Part 9
Kringg!
Loceng berbunyi tanda waktu rehat sudah tamat.
Pintu kelas 10-1 dihempas kuat dari luar. 6 orang lelaki melangkah masuk dengan penuh bergaya dan confident bahawa seluar masing-masing sudah berzip.
"Tak nak ponteng ke hari ni?" soal Seokjin, dia memandang rakannya satu per satu.
"Kejap lagi aku dan Kook nak keluar." ujar Hoseok.
"Buat apa?" soal Seokjin.
"Escape lah, aku malas masuk kelas puan Joo." jawab Jungkook, dia dan Hoseok segera mengambil beg dan keluar dari kelas. Seokjin hanya dapat melihat mereka keluar kelas, mahu sahaja dia ikut tetapi memandangnya bodyguard ayahnya mengikut Seokjin ke sekolah, dia tidak dapat berbuat demikian.
"Bercakap pasal puan Joo, aku lupa homework aku belum siap." Namjoon bersuara. Pada ketika itu juga, Chorong masuk ke kelas. Panjang umur budak ni. Namjoon mendekati Chorong, dia menghalang jalan gadis itu.
Gadis itu mendongak,
"Dah siap ke?" soal Namjoon. Chorong tersenyum sinis.
"Kau ingat aku nak buatkan? Kau ada otak kan? Buat sendiri." Chorong membalas semula perbuatan Namjoon dengan membaling buku lelaki itu ke muka Namjoon.
Namjoon tersentak. Berani betul gadis itu memperlakukan dia sebegitu. Tanpa sempat Namjoon membuka mulut, Chorong menjeling sebelum melangkah pergi.
Namjoon smirk, aku dah agak dia tak nak buat, kau tunggu lah apa nasib kau Chorong.
Namjoon pun segera mengambil tempat duduk, dia menaikkan kaki ke atas meja dan memasukkan lollipop ke dalam mulut. Disebelahnya pula, Seokjin sedang meletakkan kepala atas meja, sejak Yoongi kena gantung, dia pula yang menggantikan Yoongi menjadi sleeping beauty.
Disudut yang lain, Taehyung mengambil earphone dan seperti biasa dia akan menuju ke rooftop. Dia juga seperti Jungkook dan Hoseok, tidak menyukai kelas puan Joo.
"V, gi mana?" soal Jimin.
"Rooftop." Jimin mengangguk faham. Taehyung pun beredar.
Ikutkan hati, memang Jimin ingin escape, tetapi demi menarik perhatian Seulgi, dia mestilah menunjukkam sikap yang baik agar gadis itu tertarik padanya. Kalau bukan sebab bet Hoseok, aku takkan buat kerja gila ni. Masuk kelas puan Joo? Dari awal tahun rasanya 3 kali je kot aku masuk.
Jimin memandang Seulgi yang duduk selang 2 meja di hadapannya. Gadis itu kelihatan tenang membaca buku.
Tiba-tiba rakan kelasnya, Chanyeol dan Baekhyun mendekati Seulgi. Kedua lelaki itu mengambil buku yang dibaca Seulgi.
"Apa ni? Bagi balik lah." ujar Seulgi, dia cuba merebut buku tersebut dari Chanyeol tetapi ketinggian mereka yang jauh berbeza menyukarkan Seulgi.
"Kitaorang nak tengok je." ujar Chanyeol. Baekhyun pula hanya ketawa.
Jimin tidak boleh berdiam diri, dia mendekati mereka.
"Wei bagi balik buku dia." ujar Jimin serius. Chanyeol dan Baekhyun terhenti.
"Kau dah kenapa Jimin?" soal Baekhyun. Hairan pula mereka apabila Jimin mempertahankan gadis nerd seperti Seulgi, kerana selalunya Jimin lah paling kuat membuli.
"Aku kata bagi balik, bagi je lah." bentak Jimin. Chanyeol gerun, dia memberi balik buku Seulgi.
"Dah, blah." arah Jimin. Tanpa banyak kata, Chanyeol dan Baekhyun segera beredar dengan riak tidak berpuas hati.
Jimin mengalihkan pandangan ke Seulgi. Gadis itu menunduk.
"Jangan risau, saya akan pastikan tiada siapa boleh buli awak. Tapi.." kata-kata Jimin terhenti,
Seulgi mendongak,
"Tapi?" soal Seulgi.
"Tapi itupun kalau awak nak jadi kawan saya." sambung Jimin.
Seulgi diam seketika,
"Saya akan fikirkan kemudian." ujar Seulgi. Dia masih ragu-ragu untuk berkawan dengan Jimin.
"Saya harap awak setuju sebab saya ikhlas berkawan dengan awak." kata Jimin sambil tersenyum manis. Seulgi juga tersenyum kecil.
***
Taehyung berpatah balik apabila terlihat Jisoo di rooftop. Aish kenapa lah perempuan tu ada kat sana.
Sekarang kat mana aku nak lepak? Ahh ya bilik rahsia, tempat tu je yang selamat.
Sedang dia berjalan, dia terserempak dengan puan Joo, kebetulan sekarang ini masa puan Joo.
Shit!
Taehyung segera berpaling agar puan Joo tidak melihat dirinya, namun..
"Kim Taehyung, kamu nak pergi mana?" soal puan Joo. Aish, dia perasan pula.
Taehyung berpaling,
"Err puan Joo, saya-"
"Dia tolong saya bersihkan library, cikgu!" tiba-tiba satu suara menyampuk. Serentak pandangan Taehyung dan puan Joo dialihkan ke arah suara tersebut.
Jisoo tersenyum sambil memandang puan Joo. Taehyung sedikit terkejut. Sejak bila gadis tu muncul pun dia tak sedar.
"Betul ke apa yang Jisoo cakap tu Taehyung?" soal puan Joo inginkan kepastian.
Jisoo menyiku Taehyung, menyuruh Taehyung get along dengannya.
"Err, ahh ya cikgu, betul lah tu apa dia cakap." ujar Taehyung teragak-agak.
"Baiklah, lepas selesai terus masuk ke kelas. Jangan menyinggah pula." kata puan Joo segera dia berlalu.
Taehyung menghela nafas lega. Jisoo disebelahnya dipandang.
"Sama-sama." kata Jisoo, belum sempat lagi Taehyung bersuara. Taehyung hanya merollingkan matanya.
"Kau buat apa dekat sini?" soal Taehyung.
"Saja jalan-jalan." balas Jisoo. Baru sahaja Taehyung hendak beredar,
"Jisoo ke tu?" soal satu suara, kedua mereka berpaling, wajah puan Seo terpancar.
"Elok sangat lah kamu kat sini. Baru cikgu nak panggil kamu kat kelas tadi. Mari tolong cikgu urus sesuatu kat library. Eh, Taehyung pun ada sekali, sesuai sangat lah tu, kamu pun mari tolong cikgu." Taehyung terlopong, dia dan Jisoo berpandangan. Kenapa aku pun kena terlibat sama?! Aishh.
***
Semua pelajar berdiri menyapa hormat puan Joo. (kecuali 3 makhluk degil a.k.a BTS)
"Baik semua duduk. Sekarang keluarkan kerja rumah yang saya kasi tempoh hari, no excuse." lantang suara puan Joo. Dia memandang satu per satu wajah dikelas itu. Pelik pula dia apabila terlihat Jimin dan Seokjin dikelasnya, dan paling dia terkejut Namjoon juga ada sekali.
Naeun, selaku ketua kelas mengutip buku rakan sekelasnya dari meja ke meja. Sampai sahaja di meja Chorong.
Chorong memasukkan tangannya ke dalam laci untuk mengambil buku. Dia mengerutkan dahi apabila terasa tangannya menyentuh sesuatu berbulu. Dia mengambil 'benda' itu, membuntang matanya apabila melihat 'benda' tersebut merupakan tikus!
"Arrghhhh!!!" jerit Chorong, dia terundur ke belakang lalu terjatuh dari kerusi. Semua mata memandang ke arahnya.
Namjoon yang duduk dibelakang sudah ketawa terbahak-bahak. Ya, dia yang letak tikus mainan tu dalam laci Chorong. Puas hati dia bila nampak reaksi Chorong yang ketakutan.
"Apa bising-bising ni Chorong?" soal puan Joo sambil mencekak pinggang.
Chorong berdiri, dia memandang tajam ke arah Namjoon.
"Kau yang letak benda tu kan?!" jerkah Chorong, dia menunjukkan Namjoon.
Namjoon berdiri,
"Bila masa? Ada bukti ke tuduh-tuduh aku yang buat?" Namjoon mempertahankan dirinya walaupun memang dia dalangnya.
"Sebab kau sorang je yang tak suka lihat aku senang!" balas Chorong.
"Aku-"
"Stop it Namjoon, Chorong! Kamu dah buat kacau dalam kelas saya, detention class after school, the two of you!" arah puan Joo. Chorong ternganga, sementara Namjoon hanya beriak tenang. Apa sangat lah setakat kelas tahanan, macam tak biasa.
---
TBC
Abaikan typo.
Cameo ;
EXO - Chanyeol & Baekhyun
A PINK - Naeun
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top