18: Kenangan
Pasukan khas Xavier menyerbu masuk ke dalam gudang sebaik sahaja Aisy ditembak.
Amra dan yang lain berlari menuju ke Aisy malangnya mereka tidak dibenarkan ke Aisy.
Ada lelaki yang mendukungnya dan membawanya keluar. Lelaki itu berpakaian hitam, mukanya jugak tidak kelihatan.
Kerabat Zedd berlari ke luar dan mereka terlepas kerana ada orang luar yang bantu mereka. Dan ambulan berlumba menyelamatkan mereka, luka pada mereka dibersihkan segera. Lebih lima buah ambulan berada di ditu.
Aku membuka mata sedikit, bau minyak wanginya aku dapat menghindunya.
Bau itu seperti aku kenal.
Mataku samar-samar, pedih di perut dan beberapa tempat tembakan aku pegang.
"Kita kenal ke?"
"Iman Haqque, your brother."
Haqque ialah abang kepadaku. Dia adalah anak susuan mum. Dia ialah seorang anggota kerajaan, kerjanya membantu dan menyelamatkan orang di dalam unit khas sahaja.
Apabila nama adiknya tertera pada borang aduan, dia bergegas untuk membantu adiknya.
"Abang..." dan akhirnya segalanya gelap.
Prince Court, Mercedez milik Haqque berhenti di lobi hospital itu. Adiknya di dukung dan dibawa ke bahagian kecemasan.
Selepas lima jam dibedah akhirnya doktor keluar.
"Awak siapa?"
"Mikhael Haqque, abang dia."
"Lima perluru yang terkena pada badannya adalah perluru yang dibancuh dengan racun. Dua di perut, satu di bahu, satu di peha dan satu lagi di dadanya. Alhamdulilah segalanya berjalan lancar walaupun dia tidak mampu menahan kesakitan itu, dia masih bertahan. Pada masa ini, saya akan letakkan dia pada ICU kerana dia masih tidak sedarkan diri dalam jangkaan saya." kemudian dia beredar dari situ.
Haqque mengusutkan rambutnya. Ini semua angkara Zedd tak guna. ICU dijaga rapi oleh unit khas polis.
Haqque masuk ke dalam bilik adiknya, tangan putih itu digenggam erat.
"Kenapa lah kau suruh orang tembak kau, hati kau ni baik sangat. Split tak split pun tetap hati kau baik!" keluh Haqque.
Asy Qairil dengannya adalah kawan baik dari kecil. Dia menyayangi Aisy seperti adiknya kerana dia pernah menjaga ketika kecil. Dan mereka berpisah lama kerana Haqque masuk sekolah tentera.
Air mata Aisy mengalir. Jari Haqque menyeka air mata itu.
"Rehatlah dik. Aku uruskan segalanya, sampai kau dah sihat baru aku pulangkan kau kat keluarga. Zedd terlepas, dia buru kau. Jadi aku terpaksa sorok kau." dahi Aisy dikucupnya.
"Anak kau jangan risau, Han jaganya."
*****
Semua berada di hospital KPJ Damansara.
"Rish mana?"
"Siapa bawak dia keluar?"
Itu soalan yang bermain di minda mereka. Aisy hilang sejak dari semalam. Han juga telah menghidupkan tittle Last Princess Xavier.
Amra berada di dalam dukungan Han dengan lenannya dia tidur pada dada bidang Han.
"Maaf tuan muda dan cik muda, kesihatan anak-anak ini memerlukan doktor pakar bahagian ini. Mereka sedang mengalami sedikit kemurungan, tapi tidaklah teruk. Tapi kerana mereka ada split, everything be okay. They can control every inch of angry. They needs rest." kemudian doktor itu beredar.
"Sian baby boy aku, dah tak comel dengan kening luka haih." keluh Fatin, anaknya berada di dalam pelukannya sejak berada di dalam ambulan.
Mereka berbincang tentang kehilangan Aisy. Kecoh juga malam itu pada kerabat Xavier.
"Haqque yang bantu Rish semalam." ujar Mia.
Semua terkedu, Haqque?
"Siapa dia?" serentak mereka bertanya.
"Haqque adalah anak susuan mum. Dia berkerja sebagai pasukan unit khas, semalam dia pandang aku. I know his eyes, mata kaca!" balas Mia dengan seriusnya.
Fatin mengangguk laju, "weh! aku kenal Iman Haqque. Dia senior kita yang jaguh bola dulu, cuma dia ambil SPM kat sekolah tentera. Lepas dia habis belajar, dia study oversea. And Rish told me that Iman are back."
Mereka mengganguk laju.
"Apa kata kita cari dia?" cadang Shah.
"Tak semudah tu, Haqque tak akan lepaskan Rish sekarang. Sebab Steve masih lagi tak ditangkap." balas Bal.
Han mengeluh, rambutnya dibiarkan serabai.
"Habistu macam mana aku nak tahu keadaan bini aku?" soal Han mendatar, wajahnya juga mempamerkan emosinya sekarang.
"Aku tak berani nak jawap, mungkin Rish dah tak ada kat Malaysia. Lima peluru masuk badan dia weh, dia bukan Hulk." ujar Mia dengan tenang.
Rish hadap benda ni bukan sekali..
****
Haqque datang pada waktu melawat, dia merapati adiknya. Kepala Aisy disentuh perlahan, dia memberi salam dahulu.
Kemudian dia mengambil wudhuk di tandas berdekatan, Al-quran kecil diambil. Mulutnya membaca ayat lazim yang berada di dalam Al-quran itu.
Selepas itu, dia mengalunkan zikir di telinga kanan adiknya. Baginya Aisy adalah amanah dari Allah, adiknya juga adalah tanggungjawapnya.
Walaupun bukanlah adik kandung. Baginya Aisy, mum dan dad adalah permata cahaya kehidupannya. Selepas ibu bapanya meninggal, mum dan dad yang menjaganya.
Segala keperluannya lengkap diberikan. Tiada yang kurang pun.
Amra menangis di atas katil hospital, puas Han memujuknya.
"Amra Zahra, kenapa ni?" Han memeluk puterinya dengan erat. Dahi anaknya dikucup berkali-kali.
"Nak....mum..mummy."
"Tunggu mummy sihat dulu ye sayang." Amra mengganguk perlahan. Kepalanya terlentok pada dada bidang Han.
*****
Seminggu yang lepas ...
Han menghantar Amra ke tadika baharunya. Daniel, Asfar, Haiqal dan Izzran sudah sampai lebih awal dari Amra.
Ingat senang ke nak siapkan anak perempuan? puas aku nak menyiapkan Amra. Berlari sana dan sini kemudian nak tunggu dia sarapan lagi.
Mula lah dia bukak cerita dongeng dia. Perlu dengar kemudian menyanyi lagi.
Bermula lah sesi pembelajaran. Cikgu-cikgu ni tadika ini kebanyakkan ialah cikgu yang mengajar di Arcad.
"Cikgu pernah mengajar keluarga Xavier. Dari princesses Xavier hingga King dan yang lain juga." ujarnya.
"Cikgu, cerita lah tentang mereka!" pinta kanak-kanak itu. Yang lain turut bersorak kecuali Kiddos.
"Keluarga Xavier ni adalah keluarga yang lain dari lain. Adam Hanz Xavier adalah moyang kepada ibu bapa princesses Xavier. Sejak kecil lagi, mereka diajar dalam beberapa bidang. Sebab Adam nak cucu hingga cicit dia ada bakat yang melambangkan keluarga Xavier."
"Kalau awak tahu tentang keluarga ini, mereka terdiri daripada keluarga diraja kemudian mereka keluar dari istana. Darah yang mengalir di dalam badan princesses Xavier ialah darah diraja, Amra dan yang lain turut mewarisinya."
"Keluarga Xavier boleh dikatakan keluarga kompleks. Di dalam keluarga ini terdapat mafia, gangster, FBI dan sebagainya."
"Kuasa Airish paling kuat di antara cicit-cicit Xavier. Dia mempunyai keistimewaan yang tiada pada orang lain, itu ialah kelebihannya. Sebab itu apabila lahirnya last princess Xavier, kerabat Xavier terus menjaga dan mengawasi Airish."
Kanak-kanak itu terpegun, Kiddos hanya tayang wajah tenang sahaja.
"Princesses Xavier itu nakal tau!"
"Tahu tuh, mama memang macam tu sampai sekarang." dengan selambanya Daniel mencelah.
Cikgu-cikgu itu terkedu? adakah sampai sekarang mereka begitu.
Tiba-tiba datangnya beberapa orang lelaki berpakaian hitam.
"Maaf, kami pengawal dari Xavier. Kami terpaksa membawa mereka,sekarang, ia dari arahan princesses Xavier."
Cikgu itu mengganguk dan menyuruh Kiddos mengemas barang. Mereka menuju ke Blue Iv bersama King dan Princesses Xavier.
Mereka menunggu di bilik Ceo iaitu bilik Aisy Adreana Aressa.
Pintu terbuka luas, "miss me?." aku berjalan masuk ke dalam bilik itu dengan senyuman manis.
Amra terus berlari dan memeluk erat kakiku. Aku ketawa dan tersenyum, pipinya aku gomol. Badanku dipeluk erat oleh Han.
"Sayang..." badanku dipeluk erat oleh Han. Aku rindu dengan bau dia dan pelukan ini. Kepalaku disandarkan pada dada bidangnya.
"Sorry for everything." ucapku, makin erat pelukan itu. Hampir sahaja air mata lelakinya mahu jatuh.
"Don't ever leave me like this please." rayu Han, dahiku dikucup lama. Aku meleraikan pelukan itu, pipinya aku sentuh. Mukanya jelas penat, matanya sembab.
"Yey!" sorak princesses Xavier dan King. Mereka tersenyum manis melihat adengan manja ini.
"Kahwin! kahwin!" kiddos berlari- lari disekeliling Han dan Aisy kemudian mereka melempar bunga ros pada pasangan itu.
"Haiqal, bunga ni petik kat mana?" soal Isk dengan penuh curiga.
Jangan kata...
"Ni pokok tok nenda!"
Boom!
Habislah nenda mengamuk dan aku sebagai papa kepada Haiqal akan mula jadi pekebun lepas ni.
Bunga kegemaran nenda tu!
Terima kasih anakku, papa amat hargai nak.
"Sebernanya, semalam kitaorang dah jumpa Rish dulu. I told you she will fine, if Black Panther have vibranium on his suit. Then Rish have our du'a in every second she through." ujar Fatin dengan senyuman manisnya. Dia tetap Qistina Airish sampai bila-bila.
Han mengganguk faham, dia sangat bersyukur apabila dapat berjumpa kembali permasuri hatinya.
"Before our kids enter Arcad Academy. Aku rasa kita masing- masing perlu berpecah for a few years. Oversea company need you guys, i and Han can handle Kuala Lumpur office." ujarku dengan senyuman manis.
"Selepas tu, baru semua berkumpul balik." mereka mengganguk mengerti. Apabila leader princesses Xavier sudah beri kebenaran, yang lain hanya turuti sahaja.
Boleh bercuti sekali kan?
Dan bersara dari semua benda ni?
Bal dan Izzkal akan berada di Dubai, Fatin dan Shah pula akan berada di United Kingdom manakala Mia dan Isk akan berada di Italy.
Suatu perpisahan itu sakit.
Mereka akan bergabung kembali, tunggu waktu yang sesuai sahaja.
****
Nenda menjaga Amra sejak pemergian suaminya. Aku hanya membiarkan sahaja, rasa kehilangan pasangan itu amat perit.
Biarlah Amra menjadi penemannya.
Aku dan Han berada di laman rumah. Kami menikmati keindahan ciptaan Allah, langit yang gelap tapi kita masih mampu melihat bintang.
Tangan menyulam jariku.
"Macam mana abang tahu tentang Rish okay? maksud Rish em waktu yang Rish kena tembak." aku pusing menghadap wajah suamiku. Aku tersenyum sendiri.
Wajahnya aku perhati, tetap hensem walaupun umur kian meningkat! badan pun hot lagi tau.
Baby kita biasa lah.
Han ketawa kemudian dia memusingkan badan menghadapku, mata kami bertembung. "abang tahu sayang macam mana, i know you since we're kids. Dan abang kan budak Sains Tulen, mestilah abang tahu sayang cuba hentikan darah pada tempat yang sayang tak guna shield. If i'm not Ceo or bussinessman now, i think i'm doctor." terang Han, tangan kirinya mengusap pipiku.
"Pardon?" soalku dengan tidak percaya.
"When i'm studied in oversea, i took a few course of medic. Sebab tu abang tak suka bawak sayang pergi hospital, sebab abang boleh rawat sayang."
Aku mengganguk mengerti, lengganya dijadikan bantal. Kedudukan kami makin rapat, sudah lama tak begini. Gugup pun ada, panahan mata Han membuatkan jantungku bertukar detak.
"Macam mana Rish tak tahu tentang tu?" aku membalas panahan anak matanya.
Mata helang ni yang mampu mencuri perhatian dan hatiku suatu masa dahulu.
Han hanya tersenyum, jariku aku menyentuh lembut bibirnya.
"I miss you so badly."
"Mee to honey..."
"Am i still your favourite princess?"
"Yes, always. Every second i think about you if you not by my side, since highschool i'm like this. You're the thing pop up in my mind after ibu."
Aku tersenyum manis, pipinya aku kucup lama.
"Bila abang jatuh cinta pada Rish?"
Han mengucup pipiku pula, aku terus ketawa. Amboi! main balas-balas pulak. Han terus menarikku dalam pelukkannya. Dan pelukan itu dibalas aku, kepala aku berada di dada bidangnya.
When you're married, you will know. How much precious this hugh.
"Cinta pandang pertama sayang percaya?"
Aku mengganguk.
"Waktu kecik sayang seorang je berani buli abang. Selepas tu, kita berpisah lama. Masuk je Arcad Academy, abang tak suka sayang. Tapi setiap apa yang lakukan akan menarik perhatian abang. Waktu tu, abang ingat i'm crazy sampai abang jumpa doktor peribadi abang."
Aku ketawa dekah! baru jatuh cinta dah jumpa doktor nak minta ubat apa? aduh baby kita ni comel lah!
Han mengucup pipiku lagi, tanda menyuruhku diam.
"Aip aip captain..."
"Bila sayang jadi pengawas, everything changes actually. Abang tak suka orang rampas perhatian dan jawatan abang, well my wife was better that me at the time. Rish pun kenal 'King' macam mana, semuanya ada prinsip. Dan kitaorang berpegang pada prinsip, bila princesses Xavier rampas hak King. Kitaorang anti sayang dan yang lain, tu sebab kita banyak gaduh. At the same time, i'm super duper protective about four of you."
Aku fokus mendengar..
Kisah ni lagi seronok dari buku teks Sejarah tingkatan 3.
"Setiap lelaki yang nak dekat dengan sayang, abang akan belasah dulu. I love you more than even you know. Bila nenda letakkan kita dalam bilik VIP baru pretasi abang melonjak naik sebab sayang. Abang paling takut kalau sayang tahu tentang asal usul King.
When i am was be the Devils, i promise to myself for not hurt you. Itulah benda abang paling kesal, sebab abang sakitkan sayang setiap kali perasaan cinta tu muncul.
Ciptaan Allah semua indah, abang solat hajat dalam bulan Ramadhan. Setiap doa, abang selitkan nama sayang. Abang tak tahu nak usha sayang macam mana, dah lah gengster kalau abang usha tu mahu kena terajang."
Aku ketawa, pipi Han aku usap dengan penuh kasih sayang.
"Abang solat Istikharah, walaupun abang rasa muda sangat untuk lakukan tapi abang yakin dengan qada' dan qadar Allah. Abang cuba berkali-kali, dan abang doa kalau sayang bukan jodoh abang maka abang redha. Tapi Allah Maha Mendengar, dia tunaikan permintaan abang. And you're here by my side dan bawah ketiak abang."
Ketawa aku dan Han berselang-seli. Lelaki ini, adalah jantungku.
"Sampai sekarang abang bersyukur dapat sayang. walaupun Allah uji kita dengan memisahkan kita sekejap. Tapi abang yakin walaupun kita jauh beribu batu sekalipun, Allah akan pertemukan kita. Dan awak telah melengkap tulang rusuk abang yang tiada. I love you, you're my makmum and always be my badgirl." Han mengucup dahiku dengan penuh syahdu.
Kemudian, bibir kami bertaut lama..
Dia Tengku Rayyan Farhan,
Imamku,
Kawanku,
Teman gaduhku dan segalanya.
TO BE CONTINUE
VOTES & COMMENTS
kruk kruk, sweet tak?
BY - QUESTN
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top