64. Discussion

Gambar serigala berekor kalajengking menjadi tatapan mata tatkala dia menyelak helaian seterusnya. Anak mata berwarna coklat hazel, ralit melihat tulisan yang tertera di situ.

"Scorplion, wah! ada juga black beast macam ni eh?" omelnya bersendirian. Tangan sekali lagi lincah menyelak helaian seterusnya. Kini gambar seekor ular hitam coklat  menjadi tumpuan. Bila dia tengok lama-lama terasa seram pula! Terus tangannya bergerak lagi.

Ryan, kebetulan menuruni anak tangga di situ menghentikan langkah. Dia mengecilkan mata sebelum menghampiri Erina yang duduk di atas anak tangga. Gadis itu tekun menelah buku sehingga kehadirannya tidak disedari.

"Kau buat apa," tegurnya. Namun Erina buat bodoh seperti tidak dengar teguran, Ryan. Lelaki itu menggaru kepala. Eh? dia dengar ke tidak? aku tegur buat bodoh je. Buku tu handsome dari muka aku ke? Ish, tak boleh jadi ni! Dia terus melajukan langkah.

"Pendek kau buat apa!" pekiknya di tepi telinga Erina.

Pekikan Ryan membuatkan gadis itu terkejut. Matanya membulat! Buku yang dipegang tercampak ke tempat lain. Ryan tergelak besar melihat kelakuan Erina sebentar tadi.

Erina menjeling tajam. Buku yang jatuh dikutip kasar lalu memukul badan Ryan berkali-kali "Ha, ambik kau! Boleh berdarah telinga aku tahu!" ujarnya geram.

"Ahahaha! sakitlah... Aduh! jangan pukul kepala aku gila!" adu Ryan. Gadis bertubuh genit tidak mempedulikannya malah lagi galak memukul sehingga dia puas!

"Ha ... ha ... baru puas hati aku." katanya tersenyum puas.

"Agak-agaklah ... tak kesian dekat aku ke?"

Ryan mengosok kepala yang mula terasa sakit. Kepalanya berpinar-pinar! Boleh tingtong kepala budak tu buat!

"Maaf anda tidak dilayan." Ujar Erina mendatar. Muka tidak ada perasaan ditayangkan.

"Ceh... Em, buku ajaran sesat mana kau baca ni?" Dahi Ryan berkerut seribu melihat buku tersebut.

"Kepala hotak kau buku ajaran sesat! ni buku tentang Black beastlah." Apabila mendengar, Ryan mula menunjukan minat.

"Boleh aku tengok?"

"Nah, tengoklah."

Tanpa membalas Ryan menyambut huluran buku tersebut. Helaian demi helaian diselak. Dia leka melihat setiap gambar dan penerangan yang telah tertulis disitu sehingga terlupa tujuan asal. Tujuan dia mencari Erina untuk berkumpul dan mengadakan perbincangan tapi lain pula jadinya.

"Ryan ...." Erina memanggil perlahan.

"Hmm, what?"

"Itu tengoklah sana," ujar Erina separa bisik. Bahu Ryan ditepuk-tepuk.

"Ish, kau ni jangan kacau boleh tak?"

"Tak boleh, selagi kau tidak tengok! Ryan tengoklah sana. Cepatlah!"

"Ha ya ... aku tengok ni.Jangan risau mata aku ni ada empat." Seloroh Ryan tanpa mengalihkan mata dari buku tersebut. Alahai ... apa masalah budak ni? kacau betul.

"Tak lawaklah Ryan!" balas Erina dengan geram. Pantas dia merampas buku lalu disorok ke belakang.

"Eh? apa ni?"

"Cuba tengok sana ...." Erina menjuihkan bibir ke depan. Ryan hanya mengikut arah yang diajukan.

Kelihatan Joshua dan Alice sedang jalan berduaan. Mereka nampak sungguh mesra. Siap main tepuk tampar lagi. Apakah?

"Aku sudah agak dah. Sebab sejak akhir-akhir ni mereka pelik ...." ayat Erina tergantung kerana matanya tiba-tiba menjadi gelap.

"Tak ... Tak ... budak macam kau, tidak boleh tengok sebab tak cukup umur."

Erina menepis tangan Ryan dengan kasar. "Apa kau mengarut ni? setakat jalan berduaan macam tu bukannya apa sangat pun,"

"Aku cuma nak selamatkan mata kau dari tercemar je. Iyalah, kau dah macam adik aku."

"Haih ... nasib kau bukan abang aku. Kalau tak semua benda tak boleh, terseksa aku tahu!" Erina mengelengkan kepala. Dia memberi balik buku kepada Ryan.

Ryan kembali membaca buku. Erina berganjak sedikit ke kanan lalu menyandar pada dinding tangga.

"Ryan kenapa dengan Rena...."

"Erina? Ryan kau buat apa dekat sini?" Alice memotong laju. Mereka berdua serentak memandang Alice dan Joshua yang sudah berdiri tercegat di hadapannya.

"Duit tol ...." perli Erina. Ryan tergelak kecil.

"Apa benda kau mengarut ni?" balas Ryan. Entah apa-apalah budak ni. Suka hati je cedok perkataan tu. Mana entah dia dapat.

Joshua menggaru pipi manakala Alice menjarakan diri. Gadis berambut jingga tersenyum kekok. Dia seakan faham apa yang Erina cakapkan tadi.

"Hm ... aku cari kau ini sebab ada benda penting ni."

"Tentang apa?" soal Alice.

"Nah, jangan banyak tanya ...Jom! Rena dan Viez tengah tunggu dekat perpustakaan." Ryan bingkas bangun. Pakaian diperbetulkan sedikit sebelum pergi dari situ.

"Dari mana ni?" Soal Erina sambil menjongket kening ke atas. Dia tersengih lebar.

Alice sempat menjeling Joshua. Lelaki itu mengangkat bahu dan terus tinggalkan mereka. Cis, tak guna betul! dia pergi macam itu je?

"Dari luarlah, ma ... mana lagi?" balas Alice gagap.

"Iya ke?" Erina menduga. Mata dikecilkan.

Alice menampak satu anak tangga. "Apa? sudah, jangan banyak bunyilah ... Jom!" Lengan Erina ditarik lalu dia mengheret Erina, mendaki anak tangga menuju ke perpustakaan istana.

Sebaik sahaja melangkah masuk ke ruangan bilik, Alice menutup pintu, Erina terlebih dahulu sudah melabuhkan punggung di sebelah, Rena.

"Permaisuri Ellie mana?" soal Alice.

"Oh, dia ada hal yang perlu diuruskan. Jadi hanya kita. "Balas Viez yang duduk ditepi tingkap.

"Sekarang ini kita perlu cari, Irene. Tak kiralah macam mana sekali pun. Kita kena pujuk dia supaya kembali dengan kita. Kita white guardian bukan? kalau tak lengkap ia salah satu kelemahan untuk kita. Tambahan pula, batu amorgite sudah dicuri!" Terang, Rena.

"Batu amorgite dicuri?"

Soal Erina dan Alice hampir serentak. Muka mereka jelas terkejut dengan ayat terakhir, Rena. Joshua tidak tahu menahu tentang batu tersebut hanya termangu-mangu melihat mereka. Apa boleh buat? dengar jelah yang mampu. Nak menyampuk pun tak boleh sebab dia tidak tahu apa-apa.

"Tapi batu itu kita ke tepikan dahulu. Agenda sekarang ni Irene. Kita cari dia dulu." Ujar Rena dengan tenang.

"Okay, tapi masalahnya tahu ke dia dekat mana?" soal Erina. Kedua belah tangan menongkat pipi di atas meja kayu.

"Sebab itulah kita berkumpul. Kita perlu merancang macam mana dan di mana kita mahu mencari dia."

Ryan memberi jawapan ringkas. Tangan disilangkan ke dada. Satu persatu wajah yang berada di situ dipandang.

"Agaknya dia pergi mana?" soal Rena.

"Tempat asal dia? " cadang Alice dengan laju.

"Di mana? Willard? Itu mustahil sebab tempat itu sudah musnah dan kebarangkalian keselamatan dia terancam jika di situ," Viez yang duduk di tepi tingkap memalingkan muka. Dia menghampiri mereka semua.

"Yeah, betul juga cakap kau, Viez. Tapi ...."

Kata-kata Alice tergantung. Gadis itu seakan sedang berfikir sesuatu. Lama. Mereka yang lain menunggu sambungan ayat dari Alice dengan penuh rasa sabar. Suasana memjadi hening seketika. Alice menggaru kepala sambil mengerutkan dahi.

"Ah ... apa ye tadi? Aku lupalah!"

Jawapan Alice membuatkan semua mata memandang tajam terhadapnya. Masing-masing tidak berpuas hati. Adakah ini satu lawak jenaka? Kalau ya ... rasa nak hempuk je kepala dia!

"Wo, janganlah pandang aku macam tu. Hehehe ...."

"Kau punya berfikir itu macam ahli pemikir tahu? Beria fikir tapi itu jawapannya ...." perli, Ryan. Alice mencebik.

Satu hentakan meja yang kuat telah membuatkan semua terkejut. Serentak itu pandangan dialihkan kepada, Erina.

"Aku rasa dia dekat Eicland!"

"Ha! benda itulah yang aku nak cakap tadi!" Alice memetik jari sambil menganggukan kepala.

"Kau pasti?" Viez, menyoal dengan rasa sangsi.

"Cuba fikir baik-baik? White guardian ada di setiap negara. Kita ni pelindung negara Lycria, Diverlland, Verillend, Havard, Farvestn...." Erina berkata seraya memandang satu persatu muka dihadapannya. Dia menghela nafas pendek.

"Eicland siapa? Bukan ke Irene itu keturunan Secarlet? dan Secarlet pemerintah Eicland bukan?" sambungnya lagi.

Rena yang duduk bersebelahan menganggukan kepala. Viez menggaru dagu dahinya berkerut seribu dan Ryan sudah terkebil-kebil. Manakala Joshua hanya menggaru kepala, bila mendengar penerangan Erina. Macam sukar hendak percaya apabila gadis itu bercakap seperti begitu, tapi kata-kata Erina sememangnya betul!

Alice menyilangkan tangan ke dada. Dia memalingkan muka kepada Erina. Perlahan-lahan dia mengorak langkah lalu menekup dahi Erina secara tiba-tiba.

"Kau demam ke?"

"Huh?"

"Tak adalah kenapa kau bijak sangat ni? Selama ni ...."

"Selama ni apa? kau fikir aku apa? Heh, aku geniuslah,"

Erina menyilangkan tangan ke dada. Muka dipalingkan ke tempat lain.

"Hahaha, janganlah marah."

Tangannya laju mencubit pipi, Erina. Gadis itu menepis kasar tanda tidak puas hati. Alice tersengih lebar, dia paling seronok bila dapat dengki, Erina!

"Ehem,jadi ... bila kita mahu cari dia?" Viez menyoal seraya memandang Ryan dan Rena.

"Secepat yang mungkin?"

"Hari esok!"


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top