15.Legend Sword

Air yang di minum oleh Irene tersembur-sembur keluar dari mulutnya. Dia tersedak beberapa kali. Erina yang berada di sebelahnya cepat-cepat mengurut belakang Irene.

"Apa ni ...."gumam Rena perlahan. Mukanya habis basah. Irene yang duduk bertentangan dengan dia mengangkat muka. Mata Irene membulat. "Maaf Rena! saya tidak sengaja... Maaf!"

"Huh! yayayaa tak apa... saya okey,"

Kata-kata Horz a.k.a orang tua kepala botak tadi sangat membuatkan Irene terkejut.

Horz mengatakan bahawa dia adalah axce iaitu gelaran kepada guardian yang paling terunggul di kampung bunian. Horz menceritakan hanya generasi axce yang sebelum ini akan menjadi waris. Waris axce yang menjejakan kaki ke kampung Ornans akan berubah imej. Sebab itulah mereka memanggil Irene axce. Kerana mula-mula lagi Irene jejakan kaki ke sini imej Irene terus berubah rupa.

Selepas menjamu selera, mereka bertiga di berikan rumah untuk berehat. Mereka terpaksa berehat di kampung ini, kerana terlalu letih. Kalau boleh mereka tidak mahu berlama-lama di sini. Masing-masing dalam kepala hanya fikir..

Tidur...

Tidur......

Tidur......

Dan ...

Tidur......

Irene mengeliat kecil. Lega badannya bila dapat baring di atas tilam yang empuk. Segar sikit dia selepas tidur. Lantas, dia bangkit dari perbaringan. Kakinya diaturkan ke arah tingkap yang berada dalam bilik itu. Langsir tingkap diselak perlahan.

Irene menjengahkan kepalanya di tepi tingkap. Nampaknya hari sudah petang. Dia tersenyum lebar, rasanya sempat lagi pergi jalan-jalan nih.

"Vion!" Sapa Irene sebaik sahaja ternampak Vion yang kebetulan lalu di situ.

"Oh! Eerr... ax...."

"Irene! panggil Irene" Pantas Irene memotong.

"Eerr ... ai... Irene, ada apa?" soalnya kekok.

"Nak ke mana tu?" Soal Irene.

"Saya nak pergi tengok pengawal tentera dekat sempadan,"

"Ikut!"

"Tapii, awak tak boleh ikutlah,"

"Ah! takde! saya mahu ikut juga!" tegas Irene. "Tunggu sekejap!" sambungnya lagi sebelum menutup tingkap.

Irene menjeling budak lelaki berambut hijau disisinya.

Nak mengurat ke?

Bukanlah!

Habis tu? kenapa jeling dia dari tadi?

Sudahh pergi sana! jangan kacau!

Irene berkata dalam hati

Langkah Irene terhenti secara tiba-tiba. Dia memerhati keadaan sekeliling dengan sekali imbas. Scan gitu. Sekejap!

'Aku bercakap dengan siapa tadi ? aku cakap sesorang ke tadi tuh? atau.... tapi bukan ke aku bercakap dalam hati je tadi? aku memang bercakap dalam hati tadi, tapi kenapa ada orang jawab? aku dah gila ke?! aku gila ?! oh tidakkkkk!!!' Kata Irene dalam hati

"Ehemm... Irene? Yuhuu~" tegur Vion. Jari dipetik beberapa kali di hadapan muka gadis itu.

Irene tersentak. Kepala digeleng-gelengkan beberapa kali."Huh? kenapa?"

"Kenapa berhenti?" soalnya pelik.

"Hehehe... tak ada apa," Irene ketawa kecil. Terus dia berjalan laju.

"Nak pergi mana tu?" soal Vion apabila Irene terus berjalan ke arah bertentangan. Irene memalingkan muka.

"Eh ... kata nak pergi sempadan bukan?"

"Bukan situlah, sini." Vion tersengih. Tak sangka gadis ni lawak.

"Ohh yeke? Hehee," Pipi yang tidak gatal di garu-garu perlahan.

Selepas mereka berdua pergi ke sempadan. Vion membawa Irene berjalan-jalan di kawasan perkampungan. Baru Irene tahu yang kampung Ornans bukan kampung yang kecil tetapi merupakan kampung yang agak besar. Kampung ini dihuni oleh kaum bunian sepenuhnya.

Selepas itu, Vion membawa Irene ke satu tempat. Tempat itu dinamakan Lagend Sword kerana terdapat sebilah pedang yang terpacak pada batu yang sudah berusia beratus tahun.

"Pedang apa ni ?" soal Irene. Matanya bersinar-sinar memandang pedang itu.

"Lagend sword" Jawabnya dua patah.

"Ohhh," Irene semakin mendekati pedang itu. Baru sahaja dia hendak memegang pedang . Vion menegur.

"Jangan usik!"

"Kenapa pula?" Irene memandang Vion pelik. Ishh... kacau betul ! tapi dia nak sangat pegang pedang itu.

"Sebab tidak ada sesiapa yang berani mencabut pedang itu, jika ada yang mencabut atau sentuh orang itu akan mati pada keesokan harinya dengan keadaan ngeri," terang Vion. Wajah Irene di pandang lama.

Irene hanya diam terkaku.
Pandangannya jatuh ke pada pedang tadi. Dia ingin sentuh pedang itu juga! Dia sendiri pun tidak faham mengapa dia teringin sangat.

"Mari balik." Ajak Vion.

"Okey...." Balas Irene perlahan.

Vion berjalan mendahului Irene. Dia sangka gadis itu mengikuti dari belakang tetapi sebaliknya.
Langkahnya terhenti. Dia menelan air liur dengan payah dan segera memusingkan badannya ke belakang.

Vion terkedu.

Tidak!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top