31; Si bebal


Amra menaiki motor Aprilia ke sekolah, dengan lajunya Amra membawa motor itu. Salah satu sebab dia bawa motor ini kerana semua kunci kereta telah disorok oleh Aryad.

Jadi dia minta pada Han kunci motor. Mujur dapat bawa motor kesayangan daddy.

Masuk sahaja perkarangan sekolah, ketika Amra lalu di tepi perhimpunan ramai yang pelik. Siapakah pemilik motor ini?

Warga Arcad Academy tidak ramai yang bawa motor ke sekolah kecuali Heroes ataupun kumpulan Hilman.

Turun sahaja daripada motor itu ramai yang memerhati Amra, dia terus membuka topi keledar. Hilman yang lain terkejut melihat Amra bersama motor itu.

"Sejak bila bawak motor ni?" soal Ryan dengan peliknya.

"Kereta semua dah kena tarik um..." balas Amra dengan tawa kecilnya.

"Hari ni ada apa-apa ke?" soal Ezany.

"Ada perlahwanan bola baling. Sekolah kita tuan rumah."

Yang lain hanya mengganguk faham.

"Hati-hati.." ucap Hilman dengan senyuman manisnya. Amra hanya mengganguk dan terus beredar dari situ.

Kalau crush senyum macam tu boleh buat jantung berhenti. Baru senyum kalau sebut nama kita rasa nak guling je kat bawah motor daddy huargh!

Amra terus ke bilik persalinan. Baru sahaja dia mahu masuk, langkahnya mati kerana ada yang menghalangnya.

"Kau nak aku hancurkan tangan kau?"

Farah dan Nina ketawa sinis. Mereka menolak bahu Amra sehingga dia terdorong kebelakang sedikit.

Amra terus menendang pintu itu dengan kuatnya. Selepas itu, dia terus menarik kedua-dua rambut milik Nina dan Farah.

"Aku tak kacau kau dan kau. Jadi jangan cuba nak mulakan apa-apa.." Farah dan Nina sudah meringis kesakitan.

Terus Amra lepaskan rambut itu dan masuk ke dalam bilik itu. Lagak macam ni sekolah sendiri, sedar diri sikit boleh tak?

Dian dan Sarah yang lihat dari tepi dinding itu sudah ketawa berdekah-dekah. Padan muka, siapa suruh cari pasal dengan anak singa..

"Alolo, sakit tak?" provok Dian dengan senyuman nakalnya.

"Nak telefon mummy tak em, kot kot lah rambut tu nak tercabut dari kepala boleh hantar kedai pergi baiki em takutlah kejap lagi peluh tercabut rambut." kata Sarah dengan sinisnya.

Farah dan Nina sudah mengepal penumbuk.

****

Dian, Amra dan Sarah hanya jadi penonton sahaja. Ramai yang melihat perlahwanan itu dan ada juga yang jadi pasukan sorak.

"Aku nak balik.." kata Amra perlahan, dia terus ambil begnya. Tangan Dian menghalang Amra dari bergerak.

"Kau kenapa?" soal Sarah.

"Hati aku rasa lain.. apa-apa nanti aku call." terus Amra berlari ke motornya. Dian dan Sarah hanya memandang pemergian kawannya.

"Anything about her mom?" soal Dian. Setahu Dian, beberapa hari lepa Airish Xavier tidak sihat.

"Mybe, dia kan boleh dapat rasa kalau berkaitan dengan mummy. Hopefully they're okay..." kata Sarah. Dian mengganguk tanda setuju.

Kumpulan Hilman berjalan ke arah Dian dan Sarah. Tika ini mereka tiada kelas sehingga balik kerana guru mereka menghadiri mesyuarat.

"Berdua je?" soal Ryan. Eh tadi bukan Amra kat sini ke, matanya meliar memandang sekeliling.

"Eh tak bersepuluh, cuba cari." balas Dian dengan sinisnya. Dah tahu tanya lagi, dia memang anti dengan Ryan.

Satu kumpulan itu Dian tak suka.

Sebab?

Mereka pernah menjadi pasukan lawan tika bola baling dan bermain kasar. Itu yang Dian tidak suka, harap muka je elok tapi adab bertebangan.

"Aku tanya baik-baik kan!" bentak Ryan.

"Jangan bergaduh lah mangkuk!" marah Sarah. Pantang jumpa gaduh, elok jangan jumpa!

"Tak, minah tu ah kecoh. Tak suka boleh berambus ah!" bidas Ryan.

"Oh shh, i don't want hear your voice..." balas Dian, bibirnya menguntum senyuman sinis. Kau fikir aku takut dengan kau?

Buk!

Semua pandang ke arah bunyi itu, figura itu dikenali oleh mereka. Mata mereka membulat.

Amra menolak Ailee sehingga terjatuh ke belakang dan terdapat meja dibelakang Ailee. Meja itu juga jatuh.

"Mati budak tu kalau tak halang Amra." Dian dan Sarah terus berlari untuk mendapatkan Amra. Beg dan telefon mereka dibiarkan disitu, lagi penting Amra dari barang-barang itu.

"Aku dah kata, jangan mulakan dulu!" Amra mencengkam kolar baju Ailee, matanya sudah berubah warna.

"Amra Zahra Rayyan!" jerit cikgu Melissa.

Sarah dan Dian terus menarik Amra dan menjauhkan dia dari Ailee.

Baru sahaja Amra mahu menampar Ailee, Hilman terlebih dahulu menghalang dia berdiri diantara Amra dan Ailee. Badannya dikeraskan dan tangannya menghalang Amra.

"Lepas lah!" Amra meronta, perasaan marah dan bencinya mula membuak-buak.

Nina, Farah dan Kila berlari mendapatkan Ailee. Mereka bantu Ailwe untuk bangun dan memapah gadis itu.

"Kau buat apa hah perempuan, kau dah lama hidup ke. Kau tahu dia ni anak Dato' Hisham!" jerit Kila.

Sarah terlebih dahulu merentap rambut Kila dengan kuatnya..

"Argh!"

"Kau fikir dia kisah ke siapa Dato' Hisham!" balas Sarah.

Cikgu Melissa dan cikgu Mihsai menarik Sarah jauh dari Kila.

Izzran berlari mendapatkan adiknya, dia tahu Amra sudah berada di tahap split. Apabila kawan-kawannya memberitahu tentang apa yang terjadi pada Amra, dia terus berlari ke tempat itu.

Perlahwanan yang akan bermula itu dibiarkan.

"Apa yang terjadi ni?" Izzran memegang lengan Amra, wajah gadis itu ditiliknya. Nasib tiada luka, huh lega.

Nina, Kila, Ailee, Farah dan yang lain terkejut dengan kehadiran Tengku Izzran.

"Awak jangan masuk campur, awak budak luar..." bidas cikgu Melissa dengan tegasnya.

"Apa-apa yang berkaitan dengan Amra, ia juga berkait dengan saya." balas Izzran dengan tegasnya, wajahnya jelas sedang tegang dan merah. Urat-uratnya juga kelihatan tegang di leher dan ditangannya.

"Balak awak ke ni hah?" bidas cikgu Mihsai dengan kasarnya.

"Saya Tengku Izzran Haikal Xavier, anak kepada Qirana Balqish Xavier and i'm under family Tyler Cullen Xavier's." balas Izzran, bibirnya mengulum senyuman sinis.

Dian menarik Sarah dari cikgu Mihsai, pegang kawan aku. Nak kena tumbuk ke?

Mereka terdiam dengan kata-kata Izzran. Dan mereka juga takut dengan wajah Izzran yang serius itu. Ya betul kata para netizen tentang anak-anak ini mata mereka sama seperti mata ibu mereka.

Tajam bak helang.

"I don't know what happend, based on what i know. You guys loves to provoke her, stay away from her. This is my last warning, and to teachers please stop make statement without evidence." kata Izzran dengan tegasnya. Bibirnya tiada senyuman manis kecuali senyuman sinis.

Lengan Amra terus ditarik dan mereka meninggalkan tempat itu. Yang lain hanya mengekori langkah Izzran dari belakang.

Mereka duduk di pondok wakaf yang berada di tepi surau. Amra duduk dan menundukkan wajahnya, inilah benda yang dia takut.

Takut untuk berhadapan dengan sakitnya. Dia mengaku dia tidal sekuat seperti mummy nya.

"Heroes mana?" soal Izzran dengan bengisnya.

"Minggu ni diorang terlibat dengan bola..." balas Ezanny dengan tenang. Dia tahu Izzran akan amuk sebentar lagi.

Izzran terus menumbuk tiang kayu pondok itu. Kayu itu sedikit bergegar kerana tumbukan padu itu terkena pada penyambung yang berhubung dengan kayu yang menahan bumbung.

"Jaga adik seorang pun tak boleh!"

Izzran terus mengeluarkan telefonnya dan jarinya laju mendail nombor sepupunya.

Daniel Mikael Xavier...

"Yes bro?"

"Mana kau?"

"Ada dekat bilik VIP, rehat. Baru balik dari bola."

"Susah ke jaga Amra?"

"Hah? Amra tak ikut main bola Ran."

"Aku tanya, susah ke jaga adik!"

Suaranya sudah berubah. Tiada berlembut dah, perasaan amarahnya sudah tidak dapat tahan lagi.

"Kau kenapa ni?"

"Aku kenapa, kau tanya aku Daniel Mikael? mana tanggungjawap kau Asfar, Haiqal untuk jaga adik? aku tahu korang bola but tu ke alasan untuk biarkan dia?"

Kata-kata Izzran terpotong apabila Amra memegang tangan Izzran. Dia menggeleng perlahan.

"I'm okay, trust me." bisiknya.

"Send location, aku datang."

END CALLED

Tidak sampai seminit, mereka tiba disitu.

"Cara kau cakap macam Ran jauh je, kau ni bebal lah mangkuk!" marah Haiqal, acah macam jauh je. Padahal depan tu je tak sampai 1 kilometer.

"Apa jadi?" soal Asfar.

Hilman menceritakan segalanya. Heroes sedikit kaku dan rasa bersalah kerana membiarkan Amra seorang.

"Dik..."

"Takpe, aku okay." balas Amra, bibirnya mengulum senyuman manis.

Haiqal terus mengusap kepala Amra dengan penuh kasih sayang.

"Macam mana kau kat sini?" soal Asfar.

"Aku ada perlahwanan bola baling." balas Izzran, dia tidak mahu marah. Tak ada guna pun, sebab nasi dah jadi bubur.

"Kau tumbuk dia tak dik?" soal Daniel.

Dian terus mengerutkan dahinya, Daniel ni mabuk ke?

"Kau ingat ni WWE ke?" sindir Dian.

"Makin tinggi kan tahap bebal kau Dani. Hm main bola terlebih sampai bebal bahaya ni um." kata Sarah dengan sinisnya.

Mereka terus ketawa...

"Nak balik..." kata Amra.

"Kenapa, ada loceng kebakaran ke? jom lah balik!" Daniel terus tarik lengan Amra untuk pulang.

Haiqal terus memegang kepalanya dan meraup rambutnya keatas, kenapa sepupu aku macam ni?

Allahuakbar, sakitnya otak aku tengok Daniel Mikael Shah ni!

"Apehal kau ni? baru pukul 11:30. Kau tak sekolah baru 3hari jangan bengap sangat boleh tak? kau tahu kan bila latihan kebakaran." marah Izzran, dia menggeleng perlahan.

Nak pukul je kepala Dani, tapi sabar. Mama Catrina, maafkan lah kalau tangan ni terbang ke kepala Dani.

Asfar mencangkung disebelah Amra.

"Kenapa nak balik ni, anything. May i know?" soal Asfar dengan lembutnya.

"Tak sedap hati pasal mummy... Nak balik nak daddy dengan mummy." balas Amra perlahan, Asfar hanya tersenyum kerana dia tahu Amra memang manja dengan Han dan Airish Xavier.

Mereka hanya berbual berdua sahaja.

"Alah aku tanya je, itu pun nak marah." balas Daniel, nak merajuk ah macam ni!

"Tak payah buat muka, hodoh bebal." kata Iman dengan tawanya.

"Dah ah aku nak balik!" baru sahaja Daniel mahu pulang, langkahnya dihalang oleh Hilman.

Daniel memberi death glare pada mereka.

"Sepupu saya garam, nak balik pun tak oleh!" suaranya disengajakan dikecilkan.

Mereka terus ketawa...

"Kau balik awal buat apa?" soal Ryan.

"Nak jumpa girlfriend kat rumah."

"Mama bukan ada, kau lupa ke diorang pergi Blue Aqua hari ni." sambung Asfar.

TO BE CONTINUE

DO VOTES & COMMENTS.

Itula perangai Daniel Mikael Shah ye. Hahahah clumsy tapi penghibur!

Okay please check next part to see the faces of cast!

Next part votes till

200.

Hit the star readers!

BY-QUESTN

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top