10
"Aku nak kau jadi orang pertama yang tahu. Kau kan kawan baik aku," ujar Yeseo.
Jaemin cuba menahan perasaannya.
"Kawan baik?"
Yeseo mengangguk.
"Yeseo yaa, aku tahu ini bukan masa yang sesuai. Tapi aku rasa ini je peluang yang aku ada untuk beritahu kau," ujar Jaemin.
"Beritahu apa?" soal Yeseo.
"Aku sukakan kau Lee Yeseo,"
Senyuman di bibir Yeseo tadi kini berganti dengan riak wajah terkejut. Dia kehilangan kata.
"Jaemin ah,"
"Kau mesti terkejut kan? Aku tahu perasaan ni tak sepatutnya hadir antara kita. Tapi aku tak mampu nak kawal perasaan aku,"
"Kenapa kau tak pernah beritahu aku selama ni? Selama ni aku selalu cerita tentang semua teman lelaki aku pada kau. Aku tak pernah tanya kau tentang orang yang kau suka. Aku fikir tentang perasaan aku je. Aku mesti dah lukakan kau kan?" Yeseo mula serba salah.
Jaemin menggeleng perlahan.
"Aku terluka, tapi bila tengok senyuman kau semua luka tu sembuh sendiri,"
Makin serba salah Yeseo dibuatnya. Suasana gembira hari lahir lelaki itu kini bertukar sayu dengan luahan dari Jaemin sendiri.
"Kau tahu Yeseo? Lepas kita jumpa lapan tahun lepas, setiap tahun aku hajatkan satu perkara je waktu hari lahir aku,"
"Apa dia?" soal Yeseo dalam nada bergetar.
"Aku hajatkan, supaya Tuhan berikan hidup yang penuh kebahagiaan pada Lee Yeseo. Tapi aku lupa sesuatu. Aku lupa untuk minta pada Tuhan supaya jadikan aku sebagai orang yang bawa kebahagiaan tu pada kau," luah Jaemin lagi.
Dan kali ini, air mata Yeseo mengalir juga.
"Jaemin," kedua tangannya ditekup ke muka dan dia mula menangis.
"Yaa,"
Jaemin bangun dan mendapatkan gadis itu lalu memeluknya erat.
"Jangan menangis. Aku tak suka tengok," ujarnya.
"Jaemin, kenapa? Kenapa baru sekarang kau beritahu?" soal Yeseo sambil meleraikan pelukan.
"Sebab aku baru dapat kekuatan tu sekarang," balas Jaemin.
"Dan aku gembira sangat sebab Tuhan dah kabulkan hajat aku. Yohan Hyung orang yang baik. Aku yakin kau akan bahagia dengan dia,"
Saat itu juga telefon Yeseo berdering lagi. Jelas tertera nama Yohan di skrin alat nipis itu.
"Pergi lah. Yohan Hyung mesti dah sampai," ujar Jaemin.
"Kau akan okay kalau aku pergi?" soal Yeseo.
"Hmm. Pergi lah,"
Sambil itu, jarinya sempat menyeka sisa air mata di wajah bersih Yeseo.
"Selamat hari lahir Na Jaemin. Terima kasih untuk semuanya. Aku janji yang aku akan jadi kawan terbaik kau sampai bila-bila,"
Setelah itu, Yeseo melangkah pergi dari situ. Bila bunyi pintu tertutup sahaja, air mata Jaemin jatuh juga.
Namun dia segera menyapunya saat matanya terpandang kek di atas meja. Lilin yang tidak sempat dinyalakan Yeseo tadi dicapai lalu dicucuk ke atas kek lalu dinyalakan.
Matanya dipejam dengan kedua tangannya disatukan antara satu sama lain.
'Tuhan, terima kasih sebab dah kabulkan hajat aku. Hajat aku pada tahun ini, semoga kebahagiaan yang kau beri pada Lee Yeseo berkelalan sampai bila-bila. Dan semoga, aku juga akan temui kebahagiaan aku,"
Matanya dibuka dan lilin ditiup perlahan.
"Selamat hari lahir Na Jaemin,"
~The End~
Thank you for reading🫶🏻
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top