Witches 🔮Special Chapter Hayden Jade
Ia bermula dengan rindu dan keinginan.
Ia bermula dengan darah dan perasaan takut
Ia bermula dengan penemuan...
Ahli sihir...
Dahulu, dunia kami dipenuhi dengan keajaiban tapi sekarang ia menjadi milik manusia.
Makhluk seperti kami bersembunyi daripada pandangan manusia dan takut dijumpai.
Kami berasa cemas walaupun sesama sendiri.
"Setiap pengakhiran pasti ada permulaan baharu."
Seorang lelaki jatuh melutut dengan berjuraian air mata. Dia telah kehilangan seorang isteri yang sangat dia cintai berserta anak lelakinya. Kepala didongak memandang langit, teresak-esak apabila segala kenangan bermain di depan matanya. Dia pembunuh! Meskipun, dia tidak sengaja kerana terlelap ketika memandu kereta waktu malam, selepas menziarahi keluarga mereka yang sedang sakit. Disebabkan itu, dia telah kehilangan insan yang bermakna dalam hidupnya. Untuk apa dia terus hidup? Hanya mengingat akan segala dosa-dosanya pada sang isteri dan anak....
"Aku suami tak guna! Aku tak boleh teruskan hidup..." rintih lelaki itu lagi.
Bajunya kotor dan badan berbau busuk. Rambut yang serabai dan dirinya yang selekeh, membuatkan fikiran orang ramai mengatakan dia gila.
Akhirnya dia berjaya sampai di anak tangga yang terakhir. Nafas yang tercungap-cungap ditarik dan dihembus perlahan. Menara yang tinggi itu menjadi saksi pada apa yang bakal ingin dia lakukan sebentar nanti.
Hujung tebing menara dipijak. Kepala menghadap ke hadapan. Air mata menjadi peneman semenjak dia menyebabkan kematian isteri dan anaknya. Anak mata dibawa melihat ke bawah. Perlahan dia ketawa kecil dan kemudian semakin menjadi-jadi dan akhirnya...... tubuh dia terbang di atas udara dan menjunam laju ke bawah lalu menghentak kuat lantai laluan jalan kaki itu.
Kepalanya pecah membuatkan darah keluar dengan begitu banyak di bahagian kepalanya. Badan lelaki itu menggelupur lama kelamaan perlahan-lahan berhenti bergerak.
SEORANG wanita yang sedang berdoa di dalam gereja pantas berpaling apabila mendengar suara seseorang menjerit. Dia bergegas keluar melihat apa yang berlaku.
"Apa yang berlaku ni?" soal wanita itu cemas.
"Saya tak tahu puan," balas perempuan berusia di depannya.
"Tolong saya. Kita angkat dia dan bawa ke rumah saya."
Perempuan yang berusia itu kelihatan teragak-agak pada awalnya. Kemudian dia turut mengangkat tubuh lelaki yang berlumuran darah itu.
****
"Puan mahu buat apa dengan lelaki ni?" tanya wanita berusia itu dengan nafas tersekat-sekat.
Tanpa bercakap banyak. Wanita yang wajahnya kelihatan muda itu terus memeluk lelaki yang terbaring di atas meja. Gigi taringnya dikeluarkan dan dibenamkan pada leher pemuda itu.
"Puan Mariana..." panggil perempuan tua itu lagi.
"Aku mahu dia menjadi anak aku, Sarah."
Mulutnya yang berlelehan darah itu dikesat dengan sapu tangan miliknya. Sarah segera berlalu membuat apa yang perlu bila terjadi situasi seperti ini.
Satu jam kemudian, pemuda yang kaku tidak bergerak itu membuka mata. Anak mata yang asal berwarna coklat. Kini berwarna merah. Lelaki itu menyeringai dan bertindak liar. Puan Mariana mencerlungkan anak tajam dan menunjukkan taringnya.
Datang Sarah dan seorang lelaki. Lelaki itu terus menerkam ke arah pemuda tersebut. Mariana mengambil cawan yang berisi minuman darah dah diberi pada lelaki tersebut.
Mariana menarik nafas panjang. Sebelum dia bersuara membuatkan mereka di situ terdiam.
"Mulai hari ini dia anak lelaki aku. Hayden Jade," umumnya berserta senyuman manis.
***
Puan Mariana membawa Hayden berjalan perlahan ke arah kubur yang dimana isteri dan anak lelaki itu berada. Puan Mariana mengganguk kepala. Hayden duduk berlutut dan mengusap perlahan kubur isteri dan anaknya.
"Lupakan mereka dan mulakan hidup baru."
Selepas berkata Puan Mariana berlalu meninggalkan Hayden sendirian. Hayden menarik nafas dan mengucap selamat tinggal pada isteri dan anaknya.
Permulaan kisah hidup Hayden Jade sebagai puntianak. ✨
***
Kemalangan ibu bapa Emily dalam diam Hayden Jade mencari punca sebab krmatian mereka. Dan ... tanpa sedar kematian itu bukan dari kemalangan tetapi pembunuhan. Gambar-gambar disimpan dalam sebuah bilik Peter, ayahnya. Tetapi, siapa sangka apabila Emily dibawa ke rumahnya Emily menemui gambar tersebut dan menyangka puak puntianak yang membunuh ibu dan ayahnya.
Tercetus pergaduhan di antara Emily dan Hayden Jade sehingga Hayden Jade membawa diri jauh dari Emily.
#####
554 patah perkataan
Bab special ni tak banyak sangat. Maaf kalau tak memenuhi keinginan pembaca. ☺️
Terima kasih sudi baca karya saya bertajuk witches ♥️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top