44. Buka Dimensi
Keringat mengalir di ruangan dahi. Nafasnya yang kencang kini mula setabil. Tangan didepakan seluas yang mungkin. Rumput yang menghijau segar dirasakan seperti sebuah tilam yang empuk. Angin sepoi-sepoi bahasa menyapa mukanya. Dia mengambil peluang ini untuk menenangkan diri.
Sudah berjam-jam Irene di halaman istana. Katanya cuba untuk buka portal. Tapi kesudahannya macam itu. Baring dan bergolek-golek di atas rumput, portalnya pun masih belum dapat dibuka.
"Asal kau buat kerja bodoh?" suara Drycon bergema di ruang fikiran Irene.
"Huh? maksud kau?"
"Kau nak buka portal ke dimensi lain?"
Soalan dibalas soalan, membuatkan Irene bengang. Kita tanya dia, dia tanya kita balik? Geram Irene dibuatnya.
"Eh, tidaklah ... nak buat pintu ini ha ... " balas Irene.
"Cara nak buka portal dimensi lain, kau kena buat lingkaran kuasa dengan tulisan purba dan kau kena titiskan darah kau. Akhir sekali niat dalam hati ke mana kau nak pergi." terang Drycon.
"Kenapalah kau tidak bagitahu awal-awal?" Irene merungut. Binatang ini tahu rupanya cara nak buka portal. Kedekut! bukannya nak kongsi.
"Kau yang sengal tak tanya aku," balas Drycon selamba. Sesedap rasa je cakap orang sengal!
"Ish! aku pula yang kena, tulisan purba macam mana aku nak buat?"
Drycon merengus kuat. Bergema di ruangan kepala Irene. "Itu pun aku nak kena ajar ke?"
"Kena, nanti kau kata aku sengal la ... bengap la ... sebab tak tanya kau," Nada suara Irene seakan mengejek Drycon.
"Buku tu ... kau cari tulisan purba tentang dimensi lain. Lepas itu kau hafal."
"H-hafal?" bab menghafal ini dia memang tak suka, malas tahu!
"Ish, jangan menyampuk bila aku tengah cakap boleh tak? Ya hafal! lepas itu kau gunakan kuasa kau untuk buat lingkaran medan kuasa, ingat segala tulisan purba yang telah kau hafal dan ia akan muncul. Barulah kau titiskan darah kau. Faham?"
"Ya ... aku faham," balas Irene disertakan dengan keluhan kecil.
"Kalau salah langkah, portal itu akan jadi lohong hitam," Drycon memberi amaran kepada Irene sebelum hilang.
Irene terkebil-kebil memandang langit yang dilitupi awan berwarna biru cair. Dia ragu-ragu sama ada mahu ikut kata-kata Drycon ataupun tidak. Yelah, mana tahu binatang itu bohong ke kan?
"Ah, belum cuba belum tahu kan?" ujar Irene dengan nada perlahan. Mata dipejam rapat. Menikmati angin lembut.
Telinga Irene mengkap bunyi derapan tapak kaki yang sedang menghampirinya. Ah, siapa pula yang mahu mengacau ketenangan dia ni? sibuk betullah! Tak boleh tengok orang senang langsung.
"Kau buat apa?"
"Babi hutan? kenapa menyemak dekat sini?" butir bicara yang meluncur laju dari bibir Irene telah membuatkan Viez sakit hati.
Viez memandang Irene yang sedang terbaring di atas rumput. Rasa geram membuak- buak di dalam hati. Nak aje dia cepuk budak itu.
"Nasib baik mood aku baik hari ini," Viez mencangkung di sisi Irene. Dia tersenyum jahat. Jarinya mencucuk-cucuk pipi Irene. Terus mata gadis itu membulat, terkebil-kebil dia memandang Viez yang hampir dekat dengannya.
"Kau ni! aku nak duduk senang pun tak boleh! ada sahaja benda nak kacau," Irene menepis kuat tangan Viez.
Viez tergelak. "Dari tadi aku tengok kau duduk dekat sini ... kau buat apa sebenarnya?"
"Nak buka portal ke dimensi lain ...." balas Irene acuh tak acuh. Dia bangkit lalu duduk menegak.
Viez memandang Irene dengan pelik. "Untuk apa pula?"
"Hantar Nyea baliklah, sudahlah Viez! aku nak masuk ini penat! penat nak layan kau ni!" ujar Irene sambil bangun. Baju yang kotor dek terkena debu ditepuk-tepuk perlahan.
Baru setapak Irene melangkah, tangannya ditarik oleh Viez. Langkahnya termati. "Nanti dululah."
"Apa benda kau ni pegang tangan aku?" Irene meleraikan pegangan.
"Eerr ... kau ada masa lapang?"
"Tak ada, aku sentiasa sibuk."
"Tipulah, aku nak ajak kau keluar nanti." Viez mengaru kepala, bagi menghilangkan rasa malu.
"Umm ... tengoklah nanti!"gumam Irene perlahan. Telinga dia tak salah dengar kan tadi? Viez ajak keluar? biar betul dia ni? Viez ni mabuk ke apa . Apa lelaki ini mimpi malam tadi eh?
Irene memusingkan badan, menghadap Viez. Matanya galak merenung lelaki itu. Sehingga Viez melarikan pandangan ke tempat lain.
Irene menjentik dahi Viez sambil bertanya. "Kau sakit ke Viez? tak makan ubat ke?"
"Ish, aku tak main-mainlah,"
Irene merenung Viez beberapa saat. Dia mencebik. "Um ... tengoklah." terus dia meninggalkan Viez seorang diri.
SEBUAH buku berkulit coklat yang terletak elok di atas meja bersebelahan rantai krytsal hitamnya. Kedua-dua dicapai lalu dibawa ke atas tilam.
Satu persatu dia menyelak helaian kertas. Matanya ralit memerhatikan bentuk tulisan yang aneh dan macam-macam bentuk. Irene mengeluh panjang. Satu benda pun dia tidak faham! Kepalanya mula rasa berdenyut-denyut. Sakit seperti dicucuk jarum!
Rantai krystal hitam yang berada di atas katil dicapai. Secara tidak sengaja, rantai itu terlepas dari pengangan tangannya dan terjatuh di atas buku. Serentak itu tulisan pelik yang tertulis dalam buku tersebut bersinar-sinar sesaat. Irene tergamam. Dahinya berkerut. Dia seolah-olah sudah dapat memahami apa yang tertulis di dalam buku tersebut.
KEADAAN amat gelap gelita. Tiada satu pun cahaya yang muncul. Seolah-olah dia berada di dalam sebuah kotak besi yang tiada lubang. Tangannya diiikat dengan rantai besi hanya kaki sahaja dibiarkan bebas. Mengikut kiraannya sudah lama dia berada di sini, mungkin bertahun-tahun dan beratus hari dia terperangkap di situ.
Dia bersandar pada bahu seseorang di sebelahnya. Cecair hangat meluncur keluar dari anak matanya. Bunyi esakan bergema di segenap ruang sekaligus memecah kesunyian.
"Sampai bila keadaan kita macam ni?" ujarnya tersedu-sedu. Air matanya mengalir laju.
"Sabar ... segala-galanya akan berakhir juga nanti," pujuk seorang lelaki.
"Tapi sampai bila? Saya rindu anak kita ... Entah masih hidup ataupun tidak dia tu ...." esakan wanita itu semakin menjadi-jadi bila teringatkan anaknya. Ibu mana tak sayangkan anak? Ibu mana tak rindukan anak bila berjauhan?
"Shhh, sayang jangan cakap macam tu ... kita kena yakin yang dia masih hidup," pujuknya lagi. Dia sedih juga bila mengenangkan keadaan mereka begini ditambah lagi dengan kerinduan teramat sangat terhadap anaknya yang telah terpisah lama. Akan tetapi dia cuba menguatkan diri untuk meneruskan hidup.
Bunyi tapak kaki yang berlegar-legar di luar telah menarik perhatian mereka berdua. Pintu bilik dibuka perlahan dan beberapa orang telah masuk.
"Kamu bertiga cepat jalan!" jerkah seorang lelaki. Ketiga-tiga orang yang tidak dikenali sama ada lelaki atau perempuan itu terus melangkah masuk.
BAM!
Pintu dihempas kuat membuatkan wanita itu terkejut. "Siapa itu?" bisiknya kepada lelaki disebelahnya.
Tempat yang gelap tanpa sebarang cahaya amat menyukarkan mereka untuk melihat wajah. Walaupun perlahan bisikannya itu, namun dapat didengari oleh ketiga-tiga orang yang baru masuk sebentar tadi.
"Aku Alfron," balas salah seorang daripada mereka.
"Kau Alfron?" ujar mereka berdua hampir serentak.
"Ya, lagi sorang ini Raja Wayne dan Sera, nanti dulu! Nanti! jangan cakap yang kamu berdua ni ...." Suara macam kenal ... malah terlebih kenal !
RENA berjalan sambil mendukung Nyea yang sedang memakan coklat. Pipinya Nyea teramatlah comot, dah tak rupa budak comel dah bila tengok!
"Nyea salin baju dulu lepas itu baru boleh ikut akak pergi jalan-jalan dekat Town Hill,"
"Halaaa ... tak nak boleh tak?" rengek Nyea manja.
"Nyea nak ikut tak?" soal Rena lembut. Dengan penuh bersemangat Nyea mengangguk laju. Pintu bilik Irene yang terbuka luas dituju.
Sebaik sahaja dia meloloskan diri ke dalam bilik Irene, matanya tertumpu kepada sekunjur tubuh yang terbaring dalam keadaan terlentang. Mukanya juga ditutupi oleh sebuah buku yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
Pintu almari Irene dibuka. Baju Nyea yang terlipat kemas dicapai lalu dihulurkan kepada Nyea.
"Nyea salin dulu," Nyea akur lalu mengambil baju dari tangannya. Dia berjalan menghampiri Irene yang sedang tidur. Buku diambil dari muka lalu membelek-belek buku tersebut. Berkerut-kerut muka dia apabila melihat tulisan pelik.
"Tulisan purba ke? dah kenapa Irene ni baca buku macam ni" Soal Rena seorang diri.
"Mov vi Biosta re al mia Dios de ...." gumam Irene dalam keadaan separa sedar. Terjongket kening Rena bila mendengar.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top