Witches 🔮 Bab13

Ia bermula dengan rindu dan keinginan.

Ia bermula dengan darah dan perasaan takut

Ia bermula dengan penemuan...
Ahli sihir...


Dahulu, dunia kami dipenuhi dengan keajaiban tapi sekarang ia menjadi milik manusia.

Makhluk seperti kami bersembunyi daripada pandangan manusia dan takut dijumpai.
Kami berasa cemas walaupun sesama sendiri.

"Setiap pengakhiran pasti ada permulaan baharu."

Hayden menunggu dengan sabar. Menanti Emily yang sedang bersiap. Tidak sampai lima belas minit, kedengaran bunyi tapak kaki melangkah turun dari anak-anak tangga. Hayden menoleh... Anak mata berwarna perang itu, tertatap lama pada wajah jelita Emily.

Gaun berwarna peach dan terdedah bahagian bahu serta terdapat corak bunga di bahagian dada memukau mata pada sesiapa sahaja yang melihat. Walaupun, gaun labuh itu tidak ditaburi manik-manik berlian tetap kelihatan cantik buat si pemakai. Emily tersenyum manis. Membuatkan Hayden tidak keruan.

"Boleh kita pergi sekarang?" suara lembut Emily memecah lamunan Hayden. Hayden tersenyum malu. Kantoi dirinya terlalu merenung anak dara orang.

"Jom." Hayden menghulurkan lengan sasanya pada Emily. Emily teragak-agak sebelum tangan kekar itu pantas menarik tangan kiri gadis itu lalu disilang dan digenggam jari jemari halus Emily. Hayden mengucup lembut belakang tapak tangan buah hatinya itu.

❤️❤️❤️

Leon Darker merapati Julia. Dia memandang atas bawah wanita itu. Perlahan dia mendekatkan wajahnya dengan muka Julia. Dia menghidu rambut Julia dengan mata yang terpejam. Julia menahan rasa. Hendak dilawan lelaki di depannya ini bukan tandingan dia. Pasti dia akan kalah!

Tidak semena lehernya dicekik oleh lelaki bangsat itu. Sehingga dia tidak boleh bernafas dengan lancar. Dia meronta-ronta minta dilepaskan oleh Leon Darker tetapi lelaki itu semakin galak menyeksa dia.

"Aku suruh engkau bawa dia pada aku. Tetapi sampai sekarang aku tak nampak bayang budak perempuan tu!"

Serentak itu, kepala Julia dihentak kuat ke dinding dan dihentak pula atas meja kayu. Julia menahan tangisan dan nafasnya termengah-mengah.

"A... aku. Aku... min... minta... maa... maaf!" tutur Julia dengan nada tersekat-sekat.

Darah yang mengalir didahi tidak dihiraukan. Kemudian pipinya ditampar kuat. Mulut dia terasa perit dan pedih. Kepalanya terasa berpinar, pandangannya kabur. Dia jatuh tersembam atas lantai. Dia meringkukkan badannya menahan kesakitan yang tidak terkata. Leon Darker mengambil segala kuasa yang ada padanya membuatkan dia seperti 'mayat hidup' berdiri pun tidak mampu.

Leon Darker senyum sinis.

Dia menendang kuat tubuh Julia yang sedang meringkuk itu. Julia mengerang kesakitan. Menggigil seluruh anggota badannya. Setelah puas hati, Leon Darker meninggalkan gadis itu di dalam biliknya dan di kunci dari luar.

Julia terkulai layu dan pengsan.

❦❦❦

Akhirnya mereka tiba di Casa Jade Philip. Hayden membukakan pintu penumpang dan menghulurkan tangannya pada Emily. Emily menyambut dengan mengucapkan terima kasih. Bibir tidak lekang dengan senyuman.

"Awak sangat cantik malam ni." Hayden mengucap penuh romantik dan mengucup lembut bibir merah bak delima itu.

Emily senyum nipis. "Terima Kasih, cinta hati."

Mereka beriringan masuk ke dalam rumah agam milik Mariana yang mempunyai lima tingkat itu. Emily kagum melihat rumah keluarga Hayden. Dia hanya membesar di kediaman yang kecil dan sederhana tetapi itu pun sudah bersyukur bagi dirinya. Berbanding merempat di jalanan atau kaki lima.

Lamunan dia terhenti apabila terasa tangan kekar milik Hayden memaut pinggangnya dan menarik rapat padanya. Membuatkan tubuh dia melekap pada tubuh sasa Hayden.

"Hayden..." sapa Puan Mariana pada anak lelakinya itu dengan senyuman manis.

"Mama..." jawab Hayden sopan. Dia datang mendekat dan memeluk tubuh mamanya itu dan mencium pipi.

Anak mata Mariana tertala pada raut wajah Emily. Dia melirik memandang ke arah Hayden mahu mendapatkan kepastian.

"Okey, Hayden nak kenalkan kekasih  Hayden, Emily Loius." Setelah Hayden kenalkan Emily pada keluarganya, mereka di jemput untuk makan malam.

Mereka duduk di ruang tamu berborak selepas selesai makan malam. Beberapa minit selepas itu, Hayden bangkit dari duduk dan menunju ke suatu sudut memainkan pemutar piringan hitam.

Lagu pun dimainkan. Hayden menghampiri Puan Mariana dan berhenti di depan wanita itu. Lalu menghulurkan sebelah tangan kanan mengajak menari bersama-sama. Puan Mariana tidak terkata tetapi dia tetap menyambut huluran tersebut dan menari bersama.

Emily dan Sarah senyum melihat dua beranak itu yang penuh dengan kasih dan sayang. Setelah beberapa minit, Puan Mariana duduk kembali di sofa.  Hayden berdiri tegak di hadapan Emily.

"Apa?" soal Emily pelik dengan kening berkerut.

"Sudah tiba masa awak pula saya ajak menari," ujar Hayden dengan senyuman.

"Tapi... Saya tak pandai menari, Hayden." Emily memgadu manja.

Hayden tertawa kecil

"Tak apa saya boleh ajar awak menari. Percaya saya," ucap Hayden dengan penuh keyakinan.

Akhirnya Emily setuju dengan pelawaan Hayden. Hayden mengangkat tubuh Emily naik ke atas kakinya. Hayden menarik tubuh Emily rapat padanya. Perlahan Hayden menari bersama dengan Emily. Hayden menurunkan Emily apabila gadis itu cepat belajar dan faham tarian yang dia ajar. Emily kelihatan gembira sekali apabila Hayden memusingkan dia sehingga tanpa dia sedar anggota badannya bercahaya dan bersinar. Anak matanya turut berwarna oren keemasan. Membuatkan Hayden terpukau. Mati senyuman Emily melihat riak wajah Hayden.

"Sayang..." tutur Hayden dengan nada teruja. Salah satu kuasa gadis itu. Sungguh menakjubkan!

Emily yang menundukkan pandangan. Anak mata dia melilau ke seluruh tubuh dia. Dia mengangkat ke dua tangan dia sedikit tinggi. Mulut dia melopong kerana terlalu terkejut dan pada masa yang sama tidak dia sangkakan mempunyai kuasa cantik seperti itu. Terus badan sasa Hayden dipeluk kemas.

"Saya ada kuasa lain!"

Puan Mariana dan Sarah terdiam menyaksikan apa yang berlaku depan mata mereka. Gadis ini terlalu unik dan istimewa. Mereka harus melindunginya. Kerana dia juga sudah secara rasminya menjadi ahli keluarga Jade.


🍎🍎🍎

Julia tersedar dari pengsan. Perlahan dia bangkit berdiri berpegangkan dinding dan perabot yang berada di situ. Dia mengerang kesakitan apabila kepalanya terasa berdenyut-denyut dan pandangan dia terasa kelam dan kabur. Dia memejamkan semula mata dia. Kemudian membuka semula. Dia menarik nafas lega apabila dia boleh melihat semula. Tiba- tiba anak mata coklat itu menangkap sebuah kotak kayu yang berukiran cantik berada di atas almari di depannya. Kaki dipaksa melangkah lebih dekat.

Pada awal, dia sedikit teragak untuk menyentuh kotak tersebut. Akan tetapi hati dia meronta-ronta ingin tahu isi di dalam kotak kayu itu. Semakin lama langkah dia, semakin dekat. Tangan naik menyentuh kotak kayu itu. Satu-persatu kunci kotak itu dia berjaya buka. Alangkah terkejutnya dia, terdapat sebiji kepala orang bertopeng yang sedang menutup mata.

"Siapa engkau? Bagaimana engkau boleh berada di sini?" soal Julia dengan nada hairan.

Hati-hati orang yang berdarah serigala dan singa

"Siapa yang berdarah serigala dan singa?" gumam Julia perlahan.

Kepala itu hanya memandang Julia tanpa berkata apa-apa. Julia turut melihat keadaan si kepala yang disekat dan tidak boleh keluar itu. Timbul rasa kasihan dalam dirinya.

Bersambung...

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top