38; Raid Evans
Pulang sahaja ke rumah, Amra terus menghantar mesej pada Hilman. Kalau tak buat kena marah nanti...
****
Ramai guru tiada di sekolah kerana menghadiri kursus menanda kertas PT3 dan SPM. Banyak kelas digabungkan pada hari ini.
"Perhatian, kelas 4 Gold dan 5 Sains sila pergi ke perpustakaan dengan kadar segera! sekian!"
Mereka semua mengikut arahan...
Tiba sahaja di perpustakaan, mereka duduk bercampuran. Cikgu Melissa yang mengganti dua kelas itu. Dia mengira setiap pelajar di dalam perpustakaan itu.
"Ketua kelas 4 Gold mana?"
Haiqal berdiri dan mengangkat tangan.
"Kelas awak tak cukup lagi tiga pelajar. Amra, Dian dan Sarah tiada, di mana mereka?" soal cikgu Melissa dengan nada tegasnya.
Rata-rata pelajar semua diam, dan melihat Haiqal. Mata Hilman turut meliar memandang sekeliling, Amra dicari.
"Budak ni memang betul lah." gumam Hilman, suka betul cari hal.
"Mereka uruskan sesuatu." balas Daniel, dia turut berdiri. Wajahnya tampak serius, tiada senyuman langsung.
"Bukan diorang dekat rooftop?" provok Kila dengan sinisnya.
Daniel terus menoleh ke arah Kila, wajah gadis itu ditenung tajam. Kau cakap macam aku tak kenal adik aku pulak.
"Kau nak ulang aku lagi sekali ke?" balas Daniel dengan nada tegas. Pantang betul lah orang yang kacau adik aku.
"Mana tahu kan? Amra tempat lepak dia situ je. Saya tahu lah dia pewaris sekolah ni, tapi tak patut dia buat macam tu. Dia masih perlu ikut peraturan sekolah." provok Nina. Izzran terus berdiri dengan pantasnya, kerusi itu ditolak kasar.
SREET!
"Kau dengar tak Daniel kata apa tadi ni?" hambur Izzran dengan nada tinggi. Ailee, Kila, Nina, Farah turut takut apabila mata Izzran tajam melihat mereka.
"Siapa benarkan awak bersuara?" soal cikgu Melissa.
Asfar turut bangun.
"Bukan nak biadap dengan cikgu. Tapi kami ada hak nak bersuara, dan orang yang mereka tuduh tu. Ada kaitan dengan kami, adik kami. You should know about Tyler Cullen's Rules. Buku tu ada di pejabat tok nenda, ada tertulis hak kami untuk bersuara jika ada apa-apa jadi..." terang Asfar dengan nada seriusnya, wajah mereka tampak serius dan tenang.
"Hilman, saya tugaskan awak cari Dian, Sarah, Am-"
Tok!
Tok!
Tok!
Dan tersembul wajah mereka bertiga disebalik pintu.
"Oh baru dengar announcement ke tuan puteri?" sindir ciku Melissa.
"Maaf lambat, kami ada hal." ucap Sarah, mereka bertiga menundukkan badan sedikit tanda hormat. Walaupun cikgu jahat, hormat tetap perlu. Kerana mereka adalah guru, darjat mereka lebih tinggi.
Mata Hilman mencerlung memandang Amra, dia hanya abaikan pandangan itu. Nak tenung macam tu aku korek mata kau tahu lah.
"Hilman uruskan mereka, ambil tindakan. Yang lain tolong duduk dan diam, buat kerja sendiri."
Hilman terus menuju ke arah mereka bertiga, mereka keluar dari perpustakaan.
"Kau pandang aku macam tu kenapa? kau nak kata ni salah aku lah ni?" soal Amra, dia tidak berpuas hati apabila dilakukan begitu.
Ryan, Iman, Ezany terkejut apabila mereka terdengar Amra berkata begitu pada Hilman. Belum ada orang yang berani nak marah Hilman apabila muka dia sedang tegang.
"Aku tak suka kau hilang macam tu je, lepasni nak pergi menghilang lama. Bagitahu aku dulu, I can't even protect you now." katanya dalam nada separa tegas. Amra hanya memandang wajah Hilman sahaja.
Kawan-kawannya tercenggang.
Hilman begitu?
"Masuk cikgu panggil." panggil Ailee.
"Kenapa lambat?"
Dian sedikit bengang, tadi dah ulang. Ni nak ulang lagi?
"Kan dah kata ada hal tadi." balas Dian.
"Kalau saya betul? tuduhan mereka boleh saya persoalkan tak?" soal Amra, dia tersenyum sinis.
Hilman mengukir senyuman sinis, bagus pandai membela diri dan orang yang kau sayang.
"Teruskan... kalau awak salah, awak tanggung. Hal ni boleh menyebabkan awak bertiga perlu tindakan disiplin."
Pelajar yang lain diam, mereka fokus memerhatikan drama itu.
"Kalau tuduhan tu salah, mereka pun patut digantung. Adil dan saksama." balas Sarah dengan senyuman sengetnya.
"Apa pulak!" bentak Nina.
"Siapa suruh kau bersuara!" bidas Dian.
Amra terus menuju ke meja yang di duduki cikgu Melissa. Butang telefon khas itu ditekan.
"Tolong panggil papa's datang sini."
Mereka pandang pelik ke arah Amra. Wajah gadis itu hanya tenang. Selepas 10 minit pun tiada siapa yang hadir ke perpustaakaan.
"Masa bergerak Amra." tegur cikgu Melissa dengan tegasnya.
Tok!
"Assalamualaikum..." ucap Aryan, Haris dan Kal dengan serentak. Wajah mereka tersembul di pintu.
Amra terus menuju ke mereka, dia terus menjengket badan dan berbisik pada Haris.
"Pa, diaorang tak percaya kan Amra, Dian dan Sarah. Tolong settlekan..." bisik Amra.
"Ada masalah dengan anak buah saya ke?" soal Aryan dengan tegasnya. Mereka terpegun melihat tiga jejaka itu, bekas pelajar Arcad Academy.
Aryan Ammarshah bekas ketua pengawas Arcad Academy, Haris dan Kal ialah bekas pengawas AJKT.
"Pa, diorang kata kitaorang lepak rooftop." ujar Sarah.
Nina, Kila, Ailee, Farah meneguk air liur kesat.
"Mereka ada bersama saya tadi. Ada masalah ke? dan saya lihat tadi CCTV, saya rasa cikgu patut kaji dahulu apa yang dibahaskan pada keluarga Xavier. Bukan nak tunjuk bagus, tapi itu yang telah tertulis pada buku itu." dia meletakkan buku itu atas meja pelajar.
Dia tertulis "For heirs Tyler Cullen's" .
"Jangan kaitkan dengan Xavier atau pewaris Arcad Academy. Kami ada kelebihan apabila bersekolah disini. Jangan cuba sentuh anak buah saya, sebelum kerabat lain jadikan awak semua sasaran mereka. Lebih baik jauhi, ini peringatan. You don't know who are us..." ujar Haris dengan tenangnya.
Yang lain sudah kecur perut...
"Niat kami bukan nak takutkan pelajar dan guru. Tapi jangan buat hal macam ni, teruk padahnya nanti." sambung Kal.
Tok!
Semua melihat ke arah pintu.
"Wilie Wonka's here!" tersembul wajah Raid dan Tengku Airiel.
"Papa tak kerja ke, ada masa pulak nak buat kejutan." gumam Daniel perlahan.
Semua memandang ke arah mereka berdua.
"Kau buat aku malu ah bengap!" marah Tengku Airiel, dia kebelakang sedikit.
Makin takut cikgu Melissa, dia mengmesej cikgu Mihsai untuk membatunya. Tidak sampai 5 minit, cikgu Mihsai tiba disitu. Berlari gamaknya?
"Tak boleh salahkan cikgu juga..." dia bersuara bagi pihak cikgu Melissa.
"Siapa lelaki misai lentik ni?" soal Raid pada Amra, menyampah pulak aku tengok dia. Acah macho!
"Cikgu disiplin, dia pun tak suka Amra dan yang lain..."
"Apa!" jerit Raid dengan kuatnya.
"Diam lah setan!" marah Tengku Airiel, nada suaranya dikawal agar tidak didengari pelajar dan guru- guru itu. Tak matang betul ah.
"Saya rasa boleh selesaikan masalah ni dibilik pengetua. Kesian pada pelajar-pelajar, mereka juga akan takut melihat perbalahan ni." kata Tengku Airiel dengan tegasnya.
"Ni hal Xavier sahaja..." balas cikgu Mihsai dengan egonya.
"When you're speak with the Xavier's kiddos. You're speak too Phoenix and Raid Evans too." Izzran berdiri, dan menayang senyumannya.
Heroes bangun dan menuju ke arah mereka.
"Kita selesaikan kat bilik pengetua sekarang." arah Aryan dengan tegasnya.
****
Seusai sahaja berbincang... Mereka semua bersurai. Amra duduk di celah kerusi, diantara Raid dan Tengku Airiel.
"Papa tak kerja ke?" soal Amra.
Mereka sedang berada di bilik khas yang terdapat sofa dan meja kopi.
"Oh kerja, tapi papa datang sebab nak bagi borang kat pejabat..." terang Raid.
Amra mengganguk tanda faham.
"Pa?" dia memandang kearah Tengku Airiel.
"Panggil oppa lah..."
"Geli telinga aku dengar!" balas Haris dengan meluatnya.
"Kenapa semua datang ni?" soal Asfar.
"Kitaorang ada hal tadi, lepastu terserempak dengan Amra. Tak sampai 10minit, dia telefon pejabat suruh kitaorang datang. Tu yang pergi, takut lah apa-apa jadi..." terang Kal dengan lembutnya.
Mereka mengganguk laju.
"Oh tapi papa dengan Riel tak, kitaorang ke perpustakaan sebab nak cari gambar potret waktu main bola 15 tahun lepas." terang Raid.
"Tah wujud lagi ke tak potret tu pa..." ujar Dian.
"Papa dah lama tak jumpa princesses Xavier. Mana diorang?" soal Aryan, selalunya terserempak dekat pejabat jika Aryan singgah. Tapi sejak kebelakangan ini, dia tidak lihat mereka berempat.
"Fatin Catrina macam biasa, sibuk." ujar Daniel dengan selambanya.
"Auch! sakit!" telinganya dipulas dari belakang. Dia tidak tahu yang mama nya berada di belakangnya dah lama!
Papa Aryan ni aduh patutlah tanya!
"Siapa Fatin Catrina?" soal Fatin, dia datang ke Arcad Academy kerana mahu hantar menghantar bekal makanan pada anaknya. Staf di pejabat memberitahunya yang mereka berada di situ...
"Mama! mama!" dengan pantasnya Daniel menjawap.
Mereka ketawa dekah melihat Daniel yang sedang menahan sakit. Fatin salam sepupunya.
"Abang buat apa kat sini?"
"Ada hal..."
"Cat?" soal Kal.
"Ni hah, budak bertuah ni hebok nak makanan. Cat masak, lepastu dia lupa ambil..." ujar Fatin.
"Dani lupa lah..." balas Daniel dengam sengihannya.
Mereka berbual antara satu sama lain. Kemudian diorang masuk ke kelas, kecuali Amra. Dia, Raid dan Tengku Airiel pergi ke rooftop.
"May I know about Blue Iv?" soal Kal.
Fatin mula resah, tangannya bergertar.
"Something not right in Blue Iv. We got a few hint about something. Rish dan Han sedang uruskan..." dia memuntahkan keluhan.
"Abang takut sejarah mungkin berulang kembali. Dan ia terkena pada Amra kalini, aku nak semua kerabat Xavier berkumpul malam ni." potret gambar Amra Zahra yang tergantung pada dinding dipandang lama.
****
Raid dan Tengku Airiel memakai tuxedo, mereka amat berkarisma dan menawan. Mampu mengusik jiwa perempuan.
"Papa tak sibuk ke? Amra tengok macam tenang je..."
Dia berjalan berpimpin tangan. Dia berada ditengah, Tengku Airiel dan Raid berada di sisinya. Kedua-dua lelaki ini amat menyayanginya.
"Bukan selalu dapat tengok Amra, tak apa papa tak kisah." balas Tengku Airiel, matanya tertumpu pada suasana alam.
"Penat tengok kertas. Baik tengok anak papa ni, makin membesar." Raid mengusap kepala Amra dengan penuh kasih sayang.
Aku tak sanggup Amra terseksa dek kerabat tak guna tu. Aku janji, aku akan jaga budak ni.
Hilman turut berada di rooftop ketika itu. Dia sedang berdiri dan memerhati pemandangan itu.
Mereka menghampiri Hilman.
"Tak masuk kelas ke?" soal Tengku Airiel, wajah Hilman dipandang lama.
Yang pasti, aku lagi hensem dari dia!
"Ada. Tapi tak masuk..."
"Lebih kurang bapak mertua hm. Tak apa lah, ada lah tu serasi..." Tengku Airiel tersenyum sinis.
Hilman memandang Amra, berpimpin tangan. Manja betul dengan pewaris kerabat ini.
Mereka duduk di atas tembok, kaki dibiarkan terjuntai.
"Will you help Xavier when we're falling down?" soal Amra secara tiba-tiba. Dia hanya pandang hadapan sahaja.
Raid memandang wajah Tengku Airiel. Wajah yang seperti biasa tenang.
"Anything for you my baby girl... Phoenix always in your area, just tell me."
"Kenapa tanya?" soal Raid dengan peliknya.
"I feel something not right in Xavier. I'm scared if something related to Xavier and also mummy and daddy." riak wajahnya masih tenang.
Hilman memerhati wajah Amra. Adakah ini maksudnya dunia perniagaan?
Raid dan Tengku Airiel terkedu... kuat betul firasat dia.
"You have us... I will stand for Xavier, don't worry. You have Willie Wonka's and Violet behind Xavier." kata Raid dengan senyuman manisnya.
Amra tersenyum manis, untungnya aku ada dua lelaki yang dari kecil menjaga aku...
"Betul ke kau boleh jaga Amra?" soal Raid, wajahnya tampak serius.
"Betul." balas Hilman dengan tenang. Dia sedikit terganggu dengan panahan mata Raid yang tajam itu.
"Okey, aku nak kau buktikan pada aku sekarang turun! kita battle." Raid turun dari tembok itu, senyuman sinisnya terukir di bibirnya.
"Papa..." panggil Amra. Kenapa tiba-tiba je ni.
Hilman turun dari tembok dengan muka seriusnya. Blazernya dicampak ke tepi, lengan bajunya disinsing paras siku.
Raid mendekati Amra, dia menurunkan gadis kecil itu dari tembok. Baru sahaja Raid mahu beredar, Amra menarik lengan Raid.
"Pa... you don't have do this." pujuk Amra.
Tengku Airiel turun dari tembok. Wajah Hilman dipandang lama, pernah tengok muka dia ni...
"Kau ingat, umur kau berapa nak battle lagi!" sembur Tengku Airiel.
"Aku nak tengok macam mana dia mampu pertahankan Amra!"
Dia terus menghadap Hilman.
Dia terus menerjah Hilman dengan pantasnya, kakinya naik dan dihayunkan pada sasaran iaitu perut Hilman.
"Hilman!"
"Raid!" Tengku Airiel terus membuka kasar blazernya dan mencampak ke tepi.
BUK!
TO BE CONTINUE
VOTES & COMMENTS
BY-QUESTN
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top