49; Ramadhan ED
Bulan Ramadhan pun tiba...
Pada malam itu mereka semua pergi ke masjid untuk solat tarawikh. Pulang sahaja dari masjid mereka berlima duduk di luar rumah agam itu.
Rumah agam itu lebih dekat dengan sekolah berbanding rumah ibu bapa mereka.
"Ramadhan tiba.. Ramadhan tiba..." Daniel menyanyi dengan riangnya.
"Kejap lagi kena ikat tak sedar diri tu." perli Haiqal.
Daniel menjeling tajam kearah Haiqal.
****
Tok nenda tiada kerana dia berada di Terengganu. Tinggal lah mereka berlima bersama pembantu rumah di dalam rumah itu.
Izzran dan Daniel sudah bangun pada pukul 4 pagi untuk sahur. Mereka berdua perlu mengejutkan lagi tiga orang lagi.
Mimpi apa tah Daniel Mikael bangun awal....
Izzran menuju ke bilik Amra, pintu bilik itu diketuk sebanyak tiga kali. Tiada sahutan, Izzran terus memulas tombol pintu. Amra masih lagi tidur dengan nyenyaknya.
Izzran duduk di birai katil itu.
"Adik... bangun jom sahur." tangan kasar itu mengusap kepala Amra dengan penuh kasih sayang.
"Amra..." bahu Amra digoncang sedikit.
Amra terus membuka matanya, tangannya menenyeh matanya dan duduk dari pembaringan.
"Jom sahur." Izzran menarik tangan Amra, dia memimpin tangan Amra sehingga ke meja makan.
Daniel menggeleng melihat Asfar dan Haiqal yang masih lena tidur. Mereka berdua tidur berpelukan, bantal bersepah di lantai.
"Bangun Qal, Asfar!" jerit Asfar, dua ekor ni tak boleh kejut baik-baik takkan bangunnya.
"Sahur!"
"Oh tak nak bangun eh? tunggu sebentar." Daniel tersenyum sinis, laju langkahnya turun dari tangga.
Izzran memerhati Daniel yang tergesa-gesa menuruni tangga.
"Mana kembar?" soal Amra dengan perlahan, matanya masih belum terbuka lagi.
"Kejap lagi turun." balas Daniel. Izzran mencedok nasi untuk setiap pinggan yang ada. Kemudian dia mengambil getah rambut yang berada di meja makan itu, rambut Amra yang dilepaskan itu diikat kembali gaya messy bun.
"Sahur!"
Pang!
"Sahur!"
Pang!
Apabila bunyi ketukan itu didengari sehingga bawah, Izzran terus naik kebilik kembar itu.
Daniel sedang berdiri di atas sambil memegang kuali dan senduk.
"Sahur! sahur! sahur!" senduk itu diketuk kuat pada bontot kuali.
Asfar dan Haiqal terus terjaga.
"Bising lah!"
"Berambus setan!"
"Eleh orang nak kejut pun kena marah." Daniel memuncungkan bibirnya dan turun dari katil dengan segera.
"Bye!" kuali dan senduk itu dibaling ke atas katil. Mujur tidak kena kepala kembar itu.
"Dah bangun!" arah Izzran.
Mereka terus bangun dengan malasnya.
Seusai baca doa, mereka menjamah nasi dan beberapa lauk semalam yang sudah dipanaskan.
"Adik... aaaaa." arah Haiqal, satu demi satu suapan masuk kedalam mulut Amra.
Mereka berempat memang menyayangi Amra lebih dari seorang sepupu. Kasih sayang yang wujudnya dari mereka kecil lagi.
Daniel yang memerhati Amra dan Haiqal itu disedari oleh Haiqal.
"Kau nak kena suap jugak ke?" soal Haiqal.
Izzran dan Asfar memandang kearah Daniel.
"Tak nak lah. Aku tengok budak kecik ni tak bukak mata pun. Mengantuk sangat ke?" soal Daniel.
"Dia semak fail disiplin semalam, tak macam kau tak reti buat kerja." kata Asfar.
"Aku bukan tak nak buat, nanti salah je. Malas aku." balas Daniel.
"Dah makan, jangan gaduh." tegur Izzran.
*****
Di Arcad Academy pada hari ini tiada ramai guru kerana ada mesyuarat di luar. Semua pengawas ditugaskan menjaga kelas-kelas yang tiada guru untuk keselamatan pelajar.
Ahli AJKT ramai berada di bilik pengawas atas sebab menguruskan fail-fail sekolah.
Avanna berani mencabar kesabaran Amra kali ini. Dia menggantungkan gambar potretnya sebaris dengan gambar keluarga Xavier.
Hilman Riyadh menyinsing lengan kemejanya, tempat audio dihampirinya. Butang hijau ditekan dan mikrofon dihidupkan.
Mereka memandang kearah Hilman.
"Kenapa tu?" soal Sarah.
"Ada yang buat hal ke?" soal Asfar pula.
Selalunya jika Hilman bertindak begitu, ia menandakan ada yang cuba melakukan kesalahan.
"Ada lagi setan yang belum diikat ni, ada yang masih terlepas ni." kata Haiqal dengan selambanya.
"Haah lah, antaranya kau lah tu." balas Daniel dengan tawanya.
"Diminta Avanna hadir ke bilik pengawas sekarang!"
"Oh dia ke setan yang terlepas tu..." kata Daniel dengan menggeleng kepalanya. Tak pelik lah kalau macam tu, memang dia suka timbulkan masalah.
"Diminta Amra Zahra hadir ke bilik pengawas sekarang juga!"
Semua terkedu, terkejut dan terkesima. Mereka memandang Daniel serentak.
"Adik aku bukan setan." kata Daniel dengan seriusnya.
Raut wajahnya bertukar menjadi serius, mata pandangannya bertukar menjadi tajam bak helang.
"Something happend right now..." ujar Izzran, dia terus bangun dan menghampiri Hilman.
Dum!
Pintu dibuka dengan kasarnya, tersembul wajah Amra dan Avanna. Rambut milik Avanna kelihatan serabai termasuklah pakaian uniform nya. Ia tidak terurus.
"Dah habis WWE belum?" sindir Hilman pada kedua-dua perempuan itu.
Amra hanya mendiamkan diri, matanya jelas mempamerkan perwatakan dia yang sekarang.
Daniel, Sarah, Ryan, Ezany, Asfar dan Haiqal mendekati mereka.
"Aku tanya dah ke belum!"
Ddum!
Bunyi tumbukan pada meja itu membuatkan Sarah dan Avanna terkejut. Bahu mereka terhinjut sedikit.
Amra hanya diam sahaja.
"Amra yang mulakan dulu." tuduh Avanna, tangannya disilangkan ke dadanya.
Mereka melihat pada CCTV, kalau tidak siasat dengan sekali tuduhan ia akan tertuduh pada Amra. Dia yang menyerang Avanna secara tiba-tiba dan kasarnya.
"Because you deserve to feel that hiks." Amra tersenyum senget melihat Hilman, sedikit pun tiada rasa gentar untuk melawan anak mata tajam itu.
You fight with mental disoder girl...
"See, she started first. Habis rambut saya, pakaian saya! Ini ke sekolah yang ada disiplin bagus dengan perempuan macam ni. Takkan lah seorang pemimpin sanggup mencederakan orang biasa." Avanna cuba meraih simpati daripada mereka.
Warna mata Amra berkilau bak permata. Biru yang menandakan warna ketenangan tetapi tidak pada perwatakan Amra Zahra Xavier.
"Kau yang cari pasal salah sendiri lah. Berani buat berani tanggung." bidas Dian, rambutnya diikat tinggi. Panas tengok perempuan gila ni.
Semua memandang kearah Dian.
"I'm with her, I know everything." balas Dian.
Tok!
Tok!
Tok!
"Masuk!" arah Daniel.
Lelaki itu membawa potret gamba Avanna, dia menghulurkan pada Amra.
Amra terus melemparnya keatas lantai, kacanya terus pecah. Banyak serpihan kaca berterabur diatas lantai.
"Amra Zahra!" jerit mereka kecuali Dian.
"Pay back..." kata Amra dengan tegasnya. Mereka terkejut melihat Amra.
Iphone nya dihidupkan, nombor seseorang didail. Tidak sampai beberapa minit, ramai pengawal Arcad Academy masuk ke dalam bilik itu.
"I dont want any picture of this girl in Arcad Building."
"Amra..." panggil Hilman.
"Tapi puan-" kata-katanya dipotong oleh Amra dengan pantasnya.
"Follow my words and all of you will safe." kata Amra dengan tenangnya, badannya sudah penat kerana perubahan split tu.
"Kau!" Avanna menundingkan jarinya pada wajah Amra.
"Kau tak layak nak marah dia, ni sekolah dia. Kau menumpang dan kau perlu tahu ni sekolah Xavier bukan Zedd. Sedar diri sikit, nak buat macam sekolah sendiri. Pergi sana bina sekolah sendiri!" jerkah Sarah, jari Avanna ditepis dengan kasar.
"Aku menang, get it?" kata Amra dengan sinisnya.
"Bring her out from this room please." mereka terus membawa Avanna keluar dari situ.
Dendam Amra makin membuak-buak apabila melihat wajah Amra.
Haiqal terus memeluk badan Amra dengan eratnya, terasa badan adiknya lemah di dalam dakapannya.
****
Avanna berada di dalam gudang milik kerabat Zedd. Terdapat ramai orang-orang suruhan kerabat Zedd. Semuanya berpakaian hitam.
"Aku nak kau buru dan bunuh dia." gambar milik Qistina Airish Xavier dilempar ke arah pekerjanya.
"Ramai jaga dia bos."
"Aku tak kira, tak dapat bunuh dia. Aku bunuh korang. Simple..." balas Avanna dengan senyumannya.
Aku seksa kau Amra, tunggu.
Aku adalah wakil kerabat Zedd untuk menghancurkan Xavier dan aku yang akan balaskan dendam kerabat Zedd.
Itu janji aku...
****
Cuti sahaja Amra akan pulang ke rumahnya untuk berbuka puasa bersama keluarganya.
"Mummy, Amra kacau Ayad!" adu Aryad seperti kanak-kacak kecil.
"Amra Zahra..." panggil Airish dari dapur.
"Amra tak buat apa pun lah kan daddy..."
"Haah betul tu." mata Han tidak lihat pun apa yang terjadi, dia fokus membaca surat khabar sahaja.
"Daddy bukan tengok pun." jeling Aryad pada Han.
"Tengok lah ni, tengok berita ni." kata Han perlahan.
Amra sudah terkekeh ketawa.
"Tengok lah Ayad daddy!"
Han terus memalingkan pandangannya pada anak lelakinya, wajahnya telah diconteng oleh Amra dengan marker.
"Wah lawanya, pandai adik berseni. Bagus!" puji Han, dia kembali membaca surat khabar kembali.
"Mummy!" jerit Aryad sekuat hatinya. Bagitahu mummy....
Airish terus menuju ke ruang tamu, apa lah yang berlaku kat sana.
"Ya Allah Ayad kenapa conteng muka..."
Aryad menunding jari kearah adiknya.
"Adik yang conteng muka Ayad my." adu Aryad, lengan Airish dipeluk erat. Dia memang manja dengan Airish sejak kecil lagi. Dia suka menyendeng pada Airish.
"Lawa apa tu, seni tu." balas Han, dia masih khusyuk membaca surat khabar.
"Kan daddy..." Amra terus memeluk erat Airish dari tepi, bau ibunya adalah satu ubat penenang untuk dia. Ia berasa lega dan selamat...
"Dah mandi sayang..." rambut Aryad diusap dengan penuh kasih sayang. Kemudian dia terus naik keatas.
Pipi Amra dicubit manja, "jangan kacau abang tau. Pergi naik atas minta maaf dengan Ayad."
"Baca apa tu, macam nak tembus surat khabar tu." tegur Airish lembut, lengan suaminya dipegang.
"Baca tentang awaklah sayang. Lawa lah awak, dah tua pun masih lawa macam dulu..." puji Han dengan ikhlasnya.
Airish tersenyum manis. Ada-ada je orang tua ni...
"I love you to the moon and never come back..."
"I love you more my king..."
Pipi Airish diusap penuh kasih sayang. Kekasihnya di dunia dan di akhirat, kekuatannya terletak pada wanita ini.
"Meh abang tolong sayang kat dapur."
Airish menggeleng perlahan, "pergi baca surat khabar. Rish boleh buat sendiri jangan risau..."
"Tak apa lah, bukan selalu abang dapat luang masa dengan sayang. Cinta hati ni..." dia terus memimpin tangan Airish ke dapur.
Amra tersenyum melihat abangnya yang sedang mencuci muka di bilik airnya.
"Nak apa?"
"Nak minta maaf wahai abangku..." kata Amra dengan sisa tawanya.
"Ish budak ni, shuh!" Aryad keluar dari bilik air tanpa memghiraukan adiknya di tepi pintu itu.
"Merajuk ke?" Amra terus memeluk Aryad dari belakang. Ketinggian mereka yang berbeza membuatkan Amra perlu menjengket kaki sedikit. Aryad terus menghadapkan dirinya ke adiknya.
"Yelah, jangan buat lagi..."
Amra tersenyum, Aryad susah mahu merajuk lama dengannya.
*****
Mereka berpuasa seperti biasa. Cuma yang membezakannya adalah mereka berlima pulang ke rumah.
Airish meraih tangan kasar itu, disalam dengan penuh hormatnya.
"Rish pergi kejap, tengok anak-anak..." kata Airish dengan lembutnya.
"Nak abang teman?" Han masih menggengam erat tangan lembut itu, hatinya berat untuk memberikan izin untuk Airish keluar rumah.
"Saya pergi seorang je... Bukan lama pun nak ambil fail je kat Blue Iv." balas Airish.
"Baik... balik sini macam mana awak pergi." bibirnya mendarat pada dahi dan ubun-ubun isterinya.
"Awak ni kenapa? abang okay tak?" soal Airish.
Han menarik Airish dalam dakapannya, dia berasa tenang setiap kali Airish dekat begini dengannya.
"Jangan lama sangat..." bisik Han.
"Abang jangan risau, Rish tak bawak kereta pun. Pak Mat yang drive." Airish mengusap perlahan belakang badan Han.
"I can't stop this heartbeat. It's make me feel hurt..." bisik hati Han.
"Dah Rish nak pergi ni... tengokkan Amra dan Ayad. Jaga diri awak, Imam syurga saya." Airish mengucup sekilas pipi kiri dan kanan Han kemudian dia mengucup lama dahi suaminya.
Dan meleraikan pelukan itu.
Dia melangkah keluar dari rumah itu dengan senyuman manis, tangannya melambai kearah Han.
Han ketawa kecil, comel isteri aku ni. Dia juga melambai ke arah isterinya.
Kereta itu keluar dari perkarangan rumah. Makin resah Han dibuatnya tapi dicuba kawalnya. Dia terus menuju ke biliknya dan ambil wudhuk dan solat sunat.
Lama dia duduk di atas sejadah itu. Dia berdoa agar kerisauan ini hilang dengan cepat.
"Ya Allah, kau jagakanlah isteri ku dengan baik. Dia adalah teman jiwa dan ibu kepada anak-anakku, andai kematian akan menjemputnya kau berikanlah kesempatan aku untuk bertemunya buat kali terakhir. Terima kasih kerana kau telah pertemukan aku dengan jodoh yang terbaik buat ku...
Biarkanlah Qistina Airish menjadi bidadari syurga buatku. Amin..."
Dia bangkit dari duduknya. Sejadah itu dilipat dengan kemas kemudian digantung di penyidai.
Han mengatur langkah kebiliknya Aryad kerana dia tahu Amra turut berada di situ.
Mereka berbual-bual dengan rancaknya.
Telefon Han berdering...
"Sayang, tolong ambilkan fon daddy atas katil." minta Han. Amra bangun dari pembaringannya dan mengambil telefon itu dibilik hadapan.
Kemudian, dia terus berlari mendapatkan Han. Butang hijau di slide.
"Ye saya Tengku Rayyan Farhan."
"Ye, dia isteri saya kenapa?"
Aryad dan Amra terus memandang kearah Han.
"Allah... baik saya akan pergi sekarang juga."
Mereka dua seperti kaku melihat wajah Han yang pucat itu.
"Siap sekarang kita pergi tengok mummy." arah Han dengan lembutnya. Hatinya jelas luluh ketika ini, berita yang dikhabarkan itu adalah seperti daripada doanya.
"Bertemu kali terakhir..." adalah ini kali terakhir untuk aku berjumpa bidadari aku?
Allah...
*****
Mereka terus menuju ke ward kecemasan. Jelas ramai polis dan pekerja hospital.
"Tengku..."
Han mengangguk dan membalas senyuman.
"Kemalangan yang berlaku sebentar tadi adalah seperti dirancang. Kerana kereta puan Airish telah dikepung di jalan highway dan ada lori dari arah bertentangan merempuh kereta puan." ujar polis itu.
Deg.
Seperti ada batu yang menghempap mereka pada waktu ini. Hati mereka luluh, sayu tidak terkata betapa perit hati tika itu.
"Cari pesalah sampai jumpa... Sebarkan pada semua kerabat, cari pelaku kemalangan ini sehingga dapat." arah Aryad dengan tegasnya, urat di lehernya jelas tegang.
"Baik Tengku..." mereka menundukkan badan sedikit tanda hormat.
"Tengku..." panggil doktor itu.
"Saya perlukan tandatangan untuk melakukan prosedur pembedahan. Puan Airish kehilangan banyak darah dan di otaknya terdapat gegaran yang kuat."
Han mengganguk lemah, dia terus mendatangan dengan segera.
"Jaga isteri saya, dia jiwa raga saya..." pinta Han, bibirnya masih mampu mengukir senyuman.
Doktor itu mengganguk dan terus beredar.
Amra terus memeluk erat Han. Dia menangis didalam pelukan Han, hatinya sakit...
"Daddy..."
"Ye sayang, daddy ada ni. Jangan menangis mummy perlukan kita, kuat ye..." pujuk Han dengan lembutnya, dia berasa tenang apabila Amra berada di dalam pelukannya. Rasa seperti Airish memeluknya.
Entah dari mana dia dapat kekuatan ketika ini.
Aryad juga memeluk Han, dahi anak lelakinya dikucup lama.
"Jangan nangis, mummy tak suka baby boy menangis..."
Aryad mengesat matanya, hatinya tidak tahan untuk menahan sakit itu. Ia sangat pedih.
Mummy baliklah....
Airish, tolong kuat untuk abang dan anak-anak kita.
Seluruh keluarga Xavier tiba di hospital itu termasuklah dari Phoenix, Willie Wonka, Lee dan orang yang mengenali keluarga itu.
Sungguh ramai tika itu...
Kawasan itu dibanjiri dengan orang yangvmahu melawat Airish dan keluarga pak Mat.
Cuaca yang mendung itu seperti memahami perasaan keluarga itu. Mereka memberi semangat pada tiga beranak itu.
Ibu kepada Hilman memeluk erat badan Amra, dia cuba untuk menyalurkan kekuatan pada gadis itu. Amra hanya tersenyum, ya senyuman palsu.
"Maaflah, Hilman tak dapat datang."
Amra hanya tersenyum, mana kau?
Aku perlukan kau sekarang...
Han dipeluk erat oleh Isk.
"Kuatkan diri kau untuk Rish..." Han mengganguk perlahan dan tersenyum. Mereka seperti kekuatan yang dipinjamkan untuk tika ini.
Mereka berbual-bual...
Waktu berbuka hampir tiba tapi tiada seorang pun pulang. Mereka masih mahu menunggu khabar dari Last Princess.
Puteri itu adalah permata bagi mereka, sinar kepada kerabat-kerabat lain juga.
"Jom kita pergi makan, nanti kita jumpa mummy..." pujuk toknenda.
"Tak nak, Ayad nak teman mummy. Sian mummy tak makan lagi, Ayad nak berbuka dengan mummy..." kata Aryad, matanya tak lepas memandang bilik pembedahan itu.
"Jangan macam ni sayang... Sedih mummy nanti." peluk Fatin Catrina, sian dia melihat keadaan anak buahnya.
Dia juga turut sedih dengan menderita ini, Airish bukanlah sebagai sepupu sahaja. Dia segalanya pada princeses Xavier.
Haiqal lama peluk Amra, gadis itu bersandar pada dada bidangnya.
"Hilman mana?" soalnya perlahan.
Haiqal terdiam, "nanti dia tunggu ye..." maaf dik, aku terpaksa tipu kau. Kalau aku terpaksa jujur, aku takut kau tak mampu untuk berdiri sekarang.
"Jangan risau keadaan hospital ni, papa dah letak kawalan ketat. Tak ada siapa yang mampu dekat dengan mummy." kata Tengku Airiel, dia telah meminta orang-orangnya untuk mengawal hospital itu.
"Me too..." balas Raid. Orang suruhan Violet semua menjaga diluar kawasan hospital.
Satu hospital itu dijaga dengan rapi...
Han memimpin tangan Aryad dan Amra untuk pergi ke kafe di bawah. Inilah baru kali pertama mereka berbuka tanpa Airish.
Seusai makan mereka terus solat berjemaah di surau hospital itu. Han menjadi imam ketika itu.
Kemudian mereka kembali ke tempat mereka menunggu tadi. Tepat sahaja pukul 10 setengah doktor itu keluar dari bilik pembedahan.
"Tengku Rayyan..."
Han, Aryad dan Amra terus menghampiri doktor itu.
"Isteri saya macam mana?"
"Otak puan Airish terdapat gegaran dan terdapat urat yang putus dibahagian kepalanya, urat yang penting. Mungkin kerana hentakan kuat itu... Saya tak beri jaminan seratus peratus yang puan Airish akan seperti dulu, mungkin dia akan lumpuh. Sekarang ia bergantung pada puan, saya tak nak bagi harapan. Saya rasa Tengku faham maksud saya, puan pakai alat bantuan pernafasan sekarang." terang doktor itu dengan tenangnya.
Wajah Han masih tenang...
"Kalau puan tidak sedar dalam 42 jam ini, saya terpaksa cabut alat pernafasan itu. Bacaan jantung puan juga lemah... Saya harap Tengku sekeluarga kuat dan jangan berhenti berdoa."
Mereka mengganguk perlahan, tak mampu untuk berkata-kata.
"Sorry we're late." semua memandang kebelakang. Orang-orang Airish tiba, mereka gigih mencari punca kemalangan ini yang melibatkan tuannnya.
"Anything?"
"We found sonething, this is by Zedd. This is warning from them..." kata Emrys.
Mata Amra berkilauan, dia ketawa sinis dengan galaknya seorang diri. Semus memandang ke arahnya.
"She split again..." kata Izzran.
"Amra...,"
"Adik...,"
"Diam!" jerit Amra, hatinya makin sakit apabila dia mendengar perkataan Zedd.
Dia bangun dan menunding jari pada tok nenda.
"Puas dah, apa-apa jadi kat mummy. Aku headshot satu kerabat tu." kata Amra dengan tegasnya.
"Amra... Tok-"
"That girl that you want adopt wanna try killed Daniel and Izzran. Now she want to kill my mummy, are you satiesfied now?" bentak Amra, dia tidak mampu kawal perasaannya.
Han terus memeluk Amra, jelas badan anaknya mengigil. Terkejut ye sayang?
"Hey... don't be like this. Not nice, daddy tak pernah ajar anak daddy kurang ajar." bisik Han di telinga Amra.
"Dia buat mummy Amra..." dia berasa lemah apabila didalam pelukan Han, tanganya memukul perlahan badan belakang Han.
"Dia juga buat isteri daddy... Trust Allah sayang." Han meleraikan pelukan itu, dia mengucup dahi Amra.
"Bawak dia jauh dari sini dulu..." arah Aryad.
"Baik Tengku." Amra dan orang-orang suruhan kerabat itu jauh meninggalkan tempat itu.
Amra duduk di rooftop, keliling kawasan itu telah dikawal dengan ketat sekali.
Krek!
Pintu besi itu terbuka, Amra langsung tidak menoleh kebelakang. Air matanya laju mengalir, dia tidak mampu menangis dihadapan daddy nya.
Dia juga harus kuat...
"Buruklah kau menangis..."
Bau minyak wangi itu, ia milik Hilman. Amra terus menoleh kebelakang, lelaki itu tersenyum manis kearahnya cuma bezanya wajah lelaki itu pucat sekali.
"Maaf aku lambat."
"Mana kau pergi?"
"Aku ada hal...tapi sekarang aku ada kat sisi kau. Jangan risau." Hilman menarik Amra kedalam dakapannya, maaf aku lambat.
"Menangis sepuas hati kau, kalau itu buatkan kau tenang." pujuk Hilman, tangannya mengusap kepala Amra.
Tangan Amra menggengam erat baju tshirt milik Hilman.
"Jangan... ting..galkan aku jugak." kata Amra dalam tangisannya.
"Aku tak janji, tapi kalau Allah benarkan. Aku akan ada untuk kau, itu janji aku."
Amra meleraikan pelukan itu. Badannya terasa makin lemah apabila penyakitnya datang kembali.
"Nanti aku uruskan hal Avanna. Berani dia sentuh mak mertua aku." pujuk Hilman. Amra hanya mengganguk.
"Dah jom pergi sana..." Hilman bangun dan menghulurkan tangannya pada gadis itu.
Amra menyambut huluran itu. Mereka jalan beriringan ke tempat itu.
Yang peliknya terdapat ramai polis. Dan seorang perempuan rambut panjang itu.
"Tangkap dia..."
"Kenapa pulak?" jerit perempuan itu.
Suara Avanna?
Polis itu memberi laluan kepada Amra, Hilman masih lagi tidak lepaskan pegangan itu. Takut tunangnya membahayakan orang lain.
Aryad mengangkat plastik yang mempunyai bukti tentang berlakunya kemalangan itu.
"Bersalah tetap bersalah. Kau cari pasal dengan keluarga aku, jadi kau perlu tanggung." kata Aryad tegas.
Avanna memulakan drama nya, dia menangis. Amra yang berada di belakangnya makin meluat, setiap inci pandangannya pada Avanna membuatkan dia makin sakit.
Amra mengalihkan padangan itu.
"Tak apa... pandang aku je." kata Hilman, Amra hanya mengganguk dan memandang lelaki itu.
Ikutkan hati memang dia akan bunuh Avanna disitu. Malangnya dia tidak boleh lakukan seperti itu. Avanna ditahan dan dibawa pergi, seluruh kerabatnya ditahan dan dijadikan banduan sementara.
TO BE CONTINUE
VOTES & COMMENTS
goodbye, rest well Rish...
( Votes 300 ) , dah cecah 300 baru Que update. Selagi tak, maaf Que tak boleh.
Selamat Hari Raya!
Saya memohon maaf ye, kosong²!
BY- QUESTN
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top