3: Badgirl comeback


Memandangkan isteri-isteri tiada di rumah. Han, Isk dan Izzkal menginap di rumah Shah selama beberapa hari.

"Bini aku ni tak nak balik ke?" Shah meraup wajahnya beberapa kali.

"Kan, call pun tak nak angkat. Gigih betul nak dapatkan tender Dubai" sambung Isk dengan keluhan di hujung ayat.

Aku ketawa, baru tahu ke
isteri-isteri gila perniagaan?

"Tu kira sikit, Rish lagi busy. Perniagaan ni sebati dengan hidup dia. Kau bayangkan, setiap tender yang Blue Iv dapat dia tak akan mengaku kalah. Dan paling penting, dia tak tahu erti kekalahan. Selagi mampu dia usaha, selagi itu dia akan mencuba." balas ku, cicit Tyler kan?

Mereka mengganguk tanda setuju.

****

Princesses Xavier sedang berehat di ruangan rehat sementara menunggu mesyuarat.

"Kau rasa kan, kita menang tak?" soal Fatin.

"Menang, well twin Tyler Cullen Xavier was here with us." mata Bal melirik memandang aku.

Aku mengangkat wajah, senyuman senget ku terukir di bibir.

"We can win, trust me. Come on, we're princesses Xavier kan?" kata ku dengan semangatnya.

Tiba sahaja waktu mesyuarat, mereka masuk ke dalam bilik mesyuarat itu. Terdapat dua syarikat lain selain dari Blue Iv.

"Minah ni ajak rembat ke? dari tadi burukkan syarikat aku." gumam Mia, tanganya sudah menggepal penumbuk!

Fatin sudah tayang wajah meluatnya tanpa cover. Tangannya bermain-main dengan pen, kalau diikutkan mahu sahaja dia mencungkil mata perempuan ini.

Di dalam bilik ini semuanya dari Malaysia dan Ceo untuk projek kali ini juga dari Malaysia, jadi tak pelik lah kalau mereka semua bercakap dalam bahasa ibunda.

"Syarikat Blue Aqua juga bagus, kami mahu menjadi rakan syarikat itu. Lebih-lebih lagi Rayyan, Naufal, Raden dan Izz mereka cukup talented in bussiness world." ujar Kaira dengan gediknya.

Pakaiannya amat menjolok mata, bajunya jarang dan mengikut bentuk badan. Badannya seperti sotong, asik-asik terliang liuk.

"My favourite hubby Naufal Shah." sambung Kira dengan gediknya.

Fatin menjeling tajam ke arahnya, favourite hubby hotak kau!

Aku memegang lengan Fatin dengan erat, tangan itu diusap perlahan. Aku menyalurkan kesabaran pada Fatin.

"Rayyan Farhan hots! his body and abs makes me want to fucking him!" dengan penuh lunaknnya Ria menuturnya.

Aku ketawa sinis, bibir ku mengukir senyuman sinis. Mata biru tajam ku merenung tajam ke arah Ria.

Mia dan Bal meneguk kesat air liur, seram melihat sepupunya yang mata tajam bak pisau.

Fatin mengerling ke arah aku, mata aku sudah cukup menunjukkan ekspresi perasaan ku.

Ayok! kejap lagi mak buyung ni mengamuk!

Tunggu dan lihat je!

"Ew!" dengan penuh jijiknya aku memimik kan muka.

Nak suami aku? langkah mayat aku dulu!

"What's wrong with you?" soal Ria dengan riak tidak puas hati.

Aku bangun, "nothing."

Fatin, Bal, Mia memandang pelik ke arah aku. Gila betul mak buyung ni! habis lah bitches.

"Raden and Izz too hots for us. We love them so much." ujar Kira dengan tawa kecilnya.

Mujur mesyuarat sudah tamat, mereka sedang menunggu jawapan dari Ceo syarikat itu.

Lelaki dengan penuh segak itu masuk, "maaf jika ada yang tidak berpuas hati ya. Syarikat yang akan menguruskan tender ini ialah syarikat Blue Iv. Tahniah untuk princesses Xavier, you did well." ujar lelaki itu dengan senyuman manisnya.

Princesses Xavier berdiri, mereka mengucap syukur. Tak sia-sia usaha mereka selama beberapa bulan ini.

"Princesses Xavier?" serentak Ria, Kaira dan Kira menyoal dengan riak muka tidak percaya.

Mia dan Bal mengenyit mata dengan senyuman sinisnya.

"Em yes, i m Mrs Naufal Shah." Fatin sengaja menekan kan perkataan Mrs itu.

"Mrs Rayyan Farhan."

"Mrs Raden Iskandar."

"Mrs Izz Haikal, anything wrong bitches?"

Nak laki aku? mohon berambus!

Mia menarik lengan aku untuk duduk, "kau mak buyung. Jangan nak sama-sama naik eh! kitaorang pantang tak apa. Kau tu dalam perut ada budak. Ingat sikit!"

Aku mengusap perutnya, maafkan mummy sayang! ni ha perempuan sotong nak rampas daddy dari kita. Memang lunyai mummy kerjakan dia!

****

Semua urusan di Dubai telah selesai awal, mereka pulang ke Malaysia tanpa memberitahu sesiapa.

Mereka pulang dengan kejayaan dan kepenatan.

Tiba sahaja di lapangan terbang Kuala Lumpur. Mereka berpecah dan pulang ke rumah mereka.

Suami-suami mereka telah pulang ke rumah masing semalam. Aku pulang ke rumah, Bugatti Veyron dipandu laju kerana matanya sudah tidak mampu tahan mengantuk.

Tangga didaki, mulutnya tidak berhenti mengeluh kepenatan.

Aku naik merangkak ke atas katil, matanya dipejam erat. Dan akhirnya dia tertidur.

Han terkejut melihat Bugatti Veyron milik isterinya berada di garaj rumah.

"Dah pulang ke girlfriend aku? Hish, tak bagitahu pun aku nak balik."

Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Langkah diatur ke bilik tidur ku, pulas sahaja tombol pintu. Aku dapat melihat Aisy sedang tidur.

"Tudung pun tak buka lagi, penat sangat ni." tangan aku membuka satu demi satu jarum peniti di tudungnya. Dengan berhati-hati aku menanggal nya, tak mahu dia tersedar.

Rindunya, haruman badannya membuatkan iman ku bergoncang. Aku mencium dahi nya lama.

Baju kemeja dibuka, aku terus merebahkan diri di sebelahnya. Badanya ditarik dekat dengan ku.

"Awak dah balik?" matanya masih terpejam lagi.

"Dah sayang." aku mencium telinganya.

Aisy bangun dan baring di lenganku, "just stay like this, i want sleep. Tired abang."

Aku tersenyum manis, tangan aku melingkari pinggang nya. Bibirku tak berhenti mengucup seluruh wajahnya yang bersihnya.

Rindu ku membuak-buak, walaupun dia sudah berada di dalam dakapan ku. Perutnya aku sentuh perlahan, puteri ku.

Akhirnya, aku lena dengan dia yang berada di dalam dakapan ku.

Aisy bangun apabila azan sedang berkumandang. Aisy meraup wajahnya, lamanya aku tidur. Tangan Han di perutku dialihkan.

Lena betul dia tidur, mesti penat ni. Mata Han yang bengkak dikucup lembut, sian dia.

Aku bangun dan membersihkan badan, kemudian aku mengejutnya untuk mandi.

Seusai sahaja Han mandi, aku dan dia berjemaah solat.

Dia imamku.

Selesai sahaja dia memberi salam dan membaca doa, dia menghadap ke arah ku. Tangan kasarnya dikucup lama, rindu tangan ini.

Dia menarik aku di dalam dapakannya.

"Selalu tak baca surah Yusuf untuk baby?"

Aku mengganguk, "Rish ikut setiap arahan abang tanpa tertinggal satu pun."

"Goodgirl."

"Abang nak namakan anak kita apa?" soal ku, tanganya bermain-main di dalam genggaman ku.

"Amra Zahra."

"Puteri pintar maksudnya." sambung Han dengan senyuman manisnya

"Amra Zahra Rayyan."

"Puteri pintar dan pintu syurga untuk orang berpuasa." ujar Aisy dengan senyuman manisnya.

Aku ketawa, biarlah namanya tidak glamour seperti orang lain. Tapi ia indah kerana ia ada maksud yang cantik.

"One more thing, her name like you. Rayyan junior's right?" aku ketawa apabila ayatnya mengusik jiwa ku.

Aku mencuit hidungnya yang mancung itu. Kami bangun dan mengemas sejadah dan Aisy menyimpan telekungnya.

Dapur dituju, Aisy mula memasak. Rindu dengan air tangan bini!

Tangan ku melingkari pinggangnya, dagu ku diletakkan di atas bahunya. Tiada jarak antara kami, dekat sangat!

"Rish tengah masak ni, abang duduk depan dulu." tangan kanannya mengusap lembut pipiku.

"Nak makan Rish boleh?" usikku dengan tawa.

"Gatal." kata Aisy.

****

Aku singgah di Blue Aqua untuk mengambil fail pada Isk. Tanpa pengetahuan Han, aku menuju ke sana.

Ramai yang menegur aku, mereka terpegun melihat aku yang sepatutnya berehat di rumah. Perut ku yang besar ini bukanlah penghalang untuk aku berkerja.

Workaholic? yes i am.

Tok!

Tok!

"Masuk!" arah Isk.

Aku memulas tombol itu dan masuk ke dalam, senyuman manis aku tayang kepada nya.

"Kau ni mak buyung, patutnya kau berehat bukan merayau." bebel Isk, matanya masih fokus pada komputer dan mulutnya tidak berhenti membebel.

Aku ketawa kecil.

"Han mesti tak tahu kan?" teka nya.

Aku mengganguk, suara lunak perempuan diluar bilik Isk. Aku kerling sekilas.

"Siapa minah tu?"

Isk memandang luar, "CEO Wijaya i guess."

Kelibat Han aku perhati, segak seperti biasa. Mata tenang melihatnya, kemudian mata ku menjadi tajam bak pisau.

Dah tak tenang dah mata aku!

Perempuan itu memeluk manja lengan Han, ni dah ready jadi arwah madu aku ke?

Isk sedang memerhati aku.

"Rish..."

Suami aku dia nak? Han ni pun satu, tolak lah atau tunjal jelah dahi perempuan tu!

Isk mengipas aku menggunakan beberapa helai kertas yang berada di atas mejanya. Mungkin dia dapat melihat api kemarahan di dalam mataku?

Aku tersenyum sinis, tunggu lah!

"Kau nak tolong aku tak?" soal ku dengan tegas.

"Ha.. ap.. apa?" makin gagap Isk apabila aku merenung matanya.

Aku membisik sesuatu padanya. Kemudian, aku beredar dahulu dari bilik itu. Nak sangat jadi arwah madu aku kan?

"Patutlah jadi leader, no one can copy you Qistina Airish. You still ice princess mak buyung."

Setiausaha Han menghalang aku untuk masuk, oh patutlah halang aku. Setiausaha baru rupanya.

Dimaafkan!

"I'm wife to Farhan."

Dia terkedu, tahu pun cuak kau!

Cappuccino yang aku bancuh tadi dihulurkan kepada perempuan itu.

"Awak tolong bagi dekat suami saya, kalau dia tanya mana dapat ataupun any kind of questions. Awak cakap, doraemon hantar. Get it?" ujarku dengan tegas di dalam nada lembut.

Ketegasan itu penting.

Aku beredar, menuju ke bilik Isk kembali. Aku duduk di bahagian sofa, Shah dan Izzkal masuk meluru ke dalam bilik itu selepas mereka tahu tentang keberadaan aku di syarikat ini.

"Eh mak bulat!" sapa Shah dengan ramahnya.

"Wow, last princess lawat kawasan ke?" soal Izzkal dengan tawa kecilnya.

"Well, datang sini dapat tengok drama percuma." dengan penuh peritnya aku tutur.

Kini, air mata aku kembali mahal seratus peratus. Hatiku kembali tawar, sedih?

Ya sedih! kerana dia sentuh suami aku dan Han membiarkan sahaja.

Isk, Izzkal dan Shah diam. Mereka tak mampu untuk berkata apa-apa.

"Aku balik dulu lah, ada mesyuarat kat Damansara kejap lagi." aku tersenyum paksa.

"Aku hantarkan kau nak?" soal Izzkal dengan lembut.

Aku menggeleng dan beredar dari situ. Melangkah sahaja keluar dari bilik Isk, aku terlanggar tiang besi.

Dahi ku terasa sakit, aku gosok dahiku perlahan.

Aku mengangkat wajah, eh bukan tiang besi! tapi dada bidang suami aku lah.

"Move, I'm late!" ujarku tegas.

Han menggeleng, dan menarik tanganku menuju ke biliknya.

Dikunci biliknya, dia menarik ku dan akhirnya aku duduk di atas ribanya.

"Orang dah lambat tau." marahku geram, sebal semua ada.

"Sayang marah abang?" soal Han dengan lembutnya.

"Tahu pun." balasku malas.

Tangannya mengeratkan pelukan di pinggangku. Dagunya diletakkan di bahuku, jelas deruan nafas hangatnya aku dapat rasakan di pipiku.

Macam nafas naga, ia hangat!
love it!

"Kenapa marah sangat ni, I m so sorry hun." ucapnya.

Aku mengeluh, "sebab dia sentuh suami saya! dia sentuh Rayyan Farhan, only Qistina Airish can touch you. And the worst part is awak biarkan dia sentuh awak!" nada suaraku menjadi tinggi.

Emosi amarahku tidak mampu untuk dibawa bincang lagi.

Makin aku meronta, makin erat pelukan itu. Aku mampu memuntahkan keluhan sahaja.

"Dia nak terjatuh tadi, abang tak sangka dia buat macam tu. Ingat ni, dalam hati abang ada Rish je. Hati abang hanya untuk sayang." pipi kiriku dikucup lama.

Aku diam, penat lah. Lantas aku membaringkan kepala pada dada bidangnya. Mata aku pejam rapat.

"Shh, give me 15 minutes. I'm tired." ujarku perlahan.

Akhirnya aku tidur di dalam dakapannya.

Aku tersedar dari tidur, jarinya menari-nari di atas papan kekunci.

Boleh ke dia buat kerja sambil peluk aku? mata aku memandang ke atas, melihat matanya yang fokus pada komputer.

"Abang...," meleret-leret suara ku.

"Ya sayang." dahi ku dikucup sekilas.

"Tak berat ke Rish?"

"Tak, abang lagi suka macam ni. Best, dapat peluk bantal kesayangan abang ni." pipi ku dikucup lagi.

Aku bangun, tangan kasar itu aku raih. "Orang ada mesyuarat lagi 20minit, Rish minta maaf ya kalau ada salah."

Badan sasa itu didakap erat, seperti tidak mahu aku lepaskan.
"Tak apa, goodluck hun." kepala ku diusap dengan penuh kasih sayang.

"Abang, tunduk sikit." pintaku. Dia menuruti permintaan aku.

Badannya dibongkok kan sedikit, bagi sama tinggi dengan ku.

Dahi bersih itu dikucup lama, kemudian jatuh pada pipi kiri dan kanannya. Seterusnya hidung mancung dan akhir sekali bibir merahnya menjadi paling lama aku singgah.

Aku memeluk lehernya. Tangan nya melingkari pinggang ku. Aku melepaskan nya dan menjauhkan muka kami. Pipi nya aku usap perlahan.

"Sayang abang."

"Kenapa ni?" Han mengusap kedua-dua pipiku.

"Rindu abang sangat-sangat."

****

Entah kenapa hatiku berat untuk menjauhi Han. Bukan sahaja berat tapi entahlah ia seperti tak mahu berjauhan dengan nya.

Bukan jauh pun aku pergi, Damansara sahaja. Tapi aku merasakan seperti aku akan menjauhinya selama-lamanya!

Ferari Italia milik Han, aku pandu dengan cermat. Aku merayu dengan suamiku agar biar aku memandu keretanya.

Pedal minyak aku tekan, memandangkan sudah 3 minit aku lambat untuk mesyuarat.

Dua kereta hitam di hadapanku, brek secara melintang. Aku dari jauh cuba untuk brek!

Brek tak berfungsi, shits!

Mata ku, dipejam erat. Kedua-dua tangan memeluk erat perutku.

Boom!

TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

Bye Rish?

****

To unlock next part, votes perlu cecah 100 dahulu.

Comments feeback gais 👇

By- Questn


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top