36; Hilman gila
Mereka dengan segeranya ke bilik pengawas seusai sahaja pengunguman itu habis.
Tok!
Tok!
"Masuk!"
"Kenapa panggil?" soal Nina.
Dian dan Sarah sudah duduk bersila di atas meja. Bibir mereka dua tidak lekang dengan senyuman sengetnya.
"Tadi lari tak?" soal Sarah dengan lembutnya.
Mereka mengganguk tanda iya...
"Penanda jalan, korang tanda tu bagus. Terima kasih!" puji Dian dengan tawa sinisnya.
"Mestilah, ni kitaorang kut..." balas Kila dengan riaknya.
Amra sudah menggeleng perlahan. Kau nak tipu dua ekor tu? silap besar lah.
"Baguslah, tapi kenapa nama korang tak ada kat senarai larian tadi?" soal Sarah.
Wajah mereka terus berubah...
Takut ke sayang?
"Tapi dalam CCTV aku ada nampak, beberapa ekor tetan ikut jalan pintas. Dan jalan tu patutnya dekat tapi jaraknya makin jauh." Dian sudah ketawa sinis, dia memandang Amra.
"Apa... kau mengarut ni?" Ailee cuba mendalih.
Baru sahaja Dian mahu bangun, Ryan menghalangnya.
"Aku cakap, aku buat. Kau alihkan tangan sebelum kau sekali akan tanggung, don't waste my time..." balas Dian dengan senyuman sinisnya.
Yang lain hanya memerhati, seram tengok mereka bertiga. Walaupun Amra diam, tapi cara dia memandang itu membawa seribu satu maksud.
She unpredictable!
"Aku nampak muka korang kat CCTV, kau perlu tahu satu benda. Segala kamera dalam sekolah ni telah di akses pada ID Amra. Jadi kat telefon pun boleh tengok. Nasib lah pengawal tak kejar korang kan?" sindir Sarah dengan sinisnya.
Mereka terkedu dengan pernyataan Sarah...
Amra terus bangun dan membuka pintu itu.
"Keluar, ikut aku. Kalau tak nak muka yang penuhi tepung tu cacat, baik ikut arahan aku." kata Amra dengan tegasnya. Mereka terus mengikut arahan Amra dengan pantasnya.
Amra terus membawa mereka ke kolam Sains. Yang lain hanya diam sahaja, takut melihat Amra.
"Amra... you should know-" kata-kata Iman dipintas oleh Amra.
"Aku tahu apa aku buat, kau ingat aku tak ada hati perut ke nak suruh diorang minum air kolam? aku nak bagi pengajaran je."
Amra mendekati kolam itu, dan dia duduk di atas batu-batu yang tersusun di tepi kolam.
"Aku nak korang kemas kolam ni. Segala peralatan tu ada, aku tahu kolam ni bersih." Amra terus beredar dan mendekati yang lain.
"Hilman!" jerit Nina. Dia mahu minta pertolongan dari Hilman mana tahu dapat belas kasihan darinya.
Ryan dan yang lain sudah membebel kerana memberi hukuman itu.
"Kau dari tadi bising, apa kata kau pergi tolong sekali?" cadang Dian dengan tawa sinisnya. Amra sudah beredar dahulu, dia malas untuk duduk di situ. Kakinya mengatur langkah ke rooftop.
Dia duduk di atas tembok itu, kakinya dibiarkan terjuntai.
"Kenapa duduk sini?"
Amra terus menoleh memandang kearah pemilik suara itu. Wajahnya seperti biasa ketat dan tiada senyuman dan tangannya di dalam kocek seluar sukannya.
"Ambil angin." balas Amra, dia terus memandang kehadapan. Keindahan alam lebih menarik perhatiannya.
Hilman memanjat dan duduk di sebelah Amra. Wajah gadis itu dipandang, kenapa dia tenang ketika orang sedang susah hati?
"Kenapa kat sini?"
"Sengaja datang sini. Ikut kau, nak tahu jugak mana tempat lepak penolong ketua pengawas Arcad Academy." Hilman tersenyum sinis, rambutnya diraup kebelakang. Matanya tidak lepas memandang Amra.
Amra membalas panahan mata Hilman. Sikit pun Amra tidak takut tapi bagi Hilman dia takut. Jiwa lelakinya sikit bergertar.
"Surely, I can bring you to that places too."
"Are you okay?" mata Hilman tidak lepas memandang Amra. Gadis itu seperti?
"Aku...-"
"Amra!" Hilman terus menyambut badan Amra, nasib baik badannya jatuh kebelakang. Hilman terus mendukung Amra, dan dibawa keluar dari bilik itu.
Dia membawa Amra ke taman. Hanya dia seorang sahaja tahu tentang taman yang tersorok itu.
Ia seperti taman yang sudah lama dibiarkan, tapi ia tetap cantik. Udara di situ amat aman sekali.
Hilman menyandarkan Amra di pohon. Kemudian, dia duduk di sisi Amra. Kepala Amra ditarik ke dada bidangnya, Hilman menarik Amra ke dalam pelukannya.
"Kau ni, suka betul lah takutkan aku!" gumam Hilman, jantungnya mula berdebar apabila Amra mula merengek di dalam pelukannya.
Tangannya menepuk lembut belakang Amra.
"Shh... tidur, tidur." dengan lembutnya Hilman menuturnya. Tiada siapa yang sangka Hilman seorang yang lembut dan penyayang. Kalau pelajar Arcad Academy lihat, pasti mereka akan terkejut.
****
Buka sahaja mata, Amra terkedu. Badannya mengeras, bau minyak wangi siapa ni?
Dan kenapa kepala aku tersandar kat dada bidang dia?
Macam mana aku boleh dalam pelukan dia?
Kepala Amra mula pening kembali, Amra mendongak sedikit dan lihat wajah lelaki itu. Dia sedang lena diulit mimpi.
Serius ke mimpi? matanya meliar memandang sekeliling tempat itu.
"Dah sedar ke hmm?" suaranya serak-serak basah, tanganya naik dan mengusap kepala Amra. Terasa tangannya panas dan mengalirkan haba pada Amra.
Naik bulu roma Amra dibuatnya...
Amra hanya mengganguk. Dan dia menjarakkan badan dari Hilman, wajah lelaki itu dipandang lama.
"Tadi aku pengsan?"
Hilman balas soalan itu dengan anggukan. Amra hanya diam, sejak dia mengalami mental disoder. Badannya makin lemah, kalau tak tidur pasti akan rebah seperti tadi.
"Lena tidur kat aku..."
Amra menjeling tajam kearah Hilman.
Dia bangun dan menghulurkan tangan pada Amra, lambat-lambat Amra menyambut tangan kasar itu.
"Jom balik... nanti kena tangkap basah. Kalau iya pun nak kahwin, aku nak kahwin secara betul." ujar Hilman dengan tawa kecilnya, Amra terus memukul bahu Hilman.
"Hm... kau orang pertama yang aku tak marah dan halang kalau orang sentuh aku." Hilman dan Amra beriringan jalan keluar dari tempat itu.
Amra mahu melepaskan pegangan itu malangnya gagal, Hilman tidak mahu melepaskan tangan itu. Tangan kecil itu digenggam olehnya.
"Nanti orang nampak lah, kau ni nanti beratur haters and your fans club kau nak jumpa aku." keluh Amra.
"Kau ada dengan aku sekarang, jangan risau." kata Hilman dengan seriusnya, Amra mendongak dan melihat wajah lelaki itu. Ya, itu wajah yang seperti selalu dingin dan tegas tiada senyuman.
Mereka berpegang tangan sehingga ke tempat letak kereta, kemudian Hilman meleraikan pegangan itu.
"Hati-hati, see you soon." kemudian terus beredar dan menuju ke motornya.
"Gila!" gumam Amra, masuk sahaja dalam kereta. Tanganya diletakkan pada kawasan jantung. Auch! berdebar laju, Hilman lah ni.
Aduh, crush boleh gila macam ni!
****
Seperti biasa hujung minggu, Amra akan duduk di rumah sahaja. Dia menurun dan menuju ke dapur.
"Sedapnya bau masakan mummy!" tegur Amra tanpa dia lihat siapa yang sedang memasak.
"Mummy? ni aku lah..." balas Aryad, dia sedang mengacau kuah kari ayam dengan berhati-hati.
Amra terkejut, abang masak?
"Makanan tu ada insuran tak?"
"Mummy... tengok Amra!" adu Aryad.
"Amra, jangan buli Aryad." ujar Airish. Dia menolong anak bujangnya di dapur. Nak harapkan Han? masak kat kedai jelah jawapnya nanti.
Aku buli Aryad? siapa abang dan adik sebernanya ni?
Han memanggil Amra untuk duduk di atas ribanya, dari tadi dia memerhati puterinya.
"Sayang, awak dah bagitahu ke?"
"Awak lah bagitahu..."
"Bagitahu apa?" Amra merenung wajah Han, makin tua daddy!
"Ada orang nak datang meminang esok petang..." ujar Han.
"Uish, Alhamdulilah Aryad laku." balas Amra dengan senyuman manisnya.
"Bukan untuk aku lah!" jerit Aryad dari sinki.
Amra mengerutkan dahinya, takkan bibik kut?
"Tapi untuk Amra..."
"Apa!" jerit Amra sekuat hatinya, dia terus memeluk erat Han. Kepalanya dibiarkan di atas bahu Han, sengaja dia melentokkan kepalanya disitu.
"Amra tak nak!"
"Look honey, I really scared if anything happend to you. When you need me, I always far from you. I'm not always besides you Amra, sorry... Kalau Amra tak nak kahwin pun tak apa, tunang sahaja. Maafkan daddy sayang..." ujar Han dengan sayunya.
Amra pula rasa bersalah kerana telah melukai hati daddy nya. Kalau daddy selalu berkorban untuk aku, nilai bertunang ni pun tak ternilai untuk dibalas.
Airish hanya membiarkan dua beranak itu menyelesaikan masalah itu. Dia tahu Han mampu memujuk Amra.
"If he hurting me?"
Tangan Han mengelus lembut kepala puterinya. Bibirnya mendarat diatas kepala Amra.
"Daddy ajak geng turun, pukul dia!"
Amra ketawa, dia meleraikan pelukan itu. Wajah daddy nya ditatap lama, permata yang sangat berharga di dunia dan akhirat...
"Siapa dia?"
"HRAT... tomorrow you will know."
"But you always be my hero..."
"Of course no ones can replace me, only Rayyan Farhan can be your hero and king okay!" dahi Amra dikucup dengan penuh kasih sayang.
"Sayang daddy..." pipi kanan Han dikucupnya.
"Dah habis drama, dah jom makan!" ajak Aryad.
TO BE CONTINUE
VOTES & COMMENTS
Amra bertunang?
Cuba teka siapa...
Votes (( 220 ))
BY - QUESTN
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top