35; Mata skor


Setiap hari mereka akan pergi ke padang untuk sukan tara. Iaitu mereka akan berlawan dengan rumah lain untuk mendapatkan markah.

Markah itu akan digabungkam dengan markah larian merentas desa dan juga sukan tara. Kemudian markah itu akan dibawa ke hari sukan.

****


Arcad Academy mengadakan hari merentas desa. Setiap wakil rumah perlu berusaha untuk mendapatkan tempat pertama. Jaraknya adalah 7km.

Untuk perempuan juga sama, tetapi pelajar perempuan akan dilepaskan dahulu, selepas 10 minit. Baru pelajar lelaki akan dilepaskan.

Semua rumah sudah bersedia, mereka sedang memakai nombor rumah pada baju sukan.

Untuk menengah rendah, mereka memakai nombor ini.

Lelaki menengah rendah...


Perempuan menengah rendah...

Beza antara menengah rendah dan atas ialah warna pada nombor itu dan juga nombor. Warna untuk menengah atas lebih pekat berbanding rendah.

Lelaki menengah atas...


Perempuan menengah atas...


Semuanya dihasilkan oleh AJKT. Rekaan ini adalah dari Hilman Riyadh. Logo sekolah Arcad Academy, memang ada burung Phoenix. Burung yang digelarkan dengan nama burung lagenda.

"Pelajar perempuan sila berada di trek..."

Semua pelajar perempuan berkumpul di garisan permulaan, seramai 625 pelajar perempuan yang mengikuti acara ini.

Amra, Dian dan Sarah sudah tersenyum sinis. Mereka telah ada stratergi untuk merampas tempat pertama itu.

PREET!

Semua pelajar memecut lari...

Amra mendahului yang lain, dia berlari dengan tenaga yang sedikit. Kerana dia takut pancit di tengah perjalanan.

Selepas 10 minit, pelajar lelaki pula dilepaskan...

Jarak antara mereka bertiga tidak jauh. Ailee dan lain mereka ikut jalan pintas secara senyap-senyap. Tiba di tepi simpang, Amra berhenti dan mengikat rambutnya dengan tinggi sekali.

Bahunya dirempuh dari belakang, nasib baik tak jatuh!

"Apa ni, mabuk ke?" jerit Amra.

"Garang betul, terlanggar lah!" balas Hilman, peluh penuh membasahi wajahnya.

Amra terus menjeling tajam. Dia terus membuka langkah dan berlari. Tiba sahaja di tepi dia terus berhenti mengejut, dahinya berkerut dan matanya meliar memandang sekeliling.

DUM!

"Auch!"

Hilman terlanggar Amra yang berhenti secara mengejut, lengan gadis itu disambarnya. Nasib baik tak jatuh!

"Kau ni um-" mulut Hilman ditekup oleh Amra. Tindakan Amra yang drastik itu membuatkan jantungnya berdetak hebat.

Jarak antara mereka amat dekat...

"Ni bukan jalan yang sebernar. We should use route 12, I've see the map. We should not be at here..." kata Amra perlahan, kemudian menjarakkan dirinya dari Hilman.

Hilman jugak pelik, setahu dia. Jalan ini tidak akan digunakan kerana dia sudah berbincang dengan guru-guru yang terlibat dengan merentas desa ini.

Kemudian Dian, Sarah, Iman, Ryan dan Daniel pula tiba disitu. Daniel dan Iman terbongkok-bongkok di situ, minta nyawa mak!

"Ni bukan jalannya..." kata Sarah.

"Jarak pelajar dengan kita jauh?" soal Hilman, dia sedikit cemas. Keselsmatan pelajar adalah tanggungjawapnya.

"Jauh lagi... perjalanan ke sini pun ambil masa untuk tempuh halangan." balas Daniel.

"Ni kerja Barbie tu. Pagi tadi diorang yang gantung penanda setiap jalan!" kata Dian dengan seriusnya, nak kena perempuan ni!

"Kau jangan nak menuduh boleh? kalau salah sia-sia je." bidas Ryan.

Dian tersenyum sinis, matanya merenung tajam wajah Ryan Lee.

"Kalau aku betul, diorang manusia pertama yang akan minum air kolam katak tu."

"Diam!" jerit Amra, telinganya dapat menangkap bunyi sesuatu. Yang sukar ditafsir, bunyi apa ni?

BANG!

Mereka terus berlari kebelakang, terdapat semak-samun disitu. Hanya Daniel dan Iman sahaja tidak sempat melarikan diri, mereka ditangkap oleh beberapa lelaki cina.

Mereka ditarik ke rumah usang yang terletak di hujung jalan.

"Korang bertiga tinggal, aku dan Hilman pergi selamatkan diorang." arah Ryan dengan tegasnya.

"Aku ikut..." balas Amra.

"Kau nak mati ke hah!" bentak Ryan, wajahnya jelas merah.

"Dalam tu ada Daniel Mikael, baby boo Fatin Catrina Xavier. Kau nak kena bunuh dengan Fatin Catrina ke?" balas Amra dengan sinis, dia terus berlari ke tepi rumah usang itu.

Ryan mendengus geram...

"Nasib ah perempuan, kalau tak aku memang pijak dia!"

"Kau sentuh dia, satu kerabat Xavier cari kau sampai lubang cacing..." balas Dian dengan tawa sinisnya. Dian dan Sarah terus berlari mengikuti Amra.

Kemudian Hilman dan Ryan pula...

Mereka menyorok disebalik tingkap yang terbuka itu. Daniel dan Iman dikurung di dalam sebuah bilik.

"Bayar hutang aku dulu. Kau pinjam duit tapi tak nak bayar!" kaki lelaki itu menendang kerusi disebelah Daniel.

"Kau siapa?"

"Aku along, Tiger brother." kemudian dia keluar dari bilik itu.

"Macam aku kenal adik beradik harimau!" kata Daniel dengan sinisnya, dia ingat aku takut ah tu?

Tak tengok lagi mama aku, Fatin Catrina Xavier. Sekali pandang lawa, dua kali pandang macam harimau. Sekali pegang pistol, berderai otak mu!

Yang lain masuk bilik itu menggunakan tingkap, dengan berhati-hati mereka masuk kedalam bilik itu.

Hilman dan Ryan membantu untuk membuka ikatan tali pada Iman dan Daniel...

"Kau pinjam along, gila ke Iman?" marah Daniel.

"Kau kan yang suruh, kata nanti senang nak bayar nanti..."

"Aku suruh pinjam along kau, abang kandung kau bebal. Bukan along, duit ni setan!" marah Daniel.

Dian, Sarah, Hilman, Ryan dan Amra sudah menepuk dahi, aduh susah kalau ada kawan lurus ni.

"Dah jom berambus." kata Hilman.

Amra meninggalkan sekeping cek. Cek itu sudah ditandatangani olehnya. Hanya jumlah sahaja tidak ditulisnya.

Amra memang menyimpan dua atau tiga kertas cek di dalam poketnya. Incase anything happens.

Mereka terus berlari keluar dari rumah itu mengunakan tingkap. Amra, Dian dan Sarah terus memecut laju kerana pelajar yang lain belum sampai disitu kerana gelang getah yang tersedia di pondok itu masih banyak lagi.

"Gerak dulu..." Hilman terus berlari dengan pantasnya.

****

W

alaupun mereka melencong ke tempat lain seketika, mereka sempat merampas tempat pertama dan seterusnya.

"Tahniah Amra!"

"Tahniah Hilman Riyadh!"

"Tahniah Sharifah Dian!"

"Tahniah Daniel dan Ryan"

"Tahniah Sarah!"

"Tahniah Izzran!"

"Tahniah Iman!"

Mereka berlapan adalah perlari top 10. Tempat pertama untuk perempuan Amra sudah rampasnya dari Ailee dan Farah.

Dan tempat untuk lelaki pula ialah ketua pengawas Arcad Academy.

"Kau apahal berpeluh lain ni Dani?" soal Izzran, dia meneguk air mineral itu dengan lajunya.

"Nyawa aku macam nak terbang je tadi kena tangkap dengan harimau."

Dahi Izzran berkerut, tak faham.

****

Semua warga Arcad Academy sudah berkumpul di Arcad Hall untuk memberi anugerah dan hadiah pada pemenang.

Seusai sahaja pengetua berucap, pengacara majlis mula mengambil alih majlis itu.

"Assalamualaikum dan selamat tengah hari, tahniah diucapkan pada pemenang. I'm so proud of you guys..."

Arcad Academy bising dengan tepukan yang amat gemuruh!

"Untuk acara merentas desa Arcad Academy 2018 tahun ini. Tahniah kepada juara bagi pelari lelaki, dipersilakan Hilman Riyadh untuk naik ke atas pentas!"

Ryan, Iman dan Ezany bangun. Ryan mula melaung nama Hilman dengan kuatnya.

"Hilman!"

"Hilman!"

"Hilman!"

Setiap laungan itu disambut oleh para pelajar. Hilman mengangkat pingat emasnya dan dia tersenyum manis.

"Seterusnya, tempat pertama bagi perlari perempuan ialah Amra Zahra Rayyan Xavier, tahniah!"

Ryan mula melaung nama Amra.

Ramai yang memuji gadis itu, dia lain dari lain. Ramai yang menyukai Amra kerana personalitinya dan juga perangainya.

****

Mereka berehat di bilik pengawas...

"Yang peliknya, Barbie aku tak nampak!" ujar Dian. Kemudian dia terus mencapai telefonnya, apps yang dicarinya dibuka.

Ramai yang sudah tersandar, penat...

Senyuman Dian bertukar menjadi sinis sekali. Dia bangun dan terus berlari ke arah mikrofon dan alat pembesar suara. Sekolah itu telah memasang alat pembesar suara, jika ada penguguman mereka terus lakukan.

Dian menghidupkan segala alat itu.

Bibirnya mengukir senyuman, dia mengulurkan telefonnya pada Amra. Gadis itu hanya beriak biasa sahaja.

"Assalamualaikum, I'm Sharifah Dian Sabrina. Nama yang disebut sila datang ke bilik pengawas. Ailee, Nina, Farah dan Kila sila datag ke bilik pengawas dengan kadar segera! Thankyou..."

Mata-mata sudah tertumpu pada Amra dan Dian.

"Nasib ah jadi lauk hari ni." kata Sarah dengan senyuman sengetnya.

Yang lelaki sudah terpinga-pinga. Tak faham, apa yang lauk?

TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

Agak-agak apa jadi?

VOTES (( 120 ))

BY - QUESTN


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top