51; Raya Edition
Takbir raya didengari dari corong radio dan dari televisyen. Princesses Xavier dan King mereka masih menginap di rumah Han untuk membantu memberi sokongan pada Aryad dan Amra.
Tok!
Tok!
Tok!
Tok!
"Hello... kring... helloo..."
Haiqal dan Daniel yang berada di dapur meninjau pintu utama dari jauh, mereka melihat di skrin komputer yang ada telah memaparkan kamera CCTV di situ.
"Kita ada keluarga dua alam ke?" soal Daniel.
Lelaki tetapi memakai dress, rambutnya panjang tapi diikat gaya messy bun.
"Bukak pintu tu sebelum roboh." mereka beriringan ke pintu utama dan membuka pintu itu.
"Hi charming..."
Tup!
Haiqal menutup kembali pintu itu dengan segera. Dia dan Daniel membuat muka meluat.
"Kenapa tutup pintu, bagi dia masuk sayang." ujar Bal dari dapur.
"Bonda... tapi kita tak ada keluarga sotong kan?" soal Daniel.
"Aip, tak elok cakap macam tu. Bagi dia masuk sekarang."
Haiqal membuka kembali pintu itu, dia masih tersengih dengan senyumannya.
"Talia come in." ajak Fatin Catrina.
Lelaki itu masuk dengan membawa beberapa pasang baju.
"Talia? What da fish!" Haiqal membuatkan muka dan menggelengkan kepalanya.
"Duduk lah." pelawa Bal.
"Nama dia Talhar lah, see those tag..." bisik Daniel dengan perlahan.
Haiqal membulatkan matanya, Talhar jadi Talia?
Buruknya!
Haiqal dan Daniel ketawa terbahak-bahak. Mereka tidak berhenti ketawa, yang lain memandang pelik kearah mereka.
"Hensem anak you..."
Terus mati tawa Daniel dan Haiqal. Izzran menuruni tangga, dia sudah siap dengan samping dan songkok di kepalanya.
Hensem, kemas dan berkarisma.
Daniel dan Haiqal terus berlari kebelakang Izzran.
"Dah kenapa ni setan?" soal Izzran dengan nada berbisik.
"Talia si hantu..."
"Dia seram... kau patut hati-hati dengan dia. Chaw!" Daniel dan Haiqal terus berlari ke biliknya.
"Izzran sini." panggil Bal.
"Ye bonda." Izzran mengukir senyuman manisnya pada lelaki itu.
"Hensemnya!" puji Talia eh Talhar.
Izzran sedikit kekok, patutlah dua ekor tu lari keatas.
"Ni baju Han dan Aryad ke Talia?" soal Fatin Catrina.
"Yes also em Airish, but Amra want use Airish's oufit." balas Talia dengan perlahan.
Mereka mengganguk faham.
Princesses Xavier perlu mengawal emosi kerana mahu memberi sokongan pada keluarga itu.
"Ran, hantar baju ni kat adik."
Izzran mengganguk, dia juga mengambil baju Aryad dan Han sekali.
"This design are so perfect and one of a kind. She has different taste." puji Talia, dia kagum dengan wanita itu. Walaupun dia bukan datang dari dunia fesyen tapi dia tahu tentang bidang fesyen.
"Yeah I know, when we're 15 she also design our oufit... I miss her so badly now." ujar Fatin Catrina dengan syahdunya, matanya berair.
Aku rindu kau Rish...
Apabila Talia pulang, mereka berpecah. Melakukan persiapan apa yang patut kecuali Fatin Catrina.
Rumah yang mereka duduk sekarang ialah rumah agam yang pernah princeseses Xavier duduk dahulu. Kerabat Xavier terdapat dua rumah agam di Kuala Lumpur. Satu rumah agam milik nenda dan lagi satu milik Airish.
Fatin Catrina duduk di dalam bilik bacaan kegemaran Airish.
"Cat you should read this book..." Airish tersenyum sambil memegang buku ceritaHarry Potter.
Fatin kaku disitu, bayangan Airish menyapa mindanya.
"Rish..." bibirnya mengigil.
"Kenapa berdiri situ, duduk sebelah aku cepat!" katanya dengan senyuman manisnya.
Fatin menutup mulutnya, air matanya mengalir. Perit di dadanya ditahan, perasaan rindu itu membuak-buak ketika ini.
"Why you crying? Shah buat kau ke, meh aku sental kepala dia!" Airish menggengam penumbuknya.
Fatin berjalan menuju ke bayangan Airish itu, makin lama bayangan itu jauh darinya. Fatin memegang bingkai gambar mereka, ia potret gambar ketika sekolah menengah.
Gambar Princesses Xavier memakai uniform.
Laju air matanya membasahi bingkai gambar itu, dia membawa bingkai itu rapat ke dadanya. Lututnya lemah dan akhirnya dia terjatuh di atas karpet itu.
"I love you... you love me... we're happy family..." Airish menyanyi lagu Barney dengan riangnya di tepi rak buku itu.
Sakitnya kehilangan dan sakitnya apabila memori itu hanya kita sahaja dapat lihat.
"Aku rindu kau sangat-sangat..." ucap Fatin dengan tangisannya. Hanya Allah sahaja tahu isi hatinya ketika ini.
Izzran menuju ke bilik utama iaitu bilik Rayyan Farhan.
Tok!
Tok!
Tok!
"Daddy?"
Izzran terus masuk ke dalam bilik itu kerana pintu bilik itu tidak berkunci. Dia lihat Han sedang bersiap.
"Eh Izzran, maaf lah daddy tak perasan."
Izzran senyum melihat Han, lelaki yang kuat hatinya demi kedua-dua permata cahayanya.
You're so strong daddy...
"Ni baju daddy." Han mengambil baju itu dan mengganguk.
"Tolong tengokkan Aryad dan adik, suruh diorang siap untuk solat sunat kejap lagi." pesan Han, Izzran hanya akur dan keluar dari bilik itu.
Langkahnya diatur ke bilik Aryad.
Pintu biliknya langsung tidak tutup, Aryad sedang melipat sejadah mungkin baru solat subuh.
"Ayad... nah baju kau."
Aryad mengganguk dan cuba mengukir senyumannya.
Izzran meletakkan baju itu di atas katil milik Aryad dan dia memeluk lelaki itu.
Dia cuba menyalurkan kekuatannya pada Aryad, dia tahu Aryad sedang sedih lagi.
"Thanks for the hugh, I feel more better now." ujar Aryad.
Izzran mengganguk dan meleraikan pelukan itu. Dia terus keluar dari bilik Aryad dan menuju ke bilik Amra.
Pintu bilik Amra juga tidak tutup, mungkin dia sudah bangun.
Amra masih lagi dengan telekungnya, dia duduk di birai katilnya. Matanya merenung gambar Airish di tepi katilnya.
Izzran meletakkan baju itu kemudian dia duduk disebelah Amra.
"Adik..."
Amra memandang Izzran tanpa perasaan.
"Tu baju adik." Amra hanya mengganguk sahaja. Izzran sedikit mengeluh, dia tahu adiknya masih sedih lagi.
"Are you okay sunshine?"
"Okay." dia mengukir senyuman palsu.
Izzran bangun dan keluar dari bilik itu. Mereka semua sedang bersiap Damia Arisya, Fatin Catrina, Qirana Balqish sahaja tidak pergi ke surau untuk solat sunat. Kerana ada sebab...
Damia Arisya lalu dihadapan bilik pakaian, disitu terdapat pakaian milik princesses Xavier. Walaupun sudah berkahwin, Airish hanya membiarkan pakaian itu disitu.
"Warna putih lagi lawa, it's okay for you la baby girl..." langkah Mia mati apabila dia terdengar suara Airish. Dia terus menoleh, dia lihat bayangan Airish yang sedang memegang kemeja berwarna putih.
"Rish..." matanya berair, mata itu tidak lepas memandang wajah bayangan Airish.
Senyuman dia, Mia melangkah masuk kedalam bilik itu. Dia memerhati sekeliling bilik yang penuh dengan memori.
Pakaian sekolah milik princesses Xavier elok tergantung, Mia mengambil blazer milik Airish.
"Qistina Xavier" tag nama itu disentuh lama. Jarinya menggigil apabila menyentuh tag nama itu.
"Kau jahit sendiri ke tag tu?"
"Well, this is Qistina Airish Xavier..." bibirnya mengukir senyuman sengetnya.
"Aku dah gantung baju kita dalam ni, setiap orang ada wardrobe sendiri. Each of you has own design I made for you guys." Airish ketawa dan senyum kearahnya.
Blazer milik Airish itu dipeluk dengan eratnya, hatinya meraung sakit.
"Aku...nak...kau...Rish." terhinjut-hinjut bahunya akibat tangisannya.
Bal yang berada di garaj rumah itu untuk mengambil barangnya di dalam kereta langkahnya mati apabila dia keluar dari kereta miliknya dan terpandang kepada kereta berwarna silver.
Aston Martin XAV 25...
Bal mendekati kereta itu dan dia masuk kedalam perut kereta itu. Ia tidak berkunci, bau buah epal yang menenangkan.
Airish amat suka dengan bau epal.
Bal tersenyum manis apabila terkenang kenangan dahulu, kereta ini adalah harta paling berharga untuk Airish kerana ia pemberian dari arwah tokdaddy.
"This is my circuit..." Airish tersenyum senget, pedal minyak itu ditekan. Kereta itu laju membelah jalan raya, highway adalah litar lumbanya.
Arcad Academy...
Tergantungnya papan tanda yang di khaskan untuknya.
"Qistina Airish Xavier"
Tiada yang berani untuk meletakkan kereta disitu.
"Airish Xavier, lambatnya kamu sampai!" jerit cikgu Hani.
Dia hanya tersenyum senget...
"Bawak kereta pergi sekolah pun boleh lambat!"
"Tak apa lepasni saya pergi sekolah bawak helikopter..."
Dan keesokannya, ramai orang-orang Xavier di padang. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun menjejakkan kaki ke padang itu.
Para pelajar dan guru dikumpulkan di Arcad Hall, mereka juga tertanya-tanya siapa yang akan datang.
"You know who." kata Fatin.
"That girl..." balas Isk.
"Siapa yang tahu, apa yang terjadi?" soal pengetua.
"Only our last princess brave to do this." kata Bal.
"Siapa?"
Saat angin kuat dan bunyi yang bising menyedarkan mereka, semua memandang kearah luar dewan.
Seorang gadis memegang pemegang dan tangan kirinya melambai kearah orang-orang Xavier sambil tersenyum senget.
"Why would she use helicopter to come here?"
"Because she is Qistina Airish..."
"Okay thanks, balik nanti Rish naik superbike tolong minta Emrys hantarkan satu superbike."
Mereka hanya menggelengkan kepala sahaja melihat gadis itu.
Bal tersenyum, wajah sepupunya sedang tersenyum melihatnya. Perasaan rindu itu membuak-buak di dadanya.
****
Selepas mereka sarapan, mereka akan berkumpul dan bersalaman dahulu sebelum pergi ke rumah tok nenda. Seusai sahaja bersalaman mereka sudah bersiap untuk pergi keluar.
"Kau banyak dosa dengan aku, minta maaf sekarang!" jerit Haiqal pada Daniel.
"Aku lagi tua dari kau gila." balas Daniel.
Asfar, Aryad, Izzran dan Amra hanya memerhati mereka.
"Aku tau satu benda yang kau tak tahu Niel." kata Haiqal dengan riak wajah seriusnya.
"Apa?" soal Daniel malas.
"Kau sebernanya cucu angkat, tok nenda pungut kau dari tepi tong sampah. Maaf lah, aku tak sampai hati nak bagi tahu kau. Jangan bersedih wahai cucu pungut." Haiqal terus memeluk Daniel dari tepi, tangannya menepuk lembut belakang badan Daniel.
"Seta-"
"Datang sini minta maaf dengan aku." arah Aryad.
Daniel terus menyiku perut Haiqal.
Tiba sahaja waktu Izzran, Haiqal dan Daniel tidak menghulurkan tangan.
"Derhaka buat kalian, lantak lah lepas ni Ran tak nak kutip korang kalau kena tahan dekat pagar sekolah." ujar Asfar dengan tawa sinisnya.
"Ampun..."
"Maaf kan aku..."
Mereka terus memeluk erat kaki Izzran.
"Tapi Haiqal paling setan, aku tak sikit je." Daniel menggeleng laju, bibirnya menjuih pada Haiqal.
"Dua - dua sama je setan." kata Aryad dari kereta Han.
"Dengar sini, aku nak korang matang. Jaga adik walaupun apa jadi jangan biarkan dia seorang. Bantu dia pulihkan semangat kembali ni tahun Spm, masa depan dia penting." Kedua dua tangan Izzran menarik cuping telinga dua lelaki itu.
"Baiklah..."
"Jangan tarik lebih- lebih capang telinga aku nanti."
"Lamanya salam." tegur Amra dengan lembutnya.
Haiqal dan Daniel terus bangun dengan pantasnya. Mereka menghulurkan tangan serentak pada Amra.
"Apa?"
"Salam."
Amra mencapai tangan itu, dikucup tangan itu. Haiqal terus memeluk erat Amra, tangannya menggosok kepala Amra dengan perlahan.
"Kuat walaupun kau tak. Aku ada untuk kau ingat tu."
Amra meleraikan pelukan itu, dia tersenyun melihat Haiqal.
Kemudian, dia salam Izzran dan Asfae. Untungnya dia dapat keluarga yang sentiasa menghulurkan bantuan padanya.
Sampai sahaja giliran di Daniel, lelaki itu terus memeluknya tanpa kata apa-apa.
"Aku ada untuk kau untill my last breath. I got your back Amra..." bisik Daniel.
****
Seluruh keluarga Xavier berkumpul di rumah agam milik tok nenda, rumah itu dipenuhi dengan ramai orang.
Apabila tiba sesi bersalaman antara keluarga rapat, Amra sahaja tak ada di situ.
Why would I at there?
"Aku tak faham dengan tok, dia bawa Avanna beraya di sini? dia cabar cucu yang mental disoder tu ke?"
Rata- rata orang tahu tentang apa yang telah terjadi.
Amra duduk di buai di taman kecil di rumah agam itu sendirian. Dia tak mahu hari raya pertamanya menjadi hari pertama pengebumian untuk mangsa seterusnya.
"Cik muda... puan suruh saya panggil cik muda untuk sesi tangkap gambar." kata perempuan itu dengan lembutnya.
Amra mengganguk dan beredar dari situ. Sebelum dia masuk ke dalam rumah, dia membetulkan tudungnya dahulu.
"Who are this kid actually, why she must in this picture?" soal Amra dengan dinginnya.
Semua terdiam, suasana rumah itu terus bertukar menjadi tegang. Walaupun sebentar tadi hingar-bingar dengan suara tetamu.
"Are you from legacy Xavier?"
Mata Amra tajam merenung Avanna.
"I repeat again girl, are you from Xavier?" soal Amra dengan nada tinggi.
"Amra..."
"Ta...tak." balas Avanna, dia takut melihat Amra yang bertukar 360 personaliti itu.
"You choose one me or her now?"
Tok nenda diam, jeda.
"Okay I know your answer and thanks for invited this girl and ruined my mood. Jangan kacau Amra kalau tak nak ada majlis pengebumian hari ni, I'm serious." Amra terus beredar dari tempat itu.
Amra terus menuju ke taman itu kembali, dia meletakkan kepalanya di atas meja beralaskan lengannya.
Dia menangis kembali.
"Mummy...nak ikut. Tak nak duduk sini dah." air matanya mengalir laju.
"Tapi aku nak kau ada kat sini, macam mana tu?"
Amra dapat mendengar dengan jelas suara itu. Dia terus mengangkat wajahnya.
Hilman Riyadh.
Lelaki itu sedang tersenyum melihatnya.
"Apa menangis ni, raya mana boleh sedih-sedih." lengan baju melayunya digunakan untuk mengelap air mata Amra.
"Apa ni?"
"Basah lengan baju aku tapi untuk kau, aku tak kisah." bibirnya mengukir senyuman yang manis.
"Buat apa kat sini?"
"Beraya lah takkan meminang kau. Tapi kalau boleh sekarang pun okay baju pun dah sedondon." kata Hilman dengan kenyitan mata.
Amra terus melihat bajunya dan Hilman, sama warna dan kain.
Jodoh betul lah...
"Gatal!"
"Tolong garukan boleh?" Hilman tersenyum nakal, dia suka menyakat gadis itu.
"Abang!" jerit Amra dengan kuatnya.
Daniel dan Haiqal yang mendengar jeritan adiknya dari kolam ikan terus berlari ke arah Amra bersama pinggan makanan mereka.
"Mana penculik tu!"
"Haah, aku yang penculik tu. Penculik yang akan menjadi halal untuk ambil hati Amra Zahra." kata Hilman.
"Kau ni spoil lah, aku ingatkan penculik mana lah nak ambil adik aku tadi ish!" marah Daniel.
Amra hanya ketawa di situ.
"Kau curi rendang kaki ayam aku kan?" tuduh Daniel pada Haiqal.
Dahi Haiqal berkerut, eh menuduh!
"Mana ada." balas Haiqal.
"Baik kau mengaku sebelum aku pulak yang kaki kan kau, tadi dalam pinggan aku ada 6 kaki ayam dan sekarang ada 5 je. Kau kan yang curi?" jarinya menunding ke arah wajah Haiqal.
"Apa kau mengarut ni!" tangan kirinya menyelak rambutnya keatas.
"Mengaku cepat!"
"Kenapa gaduh pulak ni?" soal Hilman.
"Kau diam, ni antara aku dan pencuri rendang kaki ayam!" bidas Daniel dengan jelingan tajamnya.
"Apa bising-bising ni?" soal Asfar.
"Kembar kau rompak rendang kaki ayam aku, baik kau suruh dia pulangkan!" adu Daniel seperti budak kecil.
Asfar menjongketkan keningnya keatas dan memandang adik kembarnya.
Haiqal menggeleng kepalanya dengan laju tanda dia tidak bersalah.
"Pulang kan kaki ayam aku!" jerit Daniel.
Amra dan Hilman sudah ketawa melihat perangai Daniel.
"Siapa punya kaki ayam tertinggal atas lantai ni?" jerit Izzran dari tepi kolam ikan.
"Aku punya Daniel Mikael Shah!" balas Daniel dia berlari kearah Izzran.
"Cuba makan elok-elok jangan makan sambil berjalan, kau nak bagi ikan ni makan kaki ayam kau ke?" marah Izzran.
TO BE CONTINUE
VOTES & COMMENTS
( Hiatus untill my spm end for surely, this is my last update. )
Doakan Que tau!!
Thank you in advance and sorry for everything. I will come back after spm!
Bye...
By - Questn
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top