20: Qistina Airish
Aku menyiapkan Amra, kemudian memberi makan padanya. Suapan demi suapan aku berikan padanya. Tawanya memenuhi ruang bilikku, aku suka melihat senyumannya. Hilang sedikit stress aku apabila melihat puteriku ini.
Selesai sahaja tugasku, kami turun ke lobby. Ferari aku sudah tersedia dihadapan pintu utama syarikat itu. Dengan lajunya kereta itu membelah jalan, aku menuju ke pejabat Haqque.
*****
Tiba sahaja di pejabatnya, aku sudah dapat melihat figura yang aku kenali di sofa. Seperti sedang menunggu seseorang.
"Abang..." panggilku.
Haqque memandangku dengan senyuman manis, Amra ditarik kedalam peukannya. Kemudian, tangan kasar itu aku raih dan salam. Walaupun dia bukan abang kandung aku seperti Asy Qairil tapi aku tetap menyayanginya.
"Jaga Amra boleh? Rish ada hal kat luar. Kalau Rish lambat abang bawa balik Amra boleh?"
Haqque mengganguk dengan senyumannya.
"Boleh je. Lagipun abang kerja sepauh hati je hari ini, boleh bawak Amra keluar sebelum abang bertolak ke India."
"India?" soalku dengan nada pelik.
"Abang ada operasi kat sana lusa." aku hanya mengganguk tanda mengerti.
Aku mengucup kedua- dua belah pipi Amra kemudian baru aku beredar. Masuk sahaja ke dalam perut kereta, aku menghidupkan injin kereta. Spek mata hitam yang tergantung aku ambil dan pakai.
Nak aku mengamuk Aisyah? kau tak kenal lagi siapa aku dan dark past aku. Silap besar bila kau ganggu hidup aku dan kau cuba rampas imam aku.
Pedal minyak ditekan, kereta itu terus masuk ke lebuhraya.
Prince Court Kuala Lumpur
Aku melangkah masuk ke dalam hospital. Aku tahu, kalau aku tengah sakit hati ataupun terluka pasti aku akan split. Jadi, untuk mengelakkan orang tahu aku akan memakai cermin mata hitam.
Aku takut..
Takut kalau aku tak sedar dengan apa yang dihadapanku. Kerana bila aku mengamuk, jiwa aku lain. Aku berdoa agar segalanya dipermudahkan, pintu ward itu aku buka seluas-luasnya. Kalau aku tak terkawal nanti, takut mati pulak anak gorrila tu.
"Assalamualaikum..." mataku jadi sakit apabila melihat seluruh bilik itu dihiasi dengan bunga. Ni bilik ke kedai bunga? hatiku menjadi panas.
"Oh perempuan kau nak apa?"
Adab tak ada boleh masuk tadika belajar balik.
Ibunya masuk ke dalam bilik dan menyentuh bahuku. Aku tersenyum sinis.
"Aunty harap, kamu izinkan Rayyan kahwin lagi. Dia harus bertanggungjawap untuk anak aunty. Rayyan ialah cinta pertama Aisyah, jadi tak salah kalau Rayyan kahwin lagi satu kan? Dan aunty perasan yang Rayyan cukup ambil berat tentang Aisyah. Dan aunty telah tanya padanya tentang hal ini, dia bersetuju kerana dia sayang Aisyah juga." kata perempuan tua itu denga nada menyindir.
Deg...
Allah, kau kuatkanlah aku pada tika ini. Berikanlah aku kekuatan. Aku pejam mataku sebentar, kemudian mataku dibuka kembali dan terlihat suamiku berada di sebelah puan Aimi.
Aku tarik nafas panjang, hancur hati aku lagi.Han tak pernah berbincang apa-apa tentang ini denganku.
"Bertanggungjawap? kenapa suami saya pulak, yang salah pekerja buruh tu bukan Tengku Rayyan Farhan. Jadi suruhlah pekerja tu menikahi anak puan. Puan ni tahukan dia ada isteri dan seorang anak, takkan tak faham?" balasku dengan sinis sekali.
Tanganku mengepal penumbuk apabila aku dapat merasai perubahan mentalku. Aku cuba kawal.
"Airish!" suara Han meninggi.
Sampai hati awak naikkan suara pada saya.
"Awak nak marah orang ke? mana janji awak pada orang mana Tengku Rayyan Farhan Tengku Afham!" soalku dengan lantangnya, dadanya aku tunjal beberapa kali.
"Ni hospital Rish tolong. Jangan besarkan hal yang kecik."
"Awak yang besarkan!" balasku.
"Sayang, will you marry me?" soal Aisyah dengan ada manjanya.
Berdesing telinga aku mendengar perkatan 'sayang'.
Detak jantungku berubah, sakit di dada aku biarkan.
"Em yes." balas Han. Aku tersenyum sinis, mataku terus berubah jadi kabur. Nak menangis pun tak ada guna, aku tak nak lemah dihadapan orang macam ni.
"Restu jelah." kata Puan Aimi.
"Okay, tapi lepaskan saya. Ceraikan saya dan segalanya akan selesai." ujarku dengan tenang padahal hatiku sakit apabila menutur setiap bait perkataan itu.
Mata Han membulat melihatku, aku dapat rasakan padangan tajam itu untukku.
"Qistina Airish Xavier!"
Aku mengangkat wajahku. Wajahnya aku pandang lama, walaupun mataku kabur. Wajahnya tetap kacak, wajah cinta pertamaku. Dan mata tajam itu ialah mata kegemaranku setiap masa.
Aku berpusing ke arah Aisyah, orang kurang upaya heh.
"Well, selagi kebenaran tak terbongkar kita takkan tahu kan Aisyah? tak sangka pulak orang back pain mampu baring terlentang macam tu em. Orang lumpuh normal tak boleh baring macam tu, kan orang kurang upaya?" aku tertawa sinis.
Puan Aimi menolak ku sedikit, nasib sempat berpaut pada dinding. Tak guna betul makcik tua ni, buat serangan tiba-tiba pulak. Spek mataku juga terjatuh ke lantai.
"CUKUP RISH, CUKUP!"
"Awak belajarkan biologi, saya rasa awak tahu apa saya maksudkan. If you're science stream student you will know, lain lah budak kurang upaya ni. In University i took subject biology so i know." kataku dengan sinis.
Tak faham jugak tak tahu lah.
Aku merenung matanya, mataku berubah menjadi biru gelap dan galak bersinar. You know me well Tengku Rayyan, thanks for hurting me for this time. Han kaku melihat sepasang mata itu.
"Lafazkan cerai, dan semuanya akan berakhir disini." kataku separuh rela. Air mataku mula bergenang.
Dadaku mula sesak kembali, tanganku naik pegang dada. Detak jantung itu mula laju, aku mula tidak dapat kawal sakit itu. Aku dah lama tak pergi check-up jantung em patutlah.
Han memegang lenganku, tanganku melraikan pegangan itu.
Dan Raid Iqbal mucul dipintu. Wajahnya kelihatan tegang, mesti dia dengar perbualan kami. Dan pasti Haqque menyuruh dia untuk datang ke sini.
"Rish, jom balik." ajak Raid, aku mengganguk laju.
Han terkedu, tak akan dia ada perasaan lagi kat Rish? muka Han juga tegang, itu bini aku. Hak aku bukan kau!
"Waw awak pun ada orang lain hebat."
"Belajar dari suami lah." balasku dengan sinisnya. Han merenung anak mataku, dia tahu aku sedang melawan kesakitan.
Raid hilang apabila sudah mendapat isyarat mata dariku, dia pergi mengambil kereta.
Aku terus beredar, mataku makin kabur. Dan semua objek dihadapanku menjadi songsang, sesak di dada aku tahan. nasib aku tak bawak pistol Magnum, kalau tak mesti dua-dua perempuan tu dah kena tembak kan? tapi aku waras lagi.
Badanku terasa seperti melayang. Dan ada yang menarik aku dalam pelukannya.
Siapa ni? tapi bau badannya aku dapat tahu siapa tuannya. Aku kaku, pelukan ini selesa sangat, ia seperti ubat kepada segala kesakitan yang aku alami sekarang.
"Sampai nafas terakhir abang, sayang akan jadi isteri sah kepada Tengku Rayyan Farhan. Dan awaklah makmum saya dan orang yang saya akan pimpin tangan ke syurga Allah. Awak lah pelengkap tulang rusuk kiri saya." ujarnya di tepi telingaku. Han mengeratkan pelukan lagi.
"But now, you're replacing me with that bitch." balasku perlahan.
Aku dapat menangkap keluhan Han.
"Awak cinta pertama abang, i love you."
"You're not love me, cause you're hurting me and break the promise."
"Ada masa, jenguk Amra. He missed his daddy so badly." aku meleraikan pelukan itu, walaupun kejap sekurang-kurangnya aku dapat rasa lega sebentar.
Walaupun kabur mataku, aku dapat membalas renungan Han.
"Abang hantar awak. Awak tak okay sayang, maafkan abang."
"Tak apa, Raid ada." balasku, aku tahu yang Han paling cemburu bila Raid cuba mendekati ku kembali.
"Sayang tolong Aisyah kejap..."
"Tu, sayang awak panggil." aku terus beredar dengan kesakitan. Aku berjalan dengan pantas, sedikit pun air mataku tidak tumpah lagi.
Kerana aku mahu kuat, dan aku yakin aku akan kuat sehingga ke penghujung dugaan ini dengan izin Allah.
Masuk sahaja dalam perut kereta, Raid mula bersuara. Mataku dipejam dengan erat, sakit itu mula menjalar keseluruh saraf kepalaku. Dan akhirnya semua gelap.
TO BE CONTINUE
VOTES & COMMENTS
Em macam mana okay tak okay?
*PUJUK TINA DULU KEMUDIAN BARU TINA UPDATE HUEHUEUE*
VOTES ( 170 )
BY- QUESTN
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top