11: Fifa World Cup
Semuanya berkumpul di lapangan terbang Kuala Lumpur. Mata mereka tidak menggambarkan mereka sedang gembira.
Pandangan redup itu membuatkan aku mula berbelah bahagi. Antara mahu pergi atau tidak.
Tapi demi syarikat moyangku, terpaksa lah gagahkan hati untuk pergi. Mana taknya belum pergi Amra sudah meraung di dalam pelukan ku.
Aku dan Amra mana pernah berpisah, tiba-tiba perlu keluar negara. Mahu tak menangisnya budak tu. Tak tahulah apa nasib puteri kesayangan aku apabila duduk dengan daddy nya.
Semuanya salah Han, dia menipu Amra katanya nanti beruang culik kapal terbang aku. Kemudian dijadikan kapal terbang itu gula-gula kapas dan dijual pada makhluk asing.
Apa lagi Asfar, Danial, Haiqal dan Izzran pun turut meraung. Shah, Isk dan Izzkal pun join sekaki.
Death glare dari princesses Xavier membuatkan mereka berempat terus senyap.
"Tak lah, mereka tipu sayang."
"Danial Mikael mana boleh menangis, nanti tak boleh jadi hero."
"Asfar dan Haiqal kan hero Tengku Raden Arisya. Takkan hero menangis kan?"
"Daddy tipu je sayang, nanti mummy hempuk daddy ya."
Puas aku, Mia, Bal dan Fatin memujuk anak-anak. Selepas di dodoikan barulah mereka senyap dan tertidur. Huh lega!
Anak-anak sudah dijaga oleh pembantu dan Emrys.
Aku mendekati suamiku, jelas wajahnya kelihatan penat. Baju pun baju kemeja dan blazer lagi, rambutnya sudah pun messy. Tapi tetap menawan dan berkarisma.
"Abang nak macam mana Rish pergi macam itu Rish balik." Han merenung dalam anak mataku.
Aku dapat membaca isi tersirat daripada renungan anak matanya. Aku mengusap pipinya dengan perlahan.
"Jaga diri awak dan Amra. Don't let anyone touch my princess." pesanku.
Aku dapat menangkap keluhan darinya.
"Haih, kalau sayang tak pergi tak boleh ke? abang tak kisah kalau nak jaga Amra. Tapi bahaya lah." ujarnya dengan riak wajah risau.
Aku mengukir senyuman manis untuknya, "Rish akan balik untuk awak dan Amra. Doakan Rish ya, i love you Tengku Farhan."
Aku menjengket sedikit, kemudian pipi kanan dan kirinya aku kucup. Dan aku memeluknya erat, bau badannya jelas menusuk hidungku.
Bukan busuk tapi bau wangi. Bau ini yang akan aku rindu. Han mengucup dahiku lama, "love you more and more Airish."
Selepas tamat drama. Semuanya sudah berada di dalam jet peribadi. Mereka perlukan rehat secukupnya.
"Jangan Shah bawak Danial pergi makan mamak sudah." Fatin mengeluh, matanya terpejam erat.
"Bukan boleh percaya kalau bapak jaga." sambung Bal.
*****
Ya mereka berada di Italy. Antara mereka tiada yang pakai high heels. Semuanya memakai kasut slip on.
Tiba sahaja di bangunan syarikat Contez. Pengawal menghalang aku dan yang lain, yah mereka kata princesses Xavier macam remaja.
Kami dah ada anak kot.
Aku membuka cermin mataku, dan memandang pengawal itu.
"I'm Ceo Blue Iv, last princess Tyler Cullen Xavier."
Terus mereka membuka laluan dan mengiringi kami naik keatas.
"Perlu sebut Xavier jugak baru diorang faham." ujar Bal.
"Aku tak reti accent Italy. Lidah aku tak mampu." sambung Fatin.
Tiba sahaja di bilik mesyuarat, yang mula membentangkan cadangan kalini ialah Mia, Fatin dan akhir sekali aku.
Scorpio memandang aku dengan riak wajah tak puas hati. Yang aku tak faham perlu ke briefcase pun gambar scorpion. Addicted too much?
Mereka juga dari Malaysia, tak habis-habie menjeling kami. Ikutkan aku, anak mata tu aku nak cungkil je.
"Ni kalau aku lanyak muka kat lantai ni tak sia-sia." geram Fatin melihat muka Ceo Scorpio iaitu Saskiya Benjamin.
Jangan tanya kenapa nama dia unik sangat.
"Mak dia tak ada idea nak letak nama lah tu." kutuk Fatin perlahan, pehanya ditepuk aku.
Habis sahaja giliran aku, ramai yang bertepuk tangan. "You guys are so amazing like your great-grandparent." puji mereka.
Aku hanya mengucap syukur pada-Nya dan senyum sahaja. Makin panas Scorpio apabila mereka asik memuji syarikat Blue Iv.
*****
Hari ini mereka tidak ke tadika kerana terlajar tidur. Yang bapak-bapak menonton bola tak ingat dunia.
Mereka bersarapan di mamak.
"Dad, kenapa semuanya dalam kedai ni gelap. Wakanda Forever jugak ke?" soal Izzran, matanya meliar memandang sekeliling.
Tersedak Izzkal, Han, Shah dibuatnya. Terpengaruh dengan Black Panther lah ni.
"Diorang dari India lah sayang." balas Izzkal.
Danial dari tadi memerhati Roti Canai yang berada dihadapannya. Dia madih tidak menyentuhnya.
"Danial Mikael, kenapa tak makan lagi?" soal Shah. Renungan anak mata anaknya dapat ditangkap.
"Mama kata kalau papa bawak pergi mamak jangan ambil Roti Canai. Sebab waktu dia uli roti tu, peluh Wakanda mencurah masuk dalam roti. Mama kata kalau roti bakar tak apa." balas Danial dengan petahnya.
Terkedu Han, Isk dan Izzkal. Sah-sah ikut perwatakan ibu mereka. Shah terus meng-order roti bakar, Danial memang akur dengan kata-kata Fatin Catrina Xavier, tidak pernah sekalipun dia melanggarnya.
Asfar dan Haiqal mula tak berhenti-henti makan nasi kandar.
"Ni kalau Arisya tahu ni, habis kau dia sidai kat ampaian. Ajar lah anak pakai tangan makan, sunnah tau." ujar Shah dengan nada lembut.
Yang lain memerhati Amra yang asik minum dengan Milo ais. Kemudian, dia mengangkat tangan dan membuat siulan pada mamak itu.
Pweett!
Tersedak Han dibuatnya, siapa ajar anak aku ni!
"Pakcik, nak Milo ais tabur dinosaur besar satu!" pinta Amra, lelaki itu mengganguk faham dan beredar.
Mata Shah, Isk, Izzkal dan Han tidak berkelip melihat Amra.
"Kenapa pandang Amra macam tu?" soal Amra perlahan. Takut melihat papa Shah, daddy, Dad, papa Isk merenungnya begitu sekali.
"Siapa ajar sayang bersiul?" soal Isk. Takkan Rish ajar kut.
"Mummy!" balas Amra dengan tawa kecilnya.
Terbatuk-batuk Han dibuatnya, mata-mata tertumpu pada Han.
"Mummy ajar ke?" soal Han.
"Iya, sebab hari tu mummy teringin nak nasi Kandar tapi mummy malas nak masak jadi mummy beli. Selepas tu, mamak tu buat pekak je bila mummy panggil. Sekali mummy buat pweett baru ramai datang." terang Amra.
Air Milo Amra sudah tiba. Makin bersoraknya, gembira dapat Milo!
"Gila lah Rish." kata Izzkal.
"Rish tak pernah tak savage." sambung Isk.
"Amra bukan mummy Rish tak bagi minum Milo ke? bukan mummy kata nanti Amra jadi hyper ke?" soal Asfar.
Han baru tersedar yang Amra tak boleh minum air Milo dari sukatan ysng sepatutnya kerana dia akan hyper.
Han menarik gelas itu menjauh dari Amra, terus menangis Amra dibuatnya. Han terus mendukung Amra dan menyandarkan kepala Amra pada dada bidangnya.
"Ya Allah, maaf sayang daddy lupa." ubun-ubun Amra dikucup beberapa kali.
Han meminta mereka untuk membayar, Han membawa jalan-jalan disekitar keretanya.
"Nak Milo tabur..." Amra mula merengek-rengek kembali.
"Nanti mummy jadi singa kalau Amra minum, Amra tak takut ke? hari-hari mummy mengaum dalam rumah?" Han cuba mengalihkan perhatian Amra.
Amra menggeleng perlahan, "good girl, that's my princess."
Amra diletakkan di kerusi sebelah pemandu, hari ini dia memandu Ferari Italia milik isterinya rindu!
Kereta itu laju membelah jalan.
*****
Blue Aqua Company
Anak-anak ditinggalkan di dalam bilik Han. Permainan mereka semua sudah tersedia di dalsm bilik itu.
Manakala yang bapa pula sedang menguruskan mesyuarat tentang projek Eco.
Amra mula tidak keruan, mukanya basah dek peluh. Bibirnya tidak berhenti menyebut 'mummy' .
Kemudian mereka berlima berlari-lari di tingkat itu. Macam trek lumba lari dah kawasan itu, ramai yang tidak kisah. Biasa lah budak-budak kan?
Baru sahaja Amra mahu berlari, dia terlanggar seseorang. Perempuan itu menjerit dan menengking Amra, kemudian dia menolak Amra sehingga terjatuh.
Tubir mata Amra mula berair, bibirnya mencebik. Hatinya menjerit memanggil mummy nya, mummy tolong Amra. Amra tak sengaja.
Haiqal, Danial, Izzran dan Asfar menghampiri Amra.
"Amra minta maaf, tak sengaja." pinta Amra.
"Kau ingat ni taman permainan ke? nak berlari-lari budak!" tengking perempuan itu.
Terhinjut bahu Amra dan yang lain.
Asfar kehadapan, "mak cik! kan adik saya dah minta maaf. Mak cik pekak ke?" soal Asfar dengan sinisnya.
Berkat Mia mengajarnya. Thanks quuen!
Perempuan itu ialah Putri Michella dari syarikat Indonesia. Dia bersama dua perempuan yang tidak cukup kain.
"Budak ni!" baru sahaja perempuan itu mahu menyentuh Asfar, Amra terlrbih dahulu memutarkan tangan perempuan itu kebelakang.
Tindakan refleks? ia juga luar dari jangkaan Amra. Yang lain bersorak melihat Amra, kesan minum Milo!
Mereka berempat terus berlari ke tempat ramai orang, tadi mereka di bahagian rak fail jadi tiada orang.
"Tunggu lah dia." kata Danial.
"Mummy Rish kata perlu balas kalau dia kacau kita." sambung Izzran.
Yang lain mengganguk laju dan setuju.
Asfar dan Haiqal memancitkan tayar kereta mereka, bukan satu tayar ye tapi keempat-empat tayar sekali. Naik lah basikal balik ke sana!
Danial dan Izzran pula membancuh air mereka dan meletakkan garam. Tak tahulah macam mana garam ada sekali di rak kabinet.
Tea lady tidak perasan dengan apa yang Danial dan Izzran lakukan.
Amra seorang diri merangkak menghampiri perempuan-perempuan itu. Lipas dan cicak palsu dibaling pada mereka.
Jeritan mereka tidak berhenti, tidak berhenti Amra dan yang lain ketawa berdekah-dekah.
Princess Airish right? like her mum obviously.
"Tak guna budak!" perempuan itu merentap rambut Amra dan membawa Asfar, Haiqal, Izzran dan Danial ke tangga kecemasan.
"Kau ni memang cari pasal ke?" jerit Putri dengan lantangnya.
"Alah, dah lah nak menggatal dekat papa. Dah lah tak cantik, mama lagi lawa lah!" jerit Danial dengan kuatnya, geram sahaja Danial apabila perempuan itu sengaja mahu mendekati papanya.
Kalau mama tahu, mama rebus kau dalam periuk tahu!
Amra mengerang kesakitan, adrenalin nya seperti disimbah dengan peluh. Rambutnya masih digenggam oleh Putri.
"Wait wait! these kids? " kata-kata Lydia tergantung.
"Yes i'm daughter Qistina Airish Xavier?" balas Amra dengan tawa sinisnya.
Mereka terkedu dan kemudian ketawa sinis.
"Sebab mak kau, dia rampas Rayyan dari aku." bentak Putri.
"Sebab tak lawa tu sedar lah." balas Asfar dengan sinisnya.
Sesi tarik menarik bermula, baru sahaja Puteri dan yang lain mahu menolak Amra, Asfar, Haiqal, Izzran dan Danial.
"Amra!"
"Anak aku!"
"Izzran!"
"Danial!"
Mereka sudah selamat berada di dalam pelukan Shah, Han, Isk dan Izzkal.
"Bawak perempuan-perempuan ni jauh dari sini!" arah Isk.
Flashback..
Tamat sahaja mesyuarat, mereka mencari anak-anak mereka. Pembantu peribadi Han datang menghampiri King.
"Tuan Rayyan, tadi Putri Michella mengheret anak-anak tuan ke tangga kecemasan. Saya dapat menangkap bunyi Amra dan lain sedang mengaduh kesakitan. Baik tuan pergi cepat." ujar Sarah pada Han.
Terus mereka berempat berlari ke tangga kecemasan, pintu kecemasan dibuka sahaja terus melihat puteri dan putera mereka dengan luka dan darah di muka.
Sungguh meruntun jiwa mereka!
Sentuh Xavier kau yang akan menyesal.
END FLASHBACK..
Amra pengsan di dalam dakapan Han. Asfar, Danial, Haiqal dan Izzran terkulai lemah di dalam pelukan hero mereka.
Mereka terus menelefon ambulan.
Darah yang mengalir tidak berhenti mengalir dari tempat luka itu. Kepala Amra dibasahi darah, habis basah kemeja Han dengan darah Amra.
Haiqal dan Izzran luka di bahagian tangan. Danial dan Asfar luka pada bahagian kakinya.
Air mata bapa mereka menitis, sungguh menyesal kerana terlepas pandang dengan apa yang jadi.
Sebanyak lima Ambulan tiba, lagi satu Ambulan ditemani Emrys. Kadar denyutan Amra makin menurun.
Antara dia sedar atau tidak sahaja pada tika ini, Han tidak berhenti berzikir. Mulut Amra tidak berhenti menyebut 'mummy' . Wajah mummy nya menyapa mindanya.
Saat air mata Han jatuh di atas wajah Amra, jari jemari kecil Amra menyeka air mata itu.
"Tear tear go away, don't make daddy crying." kemudian Amra menghembus perlahan pada wajah Han.
Makin sebak Han melihat mesin denyutan jantung yang makin menurun kadar denyutan jantung.
Peritnya seperti melihat Rish ketika umur 16 tahun.
"Daddy... tak..mo na..nges." pujuk Amra dengan perlahan.
"Sayang kuat ya! dah janji dengam daddy yang Amra nak jaga daddy kan? Amra kan hero daddy." tangis Han, tangan Amra dikucup berulang kali.
"Daddy.. forever hero Amra." balas Amra dengan matanya sudah terpejam erat, genggaman pada tangan Han juga sudah tidak digenggam.
"Don't close your eyes!" rayu Han berulang kali.
"Tolong cepat sikit, tolong!" rayu Han pada pemandu Ambulan itu.
Rish balik lah, abang tak kuat.
Pada tika ini Princesses Xavier sedang mesyuarat dengan top ten worldwide companny. Telefon mereka sememangnya dimatikan.
Tiada sesiapun dapat menjejak dan menghubungi mereka.
"Amra penat je ni." balas Amra perlahan, matanya tidak dibuka.
Bunyi mesin itu mula tidak seragam, jelas dada Amra sedang berombak pada tika ini. Nafasnya juga tidak teratur, genggaman yang lemah tadi secara tiba-tiba menjadi kuat.
Pembantu-pembantu itu mula memasang alat bantuan pernafasan pada Amra.
Han makin tidak keruan apabila nombor itu makin berkurangan dari satu angka ke angka lain.
Tit..
"AMRA ZAHRA!" badan anaknya dipeluk erat, muka Amra dibasahi dengan peluh dan air mata Han.
Badan Amra digoncang beberapa kali, dia masih tidak boleh menerima kenyataan.
TO BE CONTINUE
VOTES & COMMENTS
Amra gone, macam mana Asfar, Haiqal, Danial dan Izzran pula?
*maafkan author, di hari raya ini jangan menangis bah.*
- Berikan feedback anda, teka apa yang akan terjadi di bab seterusnya. Mana tahu author berubah hati nak hidupkan Amra?"
*🔓 unlock next part [ 115 votes ] *
BY- Questn📞
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top