Witches 🔮- Prolog
Ia bermula dengan rindu dan keinginan.
Ia bermula dengan darah dan perasaan takut
Ia bermula dengan penemuan...
Ahli sihir...
Dahulu, dunia kami dipenuhi dengan keajaiban tapi sekarang ia menjadi milik manusia.
Makhluk seperti kami bersembunyi daripada pandangan manusia dan takut dijumpai.
Kami berasa cemas walaupun sesama sendiri.
Setiap pengakhiran pasti ada permulaan baharu.
Kaki kubawa lari meredah hujan yang kian lebat. Hujan yang turun tidak aku peduli, ketika itu perasaan aku berbelah bagi dengan berita yang aku terima. Haruskah aku terima kenyataan yang aku adalah anak ahli sihir? Bukan manusia biasa? Haruskah aku percaya pada mereka? Yang aku sendiri tidak tahu siapa pembunuh ibu bapa aku? Mereka memberitahu aku, golongan puntianak yang membunuh ibu bapa aku, tetapi... Hayden Jade mengatakan sebaliknya...
"Jika pakcik menolong dia... golongan kita dalam bahaya!"
Hactor membantah keras. Dia memandang tidak percaya pada pakciknya itu. Hatinya sebal. Dia berlalu melangkah pergi ke hujung bilik makmal dan menghempas punggung di atas sofa.
Emily Loius yang melihat pergaduhan itu hanya mampu mendiamkan diri. Anak mata berwarna biru laut itu jatuh pada wajah tampan lelaki yang sedang duduk di depan matanya. Mulutnya sedikit terbuka untuk memulakan pertanyaan tetapi dia teragak-agak.
"Err... untuk apa awak ambil darah saya?"
Hayden yang sedang teliti membuat kerja itu, terhenti pergerakannya. Dia merenung dalam anak mata gadis cantik itu. Mata dia turut memandang lama bibir merah delima milik gadis itu.
"Mengenal pasti jenis darah apa dan dari situ, boleh kaji dari puak mana dan kuasa seperti apakah yang ada pada awak," jelas Hayden tenang.
Emily Loius terdiam. Menarik. Mengapa mereka semua mencari dia? Dan mengatakan bahawa dia memiliki kuasa? Dia tidak mempunyai apa-apa, bahkan kedua ibu bapanya. Mereka tidak pernah mengajar dia bagaimana menggunakan kuasa dan memaklumkan padanya tentang kuasa yang dia ada . Dia hanya manusia biasa, itu yang dia tahu. Pada awalnya dia tidak berminat apa mereka katakan tetapi, apabila mereka mengatakan orang tuanya bukan mati akibat kemalangan sebaliknya dibunuh. Dia harus mencari siapa pembunuh ibu dan ayahnya meskipun tergadai nyawa.
****
Seorang lelaki memasuki bilik yang tersembunyi hanya dia sahaja yang tahu. Bilik rahsianya. Pisau diambil lalu jari telunjuk dihiris sedikit dengan mata pisau yang tajam. Setelah itu, darah yang menggalir keluar disua ke dalam mulut makhluk yang kepalanya berada di dalam sebuah peti kayu khas dan unik yang telah disumpah.
"Kau tidak mampu menghapuskan seseorang yang berdarah singa serigala. Hanya dia dapat mengalahkan dragon."
Wanita bertopeng itu anak matanya tertunak pada tuannya.
"Aku akan cari budak perempuan tu sampai dapat. Jika harus dibunuh, aku tidak teragak-agak membunuh mereka yang menentang aku."
Lelaki tua itu, merenung tajam luar gendela. Dia harus merancang strategi dengan teliti.
****
"Jika aku tidak dapat kau, dia pun sama!" ugut Vivian sambil mencekik Emily.
"Lepaskan dia Vivian... jangan berani kau cederakan dia," ujar Hayden dengan nada dingin.
"Buktikan yang kau cintakan dia sekarang, di depan aku!" cabar Vivian.
Perasan marah menguasai diri, namun dia berpura bersikap tenang di hadapan Hayden. Bagi dia Hayden tidak akan curang padanya. Wanita itu yang merampas miliknya!
Hayden mendekati Emily dan Vivian. Dia melihat Emily yang sedang keresahan dan mengalir air mata. Dia menyentuh perlahan pipi Emily dan mendekatkan wajah dia pada bibir Emily lalu dengan perlahan dia mengucup lembut bibir gadisnya. Vivian yang melihat merasa sangat tercabar. Emily yang berada di dalam genggamannya itu ditolak kuat ke tepi. Sepatutnya dari awal sasarannya pada lelaki itu bukan Emily. Vivian pantas menyerang Hayden dengan kuku panjangnya dan mengelar leher lelaki itu. Malah, wanita itu turut membenamkan kuku runcing dia dan merobek dada Hayden berulang kali. Darah membuak keluar, tubuh Hayden jatuh melorot.
Emily menangis melihat Hayden sudah terbaring wajahnya kian memucat. Akibat terlalu kehilangan banyak darah. Dengan perasaan marah dan sedih dia bangun dan berdiri tegak di hadapan gadis itu. Tangannya diangkat sedikit. Seperti gaya orang main pemanah, kuasanya menghasilkan sebuah busur pemanah dari api. Dia menarik kuat tali itu. Anak mata tidak lepas dari memandang Vivian.
Vivian yang melihat tergamam dan berundur ke belakang.
Perlahan dia melepaskan tali busur itu pada sasarannya. Pemanah dari api itu laju menuju ke arah Vivian dan menusuk terus ke jantungnya. Badan Vivian terbang tercampak menghentam batang pokok dan mati terbakar.
Emily melihat dengan pandangan kosong.
"Dewi! Tolong aku. Aku merayu! Bagitahu aku macam mana aku ingin menyelamatkan dia."
Emily yang kembali duduk sebelah Hayden, kini berlutut bersama raungan dan rintihan. Air mata kembali mengalir laju.
Hayden yang sedang nazak semakin sukar untuk bernafas. Dia menekup kuat tempat lukanya ternyata cuma sia-sia. Dia hanya mampu melihat wajah sembap Emily. Perlahan matanya tertutup rapat.
***
Buku kehidupan merupakan sebuah buku yang luar biasa. Silap jatuh pada tangan yang salah, hancur dunia. Buku kehidupan merupakan buku yang mengajar tentang menguasai segala kuasa menjadi satu.
Air. Api. Tanah. Angin.
****
792 patah perkataan.
Special bab adalah bab terpenting yang ada disebalik cerita ini bermula. ☺️
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top