4: Dimata mu
*buka video di atas*
Votes & comments gais 🌟
Mujur kereta milik Han ini di khas kan dengan bentuknya yang fleksibel. Ia ditempah menggunakan besi kualiti.
Aku membuka mata yang erat terpejam itu, pedal minyak ditekan lagi dan akhirnya kereta aku berlanggar. Dan aku selamat, hanya kemik di bahagian hadapan.
Kereta-kereta itu mengejar ku. Kejadian yang sedang berlaku ini, sama seperti kemalangan arwah abang ku, Asy Qairil.
Mujur aku yang bawa kereta ini dan bukannya suami ku.
Dengan laju aku pandu ke syarikat. Mereka sudah tidak mengekori ku.
Kaki ku laju mengatur langkah ke bilik ku. Emrys dipanggil.
"Yes?"
"Tolong ketatkan keselamatan. Jaga semua macam biasa, lebih ketat pada rumah dan Farhan." arahku dengan tenang.
"Anything happend?" Emrys cuba mencari jawapan disebalik mataku.
"Nah, just be carefull." balas ku dengan senyuman. Kemudian, dia mengganduk dan beredar dari bilik ku.
****
Langkah sahaja ke dalam rumah, aku memberi salam. Bunyi percikan air di kolam membuatkan aku menuju ke sana.
Jujur, aku masih tidak berpuas hati dengan perempuan itu. Dulu Ria dan sekarang minah itu pula?
"Siapa nama perempuan tadi tu?" soal aku. Matanya memandang ku, dan mencari sesuatu. Mungkin jawapan?
"Don't you believe me?"
Aku tersenyum sinis, "percaya tapi once she mess with me. Untill the end i hate her. Especially when she stare at you!"
Bukan sekali perempuan itu datang ke syarikat suami ku! macam mana aku tahu?
CCTV menunjukkan segalanya, dah lah bawak angkatan nak goda Izzkal, Shah dan Isk. Kalau princesses Xavier tahu? silap-silap dah dipijak-pijak perempuan itu.
"Eh, pandang je pun tak boleh?" soal Han dengan sinisnya.
Pandang pertama tak apa, ni sampai tenung dua, tiga kali? apa cerita!
"Cara dia pandang abang lain!" marahku, geram pulak cakap dengan orang tua ni!
Han ketawa, "kuat jeles sekarang kan. Atoto comelnya isteri saya ni."
"Jeles? okay after this, kalau ada lelaki cuba pikat Rish jangan mengamuk pulak eh!"
Aku terus beredar, langkah ku diatur ke bilik tidur. Nak mandi kemudian solat dan berehat sebentar.
Seusai solat, aku merangkak naik ke atas katil. Dari tadi anakku menendang perut aku, main bola ke dalam perut mummy ke sayang?
Han naik ke atas katil. Dan menarik ku untuk duduk, lutut kami berlaga.
"Pandang mata abang." arahnya tegas.
Aku akur, matanya lawa. Mata inilah menjadi kegemaran ku dari sekolah menengah hingga sekarang.
Those eyes.
Kemudian, Han memelukku erat.
"Dalam hati Rayyan Farhan, hanya ada Qistina Airish dan Aisy Adreana Aressa sahaja. Only you baby girl." dahiku dikucup.
"I know." balas ku pendek.
Han menjongketkan keningnya.
"Cuma kalau minah tu datang lagi. Abang halau lah dia, tak rugi pun kalau projek Mega itu dibuang." balasku dengan nada perlahan.
Han mengusap belakang badanku, "dah mak buyung. Tak elok marah-marah, sian anak daddy ni kan."
"Abang...,"
Han kaku, ha sudah ada benda lah tu dia nak.
"Rish teringin nak makan ramen, can you cook for me?" terus membuntang mata Han.
"Ramen tak elok lah sayang." balasnya tegas.
Aku memuncungkan bibir.
"Iyelah abang masak. Jom turun ke bawah." katanya.
Aku bersorak, "nak dukung boleh?"
Han mengganguk, dan mendukung ku dengan gaya bride style.
Okaylah manja dengan suami sendiri, dari perempuan tu! dah tahu Rayyan Farhan suami kepada last princess Xavier. Sibuk lagi nak kacau suami aku.
Tak takut ke kalau aku kurung dia dalam loji ke? waktu sekolah menengah aku dah biasa dah dengan hal-hal begini.
Itu baru aku, belum princesses Xavier. Kalau diorang tahu, suami kesayangan ucuk acam mereka digoda. Em, tipis peluang nak tersenyum. Habislah, tak mampu aku nak tolong.
Han mula memasak.
Dah lapar ni!
Han meletakkan mangkuk dihadapan ku, aku membaca doa makan dan terus ngap tanpa berlengah.
Han mengurangkan kepedasan itu, katanya tak elok. Lantaklah, janji dapat makan.
"Sayang, nanti ikut abang pergi Pulau Pinang tau."
"Buat apa?" aku menjongketkan kening.
"Ada urusan, bahaya awak tinggal."
Aku mengganguk ngerti. Ya kerana katanya aku ni mak buyung hyper!
****
Baru aku tahu yang princesses Xavier dan King turut hadir di Pulau Pinang. Kami berasingan bilik kerana Blue Aqua dan Blue Iv berpecah untuk tender kali ini.
Dan yang peliknya!
Ramai tak tahu princesses Xavier dah kahwin! ada yang tak percaya aku kahwin, tak nampak ke perut bulat aku ni?
Mungkin disebabkan badan aku kecik, tu sebab mereka tak tahu. Ramai pulak nak usha aku, yang ajak pergi dating pun ada.
"Aisy jom lah teman saya pergi makan." ni lah, salah satunya jadi mangsa terajang Han kejap lagi.
"Saya penat, okay chaw." aku terus beredar dari situ.
Aku masuk ke dalam bilik princesses Xavier, ia bilik VIP terdapat lima bilik di dalamnya. King mengambil bilik berasingan, katanya geli tidur sekatil.
"Mak buyung nak join tak?" soal Fatin.
"Bungkus lah, penat." ngeluh ku.
Mereka mengganguk dan beredar.
Tepat sahaja pukul lima petang, aku bersiap. Aku memakai jersi bola berlengan panjang dan seluar trek. Tudung shawl dililit kemas, jarum peniti disemat cermat.
Aku berjalan menuju ke laut seorang diri. Pasir itu dimain, tangan aku menggengam pasir itu.
Dingin cuaca disitu.
Tiba-tiba hujan selebat lebatnya. Aku berjalan laju ke bawah atap, habis basah kuyup aku. Badanku sedikit mengigil.
Aku meraba poket ku, laju tanganku menepuk dahi.
Tahniah Qistina Airish Xavier, telefon dan kunci bilik kau tak ada sekarang.
Aku menggosok lengan tanganku, untuk memberi haba sedikit.
Guruh dan kilat sama-sama berlumba memancar. Mulutku tak berhenti mengalunkan zikir.
Reda sahaja hujan lebat, aku berjalan laju masuk ke dalam Hotel. Aku mengorak langkah ke bilik suamiku.
Aku berdiri lama dihadapan bilik itu, nak masuk ke tak? aku tidak tahan sejuk. Badanku jelas menggigil.
Tok!
Tok!
Pintu terbuka luas, mataku membulat besar! Han terus menarik lenganku masuk ke dalam biliknya dengan pantas.
"Abang!" jeritku.
"Sayang ni basah-basah kenapa? baju tak cukup ke? bukan tadi bawak tiga beg roda ke?" bertubi-tubi soalan dari suami tercinta.
Aku memukul dadanya perlahan.
"Yang abang tak pakai baju ni kenapa? buatnya yang ketuk pintu tadi perempuan lain? sengaja lah tu nak tunjuk badan." aku tayang senyuman sinis.
Han menggeleng laju, "Ya Allah, abang tak ada niat macam tu pun sayang. Abang baru lepas mandi ada pulak yang mengetuk pintu. Abang terus bukak pintu nampak jiwa abang."
Han mengambil towel dan menyuruhku untuk menukar baju, tapi aku menolak.
"Rish tak bawak baju lah."
"Pakai baju abang."
"Tak nak besar."
"Nanti demam, jangan degil."
Aku terus merampas baju ditanganya dan menuju ke tandas. Tudung, jersi dan seluarku yang basah aku gantung.
Aku hanya memakai baju kurta cokelat miliknya, mujur labuh jadi ia paras pehaku. Han tidur pun tak pakai baju, kadang - kadang sahaja dia mahu pakai singlet. Seluar? dia tidur hanya dengan short pans or boxer. Salah satu dari tu je.
Rambut yang basah aku lepaskan.
Keluar sahaja dari bilik air, Han terus memeluk ku erat dan mengucup serata wajahku.
"Abang call Risya kata Rish kat sini." pintaku, bibirnya masih menjalar di serata wajahku. Aku menepuk bahunya perlahan apabila pintu bilik diketuk beberapa kali.
Jais ke? ayok!
Han mendengus geram, dia menyuruhku menyorok di dalam bilik sir. Dah kahwin pun kena menyorok leceh!
Pintu bilik air sengaja tidak dirapatkan, aku mengintai sedikit. Aduh suami aku ni asal tak pakai baju!
Baru aku mahu bersuara, pintu bilik itu dibuka oleh Han. Mata biru ku seakan menjadi api marak!
Ria Salmi ialah pesaing aku dari Dubai! Mata Ria galak scan tubuh badan suamiku beberapa kali!
Ni yang nak lempang laju-laju pipi Salmon ni. Han berdehem, dan mereka berbual sebentar. Aku menutup pintu dan mengunci.
Aku duduk di atas sinki dan bersandar pada dinding.
Mata mula mengecil penatnya hari ini, penat mata tengok drama percuma.
Keluar sahaja Ria Salmi dari bilik ini, aku keluar dari tandas dan merangkak naik ke atas katil.
"Sayang..."
"Sengaja betul nak tayang badan dekat Ria Salmon tu. Nasib Rish penat, kalau tak dah buta mata dia." mataku dipejam erat, tengok lah nanti aku kerja kan kau.
Tak tengok lagi kehebatan kuasa mak buyung.
"I m sorry princess. Okay, it was my fault again." Han mengucup lama dahiku.
"I know and of course your fault." balasku sinis.
"Let's sleep sayang, you're tired." mataku terpejam dan akhirnya aku tertidur dengan lenanya.
Bangun sahaja dari tidur, aku solat. Han hilang, mungkin pergi tangkap ikan Salmon buat bakar?
Aku berehat di atas katil. Fuh pesaing syarikat ku kali ini bukan calang-calang manusia. Sejak mengandung ni, aku asik penat dan lemah.
Aku tertidur lagi sekali.
"Sayang bangun." aku menenyeh mata dan bangun.
Han membawa dulang makanan padaku.
"Saya nak balik bilik." ujarku perlahan.
"Tak boleh, awak demam. Jadi tidur sini, saya dah call Bal tadi. So tak ada masalah lagi." aku diam.
Han menyuap aku dengan cermatnya, entah kenapa aku dapat merasakan anak yang di dalam perut ku ini akan menjadi seperti aku.
"Awak... nanti abang yang akan menjadi pesaing utama Rish kan?" soal ku, mataku merenung sepasang anak matanya.
Han diam, aku tahu kenapa dia begini. Untuk mendapatkan tender ini, dia dan King perlu mengalahkan aku. Dan lebih tepatnya menjatuhkan aku.
"Nanti tutup muka abang, i dont want to see your face. You make me hurt again." aku mengeluh.
Nak lawan suami sendiri?
"Listen, nothing change sayang." tangan kasarnya mengusap pipiku.
"Orang dah tak lawa eh?"
Han tersenyum manis, "dari dulu hingga sekarang nama sayang je bertahta di dalam hati abang. Sayang tak pernah tak lawa."
Aku tersenyum manis.
"Sekali abang lafazkan perkataan cinta dan sayang, selamanya abang cinta dan sayang." bibirnya mendarat di dahiku, jelas rasa bibirnya yang hangat.
"Hati Qistina Airish, hanya untuk Rayyan Farhan." aku memeluk erat badannya.
TO BE CONTINUE
VOTES & COMMENTS
Sweet kan? iship lah 💗🔥
*100 votes to unlock next chapt🔓*
BY-QUESTN
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top