45; Kekuatan
"Selamat malam, berita tergempar pesawat dari Malaysia iaitu Tyler Airlines telah terhempas di lautan China pada petang tadi. Pasukan penyelamat dari China cuba membantu dalam misi pencarian. Dan terdapat dua putera Xavier di dalam pesawat ini. Kami ucapkan takziah pada semua ahli keluarga mangsa."
Mereka terkedu...
"Cucu aku!" tok nenda pegang dadanya dan akhirnya dia rebah di situ.
"Puan!"
Orang-orang suruhan terus membawa tok nenda ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital.
Suasana rumah itu menjadi bising.
Mata pandangan Amra mula kabur, dan akhirnya dia pengsan di tepi meja makan. Mujur Emrys sempat menyambutnya, gadis itu dibawa ke hospital juga.
Detik-detik hitam yang menghantui Amra.
Kehilangan Hilman membuatkan dia lemah,
Dan
Sekarang dia kehilangan dua putera yang amat dia sayangi. Pinjaman dari Allah hanyalah sementara sahaja.
Izzran...
Daniel...
"Aku tahu, bawak jenazah Niel dan Ran dihapan aku! arahkan semua cari mereka di China." arah Haiqal dengan tegasnya.
Avanna tersenyum sumbing, suka melihat Xavier kucar-kacir. This revenge from Zedd.
This is the first warning for Xavier...
"Dan kau, kalau aku tau kau terlibat dalam insiden ni. Aku orang pertama, seksa hidup kau."
Avanna tersenyum sinis. Aku menang tanpa perlu sakitkan diri sendiri. Tahniah Avanna Rose.
Poor you Amra...
Semua bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan untuk Amra dan tok nenda.
Fatin dan Bal sudah lemah tersandar di kerusi, berita tentang putera mereka amat menyedihkan mereka.
Putera tunggal mereka terkorban.
Mereka berada di ruangan VIP di hospital itu atas permintaan Rayyan Farhan. Kepala puterinya dikucup beberapa kali, maafkan daddy sayang.
Avanna berlakon sedih, kononnya meratapi pemergian kedua putera itu.
Meluat Haiqal dan Asfar melihatnya. Sakitnya hati makin membuak-buak, sedih kehilangan dua kawan, adik-beradik amat memedihkan.
"Diorang belum mati, jangan nak beria menangis!" bentak Haiqal, uratnya di leher kelihatan tegang.
Semua terkejut dengan suara Haiqal.
"Raden Haiqal..." panggil Isk perlahan.
"Kesiankan dia, jangan marah dia." pujuk Fatin Catrina dengan lembutnya.
"Why would Haiqal pitty on her? dia lagi suka tengok kita macam ni." bidas Asfar dengan nada tingginya.
Makin kuat tangisan Avanna.
"Tengku Raden Asfar!" jerit Damia Arisya Xavier, dia terus berdiri dan bercekak pinggang.
Amra tersedar apabila tidurnya terganggu dengan perbalahan kecil itu. Dia memandang Han yang nyenyak tidur disebelahnya.
Tidur mati ni...
Amra tersenyum melihat wajah daddy nya, wajah itu ditatap lama. Dahi dan kening Han dikucupnya.
"Hah!" sergahan pada Amra membuatkan Amra terkejut. Han tidak tidur, dia sengaja melelapkan mata sahaja.
"Rindu ke?" soal Han.
Amra mengganguk perlahan.
"Daddy tidur, Amra nak tengok WWE." bisik Amra perlahan.
Han tersenyum manis, kepala Amra diusap dengan penuh kasih sayang.
"Bobok daddy dulu." bisik Han. Amra terus menepuk lembut belakang badan Han sehingga dengkuran Han didengari.
"Tidur lena daddy." pipi Han dikucup lama. Amra bangun dari baring, tangannya tidak berhenti menepuk lembut badan belakang Han.
Mereka tidak sedar dengan kehadiran Amra yang sedang memerhati mereka.
"Tak apa, jangan salah mereka. Salah saya, hidup saya memang layak macam ni. Jadi pembuangan." Avanna menangis di tepi sofa.
Amra menggeleng perlahan. Drama betul perempuan ni.
"Dah-dah jangan menangis. Bukan salah awak, takdir mereka begitu." Airish mengusap lengan Avanna.
"Hipokrit..." kata Asfar dengan tawa sinisnya.
"Dah lah! jangan fitnah saya begitu. Tak suka saya bagitahu, jangan hina saya macam ni!" jerit Avanna dengan air matanya.
Buk!
Satu bantal berwarna putih tepat kena di muka Avanna. Semua memandang kearah balingan itu.
"Tak payah beria nak jerit, daddy aku tengah tidur." bentak Amra dengan tegasnya.
Haiqal dan Asfar tersenyum senget. Amra menarik selimut paras dada Han, dia menjarakan dirinya dari Han yang lena diulit mimpi itu.
"Aku tak suka kau. Boleh keluar dari sini dan tinggalkan Xavier? aku tak suka parasit." sambung Amra dengan senyuman sinisnya.
"Amra Zahra..." panggil Airish lembut.
Tok!
Tok!
Tok!
Tiga orang berpakaian hitam masuk kedalam bilik itu. Mereka ialah orang suruhan Kiddos, dari umur mereka 15 tahun lelaki-lelaki ini berhidmat untuk mereka.
Mereka adalah remaja yang khas belajar untuk menjaga orang-orang golongan elit.
Zach dan Harry masuk, mereka menundukkan badan mereka tanda hormat kepada keluarga ini.
"We can't find the body." ujar Zach.
Amra memerhati dua gelagat lelaki itu.
Haiqal, Asfar dan lain sudah meraup wajah mereka.
"Kerajaan China kerahkan pasukan elit untuk mencari mereka lagi." kata Harry dengan tenangnya.
"I've said to you guys. They're dead!" kata Avanna dengan nada tingginya.
Membulat mata Zach dan Harry. Beraninya perempuan ni cakap macam tu kat tuan mereka.
"Then who are you to say they're dead, close your mouth!" bidas Haiqal, matanya jelas merah kerana dia menahan air mata dari gugur.
Shah, Izzkal tiada disitu kerana mereka mengambil pakaian dirumah.
"Diam!" naik nada suara tok nenda dari katilnya. Semua memandang kearah suara itu.
****
Amra, Zach dan Harry berbincang bertiga mengenai kemalangan itu.
"Macam mana kau tahu tu kemalangan sengaja?" soal Zach.
"Tangki bocor utama secara tiba-tiba. Tak ada seorang pun perasan." balas Amra perlahan.
"Kau syak perempuan tu ke?" mata Harry memandang ke arah Avanna.
"Dia tak jawap pun, aku boleh agak dia tak suka Amra dan lain." balas Zach.
"How about your man?"
Zach dan Harry memandang Amra.
"Alhamdulilah okay, dia dah sedar tadi. Cuma aku belum lawat dia." balas Amra.
Mereka memerhati ke arah Asfar dan Haiqal yang menangis di tepi bucu katil. Mereka duduk berasingan, air mata mereka adalah saksi kejadian hari ini.
"They miss the boys a lot..."
"Why don't you cry too?"
Amra menggeleng perlahan.
Macam mana yang lain nak kuat kalau dia menangis dihadapan yang lain?
****
Dengan pakaian hospital itu Amra terus keluar dari hospital. Dia terus memandu kereta milik Haiqal.
Kereta itu menuju ke hospital yang menempatkan Hilman Riyadh.
Bilik Hilman dicari.
Tok!
Tok!
Tok!
"Masuk!"
Amra masuk kedalam bilik itu, lelaki itu sedang bersandar di katil. Wajah Amra diperhati lama.
"Kenapa diri situ je?" matanya tak berhenti memandang wajah Amra yang pucat. Keadaannya pelik, dengan pakaian hospital lain ke sini.
Air matanya bergenang melihat Hilman. Dia tidak tahu kenapa dia lemah tika ini.
"Hey... come here." Hilman menepuk tilam katilnya beberapa kali. Amra mendekati Hilman dengan linangan air matanya.
Amra duduk di kerusi yang berada di tepi Hilman. Dia menunduk memandang lantai.
"Siapa buat ni hm? ada apa-apa jadi ke?" tangan kasar itu naik, mengusap kepala Amra.
Hilman mendekati Amra. Badannya didekatkan dengan palang besi. Sakit ditahan sedikit, buat masa ini dia tidak boleh aktif sangat kerana masih ada jahitan di dadanya.
Amra memangkat wajahnya yang penuh dengan air mata. Matanya merenung wajah Hilman.
Terkedu Hilman melihat Amra.
"Hey...are you okay sweetie?" Hilman menarik kepala Amra kedalam dakapannya.
"Izzran...Daniel..." suara Amra bergetar. Air matanya tidak berhenti mengalir.
"Kenapa ni cuba cerita?"
"Kapal terbang yang diorang naik...huuh...terhempas." makin kuat tangisan Amra.
Hilman terdiam.
Takkan lah?
"Dah jangan menangis. Takdir mereka, kita tak boleh ubah. Dah jangan menangis, aku ada untuk kau. Kita sama-sama doakan untuk diorang." pujuk Hilman, otaknya ligat berfikir betul ke?
Jadi yang di berita tadi, kematian dua orang ternama itu ialah mereka berdua?
Amra meleraikan pelukan itu, wajahnya yang sembab dibiarkan.
"Kau okay?"
Hilmam tersenyum manis, "okay lah."
Pintu bilik Hilman terbuka, tersembul wajah tok nenda bersama Avanna.
Mereka membawa buah tangan untuk Hilman.
"Kau lari dari hospital ke?" sindir Avanna.
"Hilman sihat?" soal tok nenda.
Hilman mengganguk perlahan bersama senyumannya.
"Alhamdulilah sihat tok."
"Ni Avanna ada bawa kek, nak rasa?" baru sahaja Avanna mahu menyuap Hilman, tangan lelaki itu menghalang perbuatan itu.
"Tak apa, saya ada tunang yang boleh bantu." balas Hilman.
Amra yang berada disebelahnya terkedu mendengar kata-kata Hilman.
Tok!
Tok!
Tok!
Zach dan Harry terus masuk kedalam bilik Hilman. Mereka terkejut dengan kehadiran Avanna disitu.
"Parasit betul..." kata Zach perlahan.
"Maaf, Haiqal dan Asfar suruh Amra pulang ke hospital kembali." ujar Harry.
Amra menganguk dan bangun.
"Macam tu, biar saya suap awak."
"Eh tak boleh! Hilman alah dengan kek kacang." jerit Harry dengan lajunya.
Hilman menghela nafasnya, huh selamat.
TO BE CONTINUE
VOTES & COMMENTS
BY - QUESTN
I'm gonna hiatus untill cuti dua minggu. Xavier Code versi Raya pula ye!
Wish me luck for exam mid year nextweek hm. Doakan Que tau!
Thankyou...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top