14: Rindu
Ramai yang menolak katilku ke bilik pembedahan, mereka perlu mencuci luka yang terdapat racun Wolfsbane.
Dan perlu menukar darahku.
"Daddy.. nak mummy." rintih Amra.
Wajahku menjadi pucat akibat racun itu.
Ramai yang hadir ke hospital untuk melihat Aisy, keluarga sebak melihat Han dan Amra. Kasihan pada mereka berdua.
***
Amra nyenyak tidur di dada bidang Tengku Airiel.
"Kenapa kau datang sini?" soal Han.
"Aku nak jumpa kau, waktu aku nak masuk PA kau bagitahu yang pintu tu berkunci sebab princesses Xavier kunci. Aku dengar ada orang menjerit, Phoenix terus merempuh pintu. Aku nampak Rish pengsan, aku terus dukung dia. Maaf!"
Han tersenyum pahit, patutnya aku yang ada pada keaadan tu. Bukan kau Riel.
"Tak apa, kalau tak ada kau. Pasti keadaan makin rumit. Thanks." ucap Han dengan senyumannya.
Tengku Airiel tersenyum sinis melihat Han, "kau masih boleh senyum? dalam keadaan macam ni."
"Aku serahkan segalanya pada Allah. Aku tahu Rish kuat." balas Han dengan tenangnya.
Diam jeda seketika..
Tidak lama kemudian cicit Willie Wonka pula tiba, Raid dan Raiq sahaja yang berada di Malaysia tika ini.
Ahli Violet yang lain tiada di sini. Mereka bersalaman antara satu sama lain.
"Jaga anak aku kejap, princesses Xavier dan King di balai untuk bagi keterangan. Aku takut perempuan tu lunyai dikerjakan princesses Xavier." ujar Han, kemudian Han beredar selepas dia mengajar beberapa cara untuk memujuk Amra.
Ahli Phoenix dan Raiq keluar untuk membeli makanan. Tinggal lah Tengku Airiel bersama Raid.
"Kau perlu fikir kalau budak ni menangis nak buat apa?" ujar Tengku Airiel.
"Bagi dia susu jelah lepastu tidurkan dia balik. Easy!" balas Raid dengan angkuhnya.
Tengku Airiel menggeleng perlahan, dari dulu sampai sekarang tak matang huh!
"Kalau dia tak nak tidur?" soal Tengku Airiel.
"Itu kemudian yang akan difikirkan." balas Raid.
"Jaga Amra, aku nak pergi tandas sekejap." Amra disandarkan pada Raid, terus Tengku Airiel beredar.
Raid memerhati wajah Amra.
"Sebijik rupa Rish dan Han." pujinya.
Tiba-tiba Amra merengek menangis, Raid panik melihat Amra yang sedang menangis dengan kuatnya.
"Amra jangan menangis shh shh." pujuk Raid, mana Riel ni aduh!
Amra terus diam, air matanya dibiarkan mengalir. Wajah Raid dipandang lama.
"Siapa uncle?" soalnya.
Raid tersenyum manis, "nama uncle Raid Iqbal Evans. Kawan mummy Amra dan daddy."
"Boleh percaya ke? mummy kata jangan cakap dengan orang yang tak kenal. Then, daddy told me that stranger always want eat our eyes. Do you want eat my eyes, uncle?" soal Amra, matanya dikerdip beberapa kali.
Meletus tawa Tengku Airiel dan Raid. Dari tadi dia memerhati gelagat Amra dan Raid dari jauh.
"Apa lah Han ajar kat anak dia nih." kata Tengku Airiel.
Amra menjongketkan keningnya keatas.
"Mummy dan daddy satu sekolah dengan uncle. You can call me oppa Raid hansome." ujar Raid dengan senyuman sengetnya.
Mata Tengku Airiel terus membulat, oppa? umur dah tiga puluh tahun lebih, tolong lah sedar diri!
"Kau tua dah, mohon lah sedar diri." sindir Tengku Airiel dengan nada sinisnya.
Amra ketawa, "mana daddy?"
"Pergi balai kejap." serentak Tengku Airiel dan Raid membalas.
Amra menggeleng laju.
"Salah! daddy dalam hati Amra!" tangan kecilnya mengusap bahagian hatinya.
Mereka berbual dan mengenali antara satu sama lain.
"Oppa! papa Riel!"
Tengku Airiel dan Raid memandang Amra yang sedang berdiri di atas meja.
"Kenapa mata mummy biru macam Amra?" soalnya, Tengku Airiel mendukungnya dan membawa Amra turun.
"Kenapa Amra tanya?" soal Raid.
"Daddy kata mummy makan ikan paus tu yang mata biru, Amra tak makan ikan paus pun kenapa mata biru?" soalnya.
Tengku Airiel dan Raid menepuk dahi mereka. Aduh Rayyan Farhan, apa lah yang kau ajar kat Amra ni.
"Sebab moyang Amra mata biru, ni keturunan sayang." terang Tengku Airiel.
"Jom kita main kejar-kejar nak?" ajak Amra dengan senyuman manisnya.
Raid dan Tengku Airiel diam.
"Aku dah lama tak jadi atelit ni Riel, budak ni dah lah lari laju. Semput aku kejap lagi." balas Raid.
Tengku Airiel mengganguk laju.
"Ala em.." mata Amra mula berair, Tengku Airiel terus berdiri dan mencangkung dihadapannya.
"Okay kita main ya, oppa kejar kita okay!" ujar Tengku Airiel dengan senyuman sinisnya.
Baru sahaja Raid mahu membuka mulut, Tengku Airiel dan Amra sudah pecut berlari.
"Tak guna Riel!" Raid terus membuka langkah dan mengejar mereka berdua.
Suasana di hospital bising dengan bunyi tapak kaki mereka. Sesekali ada doktor yang menegur mereka.
Mereka berehat di tempat awal mereka duduk tadi.
"Oppa! Amra nak patung Barbie.." pinta Amra.
Raid memandang beg yang disebelahnya, beg itu dipenuhi dengan barang kelengkapan milik Amra.
"Jap sayang." Raid membuka zip beg itu, terkejutnya apabila melihat patung Barbie itu tidak mempunyai kepala!
Terkedu Tengku Airiel. Kalau rasa filem Anabelle lagi seram, aku rasa patung Barbie Amra lagi seram!
Dengan kepala tercabut kat sebelah boleh tersenyum lagi..
"Allah!" Raid meraup wajahnya.
Amra ketawa melihat reaksi Tengku Airiel dan Raid.
"Nak luluh jantung aku.." Raid memegang dadanya.
"Mesti oppa dan papa ada perasaan kat mummy kan dulu?" soal Amra dengan nada serius.
Terkedu Tengku Airiel dan Raid.
Haih budak ni, soalan!
"Kenapa tanya?" Tengku Airiel mengawal reaksi wajahnya dari berubah.
"Amra nampak dari mata papa dan oppa risau. You guys scared like daddy now. Your eyes can't lie."
Raid mengusap rambut Amra dengan penuh kasih sayang.
"Papa kenal mummy dah lama sayang. Dia kuat dan macam-macam dia lalui, papa tak nak dia dilukai lagi sebab tu papa risau." Tengku Airiel mengucup dahi Amra sekilas.
"Amra nak tanya! kenapa hospital ni semua pakai baju putih? diorang ni bidadari ke? kenapa tak ada kepak eh. Daddy kata, orang baju putih ni dah sampai alam lain. Doktor kat sini bukan orang ke?" bertubi-tubi soalan dari Amra.
Dengan pantas Raid menekup mulut Amra, bahaya betul budak ni.
"Han ni, memang nak kena pukul."
Pintu bilik pembedahan terbuka luas dan keluarnya tiga doktor. Amra terus berlari ke arah doktor-doktor itu.
"Doktor! mummy Amra mana?" lehernya dipanjangkan dan meninjau sedikit.
"Doktor macam mana dengan dia?" soal Raid.
"Alhamdulilah, kami dapat bertindak dengan pantas. Kami sempat mengeluarkan racun itu dan menukar darah, cuma Aisy perlukan rehat secukupnya. Badannya masih tak kuat lagi."
Mereka bertiga mengucap syukur..
"Doktor, gunakan lah kuasa penyembuhan kat mummy macam dalam cerita avatar tu!" ujar Amra.
Tengku Airiel lantas mendukung Amra.
"Maaf doktor, budak ni memang kuat imaginasi sikit. Terima kasih doktor!" kata Raid dengan senyumannya.
Doktor- doktor itu pamit untuk beredar.
Kemudian, Han dan yang lain pun tiba disitu.
Raid terus menyekeh kepala Han dengan kuatnya! Han mengaduh sakit dan memukul Raid kembali.
"Kau ajar anak kau apa bebal! bidadari, ikan paus bagai." marah Raid.
King ketawa berdekah-dekah. Macam tak kenal Rayyan Farhan pulak, suka buat lawak hambar.
"Riel, kau tak nak pijak Han macam kat Arcad?" soal Bal dengan tawa kecilnya.
"Nak kena bunuh dengan Rish silakan sentuh Han." sambung Shah dengan tawanya.
"Mummy kata, siapa sentuh daddy habis lah mummy jadi harimau! aum!"
Amra sudah berada di dalam pelukan Han. Pipi Amra dikucup beberapa kali.
****
Han masuk ke dalam ICU untuk melawat isterinya, tangan isterinya digenggam erat.
Tangan itu dikucup beberapa kali.
"Sayang bangun.."
"Han rindu sayang lah.."
Han mengeluh, selepas dia membaca beberapa surah di tepi telinga Aisy. Dahi isterinya dikucup lama.
"You always in my My Airish. Cepat bangun, tak nyenyak abang tidur tanpa bantal peluk abang ni. Abang balik dulu sayang."
Han beredar, jelas air mata Aisy mengalir. Ya, dia dengar cuma tak mampu untuk membuka mata lagi.
Han tidak membenarkan lelaki masuk ke dalam ICU untuk melawat isterinya. Salah satunya kerana aurat isterinya dan kedua Aisy perlukan rehat.
Mereka pulang ke rumah masing-masing. Amra dan Han menginap di hotel yang berdekatan dengan hospital.
Pakaian mereka sudah disiapkan oleh Emrys. Selepas Amra membersihkan dirinya, dia merangkak naik ke atas katil besar itu.
Amra menunggu Han untuk solat berjemaah. Kemudian mereka berehat di atas katil.
"Daddy! kenapa daddy suka mummy?" soal Amra.
Han menarik Amra ke dalam pelukannya, badan belakang Amra ditepuk perlahan.
"Sebab hati daddy suruh."
"Tak nampak pun hati. Hati kat mana daddy?" soal Amra, mata Han diperhatikan.
"Dalam badan sayang."
"Yang kat kedai makan tu? tu hati siapa?" soal Amra.
"Baik Amra tidur sebelum hati Amra jadi Kari Hati. Nanti mummy bising Amra tidur lambat, kang mummy jerit dari hospital sampai sini boleh dengar. Better you close your eyes honey."
Amra terus tidur, takut kalau mummy jadi gorrila!
Han mengalunkan zikir di telinga Amra sehingga dengkuran halus Amra didengari.
"Good night and sleep tight princess."
Han mengucup serata wajah anaknya. Kasih sayangnya terhadap Amra tidak mampu digambarkan.
Kalau satu hari nanti daddy pergi. Jagakan mummy untuk daddy. Both of you are my souls. I need both of you to breath..
TO BE CONTINUE
VOTES N COMMENTS
CHAIYOK!
Next part ?
BY - QUESTN
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top