77. Berita buruk.
Makhluk berbadan manusia, mempunyai tanduk melengkung ke atas serta tangan berkuku panjang beratur di sebuah ruang yang amat luas. Semuanya padat. Pelbagai jenis saiz yang dapat dilihat. Ruang itu juga riuh dek suara mereka yang pelbagai bunyi.
Pintu bilik dibuka. Kelihatan seorang lelaki bertakhtakan mahkota permata hitam diiringi seorang lagi lelaki berjubah. Bala tentera membuka laluan tengah. Mereka berdua berjalan dengan megah meredahi, menaiki singgahsana lalu melabuhkan pungung.
Dari atas mata Raja Zexric melihat tentera dibawah pimpinannya. Mata mereka merah menyala. Tanduk melengkung ke atas tajam bak mata pedang. Semuanya berbadan sasa, tak kurang juga gempal, dan kurus keding. Semuanya dikumpulkan ke situ. Segaris senyuman terukir menghiasi wajah awet mudanya tanpa dicemari sebarang kedutan lagi.
"Zeus, panggilkan burung gagak." Segulung kertas kecil diberikan kepada lelaki di sebelahnya.
"Baik, Tuanku." Jari dipetik dan seekor burung gagak coklat gelap terbang masuk dari tingkap yang terbuka sedikit. Burung gagak hinggap di atas tangan Raja Zexric, lantas kertas tersebut diikat pada kaki. Burung gagak sempat dibisikan sesuatu sebelum terbang keluar dari tingkap.
Tatkala dia berdiri tegak. Suara Gotham yang riuh kini menjadi sepi. Mata tertumpu kepada pemimpin yang dihormati selama ini. Semua berdiri tegak tanpa sebarang pergerakan. Nampak seperti askar elit yang terlatih!
"Wahai, bala tentera ku!" laungan bergema, disambut sorakan bala tentera mengegarkan bangunan istama Dracland.
"Bersiap sedia! kita akan takhluki kerajaan Freyland!"
KEPALA disandarkan pada pokok, dia duduk melunjurkan kaki. Tasik Bruel direnung dengan rasa kosong. Ikan-ikan kecil berenang bebas tidak lagi menarik baginya. Kalau dulu ya. Rasa nak bermandi-manda je dalam tu.
Bunga ros merah yang dipegang semakin lutur warnanya menjadi coklat. Muram dia melihat bunga tersebut. Mata sudah berkaca apabila terkenangkan beberapa memori.
"Kau tak rasa apa yang kita buat ni salah ke?" soalnya seraya menyiku lelaki disebelah. Hampir terjatuh dibuatnya. Tanpa riak bersalah aiskrim berperisa vanilla dimakan perlahan.
"Apa kita buat apa? kita mana ada buat benda yang bukan-bukan." Joshua menayangkan muka tak puas hati. Alice mengeluh.
"Bukanlah ... maksud aku, kita ni bercinta ... cinta yang terlarang. Tak sama darjat." Aiskrim semakin mencair kerana terkena panas matahari.
"Kau takut?"
"Hmm .... sumpahan buat ahli kerabat diraja yang bercinta ...."
"Ah, come on .... jangan percaya sangat. Tak ada apa yang berlaku." Joshua cuba menyedapkan hati Alice sekaligus hatinya sendiri.
Joshua menghentikan langkah lalu memusing menghadap Alice. Aiskrim yang comot dilap perlahan. Tergelak tengok muka comot Alice. Muka nampak matang tapi perangai? Ke laut!
"Kau kutuk aku!" Alice menarik muka masam. Joshua tersengih seperti kerang busuk.
"Ma ... mana ada ...." belum sempat ayat dihabiskan aiskrim vanilla melayang tepat ke mukanya. Joshua terdiam manakala Alice sudah terkekeh ketawa.
Lamunan Alice termati tatkala seekor ikan berwarna keemasan melompat ke permukaan air. Sebelah tangan mengesat air mata manakala sebelah lagi masih memegang bunga ros merah. Kuyu mata memandang. Entah kali ke berapa dia menagis dalam satu hari ni. Air mata macam tak kering-kering. Setiap kali terbayangkan memori bersama Joshua pasti mutiara jernih itu tumpah. Sungguh dia rindu semuanya.
Dari jauh Irene melangkah perlahan bersama Elfi. Sedari tadi dia berada di situ memerhatikan Alice. Erina sudah lesap tidak dapat dikesan.
Sedih melihat sahabatnya dalam keadaan begitu. Alice langsung tidak bertegur sapa setelah balik dari Pulau Graviti. Sering berkurung dalam bilik dan menyendiri sepanjang masa.
"Sampai bila kau nak macam ni?" Irene memulakan perbualan. Pingang dicekak. Melihat Alice tidak bersuara, dia mengeluh lemah. Perlahan dia duduk disebelah lalu bunga ros merah dirampas kasar.
Alice tersentak seperti sedar dalam mimpi."Hei, apa ni!" marahnya. Muka mahu menerkam. Irene menayangkan muka tidak bersalah.
"Alice sampai bila kau nak macam ni?" ulang Irene lagi. Alice terdiam, dia hanya memandang Irene yang sedang memegang ros merah.
"Kau nak buat apa bunga ros tu!" jerit Alice apabila Irene membekukan bunga tersebut.. Dia cuba merampas tetapi Irene menepis dan mengelak.
"Lupakan dia." arah Irene. Alice mula menayangkan muka bengang.
"Bagi balik!"
"Tak nak!" sekelip mata sahaja bunga itu lesap dari tangan Irene.
"Irene Verdlleys! Apa kau buat ni! Bagi balik bunga aku!" tinggi suara Alice. Mata sudah berkaca-kaca. Muka sudah merah menahan amarah. Rasa nak meletop! Sudahlah bunga tu je kenangan yang ada.
"Aku nak hentikan kau dari terus macam ni. Cuba jangan jadi bodoh! Alice, kau tahu tak? Ada lagi yang masih sayangkan kau. Ada lagi yang memerlukan kau tika ini. Lupakan Joshua. Dia dah tak ada! Dia dah tak ada!" Irene juga meninggikan suara. Biar sedar sikit Alice ni!
Alice tergamam lalu menunduk ke bawah. Tangan digempal menjadi penumbuk. Irene diam melihat mutiara jernih menitis jatuh ke bawah. Biarkan gadis itu melepaskan esakan.
"Janji dengan aku. Ini adalah tangisan terakhir kau okay? Aku kawan kau, tak sanggup tengok kau macam ni."pujuk Irene. Belakang digosok perlahan, cuba menenagkan, Alice.
Seekor burung gagak coklat gelap terbang betul-betul melepasi Irene. Ia terawang-awang menuju ke istana dan pusing mengelilingi istana untuk mencari jalan masuk. Irene hanya diam tanpa bersuara. Lama burung itu mengelilingi namun tak ada satu tingkap pun yang terbuka pada ketika itu.
Irene mula dilanda persoalan yang pelik. 'Ada seseorang hantar pesanan. Tapi dari siapa? dan untuk siapa?'
Tidak menemui jalan masuk, burung gagak tersebut terbang menghampiri Irene. Ia mendarat kemas di atas tanah. Irene merapati lalu surat yang terikat pada kaki di ambil.
"Apa tu?" Soal Alice yang masih bersisa air mata.
"Surat..."
"Dari siapa?"
"Aku baca pun tak. Nak bacalah ni." Gulungan kertas dibuka. Baris-baris ayat di baca satu persatu. Mata terbuntang sebaik tiba di ayat akhir.
"Irene surat apa tu? cakaplah!" desak Alice ingin tahu.
"Kesat air mata kau tu dulu. Mari ikut aku! Ni hal penting." Pergelangan Alice ditarik. Terpinga-pinga Alice mengikuti. Mereka berdua berlari masuk ke dalam istana.
Irene dan Alice mencari semua orang di pelusuk istana. Mereka berlari ke hulu hilir di serata tempat. Sampai di depan bilik mesyuarat Irene menerjah masuk. Tepat tekaannya yang mereka semua ada di dalam itu sedang berborak.
"Alice? Irene? kenapa ni?" Permaisuri Ellie terkejut. Dua gadis itu menghirup udara semahu-mahunya. Mereka juga tampak cemas.
Semua mata tertumpu pada dua gadis yang termegah-megah seperti baru habiskan larian di padang. Perbualan mereka yang rancak terus termati.
"Kenapa kamu berdua ni?" soal Surez.
"Sabar ayahanda. Beri kami bertenang dahulu. "Balas Irene. Alice hanya mengangguk perlahan, tak mampu nak bersuara sebab terlalu penat berlari tadi.
Setelah, menenangkan diri. Mata biru melihat satu-persatu penghuni di dalam bilik tersebut. Nafas ditarik dalam. Segulung kertas digengam ke udara sebelum letak di atas meja. Semua menayangkan muka ingin tahu.
"Berita buruk! Mulai hari ini, Raja Zexric melancarkan peperangan terhadap kita! "
👆Nah, tu la gambar gotham. Halaa lebih kureng gitu la, Encem tak?😂.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top