BAB 2
"Eei gembiranya." Kim So Hyun melompat kegembiraan. Kepalanya mengulang tayang peristiwa sebentar tadi. Sebaik teringat, senyuman dilorek lebar sampai ke telinga. Dari berdiri dia hempaskan tubuh ke katil dan seterusnya meniarap.
"Kacaknya dia." Muka disembamkan ke bantal. Tidak percaya yang Kim Jong In, lelaki pujaannya akan muncul menyelamatkan dia dari penjahat.
Kedua-dua belah siku diletakkan pada bantal dengan tapak tangan di dagu. "Romantiknya dia. Kalaulah aku boleh rakam peristiwa tadi."
Tok! Tok! Tok!
Kim So Hyun segera bangkit dan melompat turun dari katil. Pasti ayahnya baru pulang dari pejabat. Cepat-cepat dia buka pintu.
"Ayah."
"Kamu baru pulang. Dalam perjalanan pulang tadi ayah nampak lampu rumah baru dinyalakan."
Perlahan Kim So Hyun angguk. Jarak perhentian bas dengan rumahnya agak jauh juga. Mungkin ayahnya sedang berjalan kaki pulang semasa dia sampai di rumah. "Ada kerja yang hendak dibuat. Saya tak perasan hari sudah lewat."
"Jangan selalu pulang lewat. Ayah dengar ada penjahat terlepas dari penjara sedang merayau di bandar kita. Ayah takut kamu akan terserempak dengan penjahat-penjahat itu."
Kim So Hyun hanya mengangguk. Tidak mahu membebankan ayahnya, dia tidak membuka mulut tentang kejadian tadi. "Ayah baru balik dari pejabat?"
"Kamu sudah makan?" Kim Seon-Ho tidak menjawab soalan anaknya. Setiap hari dia pulang lewat dari pejabat kerana kerja lebih masa. Tidak lama lagi anak gadisnya akan tamat sekolah tinggi dan akan memasuki universiti atau kolej. Perlukan belanja yang banyak.
"Saya sudah makan sebelum balik tadi." Kim So Hyun berbohong. Sebenarnya dia baru sahaja menghabiskan sebungkus roti untuk makan malamnya. Tidak mahu ayahnya rasa risau kalau dia tidak makan.
"Sudah lewat, ayah rehatlah. Besok pagi hendak pergi bekerja lagi."
"Janji dengan ayah yang kamu tidak akan pulang lewat lagi."
"Saya janji ayah."
"Kamu juga... rehatlah."
Kim So Hyun hadiahkan senyuman buat ayahnya. Mereka hanya tinggal berdua sahaja selepas kematian emaknya semasa dia berumur lima tahun. Dihalau oleh tuan rumah, mereka menyewa di sini. Bapanya bekerja sebagai kerani di salah satu anak syarikat Kumpulan Wolf. Rumah yang mereka sewa sekarang adalah milik syarikat.
Pintu di tutup sebaik sahaja ayahnya beredar. Kim So Hyun kembali tersenyum sebaik teringatkan peristiwa tadi. Tapi bagaimana Kim Jong In boleh tahu ada penjahat mahu mencelakakannya. Tak mungkin lelaki itu mengekori dia.
"Ah... yang penting dia dah selamatkan aku." Kim So Hyun melompat teruja. Dia mengambil fon telinga dan menghidupkan lagu pada telefon bimbitnya. Tubuhnya menari mengikut rentak lagu sambil bibirnya menyanyi sama. Dia gembira dan sangat gembira. Tidak sabar menanti hari esok untuk berjumpa dengan Kim Jong In lagi.
KIM JONG IN duduk di atas bumbung rumahnya sambil matanya ralit memerhatikan bilik Kim So Hyun. Gadis itu sedang mendengar lagu sambil menyanyi. Langsung tidak sedar yang dirinya sedang diperhatikan.
"Dia cantik dan harum." Lintasan suara Byun Baek Hyun muncul di kepala Kim Jong In.
"Jangan masuk ke dalam fikiran aku." Kim Jong In menderam perlahan sambil berkata dalam hati. Dia tahu lintasan itu pasti sampai ke Byun Baek Hyun. Nampaknya sahabatnya itu belum tidur lagi.
"Kita kembar tetapi lain ibu bapa. Hubungan kita unik. Lebih rapat daripada saudara sedarah. Apa yang kau fikirkan aku pasti tahu. Aku tidak mampu untuk menghalangnya."
Kim Jong In faham maksud Byun Baek Hyun. Kawan-kawannya semua ada kuasa berlainan. Dia sebagai Alpha memiliki kuasa yang kawan-kawannya miliki. Byun Baek Hyun mampu membaca fikirannya. Tidak seperti kawan-kawannya yang lain, yang hanya boleh berkomunikasi jika dia izinkan.
"Kalau mampu aku kawal kuasa ni aku pun tidak mahu dengar kau asyik merintih fikirkan dia. Penat otak aku fikir fasal dia."
Kim Jong In tergelak. Kuasa mereka di luar kawalan diri mereka sendiri. Anugerah kepada mereka yang bergelar penjaga Bukit Serigala sejak lahir lagi. Kim Jong In menarik nafas dalam-dalam. Mencium bau Kim So Hyun yang dibawa angin malam.
"Dia memang lain dari manusia lain. Baunya lain. Aku tak boleh tidur kalau kau asyik fikirkan dia."
"Kenapa aku dilahirkan sebagai Alpha?" Hatinya terikat kepada Kim So Hyun tetapi mereka tidak boleh bersatu. Kalau dia dilahirkan sebagai serigala biasa, tiada masalah untuk dia cintakan gadis itu. Hanya Alpha Betina boleh menjadi pasangannya. Serigala yang akan membantunya menjaga Bukit Serigala kelak.
"Kita tidak boleh memilih takdir kita. Kau jatuh cinta dengan gadis manusia itu sejak kita mula remaja lagi. Tapi kau harus ingat tanggungjawab kau terhadap kaum kita."
Kata-kata itu sering Byun Baek Hyun katakan sejak mereka remaja lagi. Dia mampu mengawal rasa cintanya kerana nasihat itu. Tapi sebentar tadi dia tidak mampu menipu perasaannya lagi. Deria serigalanya sangat tajam kalau berkaitan Kim So Hyun. Dari jauh dia mengesan ketakutan gadis itu.
Mujur dia sampai tepat pada masanya. Penjahat-penjahat itu tidak sempat mengapa-apakan Kim So Hyun. Biasanya dia akan mengekori dari jauh pabila gadis itu pulang ke rumah tetapi tadi dia tidak sempat mengikuti langkah Kim So Hyun.
"Kalau kau mampu. Hindari dia."
Kim Jong In tidak membalas. Sebaliknya dia memanjat masuk ke dalam biliknya. Jika dia mampu pasti dia sudah hindari gadis itu. Namun jiwa dan hatinya mahukan gadis itu. Sentiasa ingin berada dekat dan mencium bau harum yang menggetarkan jiwanya. Sepertinya Kim So Hyun mempunyai ilmu pukau yang mampu mengikat dirinya.
"Tidur. Jangan fikirkan dia lagi! Kau harus tunggu kehadiran Alpha Betina kau."
KIM JONG IN duduk di atas bumbung rumahnya sambil matanya ralit memerhatikan bilik Kim So Hyun. Gadis itu sedang mendengar lagu sambil menyanyi. Langsung tidak sedar yang dirinya sedang diperhatikan.
"Dia cantik dan harum." Lintasan suara Byun Baek Hyun muncul di kepala Kim Jong In.
"Jangan masuk ke dalam fikiran aku." Kim Jong In menderam perlahan sambil berkata dalam hati. Dia tahu lintasan itu pasti sampai ke Byun Baek Hyun. Nampaknya sahabatnya itu belum tidur lagi.
"Kita kembar tetapi lain ibu bapa. Hubungan kita unik. Lebih rapat daripada saudara sedarah. Apa yang kau fikirkan aku pasti tahu. Aku tidak mampu untuk menghalangnya."
Kim Jong In faham maksud Byun Baek Hyun. Kawan-kawannya semua ada kuasa berlainan. Dia sebagai Alpha memiliki kuasa yang kawan-kawannya miliki. Byun Baek Hyun mampu membaca fikirannya. Tidak seperti kawan-kawannya yang lain, yang hanya boleh berkomunikasi jika dia izinkan.
"Kalau mampu aku kawal kuasa ni aku pun tidak mahu dengar kau asyik merintih fikirkan dia. Penat otak aku fikir fasal dia."
Kim Jong In tergelak. Kuasa mereka di luar kawalan diri mereka sendiri. Anugerah kepda mereka yang bergelar penjaga Bukit Serigala sejak lahir lagi. Kim Jong In menarik nafas dalam-dalam. Memcium bau Kim So Hyun yang dibawa angin malam.
"Dia memang lain dari manusia lain. Baunya lain. Aku tak boleh tidur kalau kau asyik fikirkan dia."
"Kenapa aku dilahirkan sebagai Alpha?" Hatinya terikat kepada Kim So Hyun tetapi mereka tidak boleh bersatu. Kalau dia dilahirkan sebagai serigala biasa, tiada masalah untuk dia cintakan gadis itu. Hanya Alpha Betina boleh menjadi pasangannya. Serigala yang akan membantunya menjaga Bukit Serigala kelak.
"Kita tidak boleh memilih takdir kita. Kau jatuh cinta dengan gadis manusia itu sejak remaja lagi. Tapi kau harus ingat tanggungjawab kau terhadap kaum kita."
Kata-kata itu sering Byun Baek Hyun katakan sejak mereka remaja lagi. Dia mampu mengawal rasa cintanya kerana nasihat itu. Tapi sebentar tadi dia tidak mampu menipu perasaannya lagi. Deria serigalanya sangat tajam kalau berkaitan Kim So Hyun. Dari jauh dia mengesan ketakutan gadis itu.
"Kalau kau mampu. Hindari dia."
Kim Jong In tidak membalas. Sebaliknya dia memanjat masuk ke dalam biliknya. Jika dia mampu pasti dia sudah hindari gadis itu. Namun jiwa dan hatinya mahukan gadis itu. Sentiasa ingin berada dekat dan mencium bau harum yang menggetarkan jiwanya.
"Tidur. Jangan fikirkan dia lagi! Kau harus tunggu kehadiran Alpha Betina kau."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top