1: Gaduh manja

Aku lebih manja dari dahulu. Yang kini, setiap masa aku mahu menyendeng pada Rayyan Farhan.

Jika aku tidak dapat makan yang diingini, alamatnya merajuk lah aku.

Pernah sekali, aku menangis kerana tidak dapat ais kepal.

"Abang, tak sayang Rish kan?" tersedu-sedu aku menuturnya. Air matanya sudah penuh di tubir matanya.

Han tersentak, merajuk pula.

"Sayang, kenapa ni?" Han cuba merapati isterinya, malangnya aku menjarakkan diri dari nya.

"Abang lah! Rish nak peluk abang, awak tepis kan? sampai hati awak huu." aku menangis di tepi bucu katil.

Han ketawa, gila betul mak buyung ni. Tak akan aku nak peluk dia kat Blue Aqua, dah la tengah mesyuarat.

"Ha gelak-gelak. Stay away from me."

"Tak akan abang nak peluk sayang masa mesyuarat tadi. Anak daddy ni nakal tak hari ini?" tangan Han mengusap lembut perut itu.

Badan Aisy makin berisi, pipinya makin tembam dan comel! makin jatuh cinta aku melihatnya.

Aki terus memeluk erat badan Han. Dia menangis semahu mahunya di dada bidang itu. Hatinya sebak.

Han menggaru keningnya yang tidak gatal, menangis dah mak buyung ni?

"Hey, are you okay?"

"Miss Asy Qairil, i need him now. I want hug him again."

Han terkedu, tangan kasarnya mengusap belakang badan isterinya. Dia cuba menyalur kekuatan pada isterinya.

"Tak elok menangis sayang. Nanti anak kita kuat menangis." usik Han dengan tawa kecilnya.

Aku mencubit pinggang Han.

Aku masih baring di atas dada bidang Han, ia selesa dan tenang. Alunan rentak jantung Han, membuatkan hatinya tenang.

"Awak..."

"Ye sayang."

"Esok saya ada mesyuarat, nanti jangan rindu pulak." kata aku dengan sinisnya.

3,

2,

1,

"Gila ke mak buyung nak pergi mesyuarat? bahaya!" bebel Han.

"Rish Ceo, lagi pun tender kalini keuntungan lebih dari satu juta, tak akan Rish nak biarkan je. Rugi tau kalau Rish biarkan." aku menatap wajah nya.

Dah tua pun hensem!

"Degilnya, orang kata tak boleh kan? awak ni, suka betul buat orang risau." Han mencebik. Matanya merenung wajah isterinya.

Kalau Han marah, dia akan bahasa dirinya sebagai
'awak-orang'.

"Harta yang paling beharga bagi Rish ialah Blue Iv. Sementara Rish larat ni, Rish nak settle kan semuanya. Nanti boleh cuti awal." aku mengusap pipinya.

Han mengelus rambut ku. Kemudian bibirnya singgah di dahi aku lama.

"Time to sleep girl."

Rutin Han ialah membaca beberapa surah untuk kandungan aku. Itulah, rutin nya.

"Nak bobok." pinta ku dengan manja.

Han ketawa, tangan nya menarik kepala ku untuk baring. Sebelah tanganya menepuk lembut belakang badan ku.

Alunan zikir Han, membuatkan aku sedikit terbuai. Dan akhirnya, aku tertidur di atas lengannya.

"Love you princess." Han mengucup dahi Aisy lama. Wajah isterinya ditatap, wajahnya tidak berubah. Dulu hingga sekarang, tetap menarik perhatian ku.

Dia ialah permaisuri ku.

Qistina Airish hanya untuk Rayyan Farhan.

****

Setiap pagi, Han akan bangun dahulu dari Aisy. Seusai sahaja dia membersihkan dirinya, dia akan mengejutkan Aisy.

"Sayang bangun." Han mengusap lembut pipi gebu itu. Sejak Aisy mengandung, dia liat sedikit untuk bangun. Agaknya penat mungkin?

Aku menarik selimut keatas.

"Sayang bangun, jom solat subuh." kata Han, tangannya masih membelai rambut panjang itu.

"Hurm..." aku menenyeh mata. Dengan perlahan-lahan badannya disandarkan pada katil.

Han membantu isterinya untuk bangun, tangan aku dipimpin ke tandas.

Selepas sahaja aku mandi, mereka solat berjemaah.

Aku membantu Han untuk memakai tie. Kolar kemeja suamiku di rapi kan dengan kemas sekali. Han tersenyum gembira, suka betul apabila mak bunyung mendekatinya.

"Awak ni sengih-sengih macam kerang busuk kenapa?" soal ku, gila ke orang tua ni. Asik tersenyum je dari pagi tadi.

Soalan Aisy dibiarkan, pipi gebu digomol. Dan pipi itu menjadi mangsa tangan nya, sesekali dicubit dan diusap.

Aku tidak berhenti ketawa. Geli hatimelihat Han, sejak aku berbadan dua. Han turut berperangai pelik seperti mahu di dodoi, manja, mengada dan suka menyendeng.

"Dah-dah, orang nak pergi dah. Nanti lambat pulak." ujar ku, beg tangan diambil.

Dengan pantasnya, aku menuruni tangga. Macam tak sedar diri, dengan perut macam belon ni nak turun laju.

Han mengucap melihat isterinya, mak buyung ni tak sedar diri. Sejak isterinya mengandung, Aisy makin hyper.

"Sian anak aku." gumam Han, langkahnya menjadi pantas. Dia mengejar isterinya yang berada di bawah.

Aisy menyarung kasutnya, kasut sarungnya yang berjenama Channel dipakai.

"Sayang ni, main lari-lari ni dah kenapa? jatuh nanti." tegur Han.

Aku tersengih, tangan kasar itu aku raih dan salam kemudian tangan kasar itu dikucup lama.

Angkat sahaja wajahnya, bibir Han mendarat di dahi aku. Hangat dan tenang.

"Awak nak abang hantar?"

Aisy menggeleng, "tak apa, Rish nak drive sendiri hari ini."

Aku terus masuk ke dalam perut kereta, enjin kereta dihidupkan. Mengaum enjin keretanya.

Aku hanya menayang wajah sinisnya.

Pedal minyak, dan kereta itu laju meluncur di atas jalan raya. Han menggeleng perlahan, perut dah besar pun tak sedar diri.

Aku masuk ke dalam pejabatnya dengan senyuman manisnya. Di atas mejanya sudah penuh dengan fail-fail syarikat.

"Sikit je ni! kau boleh Rish." tangan kanannya menepuk bahu kirinya. Tanda semangat!

Baru sahaja aku mahu menulis, pintu bilik ku terbuka. Dan tersembul lah wajah-wajah princesses Xavier.

"Weh mak buyung!" kata Fatin, tanganya mengusap lengan ku. Walaupun kandungan Aisy sudah cecah enam bulan, dia tetap mahu ke pejabat.

"Main terjah je bilik aku, tak cukup kerja lagi ke sampai nak melepak kat sini?" soal aku dengan sinisnya. Jari jemari aku lincah bergerak di atas papan kekunci.

Masa itu emas.

"Han bagi tak kau pergi Dubai?"
soal Mia. Matanya memandang kalendar di atas meja aku.

"Tak baginya, Shah pun tak bagi aku pergi. Minggu ni aku selalu bergaduh dengan dia." adu Fatin, jari nya menguis hujung bajunya.

Mata-mata tertumpu pada Fatin.

"Gaduh?" soal ku, aku bersandar pada kerusi. Sebelah tangan ku, mengusap perlahan perur itu.

"Kau bukan tak tahu Rish, minah ni gaduh dengan Shah pasal tender yang sekarang. Mereka berebut, siapa yang akan dapat." balas Bal selamba.

Fatin menjongketkan keningnya, macam mana minah ni tahu?

"Macam mana kau tahu?"

"Tahu lah, dah aku ada kat tepi kau." balas Bal dengan senyuman sinisnya.

"Kau bila due ni Rish?" soal Mia.

"Lagi tiga bulan." balas ku dengan senyuman manis. Dah tak sabar nak timang cahaya mata.

Fatin, Mia dan Bal sudah mempunyai anak. Semuanya lelaki, hero melaya katakan. Belum habis pantang mereka sudah datang ke syarikat ini.

"Aku harap, anak buah aku yang ini perempuan." pinta Bal dengan tawa kecilnya.

Mia dan Fatin mengganguk tanda setuju.

"Kau tak tahu, anak lelaki ni susah jaga. Perangai anak aku dah rupa bapak dia, asik nak melekat je. Kalau tak, pasti menangis." Fatin mengeluh di hujung ayatnya.

"Shah, bukan jenis yang lepas tangan. Masa kau mesyuarat hari Selasa, dia call aku semata-mata nak tanya macam mana nak pakai barut kat anak kau." kata ku dengan tawa. Gigih Shah sampai dia melayari internet untuk mencari langkah-langkah itu.

Terhambur ketawa mereka.

Kemudian, mereka berbincang tentang syarikat ini. Siapa yang akan mengambil alih apabila ketiadaan aku.

TO BE CONTINUE

VOTES AND COMMENTS

booom boom ciki ciki bom🌍

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top