49. Hanya kerana air!

Anak mata berwarna biru menjeling ke sisi. Lelaki berambut berambut perang hanya berdiri di sebelahnya sambil menyilangkan tangan. Pandangan tajam mata lelaki itu masih tidak lepas dari melihatnya.

Perbuatan lelaki itu telah membuatkannya terasa janggal. Pipi digaru perlahan. Dia menutup buku yang berada di tangan. Keluhan berat dilepaskan lalu menyisir rambut hitamnya.

"Ugh, boleh tak jangan pandang aku macam tu!"

Kata Irene dengan geram! Buku diletak pada peha dengan kasar. Viez tersenyum sinis.

"Aku tak kira! kau kena buka juga sekarang dimensi ke dunia kita!"

"Aku tahu! aku tahu!"

Irene memalingkan muka. Dia mengembungkan pipi. Tangan disilangkan.

Ya, aku tahu salah aku! Tapi perlu ke nak mengesa dengan begitu teruk sekali? Aih, boleh naik gila tahu! Tak cukup ke kena tadah telinga dengar bebelan dari kau? Ugh, benda boleh bawa berbincang kan? dia ini menyakitkan hati betullah, desis Irene dalam hati.

"Kau punya pasallah!" Viez bercekak pinggang. Muka bengang jelas terpamer di wajahnya.

Irene mengeluh panjang. Dia memerhatikan keadaan sekeliling sebelum menundukkan kepala lalu mengeleng perlahan. Dia berasa amat letih dan tidak bermaya!

"Aku sudah cuba. Tapi kenapa boleh sampai ke sini?"

Bibir dijuihkan. Jarinya mengetuk-getuk kulit buku sehingga menghasilkan bunyi. Cahaya terik dua matahari membuatkan Irene tidak senang duduk. Panas! panas di hati pun ada!

"Kau tak berikan tumpuan ke?"

"Aku dah cuba, Viez!"

Viez mengelap peluh di dahi. Keadaan di padang pasir sangat terik, dua matahari yang menegak ke atas terasa bahang. Ketika ini padang pasir itu tiada makhluk lain selain daripada mereka. Hanya mereka berdua! Entah dimensi manalah dia sesat ni.

"Aku dahaga ...." Irene merungut. Tekaknya sudah kering! Kering macam padang pasir ni! Kalaulah ada kolam, memang dia dulu yang pergi terjun! dalam otak dia hanya fikir air, air dan air!

"Kau nak air?"

"Kalau boleh ... seteguk pun jadilah" balas Irene lemah. Badannya sudah letih. Dia lapar dan haus! Dia memandang Viez dengan penuh harapan agar dapat membantunya. Iyalah, Viez kan mempunyai kuasa air. Dia mesti ada jalan penyelesaian.

Viez mencangkung di sisi Irene. Wajah Irene di pandang lama. Dia tersenyum. Irene bingung. Terkebil-kebil matanya melihat, Viez.

"A ... apa pasal pandang aku macam tu?" soal Irene gugup.

"Kau minta air kan?"

Viez, mendekatkan muka. Irene berganjak ke tepi. Matanya tepat memandang anak mata, Viez. Mukanya sudah bertukar merah-kemerahan. Buku yang berada atas peha dipengang erat. Dia kaku.

"V-viez? apa kau nak buat ni!" ujar Irene cemas apabila Viez memegang dagunya.

"Kata kau dahaga? aku nak tolong kau."

"Kau jangan berani buat kerja gila-"

Tanpa menunggu ayat gadis itu habis, bibir didekatkan. Mata Irene membulat terkejut. Dia kaku, badannya seakan direnjat! Ikutkan hati dia mahu hempuk sahaja muka Viez ni! handsome tak handsome peduli apa dia!

Baru sahaja bibir mereka bersentuhan, Irene dengan pantas memalingkan muka. Mulut ditekup dengan kedua belah tangan. Oh memang tak! dia sanggup mati ke hausan daripada bercium dengan Viez untuk dapatkan air!

"Ah, Okay ... aku dah tak perlukan air. Terima kasih sajalah."

Jawab Irene tergagap. Viez menghamburkan tawa. Kepala digeleng beberapa kali. "Muka kau memang lawak!" ujarnya sambil tertawa.

"Ish, tak guna kau!"

Irene memukul Viez dengan menggunakan buku. Kali ini dia geram! Kecil besar kecil besar saja dia tengok Viez ini. Lelaki berambut perang itu mengadu sakit. Tapi Irene buat tak dengar. Ah! peduli apa dia.

"Eh. Sudahlah!"

"Kenapa kau buat aku macam tu? huh?"

Soal Irene tidak puas hati. Badan Viez dipukul-pukul tanpa henti. Tiada maaf bagimu! Rasakan! Tetapi pukulannya semakin lama semakin perlahan. Dia nampak kepenatan.

"Eh, dahlah! sakit tahu?"

Pergelangan tangan Irene dipengang kemas. Buku itu terlepas jatuh. Irene terdiam tetapi mukanya masih lagi tidak puas hati.

"Apa aku buat tu benda betullah! ini saja caranya."

Irene menghela nafas lemah. Udara panas menyapa muka. Terasa panas dan membuatkan dia semakin dahaga.

"Okay, okay ... aku tak ada niat lain, Sumpah! aku cuma mahu tolong kau"

"Betul?" soal Irene ragu-ragu. Manalah tahu Viez mahu mengambil kesempatan ke? Lelaki itu bukannya boleh percaya sangat!

"Ya,"

Tangan Irene di bawa turun. Muka dirapatkan. Mata Irene terkebil-kebil. Darurat Irene! darurat okey! terpaksa! lagi pun ini bukannya ciuman macam pasangan kekasih tu!

Di saat bibir mereka tersentuh. Irene memejamkan mata. Cahaya biru laut keluar dari badan, Viez. Ia mengalir masuk ke dalam mulut, Irene. Dia dapat merasai, seolah-olah air melalui masuk ke dalam anak tekaknya.

Viez,memberi Irene tenaga air tetapi, lain jadinya. Irene mengambil auranya sekali! Ya, sebahagian auranya sedang diambil oleh, Irene. Nafas Viez tersekat-sekat dan segera dia menjarakkan muka. Kalau dibiarkan habis pula auranya nanti!

"Uewww! " Irene mengesat-gesat bibirnya. Dia menayangkan muka geli kepada, Viez. Fuhh! Barulah dia rasa segar dan bertenaga.

"Uh, kau tak apa-apa ke?" ujar Viez seraya menghela nafas. Dia menyisir rambut perangnya ke belakang.

"Aku okay! Ini benda paling bodoh dan gila yang pernah aku buat! Hanya di sebabkan air!" Irene segera bangun.

Dia memusingkan badan. Sempat lagi dia membetulkan rambut yang serabai. Buku di kutip lalu berjalan sambil menghentak kaki. Meninggalkan, Viez seorang diri.

"Aik? pergi macam tu je? dahlah aura aku, kau ambil sekali! "

Mereka berdiri membelakangi. Ryan menarik pedang manakala Rena membuka medan kuasa di ruangan udara. Dua bilah pedang muncul lalu di hunus ke depan.

Mereka dikepung oleh serigala berkepala tiga. Pedang dilibas apabila serigala itu menyerang. Ada yang mati dan ada yang mengelak serangan mereka.

"Serigala ini ke yang gigit , Vion?"

kata Ryan seraya memenggal kepala serigala berkepala tiga.

"Aku pun tak tahu, tapi macam tak dan macam ya juga," Rena menarik pedang dari badan serigala yang baru dibunuh. Sebelah tangan lagi melibas ke sisi apabila dia mahu diserang dari arah itu.

"Ah, banyak!" Ryan menusuk pedang pada badan serigala.

Rena mengehentak kaki. Tanah menaik tinggi seperti ombak yang bergelora di lautan. Semua serigala terpelanting jauh. Peluang itu, Rena membina satu kubah tanah bersaiz sederhana untuk berlindung.

"Aku rasa kita kena guna teknik Figura." cadang, Rena. Kening Ryan terangkat sebelah.

"Ya! sambil itu kita pergi selamatkan, Horz."

"Idea yang bagus!"

Bunyi serigala berkepala tiga itu semakin kuat. Kubah tanah juga kelihatan seperti dihentak! Kerana ia sudah pun retak! Dan menampakan rekahan!

"Tapi macam mana?"

Rena yang berjalan mengelilingi kubah tanah itu berhenti. Kepala ditoleh.

"Tanah, dari bawah tanah. Aku akan cuba mengesan di mana dia berada."

Selepas berkata, Rena menaikkan segumpal tanah, ia terapung. Tangan digenggam serentak itu tanah hancur menjadi kecil. Kemudian bercantum semula membentuk Figura yang hampir sama saiz dengan dirinya.

Bebola api yang terapung pada tangan Ryan sedang membentuk figura. Setelah lengkap bentukknya. Figura Ryan terbang di sebelah figura milik Rena.

Di bawah tapak kaki Rena pula tanah sudah menjadi pasir. Pasir itu berpusar-pusar dan semakin lama semakin membesar. Perlahan-lahan Rena dan Ryan tergelam dalam pasir itu. Saat pasir menutupi kepala mereka, kubah tanah mula retak dan pecah.

Figura api dan tanah mula bertindak. Ia menyerang bebas tanpa pengawalan dari tuannya. Serangan itu telah menghasilkan beberapa letupan yang amat kuat. Sehingga Rena dapat rasa dari bawah tanah. Figura itu kalau tak dikawal beginilah jadinya!

Rena keluar dari tanah diikuti Ryan. Mukanya berkerut memandang depan. "Dia ada di sini ke?" Ryan menyoal kepada,Rena.

"Yup! sebab itu aku boleh kesan dia dengan mudah,"

Bilik bawah tanah yang besarnya boleh memuatkan seratus orang menjadi tatapan mata mereka. Bilik itu dilengkapi dengan segala perabot yang disusun rapi pada setiap sudut. Macam rumah dah!

"Siapa itu?" soal satu suara. Mereka berdua terkejut lalu mencari dari mana datangnya suara itu.

"Sini ...." Sergah seorang lelaki berkepala botak secara tiba-tiba. Dia muncul di hadapan Ryan dan Rena sambil memegang tongkat.

"Horz ...." Rena menghela nafas lega. Orang tua berkepala botak itu hanya tersenyum.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top