BAB 1
"Dia kacak. Tapi wajahnya dingin sekali. Seperti Putera Frozen." Kim So Hyun letakkan kedua belah siku pada pahanya. Tapak tangan menopang dagu. Di seberang padang sana seorang pelajar yang sangat kacak tetapi begitu pendiam. Tidak pernah bertegur sapa dengan pelajar lain. Hanya bersama kawan-kawannya yang bertujuh itu.
"Dia dari golongan orang kaya. Ayahnya pemilik Kumpulan Wolf. Orang paling kaya di negara kita. Manalah dia dan kumpulannya hendak bergaul dengan kita rakyat marhaen yang miskin ini."
Tergelak Kim Soh Hyun mendengar kata-kata sahabatnya Kim Hye Ri. Tapi itu memang kenyataan. Dia dengan lelaki itu memang jauh berbeza. Bukan ibarat langit dengan bumi. Mungkin ibarat angkasa lepas dengan kerak bumi. Hanya mampu memandang dari jauh dan mengagumi lelaki itu.
"Tak salah kan kalau aku jatuh cinta kepadanya dari jauh." Walaupun jauh, rupa kacak lelaki itu sangat jelas di matanya.
"Daripada kau sibuk bercinta lebih baik belajar dan belajar. Dapatkan keputusan paling baik untuk peperiksaan kemasukan ke universiti nanti. Dia dengan kawan-kawannya pasti akan masuk ke Universiti Wolf. Kalau kau dapat keputusan terbaik. Kau tentu boleh bersamanya lagi."
Kim So Hyun tersenyum sendiri. Ya, dia pasti akan belajar bersungguh-sungguh dan mendapat keputusan paling cemerlang. Dia akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Wolf dan akan bersama lelaki idamannya lagi.
"Aku berazam hendak mendapat keputusan cemerlang. Aku harus belajar bersungguh-sungguh." Semangat berapi Kim So Hyun. Dia pasti akan mencapai azamnya. Demi untuk terus menatap wajah kacak itu, dia akan belajar bersungguh-sungguh.
Kim Soh Hyun bangun dan ambil beg serta buku-bukunya. "Aku hendak pergi ke perpustakaan sekarang."
"So Hyun. Hari sudah lewat. Kau hendak balik pukul berapa?."
"Kau balik dulu. Perpustakaan kolej tutup pukul 8. Jadi pukul 8 baru aku balik."
"Ayah kau..."
"Demi dia... aku akan belajar bersungguh-sungguh." Kim So Hyun berlari menuju ke perpustakaan.
Sementara itu di seberang padang sana...
"Dia comel. Gigih. Kau tidak terharu?" tanya Byun Baekhyun perlahan.
"Bukan urusan aku." Kim Jong In sambung membaca bukunya.
"Dia akan ke Universiti Wolf semata-mata untuk bersama kau. Sepatunya kau terharu." Baekhyun mengusik Kim Jong In.
"Jangan cakap pasal benda pelik kat sini. Aku sedang belajar."
"Kau terharu kan..." Terukir sengihan pada bibir Baekhyun.
"Kau terlalu bising. Aku hendak ke perpustakaan." Tanpa pamit kepada sahabat-sahabatnya yang lain Kim Jong In terus ambil begnya dan beredar.
'Aku tau kau hendak susul dia.'
Kim Jong In menjeling. Ekor matanya melihat sengihan Baekhyun. 'Aku hendak belajar!'
'Kami tunggu kau di Bukit Serigala!'
Kim Jong In terus berjalan. Dia tahu kawan-kawannya yang lain sudah beredar dari tempat mereka melepak tadi. Kaki diayun menuju ke perpustakaan.
"Jangan apa-apakan saya." Tangan Kim So Hyun menyentuh dinding. Tiada jalan lain untuk dia melarikan diri dari penjahat-penjahat ini. Kiri dan kanannya juga dinding.
"Kau sungguh cantik adik manis."
Seorang demi seorang penjahat muncul di hadapannya. Dia berdoa agar ada keajaiban. Tenaga perempuannya tidak akan mampu melawan lima orang penjahat yang kelihatan bengis dan kejam itu. Mungkin pengakhiran nyawanya di situ?
"Tolong jangan."
Tangan salah seorang penjahat itu sudah menarik leher baju kemejanya. Tidak sanggup melihat apa yang bakal terjadi, dia pejamkan mata. Sedikit lagi hidung penjahat itu menyentuh bibirnya. Terasa hembusan nafas penjahat itu di pipinya. Maafkan So Hyun ayah! Ini balasan kerana melanggar arahan ayah.
"Kita akan berpesta malam ini cantik."
"Jangan...." dia hanya mampu menegah lemah.
Lama dia pejamkan mata menunggu tindakan penjahat-penjahat tadi. Tangan yang menarik baju kemejanya sudah tiada. Sebaliknya dia hanya terdengar bunyi orang bergelut dan deraman serigala. Dia buka matanya perlahan.
"Jong In, awak..." Kim So Hyun terkejut melihat seorang lelaki bertubuh kurus berdiri di tengah-tengah penjahat yang sedang mengerang kesakitan. Apa yang terjadi sebenarnya? Tidak mungkinlah Kim Jong In yang bertubuh kecil itu menumpaskan semua penjahat tadi.
"So Hyun... kenapa awak suka balik lambat." Kim Jong In tidak mempedulikan wajah penuh tanda tanya Kim So Hyun. Sebaliknya dia mendekat dan menarik tangan gadis itu. Dia paksa Kim So Hyun mengikuti langkahnya.
"Jong In."
"Shhh." Kim Jong In memberi isyarat agar Kim So Hyun senyap. Dia menggenggam erat tangan gadis itu. Sesekali kepalanya melihat ke kiri dan ke kanan. Seolah-olah ada bahaya lain yang menanti mereka.
"Jong In. Hutan..." Tiba-tiba Kim So Hyun diburu ketakutan. Mereka masuk ke dalam kawasan hutan.
"Percaya pada saya. Saya akan lindungi awak." Kim Jong In menoleh dan memberi keyakinan kepada gadis itu untuk mengikutnya.
Bagaikan terpukau Kim So Hyun hanya mengikut langkah Kim Jong In. Mereka merentasi kawasan hutan yang sangat ditakuti oleh penduduk di kawasan perumahan mereka. Khabarnya bukit itu penuh dengan serigala liar. Sebab itu bukit itu dinamakan Bukit Serigala. Bunyi lolongan serigala yang sesekali kedengaran mengesahkan khabar itu. Tapi tiada seorang pun yang pernah melihat sendiri serigala di bukit itu. Tiada yang berani melalui bukit itu walaupun jalan tersebut merupakan laluan pintas untuk sampai ke taman perumahan mereka dari sekolah.
"Jong In, saya takut." Kaki Kim So Hyun kaku di situ. Kakinya tidak mampu melangkah. Lolongan serigala membuatkan dia takut. Hampir sahaja dia menangis kerana ketakutan. Terasa dekat sahaja bunyi serigala itu.
"Jong In. Saya tak mampu nak berjalan." Kerana ketakutan Kim So Hyun tidak sengaja memeluk tubuh Kim Jong In. Mukanya disembamkan pada bahu lelaki itu.
"So Hyun, jangan takut. Saya akan lindungi awak." Kim Jong In membalas pelukan gadis itu. Tiba-tiba matanya bertukar menjadi merah. Perlahan dia menderam hingga menampakkan gigi taringnya. Serta-merta lolongan serigala tadi terhenti.
"Tak ada bunyi serigala. Jom kita teruskan perjalanan." Kim Jong In melepaskan pelukannya. Bau Kim So Hyun sangat harum. Mereka harus bergerak sekarang. Jika tidak...
Kim So Hyun menjadi tenang mendengar kata-kata itu. Tiada sebarang patah bicara hanya tangan saling berpegangan. Mereka berjalan sehingga mereka terlihat sinar lampu taman perumahan. Rumah keluarga Kim So Hyun terletak tidak jauh dari tempat mereka berdiri. Selang satu baris sahaja.
"Kita dah sampai." Kim Jong In segera melepaskan genggaman tangannya. Dia ketawa melihat gadis itu menarik nafas lega. Wajah Kim So Hyun juga tidak lagi ketakutan seperti tadi.
"Jong In terima kasih sebab selamatkan saya. Awak memang berani. Saya tak akan jejak kaki lagi ke hutan ni. Ngeri." Kim So Hyun pusingkan badan melihat kawasan hutan. Matanya ternampak sesuatu berwarna merah. Sungguh menyeramkan. Dia pusingkan kembali bandannya menghadap Kim Jong In.
"Sama-sama. Ingat jangan selalu balik lewat lagi. Anak gadis tidak elok keluar sampai lewat malam." Ucap Kim Jong In sambil tersenyum.
Pertama kali Kim So Hyun melihat senyuman Kim Jong In sedekat ini. Dia terpesona. Selama ini dia hanya mengenali lelaki itu dan melihat dari jauh. Ternyata Kim Jong In bukanlah Putera Frozen seperti yang dia sangka. Mereka belajar di sekolah yang sama sejak kecil lagi namun baru hari ini mereka berbicara. Kim Jong In di hadapannya adalah seorang lelaki yang berani dan kacak. Rasanya dia sudah jatuh cinta buat ke berapa kali terhadap lelaki itu.
"Baliklah... nanti ayah awak risau." Kim Jong In pusingkan tubuh Kim So Hyun menghadap jalan. Menolak perlahan tubuh gadis itu agar berjalan.
"Awak tak balik rumah?"
"Kita kat depan rumah saya ni."
"Owwh." Kim So Hyun malu sendiri. Dia memerhatikan rumah banglo yang sangat besar itu. Memang jauh bezanya dengan rumah dia.
Dia tidak pernah ambil tahu di mana rumah lelaki itu sebanarnya. Apa yang dia tahu rumah Kim Jong In dan kawan-kawannya yang bertujuh itu satu baris sahaja. Hanya satu baris rumah banglo di taman itu. Lain-lain rumah teres sahaja. Dengan rasa segan, dia ayun langkah. Sebelum sampai ke selekoh sempat lagi dia berpusing dan melambai ke arah Kim Jong In.
Kim Jong In membalas lambaian Kim So Hyun. Senyuman kegembiraan terbit dari bibirnya. Namun senyuman itu mati sebaik sahaja terdengar lolongan serigala. Roman wajahnya bertukar serius. Seorang lelaki muncul dari semak.
"Jangan jatuh cinta kepada gadis manusia. Kau akan kehilangan kuasa kau kerana cinta." Kim Jun Myeon memberi amaran.
"Aku tahu." Balas Kim Jong In.
"Kuasa kami bertujuh tidak setanding dengan kuasa kau seorang." Kim Jong Dae yang lengkap berpakaian berdiri sambil berpeluk tubuh di sebelah kanan Kim Joong In. Matanya memerhatikan lorong masuk ke perumahan Kim So Hyun.
Kim Jong In tidak membalas kata-kata Kim Jong Dae. Derianya mengesan sesuatu. Seorang demi seorang kawan-kawannya muncul dari belukar, tempat yang sama dia keluar bersama Kim So Hyun tadi.
"Dia cantik. Bau pun harum. Patutlah Alpha kita tertarik." Baek Hyun menarik nafasnya dalam-dalam. Menghidu bau yang ditinggalkan Kim So Hyun. "Nampaknya kau tipu aku."
Grrr! Kim Jong In menderam.
"Jangan buat Alpha mengamuk. Nanti teruk kau kena belasah." Do Kyungsoo menepuk perut Byun Baek Hyun. Saat begini sempat lagi bergurau. Mungkin sahabatnya tidak perasan perubahan riak wajah Alpha mereka.
"Masa untuk kita semua balik. Besok ada kelas. Jumpa besok." Kim Min Seok menunjukkan jam di tangannya. Sudah pukul sepuluh malam.
"Tak boleh ke kita terus berada di hutan tanpa perlu balik ke alam manusia." Park Chen Yeol bersuara. Belajar adalah sesuatu yang paling dia tidak gemari. Apalagi mata pelajaran matematik. Pecah kepalanya memikirkan jawapan.
"Kita harus jadi handsome with brain. Musuh akan menyerang kita sama ada melalui kekuatan fizikal atau kecerdasan akal fikiran." Oh Sehun menyambut kata-kata Park Chen Yeol. Pada zaman sekarang otak juga penting dalam mempertahankan diri. Musuh akan muncul dengan apa cara sekalipun.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top