48; Hidup lagi?
Pada malam itu semuanya berkumpul di rumah agam milik keluarga Xavier.
"They're alive?!" soal Kal dengan terkejutnya.
"Ye, we're." balas Izzran dengan senyumannya.
Mereka berbual hingga larut malam. Kemudian, atas arahan tok nenda mereka perlu berkumpul di meja makan.
"This is about Avanna."
"Lagi, kat sekolah dia. Balik rumah pun dia." keluh Asfar dengan nada perli.
"Tak elok cakap macam tu." tegur Damia.
Amra dan Daniel hanya mendiamkan diri sahaja, tidak mahu ambil tahu tentang Avanna.
"Semua berkumpul sini."
Semua menuju ke meja walaupun ada diantara mereka tidak rela untuk berkumpul.
"I want Avanna to be apart of our family."
Terdiam semua orang...
"Proceed if you want." kata Bal, apabila dapat persetujuan dari gerak mata Airish.
"Okay, proceed too." balas Izzkal apabila Shah, Han dan Isk memberi persetujuan.
Kiddos berdiam diri sahaja.
Kalau Avanna masuk Xavier, nama dia juga akan menjadi Avanna Xavier. Buruknya!
Tak pernah sesuai dan takkan pernah sesuai.
"Kiddos how about your oppinion?" soal Fatin Catrina lembut.
"Are you sure to invite witch to our family?" sindir Asfar dengan seriusnya.
Tiada senyuman menghiasi bibirnya. Mukanya tampak serius, urat di lehernya kelihatan tegang.
"Kenapa tak suka Avanna?"
"She tried to kill Niel and Ran. Are you sure she will safe if she enter this home after this?" balas Haiqal dengan seriusnya. Matanya tepat merenung anak mata tok nenda.
Semuanya kaku.
Tidak faham apa yang mereka katakan.
"One of us are shooter sniper. I'm scared if one of our bullet will get in to her brain." sambung Amra dengan tenangnya.
"Jangan rosakkan nama Xavier."
"Okey cut!" jerit Daniel dengan lantangnya. Muak asik-asik nama Avanna.
Mata-mata tertumpu pada lelaki berambut messy hair itu.
"Niel nak main bunga api, nak ikut jom." kemudian dia terus bangun dan keluar dari rumah.
Kiddos terus bangun dan mengikuti langkah Daniel Mikael.
"They're right nenda..." ujar Airish dengan seriusnya.
"I love them. Don't worry, I know what I'm doing." balas tok nenda dengan tenangnya, dia menyandarkan badannya pada kerusi itu.
****
Berkotak-kotak mercun dan bunga api di halaman rumah itu.
"Kau pemborong haram ke Niel?" soal Asfar dengan nada terkejutnya.
"Mana ada, aku beli lah." Daniel menghidupkan api pada pelita di kawasan itu.
Izzran dan Amra duduk di buai kecil di halaman rumah itu.
"Aku dah kata duit dia habis dekat benda-benda macam ni." kata Izzran dengan tenangnya.
Bukan tak kenal Daniel Mikael Shah. Barang yang dia beli ialah barang mengikut kehendaknya. Cuma dia seorang yang tidak kedekut.
"Lepas tu beli kereta." sambung Haiqal. Matanya tepat memandang Daniel yang khusyuk menyusun bunga api dan mercun di atas lantai.
"Kereta aku lah yang kau guna selalu." balas Daniel selamba.
Daniel Mikael Shah mempunyai 6 kereta mahal dan edisi yang susah orang membelinya. Duitnya banyak habis pada kereta, baginya kereta adalah keperluan.
Memandangkan lagi beberapa hari lagi akan menjelang Ramadhan tiba seluruh warga Arcad academy sedang sibuk untuk menyambutnya. Bahagian pentadbiran sudah menyusun jadual untuk para pelajar pada bulan Ramadhan ini. Pengawas juga sibuk untuk menguruskan jadual bertugas.
Tepat sahaja pukul satu tengah hari, semua pengawas perlu berkumpul untuk ambil nama bertugas.
"Kita mulakan sekarang..." kata cikgu Mihsai. Ditangannya terdapat beberapa helaian kertas nama yang dijadualkan bertugas.
Tok!
Tok!
Tok!
Tersembul wajah Amra dipintu, dia masuk ke dalam dan menundukkan badan sedikt tanda hormat.
"Maaf saya lambat..." pinta Amra. Penat lari, dari blok akademik hingga ke hujung blok akademik, macam mana lah bolrleh terlupa dengan mesyuarat hari ni.
"Denda dia cikgu..." kata Hilman Riyadh, bibirnya mengukir senyuman senget. Semua memandang ke arah lelaki itu.
Amra terus menjeling Hilman, "saya tak sengaja cikgu bukan sengaja. Maafkan la saya..."
"Denda je dia..." sambung Hilman. Suka dia melihat Amra yang sedang marah itu.
Izzran, Asfar, Daniel dan Haiqal memandang pelik pada Hilman.
"Dah duduk, jangan lambat lagi lepasni." Amra mengganguk laju dan dia terus duduk di tempat kosong yang berada di sebelah orang gila eh tak Hilman Riyadh.
Sedang dia fokus mendengar, Hilman menyiku lengan Amra beberapa kali dengan sengajanya.
"Nak apa?" soal Amra dengan malasnya.
Dah mula dah penyakit 'pelik' Hilman.
"Nak kenal boleh?"
Amra hanya mendiamkan diri, matanya tertumpu pada orang susuk tubuh itu...
Dan tiba waktu nama Avanna disebut, dia bangun dan tampil kehadapan untuk mengambil kertas dihadapan.
3,
2,
1,
Buk!
Avanna terjatuh kerana tersandung. Ramai yang ketawa kecuali Amra dan Hilman mereka lebih selesa untuk mendiamkan diri daripada ketawakan orang lain.
"Hahahaahahahahah jatuh, macam cempedak eh salah nangka busuk siot." Haiqal ketawa terbahak-bahak.
"Boleh ulang lagi sekali tak jatuh tu haahahahah." Daniel ketawa sambil memegang perutnya. Aduh sakitnya perut!
Avanna sudah malu dihadapan... Jarinya menunding tepat kearah Amra.
"Kau yang salah, kau yang punca ni kan." tuduh Avanna.
Dahi Amra mengerut, aku?
Aku tak buat apa-apa pun. Gelak pun tak...
"Amra Zahra...." panggil cikgu Adlina dengan tegasnya.
"Dia tak buat apa-apa pun dari tadi ada sebelah saya." kata Hilman dengan tegasnya.
Avanna malu sendiri...
"Dah la jatuh lepastu tuduh orang tak malu ke?" sindir pedas Haiqal.
Avanna terus keluar bilik itu. Mereka meneruskan mesyuarat itu, Amra mengambil alih kerja Dian danSarah kerana mereka tiada di sini atas urusan keluarga. Tamat sahaja perbincangan itu bilik itu menjadi sunyi dan tinggal lah Hilman dan Amra.
Amra terus membuka buku dan membuat latihan yang diberi oleh cikgu. Hilman hanya memerhati gadis itu dari meja guru.
Tok!
Tok!
Tok!
"Masuk..." kata Hilman. Harris tersenyum manis dihadapan pintu bilik itu, dia senyum pada Amra dan bukannya pada Hilman. Dia memerhati anak mata lelaki itu.
"Saya masuk boleh?" soal lelaki itu dengan lembutnya. Amra hanya mengganguk, Hilman terus menjeling kearah Amra.
Patutnya aku yang bagi izin...
"Nak apa datang sini?" soal Hilman dengan malasnya, tak suka dia lama-lama berada dalam bilik ini. Siapa pulak lelaki hidung mancung ni?
"Nak datang belajar dengan Amra..."
"Orang lain tak ada ke, kelas tu memang ada Amra je ke yang boleh ajar?" Hilman cuba mempersoalkan segalanya.
"Haah... Amra je." balas lelaki itu dengan tenangnya. Dia tidak takut langsung dengan mata helang milik Hilman.
Baru sahaja Hilman mahu bersuara, Amra terus memotongnya. Nanti gaduh pulak.
"Kenalkan ni Harris Hailey dan ini Hilman Riyadh..." mereka terus berjabat tangan.
Mereka terus ke tempat duduk, Harris duduk dihadapan Amra. Mereka kelihatan mesra pulak eh?
Hati Hilaman mula membara panas. Dia terus menyusun fail-fail disiplin di rak. Sesekali dia menoleh kebelakang, jelas anak mata Harris tidak lepas memandang tunangnya.
Pesaing aku rupanya...
"Saya tak faham yang ni..." jarinya menunjuk pada soalan matematik itu. Amra mengganguk perlahan dan menerangkan jalan kerja pada Harris. Kalau orang tak faham takkan kita nak kedekut ilmu pulak.
"Dah awak faham tak?" terus membulat mata Hilman dan dia terus berpusing kebelakang. Awak? dengan aku bahasa 'kau aku' je. Ish melampau ni. Hilman terus mendekati mereka dan duduk rapat disebelah Amra, mereka terkejut dengan kehadiran Hilman yang
tiba-tiba itu.
"Yang ni pulak..." Harris menunjuk soalan lain pada Amra. Hilman terus merampas buku itu dan dia terus bersuara, "yang ni biar aku ajar..."
Harris mendengus geram, seusai sahaja belajar bersama Hilman. Segala soalan yang ditanya oleh Harris, lelaki itu yang akan menjawapnya dan bukannya Amra.
"Bye..." baru sahaja Harris mahu melambai tangan ke arah Amra. Hilman terus menutup pintu bilik denga rapatnya.
"Berambus akhirnya." lega Hilman dibuatnya, dia memerhati Amra yang sedang memandangnya dengan pelbagai soalan.
"Dah kenapa kau ni?" soal Amra pelik. Tangannya disilangkan ke dadanya, matanya sedang setia menunggu jawapan daripada Hilman.
"Siapa lelaki itu?"
"Kawan sekelas..."
"Dia tak ada kawan lain ke sampai cari kau, setahu aku kelas kau ada 25 orang..." kata Hilman dengan sinisnya, badannya disandarkan pada dinding dan setia menunggu jawapan dari gadis itu.
Memandangkan Hilman dari kelas sains tulen dan Amra dari kelas perniagaan. Tapi Hilman tahu setiap orang yang berada di kelas Amra, cuma Harris Hailey sahaja yang dia jarang lihat.
Lelaki kacukan German dan wajahnya yang tampan dan mamis mampu menarik minat perempuan. Tapi aku lagi hensem lah.
"Jeles?" soal Amra dengan tenangnya.
"Tak suka ada pesaing." balas Hilman selambanya.
Amra hanya mengganguk tanda faham dan dia menuju ke meja itu dan meninggalkan Hilman seorang diri.
"Eh tak pujuk aku ke?" bisik hati Hilman. Dia terus menuju ke arah Amra dan duduk dihadapan gadis itu, dia memerhati Amra yang sedang tekun menyiapkan tugasan itu.
"Yes, Hilman Riyadh Al-Thariq anything?" soal Amra, tapi dia masih fokus pada kerjanya.
"Kau jahat."
Amra memandang Hilamn dengan mata tidak berkedip, jahat?
"Kenapa ni, aku buat apa?" soal Amra dengan lembutnya.
"Tolong cantumkan hati aku balik... Tadi retak sebab Harris tak guna tu." balas Hilman dengan keluhannya. Amra menggeleng perlahan, jeles tak bertempat. Kalau ada lelaki lagi hensem pun hadir dalam hidup aku.
Aku tetap akan aku pilih kau.
Only for you HRAT. Aku mampu jawap dalam hati dahulu. Tunggu masa yang tepat, aku akan bagitahu kau, tunggu aku dan jangan ubah hati.
HIlman membaringkan kepalanya di atas meja dengan beralaskan lengannya. Jari milik Amra bermain dengan rambut milik Hilman, rambutnya lembut seperti bayi.
"Pergi masuk kelas, kejap lagi kelas Bio." tegur Amra dengan lembutnya.
"Aku teman kau muktamad." jawapnya dengan tegas. Perubahan mood Hilman cepat sahaja berubah.
Hilman membiarkan Amra bermain dengan rambutnya, tiada orang berani menyentuh rambutnya kecuali budak kecil ini. Amra menyambung kembali membuat tugasan itu. Hilman suka melihat Amra dari tepi, sungguh lawa.
Kulitnya yang bersih, hidung yang mancung, bibir yang mungil dan senyuman yang terbit dari bibirnya adalah senyuman kegemarannya sehingga kini... Luar dalam Amra Zahra Rayyan adalah cantik dan hebat.
Tok!
"Kami dari jabatan agama islam..." Daniel dan Haiqal terus menyerbu bilik itu. Mereka berdua sedikit terkejut dengan kehadiran dua manusia itu.
"Dah tak reti nak bagi salam ke?" soal Hilam dengan sinisnya.
"Eh kau berduaan lak dengan adik aku, report kat Izzran. Matilah kau...." jarinya digoyangkan ke kiri dan ke kanan.
"Kenapa datang sini?" soal Amra lembut.
"Saje nak lawat adik..." balas Haiqal. Padahal mereka datang ke sini kerana tidak mahu masuk kelas Sejarah.
"Yang lau duduk sini dengan adik aku kenapa?" soal Daniel tegas. Dia tidak suka lelaki yang cuba mendekati adiknya walaupun tunang adiknya sendiri.
"Teman dia."
"Lain kali nak teman dia, dapatkan izin aku dulu." kata Daniel dengan tegasnya.
Amra hanya tersenyum, antara mereka berempat Izzran dan Daniel paling protective. Tetapi Daniel Mikael lebih ketat pengawalannya berbanding Izzran.
"Baiklah." balas Hilman.
******
Minggu ini ialah minggu terakhir persekolahan. Jadi setiap kelas akan dikunci dan dibersihkan sebelum semuanya pulang ke rumah. Semua pelajar beratur di Arcad Hall mengikut baris.
"Awak penat ke?" tegur Harris dengan senyuman manisnya.
"Sikitlah." balas Amra. Mereka berbual dan bergelak tawa. Hilman dari atas pentas sudah tidak betah diri disitu lagi, dia memerhati Amra dan Harris dari atas. Ada yang kena ni nanti...
Hilman terus menuruni tangga dengan pantasnya dan mencelah kedudukan Amra dan Harris. Hilman berdiri diantara mereka berdua dan tersenyum sinis pada Harris.
"Dah siap ke yang lain?" soal Amra dengan lembutnya, dia mendongak sedikit dan memandang Hilman.
"Belum, kau ikut aku..."
Baru sahaja Harris mahu mencapai beg sandang Amra yang berada di lantai, tangan Hilman lapi pantas mencapai beg itu.
"Tak apa aku boleh angkat beg Amra." kata Harris.
Amra sudah tidak senang berdiri di situ, dia tahu Hilman akan berubah mood sebentar lagi.
"Tak apa meh sini beg tu." baru sahaja Amra mahu ambil beg itu dari pegangan Hilman, lelaki itu menyandang beg itu.
Hilman menggeleng perlahan, tangannya mengusap kepala Amra dengan perlahan. Dia sengaja mahu membuat Harris jeles.
"Dah ikut aku, bahaya duduk sini lebih- lebih lagi dengan jantan ni..." lengan Amra terus ditarik oleh Hilman.
Harris Hailey terus menyelak rambutnya keatas, kenapa lah setiap pertmuan dia dan Amra mesti ada lelaki tu?
Kalau Hilman Riyadh adalah pesaingnya, dia sanggup untuk bersaing untuk mendapatkan hati gadis itu. Amra Zahra telah mencuri hatinya dari awal persekolahan, sikap berdikari Amra membuatkan dia tertarik pada gadis itu...
Hilman membawa Amra jauh dari suasana hingar-bingar itu...
"Jauhkan kau dari lelaki karat tu..."
"karat?" soal Amra.
"Tu Harris Hailey si karat tu. Aku tak suka dia dekat dengan kau walaupun urusan nak belajar, get it?"
Amra mengganguk tanda faham, betul tekaan dia...
"Nak menyendeng kat aku tak apa, tapi kat karat tu aku tak suka... Dah ikut aku, kang naik gila aku kalau dia datang dekat dengan kau." kata Hilman dengan tegasnya, dia terus menarik tangan Amra untuk masuk ke dalam dewan kembali.
Amra tersenyum manis, dia suka melihat sisi Hilman yang ini.
Cikgu memberi arahan kepada semua pelajar untuk beratur kemudian membaca doa dan akan dilepaskan pelajar mengikut tingkatan untuk pulang ke rumah. Jalan utama itu sesak sekali, Hilman risau jikalau Amra hilang secara tiba-tiba, dah la budak tu ketinggian belum sampai paras bahu aku lagi.
Kalau tercicir mahu kena sekel dengan Daniel...
"Masukkan tangan dalam blazer aku sekarang..." arah Hilman. Amra seperti tidak faham dengan apa yang dikatakan oleh Hilman.
"Sayang masukkan tangan dalam blazer aku." ulang Hilman dengan lembutnya. Jantungnya berdegup laju, sayang oh?
Amra terus masukkan tangan kanannya dalam blazer Hilman, kemudian Hilman masukkan tangannya dan memegang tangan Amra dengan eratnya. Amra hanya membiarkan dengan keadaan sesak itu Hilman melindungnya, ada yang jalan menolak satu sama lain. Tangan kiri Hilman memegang bahu Amra, takut jikalau gadis itu dilanggar oleh lelaki.
Tiba sahaja di tempat letak kereta, Hilman melepaskan pegangan itu dan berhenti di tepi jalan.
"Aku tengok kau dari sini, bawak kereta hati-hati. Dah sampai rumah bagitahu aku..." pesan Hilman, beg yang disandang tadi dihulurkan pada Amra dengan pakage senyuman manisnya.
"Okey tata..." balas Amra, dia beredar dari situ dan berpusing kebelakang. Ternyata masih ada lagi Hilman yang setia menunggunya sehingga ke kereta dia berhenti dan melambai tangan kearah lelaki itu dengan sengihannya.
"Comel ..." Hilman turut membalas lambaian itu pada Amra. Apabila kereta Amra keluar dari perkarangan sekolah itu, Hilman terus menekup mukanya dan terbatuk-batuk dengan kuat sekali.
Entah kenapa beberapa minggu ini selepas kemalangan yang berlaku tempoh hari itu membuatkan dadanya kerap sakit dan batuk.
Dia tidak mahu Amra melihatnya dalam keadaan begitu. Dia terus menuju ke kereta Ryan dan terus masuk kedalam perut kereta BMW itu. Dia menyandarkan badannya, tiba-tiba badannya terasa lesu dan tiada kekuatan. Matanya dilelapkan sebentar.
"Kau ok tak ni Hil?" soal Ryan dengan nada risaunya. Bukan dia tidak tahu tentang kesihatan kawannya sekarang.
"Okay, penat sikit je. Dah sampai rumah aku, kejutkan aku..."
Ryan mengganguk faham, dia amat merisaukan kesihatan Hilman sekarang.
TO BE CONTINUE
VOTES & COMMENTS
#AmRiyadh
( 300 votes ) untuk unlock Ramadhan Edition
BY - QUESTN
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top