53; Lord Zedd

Princesses Xavier dan King tiba di Arcad Academy apabila Emrys memberitahu apa yang terjadi pada Avanna.

Amra memegang satu plastik yang penuh dengan gambar kerabat Zedd. Setiap gambar ahli keluarga kerabat Zedd dilihat satu per satu.

Amra mencampakkan gambar itu satu demi satu kepada Avanna. Tiba gambar Ashween, Amra menyiat gambar itu dengan kasarnya.

Hanya gambar Avanna sahaja tak ada. Tetapi Amra memegang gambar Avanna sebesar saiz kertas A4 dan dia memangkah gambar itu dengan pen merah.

"Kau yang buat aku benci kau tau."

"Kau kejam, kau guna kuasa untuk bunuh orang!" jerit Avanna dengan tangisannya.

Amra ketawa sinis, taktik kotor Avanna sikit pun tidak terkesan pada Amra.

Raih simpati?

"Berhentikan semuanya Amra, ini adalah arahan daripada Lord Zedd." arah pengawal Zedd.

Ingat aku takut la?

"Sayang turun meh..." pujuk Fatin Catrina dengan lembutnya.

"Lambat lagi, tunggu dia mati dulu." balas Amra.

Han cuba memecah sekuriti pada akses Xavier yang Amra sedang gunakan. Dia menggunakan earfone wireless di telinganya.

"Assalamualaikum anak daddy..." ucap Han dengan lembutnya, matanya memandang anak gadisnya.

Amra kaku, matanya meliar mencari tuan empunya suara. Matanya memandang Han dengan panahan mata lemah.

"Daddy..."

"Anak daddy kenapa ni?" soal Han perlahan.

Amra seolah - olah sudah kembali ke asal apabila dia mendengar suara Rayyan Farhan. Hatinya tenang apabila mendengar suara yang dirindunya.

"Dia buat Amra." adu Amra perlahan.

"Turun sekarang kat daddy sini sayang." pujuk Han.

Amra diam, matanya sudah berair. Dia mahu memeluk Han pada tika ini. Tapi semuanya hanya sementara, matanya berubah kembali tajam apabila pengawal Zedd cuba menyakitkan Heroes, Princesses Xavier dan King.

Amra terus berdiri di tepi pintu itu dengan tegaknya.

"Ini arahan Lord Zedd kalau, cik muda tidak melepaskan Avanna."

Amra mengambil senjata pada lelaki disebelahnya. Pistol itu diacukan pada pengawal Zedd dan seraya itu sepuluh helikopter milik Xavier tiba. Semua pistol dihalakan pada kerabat Zedd.

"Hands down!" arah kapten itu.

"Hentikan ni semua! ini arahan saya." jerit nenda.

"We only hear order from Little Xavier."

Lord Zedd tiba di situ dan dia adalah orang penting kerabat Zedd. Kerana umurnya yang paling tua di dalam kerabat itu, dia mempunyai kuasa untuk melakukan segalanya.

"Kau nak mati jugak ke?" soal Amra.

Lord Zedd tertarik dengan perwatakan Amra, dia berani dan bijak untuk menghalang musuh. Sudah tentu dia sudah ada rancangan untuk menumpaskan kerabat Zedd dan Avanna bukan lawan Amra.

Dia memetik jari dan pengawal-pengawal Zedd tiba. Ramai seperti sekumpulan tentera mereka semuanya berpakaian hitam. Arcad Academy telah ditutup ketika ini, bahagiam pentadbiran sekolah sudah mengosongkan sekolah atas arahan Amra Zahra.

Mereka menarik Heroes, Princesses Xavier dan King sebagai tebusan.

Amra menggeleng perlahan, kau nak lawan aku?

Tangan kanan diangkat keatas perlahan seraya itu siulan yang kuat berbunyi. Tetapi tiada ada apa-apa yang terjadi.

"Kau nak takutkan aku gunakan wisel ke budak mentah?" soal Lord.

Princesses Xavier dan King sudah memandang satu sama lain. Bunyi itu amat dikenali oleh mereka pada satu tika dahulu.

Flashback...

"Bunyi apa tu bising?" mereka menekup telinga apa ada bunyi yang kuat menggangu mereka.

"Ni adalah simbol pada kerabat Xavier apabila terdapat ancaman dan sesuatu berlaku. Cuma yang boleh gunakan bunyi ini adalah yang ada kuasa sahaja." terang Emrys pada princesses Xavier dan King.

Ketika itu mereka berumur 15 tahun.

"Tyler Cullen memang sediakan untuk Xavier ke?"

"Betul dan ia juga tradisi dari moyang terdahulu." balas Emrys.

"Hanya Little Xavier sahaja mampu gunakan kuasa ni jika mampu memecahkan akses Tyler." kata Emrys lagi, mungkin Little Xavier ini adalah salah satu pewaris dari Princesses Xavier.

"Why sounds like viking?" soal Shah.

"Your great-grandfather are Viking. Darah Viking mengalir dalam badan kamu semua."

End Flashback.

Keliling padang Arcad Academy telah dikepung oleh tentera dari Xavier. Di tangan mereka terdapat pedang yang bewarna gangsa, emas dan terdapat lambang Xavier pada pemegangnya.

Tentera Xavier adalah orang-orang terdahulu yang telah dilatih.

Mereka mengangkat pedang kearah Lord Zedd. Mereka ketakutan apabila tentera Xavier lebih ramai.

"Kau lepaskan Avanna, semuanya selesai aku tak ganggu Xavier." kata Lord dengan bersungguhnya.

Amra turun dari helikopter itu dan menghampiri Lord. Perisai yang mengelilingi Avanna ditanggalkan dan dia bebas.

Amra mengganguk tanda setuju. Tetapi itu semua adalah tipu helah mereka, salah satu helikopter milik Xavier telah ditembak malangnya tidak ditembusi.

Amra terus berpusing menghadap Lord.

"Kau yang mulakan dulu."

"Do it right now!" arah Amra.  Orang-orang  Xavier semuanya dapat menerima arahan dari earfone wireless yang mereka gunakan.

Heroes, Princesses Xavier dan King dibawa ke helikopter atas keselamatan.

Baru sahaja orang-orang Zedd mahu bergerak ada peluru yang menghalang laluan mereka.

Hanya Hilman sahaja tidak ada dalam helikopter, dia berlari kearah Amra dan memeluk erat gadis itu.

"Hilman..." Hilman memeluk Amra dengan eratnya.

"Kau kenapa ada kat sini!" dia cuba melepaskan dirinya dari pelukan itu tapi malangnya gagal.

"Don't get hurt okay?"

Amra meleraikan pelukan itu dan senyum pada Hilman.

"Bring him to daddy..." arah Amra, tempat itu tidak sesuai untuk Hilman. Baru sahaja Hilman mahu menaiki helikopter dia ditembak pada bahu kanannya dan dia rebah di atas tanah.

"Hilman!" jerit Amra, perasaan marahnya kembali membuak-buak. Hilman diangkat dan dibawa masuk ke dalam helikopter.

Tentera Xavier berada di keliling mereka pada tika ini, orang-orang Xavier yang berada di helikopter juga sudah bersedia. Senjata mereka sudah tetapkan sasaran.

Amra mengambil pedang dan mata pedang itu diketuk pada lengan Lord Zedd sebanyak dua kali.

"Kau tau apa kau dah buat?"

Mata pedang itu bergerak ke leher Lord Zedd pula.

"Kau nak cuba cetuskan pertumpahan darah antara Zedd dan Xavier ke?" soal Lord dengan sinisnya.

Sementara itu di dalam helikopter, Princesses Xavier cuba untuk kembali ke Arcad Academy malangnya gagal.

"Maaf, ini dari arahan cik muda. Kami tidak dibenarkan patah balik."

"Sebelum terlambat baik kita pusing!" bidas Bal.

"Kita takkan pergi ke Arcad Academy tu arahan Amra." balas Isk.

"Han?"

"Tak ada yang boleh halang Amra sekarang." balas Han.

"Ada, orang tu kau Han!"

"Amra beza dari Rish, dia lagi degil dari kau sangka kan. Aku dah cuba tadi malangnya gagal." Han meraup wajahnya, Rish tolong abang...

"Pertumpahan darah antara Zedd dan Xavier akan terjadi." kata Daniel dengan perlahannya. Damia Arisya dapat mendengar dengan jelas setiap bait perkataan yang dituturkan oleh Daniel.

"What do you mean?" soal Mia.

Tumpuan mereka hanya ada pada Daniel dan Mia.

"Kalau adik gunakan kuasa dia. Maksudnya pertumpahan darah akan berlaku sebab tu tentera Xavier bawa pedang bewarna gangsa  dan emas. Simbol  kepada peperangan dalam Xavier ialah gangsa dan emas." terang Daniel dengan seriusnya.

"Apa maksud gangsa dan emas?" soal Asfar.

"Gangsa ialah perdamaian dan emas ialah kemenangan yang akan diperoleh."

"Macam mana kau tau semua ni?" soal Izzran, bukan senang untuk membaca fikiran Amra tetapi Daniel berjaya.

"Aku pernah tengok adik baca satu buku tentang Xavier. Dia dah susunkan stratergi untuk kalahkan Zedd. Dia tak nak apa yang kerabat Zedd buat pada arwah mummy Rish berulang jadi kat kita semua. Dia sanggup korbankam nyawa dia kali ni."

Han tersandar lemah pada kerusi itu.

"Kenapa nak ada pertumpahan darah sedangkan polis boleh selesaikan masalah ni." kata Haiqal.

"Kerturunan Zedd dilatih untuk mengenali setiap waris Xavier untuk jatuhkan kerabat Zedd. Kalau pertumpahan darah berlaku antara Zedd dan Xavier maka sejarah akan berubah." balas Daniel.

"Maksud kau sejarah tu akan berhentikan keturunan Zedd untuk jatuhkan kita?" soal Asfar.

Daniel mengganguk perlahan.

Apabila sejarah baru tercipta maka semuanya akan berubah.

Shah dan Isk memujuk Han.

"Phoenix dan Violet pun ada kat situ. Daddy jangan risau, kejap lagi Amra datang sini." pujuk Daniel.

Han hanya mengganguk sahaja.

"Kau bukan lawan Xavier dari dulu lagi." ujar Raid dengan sinisnya.

Tengku Airiel dan Raid juga berada di belakang Amra. Mereka baru sahaja mahu bergerak ke helikopter ada anak panah bewarna merah yang banyak dari arah lain yang sasarannya pada Amra.

Dia rebah menyembah bumi.

"Amra!"

"Cik muda!"

"Zedd forever!" laung Lord dengan kuatnya.

Tentera kerabat Zedd bersorak kemenangan.

TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

BY - QUESTN

300 votes dulu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top