15: Dia


Seminggu berlalu..

Aku makin sihat walaupun badanku kurus sedikit. Amra? dijaga oleh mum beberapa hari selepas aku dikeluarkan hospital.

Aku kuat, well Airish right?

Kami sekeluarga akan pulang ke kampung Han, ia rumah keluarga mertuaku. Bukan selalu bawa Amra pulang ke kampung.

Amra, Asfar, Danial, Haiqal dan Izzran sudah berpindah tadika. Atas keselamatan mereka, tadika mereka yang baru ini lebih selamat.

Kampung Han di Jelebu, Negeri Sembilan sahaja. Dekat, tak perlu naik kapal atau sampan.

Amra duduk di pangkuan Han di dalam kereta. Selepas di dodoikan terus dia tidur nyenyak.

Aku yang memandu, kerana aku mahu.

Aku memandu laju kereta Porche ku. Pedal minyak ditekan laju ketika mendaki bukit tangga.

"Yang! perlahan lah sikit. Ni bukan kat litar Sepang sayang!" dari tadi Han menyuruhku untuk perlahankan kelajuan.

"Abang ni bosan lah, bawak perlahan." ngeluhku, baru bawak laju dah kata nyawa nak terbang.

Han mencuit hidungku.

"Rish ni sihat tak ni? 90 tu kira laju tau!" bebel Han.

"90 je, bukan 120 Rayyan Farhan." balasku, apa guna beli kereta ada turbo tapi bawak macam siput hutan tu.

Ratus ribu membazir.

"Nanti abang beli beca, tak ada nya Rish bawak laju." ujarku dengan nada perlahan.

Han menangkap setiap bait perkataanku. Dia menggeleng perlahan, sebab tu aku sayang perempuan gila ni.

One of a kind..

And she just be herself.

"Do you know monkey? when they saw Banana they will jumping like crazy."

"Abang nak kata Rish monyet ke?" mataku masih fokus pada pemanduan, dengan sekali tekan pedal minyak.

Kereta itu berdesup laju. Terdapat dua laluan sahaja, tiga lori dihadapan aku perlahan. Aku menukar gear dan menekan pedal minyak, dengan pantasnya aku memotong tiga lori balak itu.

"Yas girl!" ucapku dengan bangga nya.

"Tak pernah berubah.." Han mengurut dadanya, nak luluh jantung kalau macam ni setiap hari dia yang memandu kereta.

Jangan lah anak aku ikut perangai dia yang ini.

"I love being Airish more than Aisy. Badgirl but cute right?" puji diri sendiri tak salahkan?

"Yes yes, i love everything about you sayang." tangannya mengusap kepalaku yang berlapik dengan tudung.

Aku tersenyum manis.

Tak sia-sia selama ini aku selitkan namanya di dalam doaku. Dan kini, dia ialah imamku dan pemimpin keluargaku.

Bapa kepada anakku. Dia lah imam yang akan memimpin tanganku dan Amra ke syurga Allah.

Walaupun aku dan dia terpisah beberapa kali. Tapi kerana jodohku bersama dia, jauhku hingga di negara Itali sekalipun Allah temukan aku dan dia kembali.

Sungguh indah perancangan-Nya.

Sabar itu indah..

"Abang tidur lah dulu, dah sampai nanti Rish kejutkan awak."

"Tak nak, rugi kalau abang tidur. Dapat tengok Rish, it's feel like i'm the only one person happiest in this world. Seeing you smiling and laughing are my priority honey. Macam tak sangka pulak Rayyan Farhan dah ada anak. Dan isterinya perempuan nakal Arcad Academy." ujarnya dengan senyuman manis.

Aku dapat menangkap senyuman manisnya dari tepi.

Senyuman yang mampu mengoyahkan imanku dan jiwaku..

"Rish pun tak sangka, yang suami sendiri ialah musuh Rish. Hari-hari gaduh, at the end you're my partner and you're my another half." balasku dengan tenang.

Aku ingat kata-katanya ketika umur 15 tahun.

"Aku akan jaga kau, itu janji aku."

"Stay by my side. I want our love story anyone know, too grey and old i love you the most anoyying girl." ucap Han dengan nada lembut.

Aku ketawa..

"Kenapa?" soalnya.

"Kenapa abang nak orang tahu kisah kita?" soalan dijawap dengan soalan.

"Because you're the only one can take my heart. So the other girls in this world know that i'm yours sayang."

Aku ketawa kecil, dah tua pun comel!

Ni yang tak boleh bawak berbincang bila Han dah bertukar jadi mulut kilang gula.

"If i'm dead? will you replace me with another woman. I mean, if you're marry to another woman. Your heart still belong my name or disappear? "

Suaraku jelas bergetar, takut menanti jawapan dari mulutnya.

Dia menggengam erat tanganku, tanganku diusap perlahan.

"Tak akan ada yang mampu gantikan tempat Rish. Amra dan Rish adalah jiwa dan jantung kepada Rayyan Farhan. Jaga diri sayang, i'm hurt if see you in pain. Rish satu-satu yang dapat mengocangkan hati abang dan mampu tundukkan buaya darat Arcad Academy."

Aku lega apabila aku dapat mendengar jawapan darinya..

Kereta ku pun masuk ke perkarangan rumah ini. Bersih dan tenang perkataan itu ialah yang menyapa mindaku dulu.

Han mengucup dahiku sekilas..

****

Aku meraih tangan ibu mertuaku. Tangan perempuan tua itu dikucup lama, puan Aida memelukku erat.

"Alhamdulilah Rish dah sihat, risau ibu." ucapnya.

"Rish kuat inshaAllah, ibu jangan risau." aku membalas pelukkanya.

Han berdehem kuat, "anak ibu ni tak peluk atau cium ke?"

Aku ketawa dan meleraikan pelukan itu. Han memeluk ibunya dan mengucup pipi ibunya.

Ya dia anak yang taat dan anak yang menghormati ibu bapa.

"Ayah mana ibu?" soalku.

"Macam biasa lah dekat surau lagi." jawap puan Aida dengan senyuman manisnya.

Mereka berdua pulang ke rumah kampung ini hujung minggu sahaja. Sayang jika tidak menjaga rumah ini. Ia lawa dan kawasannya.

"Fuyoo! beruk lah." jerit Amra dengan terujanya, beruk itu diperhatinya.

Han, aku dan puan Aida ketawa berdekah-dekah melihat Amra.

"Bawak anak kamu balik sini selalu Farhan, biar dia selesa dengan suasana kampung. Dah ibu nak pergi ke kedai, masuk dulu pergilah berehat." ujar puan Aida.

Aku dan Han hanya mengganguk.

Amra berlari-lari di tanah lapang itu. Kalau kat KL pun susah jumpa tanah, rumah pun tak ada tanah kan.

Amra menggengam batu-batu dan mengangkat tangan keatas. Dia mahu menunjuk pada ku dan Han.

"Ya Amra Zahra Rayyan, tu batu."

"Sayang jom jalan-jalan." ajak Han.

Aku mengganguk dan menukar pakaian dahulu. T-shirt dan seluar trek sahaja yang aku pakai.

Janji menutup aurat!

Amra macam biasa, Han yang akan siapkan pakaian puteriku.

"Mummy, kita nak pergi naik apa?" soalnya, rambutnya aku ikat dua.

"Naik motor, baru dapat angin."balas Han.

Aku mengganguk tanda setuju.

"Oh, kalau naik kereta oksigen tak ada lah?" soalnya lagi.

Baru sahaja Han mahu menjawap, aku memberikan death glare.

"Ada, maksud daddy tadi. Kalau kita naik motor lagi best, dapat hirup udara segar." balasku.

"Betul, kat KL banyak asap. Doesn't good for earth mummy." ujarnya dengan bersungguh-sungguh.

"Pandai sayang." Han mengusap kepalanya dengan penuh kasih sayang.

Kami turun ke bawah, motor Lc 135 milik bapa mertuaku digunakan. Banyak kali Han cuba hidupkan tapi ia mati kembali kerana ia jenis clutch.

Yang mahir sahaja tahu untuk menghidup dan membawanya.

Sudah sepuluh minit Han mencuba untuk menghidupkannya. Malangnya ia gagal untuk hidup.

Aku mendukung Amra, mukanya yang dibasahi dengan peluh. Aku mengelap peluh itu dengan menggunakan hujung tudung bawal ku.

"Mummy reti kan on motor ni. Cuba lah, Amra tahu mummy reti." bisik Amra pada telingaku.

Aku tersenyum manis. Tahu-tahu je aku reti, ketika umurku lima belas tahun itu waktu zaman kegemilangan aku. Rempit tak ada, cuma panak sikit je.

"Awak, pegang Amra. Bagi Rish yang start kan motor. Habis lecun anak saya dah."

Han mengambil Amra dariku.

"Boleh ke sayang?" soal Han.

"Mummy kan superwoman." balas Amra.

Tidak sampai tiga saat motor itu sudah dihidupkan. Aku tayang senyuman senget.

"Biar Rish bawak, Rayyan Farhan mana reti bawak motor clutch. Jadi biar Rish yang bawak." ujarku.

Han hanya menuruti sahaja walaupun dia tidak mahu.

Aku membawa mereka bersiar-siar di pekan Kuala Klawang.

Tenang dan tiada kesesakan lalu lintas, kalau bawak motor perlahan pun orang tak marah. Cuba kau buat kat KL, confirm kena sumpah dengan orang.

Sampai sahaja di jalan lurus, aku sengaja press motor. Badan dibongkokkan sedikit, dengan lajunya motor itu bergerak.

Amra sudah ketawa gembira, tapi tidak bagi Han dia tidak berhenti menjerit. Sesekali mencubit pipiku untuk menyuruhku membawa perlahan-lahan.

Baru nak jadi rider haih.

Iyelah suami aku ni jenis yang jaga penampilan, sekali aku press motor. Habis rambut Zayn Malik dia rosak. Habis pipi aku jadi mangsa cubitan apabila tiba di rumah.

"Ampun abang!" aku meminta maaf, suka tengok wajah merahnya.

Amra sudah berada di dalam rumah bermain dengan atuknnya.

"Rosak dah rambut abang." bibirnya mula mencebik.

Aku ketawa, asal comel sangat ni!

"Comel la the leader of the devils ni." tanganku lantas menggosok rambutnya sehingga serabai.

Hensem macam Jimin!

Bukan Jamal Pak Tongkol.

"Sayang!"

"I love your messy hair, this is old Rayyan Farhan."

"Thanks, and i love myself more."

Aku ketawa, pipinya aku pegang.

Ya Allah, kekal kan aku dan dia hingga ke syurga Mu. Biarlah dia yang terakhir dan tiada yang lain.

"Abang ni comel lah."

"Rayyan Farhan kan."

Aku dan terus bermain kejar-kejar. Kedua-dua atelit balapan, jadi tak ada masalah untuk kami.

"Tengok lah anak awak tu, berlari-lari macam budak-budak." ujar Puan Aida pada suaminya.

*****

Seusai sahaja solat Isyak dan makan malam. Mereka masuk ke dalam bilik dan bergaduh, kerana nak aku tidur di tengah.

"Mummy tengah!"

"Mummy sebelah daddy!"

"Tak, mummy Amra punya lah.."

"Mummy daddy punya!"

"Tak ada nama daddy pun!"

"Ada, dalam hati mummy!"

"Slow down your voice." ujarku dengan lembut.

"Awak ni, dengan Amra pun nak gaduh." marahku.

Han menjeling tajam kearahku.

"Alololo, daddy merajuk. Aloo tomey daddy." Amra ketawa dan mengucup pipi Han beberapa kali.

"Mummy daddy punya tau.."

"Ya Amra punya jugak." sambung Amra dengan tawanya.

"Dah jom tidur, mummy dodoikan Amra meh." aku menepuk bantal miliknya, baring sahaja Amra disitu. Aku mengalunkan zikir sehingga dia tidur.

Aku menoleh ketepi melihat Han yang sedang memerhatiku.

"Amra je awak dodoikan?"

Aku menggulingkan anak mata keatas, gatal noh!

Aku baring di atas dada bidangnya. Bau badannya tetap membuatkan aku tenang, ia rasa selamat.

Honestly, i feel safe.

Han memelukku dengan eratnya.

"Forever bestfriend and you're my queen."

Aku tersenyum, mata kami bertembung. Aku masih lagi gugup dengan panahan anak mata tajam itu walaupun ia tidak dosa jika aku tatapnya. Tapi tetap malu.

"Comel lah sayang ni." usikknya dengan tawa kecil.

"Too grey and old i will hug you like this." bibirnya singgah di dahiku.

Dalam perut macam ada zoo rama-rama dah ni!

"I will love you more and more headprefect."

"And i will love you till to the moon and never comeback Qistina Airish."

Sungguh aku rindukan pelukan ini.

"Dah tidur, abang bobok." tangannya menepuk lembut belakang badanku.

Seusai sahaja bibirnya membaca doa tidur, dengan lenanya aku tidur di dalam pelukkannya.

"I'm never tired to say i love you. Cause i love you more than myself. Forever and ever my Airish."

Han mengucup dahi, mata dan pipiku. Selepas itu, baru dia tidur.

Everyone have their own love story. But for this couple their own fairy tales are the best love story.

TO BE CONTINUE

VOTES & COMMENTS

LOVE STORY ? Bersemut tak eh?

YESY #AirisHan❤

feedback gais? ✔

BY- QUESTN

- Selamat kembali ke dunia persekolahan gais-

* OK siapa nak join group whatsapps, awak boleh pergi ke acc XavierTeam. Kat bio ada link group, awak cuma tekan sahaja link tu.*





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top