40; Oh tidak!

Princesses Xavier, King, Phoenix, Violet dan kerabat yang mempunyai saham pada kumpulan Leo. Mereka perlu hadir ke syarikatnya di Dubai.

Amra dikurung selama seminggu. Segalanya aktivitinya terbatal dan dia tidak boleh keluar rumah tanpa orang suruhan Han dan tok nenda.

"Aku benci hidup aku macam ni..."

****

Di Arcad Academy juga terdapat orang-orang suruhan Han. Kemana sahaja Amra pergi mereka ikut.

"Tak ikut tak boleh ke!" bentak Amra, matanya mencerlung tajam kearah lelaki-lelaki itu.

"Ni arahan tuan dan puan..." balas mereka.

Semua pengawas berkumpul di bilik pengawas. Heroes, tidak hadir Ke sekolah atas arahan tok nenda.

"Sian Amra, aku tak suka tok nenda buat macam ni kat Amra." adu Dian.

Hilman dan yang lain juga diam.

"Kau tak boleh buat sesuatu ke Hilman?" soal Sarah. Harapannya sekarang ialah lelaki itu sahaja.

"Aku pun tak boleh dekat dengan dia sekarang. Tu arahan dari keluarga Xavier." Hilman memerhati Amra yang sedang masuk ke dalam bilik itu bersama orang suruhan keluarganya.

"Wow, bawak geng... Sian kena kurung rasa macam dalam sangkar haiwan tak?" provok Kila.

Dian dan Sarah sudah bengang melihat Kila.

Baru sahaja Amra mahu membaling botol air kaca yang berada di tangannya, lengannya direntap kebelakang.

"Puan tak bagi..."

Amra menarik kasar tangannya. Dia mendengus geram, kalau orang nak bunuh aku?

Biar jela lepasni!

Mereka ketawa dengan kemenangan.

"Semua tolong keluar sebelum botol kaca ni kena dekat muka diorang ni pulak..." kakinya menyepak kerusi roda itu ke dinding.

Semua pengawas keluar kecuali Ryan, Hilman, Dian dan Sarah.

"Kau ikut arahan aku, semuanya selesai." kata Amra dengan sinisnya.

"Puan melarang cik muda untuk melakukan sesuatu yang berbahaya dan mampu menimbulkan isu."

Amra menggengam botol itu hingga botol itu mula retak sedikit demi sedikit. Nafasnya tidak sekata...

Tak habis-habis tok nenda. Apa lagi nak sekat aku!

Ada darah mengalir pada tangan Amra. Hilman terus mengambil kotak kecemasan dan menuju ke Amra. Tapi langkahnya diberhenti di situ.

"Berhenti... maaf awak tak boleh dekat dengan cik muda."

Amra terus membaling botol itu ke dinding. Habis pecah botol itu.

"Dia tunang aku! apa masalahnya!" bidas Amra.

Cukup lah jauhkan mummy dan daddy dan sekarang tunang aku pulak?

Hilman terus menerpa lelaki itu, lelaki itu menyerang Hilman tanpa berfikir dahulu. Hilman terus memutarkan lengan lelaki itu.

Lagi dua lelaki itu ditumbuknya.

"Dia sedang tercedera, guna otak!" Hilman terus mencuci luka Amra dengan berhati-hati.

Lelaki-lelaki itu berdiri di belakangnya dan memerhati Hilman.

"Jangan buat benda bodoh. Takecare of yourself for us.." pesan Hilman dengan perlahannya.

Amra hanya diam. Hatinya sakit diperlakukan begitu.

"Ingat nombor aku?"

Amra menggeleng perlahan.

"Hafal nombor aku, kalau ada kecemasan. Telefon aku..." pesan Hilman dengan lembutnya.

Dian dan Sarah terus memeluk erat Amra. Mereka memberi semangat pada Amra.

"Hey botak! kau baik jaga Amra betul-betul kalau tak aku panggil orang papa Riel untuk lenyek muka kau!" jerit Sarah pada lelaki itu.

****

Seusai tamat sekolah, Amra terus menuju ke pusat membeli belah. Tapi dia dihantar oleh pemandu.

Keluar sahaja dari kereta, dia tidak membawa kad kreditnya yang diletakkan di dalam card holder. Dia hanya membawa telefonnya sahaja.

Dia menuju ke kedai Adidas, untuk mencari sepasang kasut.

Baru sahaja mahu membayar dia lupa untuk mengambil kadnya.

"Aduh, mana bawa purse..." keluh Amra. Cuainya kau Amra!

Ada tangan yang menghulurkan kad debit.

"Bayar sekali kak..." Amra terus mendongak ke atad, matanya tertumpu pada mata lelaki itu.

Kasut-kasut dan pakaian sukan itu dimasukkan ke dalam beg plastik. Kemudian dia nenghulurkan pada Hilman.

"Terima kasih, datang lagi..."

Hilman hanya membalas kata-kata itu dengan senyuman manisnya, dia menarik lengan Amra keluar dari kedai itu.

"Kau nak balik atau tinggal sini?" matanya tajam merenung wajah Amra yang muram itu.

"Terima kasih, nanti aku bayar balik..." dia mengambil beg kasut itu dari tangan Hilman sendiri. Baru sahaja dia mahu beredar. Hilman menghalang perjalanannya.

"Balik dengan aku."

Amra mengeluh... nafasnya dihela dengan perasaan berat hati.

"Aku dikurung sebab headline. But don't worry I'm fine.." balas Amra, senyuman manis itu terlakar di bibirnya.

Hilman tahu tentang itu. Segala berita tentang tunangnya telah tersebar di media sosial. Dan dia juga tidak boleh mendekati Amra buat masa ini.

Itu ialah arahan dari tok nenda.

Amra berasa sedikit tersisih apabila Heroes, Sarah dan Dian juga tidak boleh mendekatinya buat masa ini.

Tok nenda telah mengetatkan kawalan pada Amra. Dan dia tidak tahan untuk itu.

Nak jumpa mummy dan daddy pun susah!

Apatah lagi Aryad...

Hati Hilman dipagut rasa sedih apabila melihat Amra begitu. Tidak pernah dia melihat tunangnya begitu.

"Jangan dekat... orang-orang tok nenda ada sekeliling kita." kata Amra, bibirnya mengigil. Matanya sudah berair, sakit hatinya di tahan.

Hilman mendekatinya, dan terus menarik kepala Amra kedalam pelukannya. Maaf Amra, tapi aku tahu kau lemah sekarang.

"Kau ada aku sekarang..." tangannya mengusap kepala Amra.

Amra meleraikan pelukan itu. Dia mahu daddy, sekarang.

Hilman mengeluarkan kad kreditnya dari kocek seluarnya. Kad itu dihulurkan pada Amra.

"Tak perlu lah macam ni. Aku tak suka." kata Amra, jarinya menyeka sisa air matanya.

"Tok nenda bekukan akaun kau. Emrys bagitahu aku. Guna kad ni, tak perlu bayar balik. Nak guna berapa pun guna lah. Aku tak kisah." pesan Hilman, tanganya mengusap kepala Amra.

Amra menghela nafas panjang.

Sampai macam tu sekali nak seksa aku sebab saham?

"Dah balik... Esok kita jumpa." kemudian Hilman beredar dari situ.

****

Masuk sahaja rumah agam itu. Suara tok nenda sudah memetir dari meja makan rasmi mereka.

Bawaklah aku pergi dari sini.

"Amra Zahra! tok nenda dah kata. Jangan rapat dengan diorang kan! kenapa kamu degil sangat ni."

Wajah tok nenda yang merah itu diperhati lama oleh Amra.

"Jauhkan Amra dari mummy dan daddy lepastu diorang pulak. Sebab harta ni, semua orang buat Amra macam ni. Sampai hati!" ujar Amra dengan sebaknya.

Hatinya meraung kesakitan.

"Susah sangat ke arahan tok nenda?"

"Amra tak nak saham tok daddy. Ambil lah kalau tu boleh puaskan hati semua manusia kerabat Xavier!" balas Amra dengan sinisnya.

Kemudian dia terus naik ke biliknya.

****

Keesokannya sekolah, Amra mogok tidak masuk kelas. Lantaklah, sekolah ni aku ada hak.

Amra melarikan diri daripada orang suruhan keluarganya dan bergema penguguman tentang Amra Zahra Rayyan di sekolah itu.

"Ha carilah aku sampai jumpa..."

Amra menyorokkan dirinya dalam taman Sains. Dia menghidupkan telefonnya, jarinya lincah mencari sesuatu.

"Kalau aku larikan diri heboh tak satu dunia?" senyuman senget Amra terukir dibibirnya.

"Let's play with me Xavier..."

Nombor Daniel di dail.

Daniel Mikael...

"Dani, wanna play hide and seek?"

Kedengaran tawa Daniel terhambur.

"Tak sedar diri, nama kau dah bergema satu sekolah. Lagi nak provok Xavier."

"Well, I can do more than Airish Xavier can do."

Amra tersenyum sinis. Mungkin ini masanya dia untuk tonjolkan diri sebagai permata Xavier yang akan merosakkan nama Xavier.

"What do you want?"

Suara tegas Izzran kedengaran dari corong suara.

Alamak, orang tua ni dah dengar!

"Erk..."

"Tolong jangan buat benda bodoh."

"Tak ada yang nak jadi bodoh kat sini abang."

"Okay tell me, apa nak dibuat."

"Amra nak..."

End Called.

Amra terus berlari ke arah maze. Tiba sahaja di penghujung dia terus masuk ke dalam kereta milik Daniel. Terdapat Izzran, Asfar, dan Haiqal di dalam kereta itu.

"Yakin tak kita akan digantung kat bendera Arcad selepas ni?" soal Daniel, matanya masih fokus pada pemanduan.

"For surely with Fatin Catrina Xavier." balas Izzran dengan senyuman sinisnya.

Sepanjang perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur mereka hanya diam sahaja.

"Berhenti!" jerit Amra secara tiba-tiba.

Sreet...

Tayar kereta berbunyi terseret apabila Daniel menarik brek tangan secara mengejut.

Merah muka Izzran, Asfar, Haiqal dan Daniel. Jantung mereka berdetak laju, seakan-akan roh keluar dari jasad sebentar.

"Kau gila ke perempuan!" bentak Haiqal, mukanya diraup kasar.

Amra tersengih.

"Adik nak tanya, kalau nak patah balik you can go and leave me here. You will dead if you come along with me." ujar Amra, wajah lelaki-lelaki itu dipandang lama.

Daniel menurunkan brek dan memandu kereta itu ke bahu jalan. Kalau tadi kereta mereka di tengah jalan, boleh jadi arwah.

"I guess we're already blacklist." sambung Asfar.

Izzran mengangguk perlahan, wajah adiknya diperhati. Perbezaan dia dan Airish ialah Amra patuh pada arahan keluarganya.

Dan sekarang dia menjadi pemberontak yang tidak kisah pasal dunia kerabatnya.

"I have said this a long time ago. Semua yang berkaitan dengan kau dan yang lain akan berkait dengan aku." kata Izzran dengan tenangnya.

"Okay, semua tu sweet sangat. Dan sekarang tolonglah kata kita perlu gerak sebelum tok nenda gantung kita kat bendera." tegur Daniel.

"Laju Dani!" jerit Haiqal.

Daniel terus menekan pedal minyak, kereta itu laju membelan jalan raya.

****

Tiba sahaja di tempat letak kereta, mereka terus ke gate C. Baru sahaja mahu melintas kaunter, Asfar menarik lengan Amra dan Izzran dengan drastiknya.

Mereka berhenti diantara kaunter.

"Tu bukan orang suruhan daddy kau ke dik?" soal Asfar.

Ditepi pintu masuk terdapat ramai orang lelaki yang berbadan besar. Mereka seperti sedang mencari sesuatu.

Amra hanya diam dan matanya tajam melihat lelaki-lelaki itu.

TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

( 300 ) VOTES

BY - QUESTN

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top