42; Xavier Code

Izzran duduk di ruang tamu, fikirannya jauh di bawa oleh angan-angan. Daniel menghampiri sepupunya, bahu lelaki itu disentuh perlahan.

"Kau risau ke Ran?" mata Daniel memerhati segenap wajah sepupunya, dari wajah Izzran dia seperti gelisah sedikit.

"Kau tahu kan hukuman yang akan kita dapat kalau tok nenda jumpa kita?"

Asfar dan Haiqal terus duduk di sofa berhampiran mereka berdua.

"Kau risaukan Amra kan sebernanya?" soal Haiqal.

Izzran mengganguk perlahan, " aku risau sebab dia tu Lil Xavier. Kalau hukuman yang tertera pada buku tu ialah buang nama Xavier, kita akan keluar dari Xavier selamanya. Ni pun kita dah conteng nama Xavier."

Daniel menepuk lembut belakang Izzran.

"Rilek lah, Amra tu okay je. Aku syak dia ada rancangan dia sendiri, budak kecik tu tak akan biarkan orang rampas takhta kecil dia." ujar Daniel.

"Amra Zahra!" panggil Asfar.

"Iya..." Amra menghampiri mereka dengan pantasnya. Mukanya dibasahi peluh.

"Kenapa..."

"Oh tak, adik bersukan tadi. Persiapan untuk balik Malaysia."

"Adik ada rancangan apa-apa ke?" soal Haiqal.

Amra menggeleng perlahan. Mata-mata mereka tertumpu pada Daniel. Salah tafsir kalini!

"Serius lah dik!" jerit Daniel.

"Dia akan heret kita semua balik Malaysia. Kita kan tak ada duit, jadi biarlah nenda bayar."

Mereka menepuk dahi serentak.

"Adik..." panggil Izzran, matanya memerhati anak mata Amra. Dia tahu adiknya sedang risau, jikalau mereka disabit kesalahan yang akan menerima hukuman itu  akan dikenakan pada ibu juga kerana mereka bawah 18 tahun.

"I know, but my instict now they're coming here now." balas Amra perlahan, bibirnya mengigil dan anak matanya perlahan-lahan berubah warna.

Mungkin Amra fobia dengan situasi ni, dan ia menyebabkan penyakit Mental Disoder itu kembali.

Daniel terus memeluk Amra, tangan kasarnya mengusap kepala Amra dengan penuh kasih sayang.

Asfar, Haiqal dan Izzran menghampiri Amra.  Mereka juga memeluk Amra dari tepi. Kasih sayang mereka melebihi dari ikatan persaudaraan.

****

Airish, Fatin, Bal dan Mia sibuk dengan mencari petunjuk tentang anak-anaknya.

Mereka berada di Blue Iv sekarang. Emrys berlari ke bilik mesyuarat, pintu itu terus diterjah tanpa ketukan.

"Rish..." nafas Emrys sudah tidak teratur.

"Kau join marathon ke?" soal Fatin.

Tersembul wajah Shah, Isk, Izzkal dan Han dibelakang Emrys. Mereka juga termengah-mengah dan berpeluh.

"Nenda dekat KLIA dah, dia akan pergi Italy."

Princesses Xavier terus berdiri pantas.

"Anak-anak kita semuanya ada dekat rumah keluarga Ricci."

"Lagi bahaya kalau nenda isytiharkan perang dengan keluarga Ricci atas sebab membantu mereka larikan diri." ujar Emrys.

Mereka terus menuju ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur dengan kadar segeranya.

****

Keesokan hari...

2 buah kereta Alphard berada di halaman rumah keluarga Ricci. Kiddos memerhati tok nenda yang baru turun dari kereta dengan orang-orangnya.

Tengku Riyya dan Tengku Shahriezal menyambut kedatangan keluarga Xavier dengsn penuh ramahnya.

Mereka berbual-bual di ruang tamu.

"Cucu saya mana?" soal nenda dengan kasarnya.

Tengku Riyya tersentak.

"Di sini." Izzran mendekati tok nenda, tangan orang tua itu disalam dan dikucup diikuti yang lain.

Hormat itu penting.

Wajah nenda berubah menjadi merah dan bengis.

"Jangan libatkan keluarga Ricci, mereka tak salah."

Amra meminta Tengku Riyya dan Tengku Shahriezal untuk membiarkan mereka berbincang dahulu.

"Siapa ajar kamu buat benda memalukan keluarga sendiri!" herdik nenda.

"Kenapa kamu jual saham, nak cabar tok nenda? nak provok keluarga Xavier sendiri sekarang. Makin lama perangai, makin menjadi-jadi!"

Mereka hanya menunduk kepala kecuali Amra. Mata gadis itu mencerlung ke arah nenda dari awal sehingga sekarang. Tiba-tiba dia rasa seperti mahu mengamuk apabila tok nenda menaikkan suara pada mereka. Bibirnya terukir senyuman senget.

Orang-orang suruhan nenda sudah takut melihat wajah gadis itu, seperti terkena histeria pulak!

"Jangan sampai nenda ambil tindakan dan ambil semua harta kamu!"

Amra menggeleng perlahan sambil tersenyum senget. Kelakar jugak tok nenda ni rupanya.

Asfar menyiku lengan Izzran dan Daniel, matanya memberi arahan untuk melihat Amra.

"Are you sure, you can do that puan Sri Hana?" soal Amra dengan nada sinisnya.

Tok nenda terdiam dengan soalan cucunya.

"I'm heirs of Xavier too and I'm Little Xavier. Are you sure want beat me?" soal Amra, dengan tawa kecilnya.

Dia duduk di atas meja dengan selambanya.

"Sekali tengok macam kena histeria budak ni..." keluh Asfar, hailah adik kenapa kau macam ni.

"Jangan cabar tok nenda, Amra Zahra!" bidas nenda.

"Adik tak cabar pun, make sure that you can win first. So you can shut up my mouth with your own hands grandma. But for surely, I will make sure all of you will scared of me." balas Amra dengan senyuman sinisnya.

"Ada bantahan?"

"Dia dah mula dah..." Daniel sudah menepuk dahi perlahan.

"Sedar diri kamu tu budak lagi Amra, banyak kesalahan kamu semua lakukan. Tok akan ambil tindakan biarlah kamu semua kena ambil hukuman walaupun setimpal!" jerit tok nenda.

Amra bersila di atas meja itu. Dirinya seperti hilang kawalan, ikutkan hatinya dia mahu tekup mulut tok nenda supaya emosi dapat stabil kembali. Tapi apakan daya, hormatnya pada tok nenda membatalkan hasratnya.

"As I said before, If you want punished us. I will fight. Get ready Puan Sri Hana, you might lost. You know me well..."

Wajah tok nenda berubah menjadi merah. Dia terus menelefon pihak berkuasa dan dia melaporkan apa yang berlaku.

"Dik, kau ni nak pulihkan keadaan ke keruhkan keadaan!" marah Haiqal.

"Lah, salah ke kita jual harta sendiri. Bukan ada nama orang lain pun kat saham tu, kenapa hari ni semua orang bebal. Sakitnya otak aku!" Amra memegang kepalanya.

"Aku lagi sakit otak tengok perangai kau, macam kena histeria pun ada!" bidas Asfar.

Amra terus bangun, dan menghulurkan tangannya pada ketua orang suruhan tok nenda.

"Bak telefon, nak pinjam."

Lelaki itu menjongketkan kening keatas.

"Aku cakap bahasa apa ni, sampaikan tak faham alahai! Saya nak pinjam telefon, bagi lah pinjam!" jerit Amra dengan sekuat hatinya.

Mata-mata tertumpu pada gadis kecil itu.

Telefon itu bertukar tangan dengan pantasnya, dia menelefon seseorang dengan tegasnya.

"Nah terima kasih!"

"Teruk perubahan mental dia kalini." adu Izzran.

"Tok nak semua berkumpul di mahkamah Kuala Lumpur apabila tiba di Malaysia. Kalau nak rasa tidur dalam lokap, silakan lari lagi." sindir tok nenda, dia sengaja provok cicit perempuannya.

"Bawak mereka pulang sekarang..."

Orang-orang suruhan nenda itu mula menghampiri mereka.

"Kalau nak rasa tidur dalam lokap, cuba lah pegang kami. Kesalahan kerana berkasar dan yang akan datang ialah kesalahan menuduh." provok Amra dengan senyuman sinisnya.

Mereka terus menjauhkan tangan dari budak-budak itu akibat ugutan dari Amra. Badan mereka sedikit kebelakang.

"Masuk lah kereta dulu, nak salam mereka dulu. Jangan risau, tak ada niat nak lari pun kali ni." perli Amra. Dia terus mencari Tengku Riyya dan Tengku Shahriezal.

Diikuti Izzran, Asfar, Daniel dan Haiqal.

"Dia lain puan Sri..." ujar ketua itu.

Tok nenda mengganguk, "makin kuat memberontak dan berani. Will see how far they can go, saya tetap akan bagi mereka hukuman."

Mereka berpeluk antara satu sama lain.

"Jaga diri..." pesan Tengku Riyya.

"Jaga satu sama lain, lain kali datang sini lagi ada lah kami kawan. Bawak parents kamu semua sekali." ujar Tengku Shahriezal.

Mereka berlima mengganguk faham.

"Terima kasih sebab bagi kami perlindungan dan maaflah sebab susahksn keluarga ni." ucap Izzran

****

Princesses Xavier dan King tidak pergi ke Italy atas kerana masalah passport. Mereka menunggu kepulangan anak tercinta.

Amra terus menelefon Hilman di lapangan terbang Italy, malangnya tidak dijawab. Rambutnya dikusutkan, kenapa masa macam ni kau tak nak angkat!

Mereka memakai topeng mulut berwarna hitam dan mereka dikelilingi orang suruhan Xavier.

TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

(( HIATUS FOR A FEW MONTHS SORRY))

BY - QUESTN

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top