O : 19


"Tahniah, Puan Jeon ! Awak mengandung anak pertama ! Pasti Jungkook gembira ni. Dia nakkan sangat anak daripada awak" Senyuman menghiasi wajah doktor itu. Aku menganggukkan kepala sambil tersenyum.

Perutku disentuh. Anak hasil daripada Jungkook, hidup di dalam rahimku. Hampir sahaja aku menangis disitu. Tetapi perasaanku ditahan.

"Risikonya juga tinggi, Puan Jeon. Saya harap Puan Jeon kuatkan semangat jika mahu bayi ini sempat keluar melihat dunia, ya !" Aku tahu, risikonya. Tapi, demi Jeon Jungkook yang aku cinta. Aku sanggup.

_____

Yeoreum kekal termenung jauh. Perutnya diusap. Dia masih tidak memberitahu apa apa tentang kandungan ini kepada Jungkook. Dia juga kekal ingin mengikut matlamatnya yang dikatakan bodoh itu.

Biarlah Jungkook ceraikan dia kerana menganggap dia curang. Asalkan hatinya lapang tidak memikirkan perihal Jeon Jungkook.

Yeoreum bangun dari posisi duduk. Cawan ditangan secara tiba tiba terlepas dari tangan.

Cawan tersebut pecah di atas lantai. Jantung Yeoreum mula berdegup kencang. Perasaannya cukup tidak enak. Dia mengetap bibir menahan resah dan risau yang amat.

Kring ~~

Panggilan telefon segera diangkat. Berjuta kali Yeoreum berdoa agar dia tidak mendengar berita buruk.

"Y-ya? K-kenapa ?"

"Puan ni isteri Tuan Jeon ke ?"

"Y-ya. K-kenapa dengan dia ya?"

"Oh, Tuan Jeon terlibat dengan kemalangan jalan raya yang dasyat––"

Automatik, pandangan Han Yeoreum menjadi gelap gelita.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top