berselubung dengan selimut.
Daniel yang perasan Fatin Catrina memandang ke arah katil dia terus mendekati ibunya.
"Kenapa Amra tutup muka?" soal Fatin Catrina.
"Adik tidur memang tutup muka dia tak suka cahaya." balas Izzran dengan tenangnya.
"Betul ke?"
Haiqal terus berdehem dan cuba membuat suara seperti perempuan dari dalam selimut.
"Mama jangan risau adik okay je." dengan lemah lembutnya Haiqal berkata.
Dia mengganguk dan terus beredar dari bilik itu. Haiqal terus membuka selimut itu dengan kasarnya.
Rambutnya diserabaikan, matanya merenung tajam melihat Daniel.
"Kau ni kalau otak kat lutut-" ayat Haiqal tergantung apabila Daniel memberi isyarat tangan suruh diam sebentar.
Matanya fokus melihat CCTV.
"Tu bukan Avanna dengan Tengku Bella ke?" soal Daniel dengan dinginnya, mereka berada di tingkat 25 dan cuba memecah masuk bilik kebal itu.
Haiqal dan Izzran terkejut melihat Tengku Bella.
"Amra..."
"Adik..."
Mereka bertiga terus berlari ke tingkat 25, mungkin kalau hari itu Amra akan selamat tapi tidak untuk kali ini kerana kelicikan Tengku Bella.
TO BE CONTINUE
VOTES & COMMENTS
BY - QUESTN
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top