33; Gaduh


Amra berada di bilik CCTV, kerana dia tidak mahu masuk kelas cikgu Melissa. Dian dan Sarah juga bersama dia.

Pintu itu dikuak, dan tersembul wajah Izzran. Ramai yang ingat Izzran bukan orang sini kerana wajahnya dan rambutnya.

Warna rambutnya asli memang begitu, ia dapat dari campuran gen Bal dan Izzkal. Ibu bapanya mempunyai darah kacukan.

"Amra... kenapa tak masuk kelas?"

Heroes turut ada disitu.

"Nak uruskan fail disiplin." tipu Amra, Dian dan Sarah hanya mengiyakan sahaja.

"Ran, kau tidur asrama ke? bonda bukan kat Dubai ke?" soal Asfar.

Izzran mengganguk tanda betul.

"Aku duduk asrama sementara ni, tapi hari ni aku daftar sekolah ni. Jadi aku jadi pelajar Arcad harini." balas Izzran dengan senyumannya.

Mereka ketawa bersama, untungnya dapat satu sekolah sama!

"Tidur rumah aku jelah..." kata Haiqal, Izzran hanya mengganguk sahaja.

"Bila mesyuarat antara pengawas?" soal Daniel yang dari tadi diam.

"Pukul 12..." balas Sarah.

"Kau nak buat apa Dani?" soal Dian.

"Aku nak susun balik jawatan kuasa." balasnya, yang lain hanya mengganguk setuju.

Ahli jawatan kuasa kali ini, lebih pemalas. Mereka tidak lakukan kerja sehinggakan bil elektrik harganya menaik. Dan beberapa peralatan sekolah hancur.

****

Selepas rehat, pengawas berkumpul di dalam bilik mesyuarat dan terdapat beberapa guru yang terlibat antaranya cikgu Adlina, cikgu Intan, cikgu Mihsai dan cikgu Melissa.

Izzran turut ada di situ atas arahan tok nenda. Dia mahu cucu-cucunya diberi tanggungjawap.

"Assalamualaikum... dan selamat pagi. Terima kasih kerana tepati masa, saya harap tingkatan 5 tidaklah terlibat dengan semua ini. Kamu diminta fokus di dalam peperiksaaan, jadi tanggungjawap kamu dikurangkan. Yang akan menggalasnya ialah tingkatan 1, 2, dan 4." ucap cikgu Mihsai dengan tegasnya.

Heroes, Amra, Dian dan Sarah duduk sebaris.

Daniel mula sudah tidak duduk diam, ada je benda dia mahu usik. Suis yang berada di atas meja itu diusik. Dibuka dan ditutup.

"Dani..." tegur Asfar.

Daniel terus angkat tanganya ke atas tanda di tidak membuat lagi.

"Ye Daniel, awak ada nak cakap apa-apa ke?"

Heroes dan yang lain sudah ketawa, itulah khusyuk sangat main suis. Muka Daniel masih lagi tenang, walaupun dia seperti gelabah.

Confident tu penting! Dia bangun dan berdehem sedikit.

"Saya mahu rombak balik badan organisasi tahun ini, ramai pengawas tidak melakukan kerja. Dan kesannya ialah, bil elektrik makin tinggi." kata Daniel dengan tegasnya, dia seolah-olah membawa aura Fatin Catrina Xavier di sini.

Matanya juga berubah menjadi serius dan tajam.

"Macam mana awak tahu tentang bil itu?" soal cikgu Melissa.

Daniel mengerutkan keningnya, dia ni tak tahu ke aku siapa?

"Saya lihat pada fail yang berada di atas meja tok mum, dan mama pernah pesan tentang ini dulu. Bil elektrik melambung naik..." balas Daniel.

Cikgu-cikgu itu menganguk setuju.

"Ahli AJKT ada mahu bersuara?"

Amra angkat dan bangun, bibirnya mengukir senyuman sinis.

"Duit badan pengawas makin menurun setiap bulan, walaupun setiap pengawas bayar."

"Macam mana itu terjadi Amra?" soal cikgu Intan dengan seriusnya.

Ailee, Farah, Nina dan Kila sudah gelabah ketakutan...

"Tanya Nina, dia yang uruskan." wajah Amra bertukar menjadi serius tika ini, heroes memerhati Amra dari tepi. Ya, ketika ini dia seperti Airish Xavier. Aura kegelapan dan beku itu ada, dan senyuman itu.

Senyuman yang mempunyai seribu satu maksud. Tiada sesiapun dapat membacanya kecuali mummy nya.

"Kau nak tuduh aku ke perempuan!" jerit Nina. Dia berdiri, jarinya menunding ke arah Amra.

"Well I have the evidence... And you got nothing right?" Amra ketawa sinis, nak lawan aku lah ni?

"Kau ni, tahu lah tak suka kitaorang tapi jangan sampai menuduh..." Farah cuba meraih simpati yang lain.

Amra tersenyum sinis dan menggeleng perlahan.

"I'm heirs of this school and I have check all of this records first. I know what you've done before." balas Amra dengan tegasnya. Semua fail biodata, aku cek. Lagi mahu tipu aku?

"Dan cikgu Melisa, kat resit tu ada tertera nama cikgu. Anything want to say?" soal Amra dengan senyuman sengetnya.

"Apa awak ni Amra..." marah cikgu Adlina dan cikgu Melissa. Amra menggeleng perlahan, hipokrit hm.

"I'm serious... this school by Tyler Cullen's, I don't want this place ruin by fakes peoples. This place fully with memories and loves..." ucap Amra dengan tegasnya. Dia tidak suka apabila melihat sekolah ini dirosakkan.

"Kau nak kata aku fake ah ni!" bentak Kila.

"If you feel so..."

Pengawas-pengawas lain lihat sisi lain Amra, dia sahaja susah lihat disekolah ini. Tidak seperti heroes, mereka mula tabik pada Amra. Patutlah gelarannya pada potret ialah lil Xavier.

Dia layak...

Kila mendekati Amra, baru sahaja tangan dia mahu naik. Tangan Izzran terlebih dahulu menghalang.

"Hands off..." arah Izzran dengan tegasnya, bergema bilik itu dengan suara Izzran.

"Okay cut... Next who are our leader?" celah Dian.

"Hilman Riyadh sebagai ketua pengawas baharu kita dan Amra awak ialah penolong pengawas. Dan Daniel Mikael, Raden Asfar, Raden Haiqal, Izzran Haikal, Sharifah Dian, Sarah Alyana, Ailee, Kila, Nina, Farah, ialah badan AJKT. Saya harap kamu semua dapat mengalas tanggungjawap ini, Arcad Academy bergantung pada awak..." ujar cikgu Mihsai dengan tegasnya.

"Who Hilman Riyadh?" soal Amra dengan pelik.

Tok...

Tok...

Ada figura yang mereka kenali masuk ke dalam bilik itu dengan pakaian uniform pengawas. Lengkap dengan blazer, dia berbeza!

"Maaf cikgu saya lambat..." pintanya.

Perwatakan dia amat berbeza!

"Amra, ini lah your partner for this year. Hilman, please give your words to them..." kata cikgu Adlina.

Amra kaku, crush aku ketua pengawas?

Setiap hari pakai baju sukan, macam mana aku tak perasan yang dia ni pengawas!

"Assalamualaikum, I'm Hilman Riyadh. Thanks to teachers cause trust me to lead Arcad Academy for this year. Sebagai ketua, aku nak semua berkerjasama. Aku tak nak ada yang main-main, tahun ni aku tengok fail disiplin kita. Pointer jatuh, tolong pengawas-pengawas lakukan kerja awak semua, future is ours. That's all!" ucap Hilman dengan tegasnya.

Beza dengan perangai Hilman si nakal. Dia ni ada kembar ke?

Selesai sahaja mesyuarat, mereka berpecah. Amra, Dian dan Sarah tinggal di situ kerana mereka tidak mahu masuk kelas cikgu Melissa.

Pintu dikuak dari luar, wajah Hilman, Ryan, Iman dan Ezany menyapa mereka.

"Assalamualaikum..." ucap Ezany.

Mereka berkumpul di bilik itu, dan harini mereka berempat lengkap berpakaian uniform pengawas.

"Why I don't know that you guys are prefects too?" soal Dian dengan nada peliknya.

"Leka bergaduh dengan Ailee, mana kisah orang lain pengawas ke tak." sindir Ryan dengan pedas sekali.

Amra, Dian dan Sarah sedikit terasa, whoa main perli-perli pulak...

"Mind your own bussiness..." balas Dian dengan sinisnya.

"Tapi kenapa selalu pakai baju sukan?" soal Sarah.

"Sebab kitaorang ada tugas, jadi pakai baju sukan lebih mudah dan selesa." terang Ezany.

Sarah dan Amra mengganguk tanda faham. Tiba-tiba Ailee dan Farah terus menyerbu bilik itu.

"Amra, Dian korang sengajakan sabotaj kitaorang!" bentak Farah.

Amra terus bangun dan mendekati mereka.

"Kau fikir aku ada masa ke nak sabotaj hidup kau?" balas Amra dengan sinisnya.

Hilman dan yang lain memerhati mereka, terkejut juga dengan melihat Amra begitu.

"Tak perlulah nak tipu! Hilman tolong ambil tindakan." bidas Ailee.

"Kau tak ada bukti, tolong balik kelas bebal." kata Sarah dengan lantangnya.

"Korang mana suka kitaorang... Tapi tak perlulah buat macam ni, kitaorang ni hina sangat ke?" Ailee cuba meraih simpati yang lelaki-lelaki itu.

Hilman memerhati Amra dari jauh...

"Kitaorang dari tadi ada dalam bilik ni."

"Tipu..." bidas Farah.

"Diorang memang ada dalam bilik ni dari tadi." balas Ryan dengan tegasnya.

"You tak percaya I ke?" Ailee membuat sedihnya.

Dian geli mendengarnya, berbulu telinga aku dengar. Ew!

"Tak ada bukti, tolong keluar." kata Amra dengan nada separuh tegas.

"Tak nak!" bidas Farah dan Ailee.

Kaki Amra laju menendang pintu bilik itu sehingga terbukak. Bunyi sepakan pada pintu amat kuat, terkejut juga yang lain.

Bahu Farah dan Ailee terhinjut. Takut melihat Amra pada tika ini.

"Nak keluar sendiri atau aku heret muka tu kat jalan sampai ke kelas?" mata Amra tajam melihat Farah dan Ailee.

Baru sahaja Ailee mahu bersuara, Amra suruh diam.

"You got no evidence.. Kau pun tahu aku ni pewaris Arcad Academy, kau jangan sampai aku gunakan kuasa aku. Dan Ailee, tell Dato' Hisham stay away from my mummy. This is warning from Lil Xavier and stop act like that company like yours. Jangan sampai aku viralkan muka kau kat pengawal untuk halau kau." kata Amra dengan nada sinis. Bibirnya mengulum senyuman sinis.

Ailee sedikit terkedu...

Termasuk jugak yang lain, mereka takut juga melihat Amra begitu. Terasa auranya yang berlainan.

"Kau nak aku heret muka korang sampai ke kelas ke?"

Terus Farah dan Ailee lari keluar dari bilik tu. Hilman dan yang lain memandang pelik ke arah Amra.

"Is this Amra Zahra?" soal Iman dengan nada tidak percaya.

"Yes, savage. Kau cuba lah cari pasal, boleh lah kau rasa setiap inci tar jalan tu." balas Sarah dengan tawa sinisnya.

Hilman memerhati gerak-geri Amra.

Dia seorang yang unpredictable...

Dan dia ada caranya tersendiri.


TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

Ngam tak ngam readers?

(( spam comments okay ))

votes (( 140 ))

BY - QUESTN

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top