Part 8

"Yow Kook." tegur Taehyung setelah melihat rakannya itu. Jungkook ketika itu sedang meminum air keras, disekelilingnya terdapat 2 gadis seksi.

"Oh V, datang pun kau." ujar Jungkook, dia tersenyum kecil.

"Ah ada apa panggil aku?" soal Taehyung sedikit terjerit kerana muzik yang dipasang di kelab malam itu sangat bising.

"Kejap. Korang dua pergi lah dulu. Oppa nak sembang dengan kawan oppa." kata Jungkook kepada dua gadis seksi tadi.

"Okey, byee oppa." kedua gadis itu mencium pipi Jungkook sebelum berlalu.

"Oppa oppa, geli aku dengar bodoh." kata Taehyung, dia mengambil tempat duduk sebelah Jungkook.

"Hahaha macam tak biasa. Eh lupa, kau kan anti perempuan." kuat kedengaran ketawa Jungkook.

"Ha ha ha, tak lucu." kata Taehyung pura-pura ketawa.

"Okey sorry. Kau pesan lah dulu minuman."

"Tak nak, aku pandu kereta."

"Alah segelas je." pujuk Jungkook.

"Kalau kau belanja, aku on je."

"Ceh tak guna, minta belanja rupanya." Jungkook memukul bahu Taehyung. Taehyung hanya ketawa.

Jungkook menghulurkan segelas minumam keras kepada Taehyung. Taehyung menyambut gelas itu dan meneguk sedikit.

"Cakap lah, apa benda kau nak bagitau aku?" soal Taehyung.

Jungkook mengeluh sebelum bersuara.

"Macam ni, omma dan appa nak tunangkan aku." ujar Jungkook, wajahnya nampak serabut.

Taehyung terlopong,

"Kau biar betul? Hahahahaha, awal siot nak tunang." kuat Taehyung ketawa. Si playboy Jungkook nak bertunang? Impossible.

"Tulah masalahnya. Dan satu masalah lagi, aku tak kenal pun perempuan tu."

"Cantik ke?"

"Kalau cantik pun kenapa?"

"Kalau cantik takpe lah, kau kan memang suka dengan perempuan cantik. Hahaha."

"Aku serius lah bodoh."

Taehyung berhenti ketawa.

"Okey sorry. Jadi kau setuju?"

"I have no option, kau pun kenal kan perangai parent aku macam mana. Aku buntu lah V."

"Apa salahnya, ikut je lah rancangan diorang."

"Kau gila? Karang aku dah tak boleh keluar malam, tak boleh lepak dan tak bebas, aku mana mahu!"

Taehyung diam seketika, dia memikirkan sesuatu.

"Macam ni lah, apa kata kau setuju je. Kau seksa perempuan tu sampai dia sendiri yang nak tinggalkan kau. Time tu parents kau dah tak boleh buat apa-apa dah." cadang Taehyung.

"Bijak juga idea kau erk." Jungkook mengangguk-anggukan kepalanya, bersetuju dengan cadangan Taehyung.

***

Hankuk High School

Jimin berjalan dengan penuh gaya masuk ke kawasan sekolah, seperti biasa banyak mata memandang ke arahnya.

Setibanya dia suatu koridor, dia terlihat beberapa gadis sedang berkumpul. Mereka seperti sedang bertengkar kerana jelas kedengaran jeritan.

"Kau tu cuma budak nerd!" jerit salah seorang dari gadis itu.

Muncul perasaan ingin tahu Jimin. Dia mendekati mereka. Terkejut dia apabila melihat Seulgi bersandar di dinding, wajah gadis itu ketakutan.

"Woi berhenti!" jerit Jimin. Gadis yang memegang lengan Seulgi serta merta melepaskan Seulgi.

"Asal kaurang ganggu dia?!" jerkah Jimin. Gadis-gadis tadi hanya tunduk, takut hendak bertentangan mata dengan Jimin.

"Dah blah, sekali lagi aku nampak korang buli dia, nahas korang." Jimin memberi warning. Gadis-gadis tadi segera meninggalkan Jimin dan Seulgi.

"Awak okey Seulgi?" soal Jimin, pandangan diarahkan ke Seulgi.

Seulgi hanya mengangguk.

"Betul ni?" soal Jimin sekali lagi.

"Ya. Thank you sebab selamatkan saya." Seulgi bow sebelum meninggalkan Jimin.

Baru sahaja Jimin hendak mengejar Seulgi, kedengaran satu suara memanggil nama Jimin.

"Woi Jimin!" jerit Namjoon. Dia menepuk bahu Jimin.

"Kau ni kacau daun lah." Jimin menolak tangan Namjoon.

"Eh kau tengah try Seulgi ke tadi? Sorry lah erk. Btw kau dah siap kerja sekolah? Nak tiru boleh?" soal Namjoon.

"Kau pehal kisah sangat pasal homework ni?" soal Jimin.

"Alah, homework yang hari tu aku tak hadir. Puan Joo tak benarkan aku masuk kelas kalau aku tak siap kerja dia."

"Jadi tak payah lah masuk kelas."

"Gile, puan Joo tu kawan omma aku. Tak pasal-pasal aku kena ceramah lagi. Malaslah aku asyik gaduh dengan omma." Namjoon mengeluh.

"Tak, akupun belum siap." ujar Jimin.

"Kau ni buang masa aku lah. Aku datang sekolah awal ni pun sebab nak siapkan homework tak guna ni."

"Hahahaha." Jimin hanya tergelak. Sementara Namjoon membuat pokerface.

"Dah lah kau." Namjoon menolak Jimin. Kemudian dia melarikan pandangan ke arah lain. Tanpa sengaja dia terpandang Chorong. Ahh perempuan tu.

Namjoon dengan pantas mendekati Chorong.

"Chorong!" panggil Namjoon.

Chorong hanya mengabaikan Namjoon. Gadis itu membuka langkah untuk melarikan diri dari Namjoon. Apa lagi lelaki ni nak? Tak boleh ke biarkan aku aman.

"Woi asal kau lari? Sini lah kejap." panggil Namjoon, namun Chorong masih tidak berhenti.

Namjoon berlari, beberapa langkah kemudian dia dapat menahan Chorong. Gadis itu terhenti.

"Ka-kau nak apa lagi?" soal Chorong sedikit gugup.

Namjoon mendekati Chorong, gadis itu terundur ke belakang. Chorong terhenti apabila badannya tersandar pada dinding. Namjoon hanya beberapa inci di hadapannya. Air liur ditelan.

"Aku nak kau." kata Namjoon, dia cuba menakut nakutkan Chorong.

"A..pa maksud kau?" soal Chorong gugup.

"Aku nak kau siapkan kerja rumah aku." ujar Namjoon, serentak itu dia mengambil buku dari beg nya lalu buku tersebut dibaling ke muka Chorong.

Chorong tersentak.

"Kau fikir aku kuli kau ke? Buat lah sendiri." kata Chorong berang.

"Kalau tak siap sebelum kelas puan Joo, kau yang siap aku kerjakan." ugut Namjoon, segera dia berlalu dari situ, meninggalkan Chorong yang terpinga-pinga.

***

Yoongi seperti selalu berjalan tanpa arah tuju. Earphone disumbat ke telinga, hoodie ditarik ke depan bagi menutup kepalanya.

Tiba-tiba dia terasa hoodienya ditarik dari belakang. Yoongi menoleh.

"Annyeong!" sapa SinB.

"Tch." Yoongi menarik semula hoodienya.

"Panas macam ni kau pakai hoodie, kau ada masalah kesihatan ke?" soal SinB. Yoongi tidak menjawab pertanyaan SinB.

"Hari ni nak pergi mana?" soal SinB lagi. Yoongi masih diam.

"Jom pergi karaoke nak?" cadang SinB. Yoongi menarik keluar earphone yang dipakainya.

"Aku nak pergi arked." kata Yoongi setelah lama berdiam diri.

"Nak ikut!" jerit SinB teruja.

"Girls not allowed."

"Alahhh, tolonglah, aku nak ikut." rayu SinB, dia menggoncang tangan Yoongi.

"Arked bukan tempat perempuan macam kau."

"Jadi kau pandang rendah kat aku?"

Yoongi mengangguk.

"Don't judge a book by its cover." ujar SinB sambil menaikkan kening kiri.

"Buktikan."

***

"Yeahhh, jadi sekarang kau kena belanja aku aiskrim. Takde tapi-tapi, dah janji kan tadi? Jomm cepat." SinB menarik lengan Yoongi keluar dari arked.

Yoongi seperti tidak percaya bahawa dia kalah bermain tiga game dengan SinB. Buat malu aku je kalah dengan perempuan. Nampaknya dia ni bukan sebarang perempuan, tulah siapa suruh berlagak tadi. Yoongi menepuk dahinya sendiri.

~

"Sedap betul aiskrim ni." ujar SinB, semangat dia memakan aiskrim lagi-lagi bila aiskrim tu free.

"Ceh." Yoongi hanya tersengih.

"Lepasni nak pergi mana?" soal SinB, masih fokus pada aiskrim nya.

Yoongi hanya diam, dia sendiri tidak tahu hendak ke mana.

"Wei kau dengar ke?" soal SinB, dia mencuit bahu Yoongi.

Yoongi memandang SinB, dilihatnya wajah gadis itu comot dengan aiskrim. Ceh macam budak-budak.

"Tak sangka pula pipi kau pun makan aiskrim." sindir Yoongi.

"Wae?" SinB memegang pipinya. Baru dia perasaan ada aiskrim melekat.

Dia segera mengelap pipi yang terkena aiskrim menggunakan jari ibunya kemudian dia menjilat jarinya yang terdapat sisa aiskrim tersebut.

"Pengotor." ujar Yoongi sambil tersengih, lalu dia berdiri dan melangkah pergi.

"Wei kau nak gi mana? Tunggu lah." SinB segera berdiri dan mengejar Yoongi.

---

TBC

Abaikan typo.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top