26 ; Tengku Izzran
Arcad Academy telah mengadakan perkhemahan badan Beruniform. Ia dianjurkan oleh sekolah kluster di Kuala Lumpur.
Pelajar yang wajib menyertai ialah tingkatan 3, 4 dan 5 kerana akan dapat sijil penyertaan bagu peringat negeri. Ia juga merepakan markah kurikulum.
Amra mengeluh, dengan kerja khusus lagi haih. Sibuknya aku em, macam mana lah mummy boleh tahan kan?
"Oi, kau termenung apa?" tanya Hilman. Dia menyandar pada dinding di sebelah Amra.
"Hm.." hanya itu sahaja balasan dari Amra. Mereka sedang berada di rooftop kerana sekarang ialah waktu perhimpunan bagi hari rabu.
"Jom pergi kem.." ajak Hilman lembut.
"Aku malas."
"Kenapa?"
"Malas.."
Hilman dapat merasakan yang Amra seperti menyorokkan sesuatu dari dia. Pintu yang berada di rooftop itu dikuak dengan kasar sekali.
"Cikgu Amra dan Hilman berduaan.." jerit Farah. Cikgu Adlina tersenyum sinis melihat aku.
Perempuan ni tak serik lagi..
Amra dan Hilman berdiri dan menghampiri mereka, Amra hanya tayang wajah tenangnya.
Farah, Aillee, Kila dan Nina sudah gelak kemenangan. Cikgu Melisa juga tayang senyuman sengetnya.
"Ada masalah ke?" soal Hilman dengan kasar sekali.
"Ada bukti tak aku dan Hilman berdua?" provok Amra, dia tahu kemenangan akan berpihak pada mereka kali ini.
"Ada, ni apa budak.. Tak sedar diri, mak hantar kau pergi sekolah tapi kau buat perangai." perli cikgu Adlina.
"If you don't have proove i will call my lawyer for this case." kata Hilman dengan tenang.
Amra mengerling ke arah Hilman, wajah lelaki itu tampak tenang sekali.
"Dah lah tak ada kawan, lepastu..."
Kata-kata Ailee mati apabila Asfar, Daniel, Haiqal dan kumpulan Hilman muncul di tepi mereka.
"Kau nampak dua je ke manusia kat sini? hm, nampaknya dah tak lama tu. Bawak-bawak lah insaf." kata Daniel dengan sinisnya.
Pewaris Arcad Academy pasti tahu selok belok jalan rahsia. Mereka ikut tangga rahsia dan pintunya akan berada di tepi dinding. Ramai yang tidak tahu tentang itu.
"Malu tak tuduh orang?" sindir Haiqal.
Berubah wajah mereka..
"It's simple, kau hormat aku dan aku akan hormat kau. Jangan cabar kami, you know our story about King and Princesses Xavier right? kalau ibu bapa aku mampu buat macam tu. Aku mampu buat lebih, kalau kau sendiri tak mampu nak lawan aku dan yang lain. Kau duduk diam-diam. Dan aku nak pesan, tak perlu nak ganggu Amra. She lil Xavier, don't you scared that her bodyguards will kill you guys?" kata Asfar dengan tegasnya, matanya yang tajam merenung seorang demi seorang dengan tajam.
Mereka terus beredar tanpa kata apa-apa. Daniel terus memeluk bahu Amra.
"Glad you're safe adik.."
"Mesti mummy yang bagitahu kan?"
"Lebih kurang.."
"And thanks to Hil and others too."
"Tak ada hal lah." kata Hilman dengan muka pokernya.
"Kem?" soal Haiqal.
Kumpulan Hilman terdiri daripada Ryan, Ezany, Iman dan Azrai. Mereka memang selalu bersama. Sejak Hilman rapat dengan Amra, mereka semua jarang buat masalah di sekolah. Hanya ponteng kelas sahaja.
Budak nakal ambil aliran kelas Sains Tulen kau rasa? sedangkan Amra dan yang lain tidak ambil aliran itu. Mereka ambil aliran perniagaan.
"Jom lah Amra.." ajak Iman.
****
Hari ini, ialah hari sabtu. Hari yang mereka akan pergi kem itu, ia kem negeri antara Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur. Jadi akan berjumpa dengan banyak sekolah lain.
Pukul 8:30 mereka perlu berkumpul di tempat yang telah ditetapkan.
Amra hanya mengenakan oufit yang selesa baginya. Dia ada niat untuk memakai tudung, tapi biarlah keihklasan itu datang dengan sendirinya.
Dan kasutnya ialah Ultra Boost Uncaged.
Bajunya yang dipakai itu ialah pakaian lelaki, tuannya ialah Izzran. Amra amat merindui lelaki itu sebernanya. Rambutnya pula diikat tocang.
Mereka terus menaiki bas menuju ke Pulau Pinang.
*****
Macam biasa sampai disana, para fasi akan memperkenalkan diri mereka kemudian segala peraturan dan acara yang mereka akan dilakukan akan diterangkan.
"Dan sekarang kita akan bagi adik-adik semua kunci bilik. Dan ada yang akan dapat bilik seorang diri." kata fasi Aila.
Setiap orang dapat kunci bilik mereka. Sampai sahaja giliran Amra, dia mendapat bilik seorang diri. Ya itu adalah permintaan dari nenda sendiri.
"Mana adil.." bentak Ailee tidak puas hati.
Amra hanya memekakkan telinganya dia terus ambil kunci bilik dan beredar bersama beg rodanya.
Sepanjang perjalanan Amra mengeluh.
"Daddy ah ni letak apa dalam beg ni." keluh Amra, ye Han yang mengemaskan barang keperluannya dan bukannya Aisy.
Cis! mesti daddy letak frame dalam beg aku ni. Sebab daddy suruh bawak, kalau aku rindu dia. Disuruhnya menatap gambar tu, dia siap letak gambar perkahwinan dia dan mummy lagi dalam beg roda aku..
Semuanya terdapat lima bingkai gamba, lagi empat bingkai gambar. Ialah gambar milik daddy!
Dia suruh bawak sebab dia kata dia nampak hensem. Kalau ada yang cuba nak mengorat aku, kata je pada lelaki tu. Boyfriend sejak azali lagi hensem.
Patutlah mummy bebel!
Sebab meja perhiasan mummy kosong tak ada perhiasan gambar kat situ.
Hailah Tengku Rayyan Farhan..
***
Mereka akan lakukan aktiviti teroka hutan bersama-sama kumpulan yang telah ditetapkan. Yang malangnya, Farah dan Nina terdapat dalam kumpulan ni.
Sah kambing sesat ni..
Kumpulan 7 diketuai Hilman dan ahli kumpulannya ialah Iman, Ezany, Ryan, Amra, Asfar, Daniel, Haiqal, Nina dan Farah.
Amra lebih selesa mendiamkan dirinya dari berkata apa-apa. Sewaktu mereka mahu menuruni bukit, Farah menolak Amra sehinggakan Amra bergolek jatuh ke bawah.
"Amra!"
Yang lain tidak nampak siapa pelakunya.
Amra meringis kesakitan, matanya berair. Bibirnya gigil menahan rasa pedih di kakinya. Ada tangan yang membantu mengangkatnya ke tepi batu.
Dia tidak melihat pemilik tangan itu. Yang lain sedang berusaha menurun untuk membantu Amra.
"Mummy.. daddy sakit tch.."
"Dah besar pun cengeng lagi.." kata tuan empunya badan itu. Amra kenal dengan suara itu, dengan pandangan kabur itu dia melihat.
Dan dia terus memeluk erat badan lelaki itu, makin kuat tangisannya.
"Alalala, jangan menangis lah." pujuk Izzran, tangannya menepuk lembut belakang badan Amra.
"Aku tahu kau rindu aku, tapi jangan lah nangis. Kang basah baju aku nanti, dah hensem ni dik." pujuk Izzran lagi, tapi tangisan Amra makin kuat.
Buntu Izzran dibuatnya, tapi yang dia heran manakah sepupunya yang lain. Beraninya tinggalkan ribena aku seorang diri, dah lah ribena luka sekarang. Ish!
"Sakit eh? meh sini aku rawat eh.." dengan perlahan-lahan Izzran membuka kasut Amra, habis lecun stokin putih itu dengan darah.
Dengan pantas Izzran ambil kotak kecemasan di dalam begnya dan mula mencuci luka Amra. Kemudian dia memberi sapu tangan pada Amra.
"Kan aku kata, aku tak suka tengok kau menangis dik.." sapu tangan itu bertukar tangan. Dan Amra mengelap air matanya yang berada di wajahnya.
"Aku mimpi ke?" soal Amra.
"Ni aku lah." jawap Izzran dengan tegasnya.
"Ye ke? bukan halusinasi ke hantu?"
"AUCH!" Izzran terus menekan luka di kaki Amra.
"Hah, percaya tak ni Tengku Izzran?" soal Izzran dengan sinisnya.
Amra terus ketawa dekah. Dan pada waktu itu yang lain sudah turun ke bawah dengan cemasnya.
"Amra!"
Haiqal, Asfar dan Daniel terus berhenti mengejut apabila terlihat Izzran yang sedang mengangkat muka dan panahan mata tajamnya.
"Tengku Izzran?" soal Nina dengan nada pelik.
"Kenapa biarkan Amra sampai luka ni? tak reti jaga dia ke, aku baru tak ada tak sampai 2 tahun pun." soal Izzran dengan sinisnya.
Haiqal, Daniel dan Asfar terus memeluk Izzran dengan eratnya.
"Alhamdulilah, kau dah balik ke pangkal jalan Ran! syukur!" jerit Daniel sekuat hatinya, tangan ditadah seolah sedang membaca doa.
Terus Izzran menunjal kepala Daniel.
"Kepala hotak kau.. kau ingat aku apa?" marah Izzran
"Yela, mama kata kau joinned modelling. And most of it they're transgender. Aku ingat kau dah berubah Ran!" Daniel terus memeluk erat badan Izzran.
Makin dekah tawa Asfar, Haiqal dan Amra. Yang lain masih tidak faham dengan apa yang terjadi.
"Aku jadi model untuk bonda je, bukan bertukar jadi transgender bebal!" bidas Izzran, ada ke dia kata aku macam tu haih!
"Okay, ni Tengku Izzran anak kepada Qirana Balqish. She is one of heirs Arcad Academy actually but he stayed at Dubai for awhile." terang Haiqal.
Yang lain hanya mengganguk tanda faham.
"Kau pahal sebut she! aku lelaki lagi lah bengap." amuk Izzran. Ya mereka suka sakat Izzran.
Amra cuba bangun secara perlahan-lahan. Nasib lah luka sikit je, kalau teruk tadi memang aku balik rumah.
"Sakit tak?" Hilman memegang beg Amra.
"Sikit je.." balas Amra dengan senyuman manisnya. Nina dan Farah mula tergedik-gedik di tepi Izzran, meluat Amra melihatnya.
"Tapi kan Nina dan Farah em, Tengku Izzran tak layan lah perempuan yang macam korang ni. Awal-awal dah reject, pitty you. And thanks to me cause i tell you guys ealier." kata Amra dengan sarkastiknya.
Terus mati senyuman Nina dan Farah.
"Tunggu ah kau nanti.." kata Farah dengan perlahannya. Tangannya mengepal penumbuk, untung sahaja mereka Ada bersama Amra sekarang. Kalau tak, perempuan ni memang aku bunuh kat sini.
TO BE CONTINUE
VOTES & COMMENTS
yehet Izzran comeback...
Okay votes kasi cecah 300 🌟!
then i will update next part.
Dan sila comment siapa watak kesukaan anda ! tell me why you love she/he !
BY - QUESTN
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top