Part 52
"Faham ke?" tanya Taeyeon kepada Seokjin selepas menerangkan topik yang diajar.
Seokjin tersentak, dia mengangguk walaupun sebenarnya dia tidak faham.
"Uhm, saya tengok awak takde mood nak belajar, apa yang awak fikir sebenarnya?" Taeyeon perasan Seokjin sedikit moody hari ini.
"Takde lah, aku okey je." dalih Seokjin. Dia sebenarnya terfikirkan Yoongi. Dia curious dengan kisah cinta antara Yoongi dan SinB, bagaimana kalau akhirnya kawannya itu tidak bersama orang yang dia cintai.
Dan bagaimana pula pengakhiran dia dan Taeyeon?
"Jujur aje lah, perkara apa yang ganggu fikiran awak?" soal Taeyeon dengan lembut.
Seokjin memandang wajah gadis itu.
Dari awal lagi, Seokjin sudah tertarik dengan sikap lembut Taeyeon. Gadis itu tidak pernah kasar dengannya, dia selalu sabar dengan sikap lelaki itu.
Paling Seokjin suka ialah sikap memahami gadis itu. Baginya persefahaman paling penting dalam sesebuah hubungan. Tanpa persefahaman, hubungan tidak akan ke mana-mana.
"Jin?" tegur Taeyeon.
Seokjin kembali ke realiti,
"Taeyeon sshi."
"Hmm?"
"How if Jiyong nak getback dengan kau?"
Taeyeon tersentak,
"What do you mean?"
Seokjin tersenyum kecil,
"Never mind, just can you please stay by my side? Look, aku bukannya nak luahkan perasaan bagai, aku cuma nak kau stay dengan aku. Sebab honestly, aku selesa dengan kau. Aku selesa luahkan segalanya kat kau sebab kau faham aku. Aku tak paksa kau untuk suka aku, dan kalau kau masih sayang Jiyong pun aku tak kisah sebab itu hak kau. I just want you to stay." luah Seokjin.
Dia tidak kisah jika Taeyeon tidak suka dia kembali, kerana dia tahu tidak semestinya kita bersama dengan orang yang kita cintai.
Yang penting aku nak dia selalu bersama aku walaupun aku tak dapat miliki dia.
Taeyeon terkelu,
Bagi gadis itu pula lain, dia memang mahu Seokjin meluahkan perasaannya sebab dia sudah mula sayangkan lelaki itu. Tapi dia faham, hubungan mereka sekadar pelajar-guru.
Baru sahaja gadis itu ingin membuka mulut, telefonnya berbunyi tanda panggilan masuk.
Taeyeon melihat nama si pemanggil, ianya call dari Jiyong. Apa lagi yang lelaki itu mahukan?
"Angkat lah." ujar Seokjin.
Taeyeon menekan butang hijau,
"Saya kat depan rumah jantan tu sekarang, saya tau awak ada kat dalam, tolong keluar cepat."
"Tak nak, saya dah takde apa-apa nak dicakapkan lagi."
"Keluar atau jantan tu dalam bahaya!"
Talian dimatikan, Taeyeon menelan air liur. Nampaknya Jiyong sudah melampau, kali ini dia libatkan Seokjin pula.
"Jin, saya turun dulu, Jiyong ada kat bawah." pamit Taeyeon.
"Aku ikut."
~
Seokjin bersandar pada tembok rumahnya, tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Telinga dipasang untuk mendengar perbualan antara Jiyong dan Taeyeon di pagar rumah.
"Awak buat apa kat sini? Balik lah, saya tak nak tengok muka awak lagi."
"Jagi, tolonglah bagi oppa peluang. I'm so sorry, takkan lah awak nak lupakan hubungan ni macam tu je."
"But you've cheated on me. How could-"
"I know but I love you. Please? Ikut oppa, kita bincang kat tempat lain."
"No, I don't want. Go away."
Taeyeon masih berdegil, banyak kali Jiyong cuba memujuk namun tidak berkesan.
"Yah lepaskan tangan saya!"
Jiyong menarik tangan Taeyeon untuk masuk ke dalam kereta. Gadis itu meronta-ronta ingin dilepaskan.
Seokjin yang menjadi pendengar setia terus masuk campur, dia menarik lengan Taeyeon sebelah lagi. Wajahnya kelihatan serius.
"Yah kau buat apa ni?" tanya Seokjin.
Jiyong memandang tajam ke arah Seokjin.
"Kau jangan masuk campur boleh ke? Ni hal aku dengan dia!" marah Jiyong.
Seokjin menolak tubuh Jiyong menyebabkan tangan Taeyeon terlepas dari cengkaman lelaki itu.
Seokjin menyembunyikan Taeyeon dibelakangnya.
"Kau siapa nak ambik dia dari aku? Dia milik aku lah!" tengking Jiyong.
"Kau dah curang dengan dia, kau fikir kau masih layak ke untuk dia? Dengar sini baik-baik, Kim Taeyeon kepunyaan aku. Aku cintakan dia dan aku takkan sesekali biarkan sesiapa rampas dia dari aku, terutama lelaki gila macam kau ni." tegas Seokjin.
Taeyeon terkejut mendengar pengakuan dari Seokjin itu.
Jiyong tersengih sinis,
"Huh jangan berharap lah. Aku tau Taeyeon masih sayang aku. Jagi, awak masih sayangkan saya kan?" Jiyong memandang Taeyeon.
Gadis itu menyepikan diri, Seokjin masih gagah berdiri tanpa memandang Taeyeon. Dia harap gadis itu membalas confession nya yang bukan secara langsung itu.
"Ya, apa yang Jin cakap tu betul, awak fikir awak masih layak untuk saya? Awak silap, saya dah takde apa-apa perasaan kat awak. Lagipun, saya... cintakan Jin." tegas Taeyeon.
Gadis itu mahukan hubungan dia dan Seokjin lebih dari sekadar pelajar-guru.
Kali ini giliran Seokjin tersengih sinis, Jiyong meramas rambutnya. Dia sudah kalah.
"Fine! You two get lost!" Jiyong segera meninggalkan mereka berdua dengan perasaan berang. Sudah tiada harapan baginya untuk bersama Taeyeon semula.
Setelah kereta Jiyong hilang dari pandangan,
Seokjin berpaling, dia perasan tangannya masih bertaut dengan tangan Taeyeon.
"Tentang tadi err-"
"Shh. Aku faham."
"Jin, I want to stay with you as long as possible."
Seokjin mengukir senyuman, tahu lah dia Taeyeon juga punya perasaan yang sama.
***
Kim SooAe's Burial Mounds
Tapak perkuburan dihadapan dipandang hiba oleh Taehyung.
"Eemo-nim, maafkan saya sebab layan Jisoo dengan teruk." ujar Taehyung perlahan.
Dia terduduk, keadaan sunyi sepi dan hanya diterangi cahaya bulan.
"Boleh tak eemo-nim bawa Jisoo jumpa saya? Sebab saya betul-betul rindukan dia." rayu Taehyung walaupun dia tahu soalannya tidak akan dijawab.
Tiba-tiba seketul tahi bintang kelihatan jatuh dari langit. Taehyung terpana, dia segera membuat hajat.
Tolong temukan aku dengan Jisoo.
Taehyung membuka matanya, tahi bintang itu telah hilang. Entah kenapa dia masih percaya dengan benda karut itu, tetapi tidak salah mencuba. Mana tahu hajatnya untuk bertemu dengan Jisoo semula dikabulkan.
Semasa Taehyung ingin berdiri, telefon bimbitnya bergetar. Segera dia menyambut panggilan dari Jimin itu.
"Ada apa Jimin?"
"Pergi hospital sekarang."
"Wae?"
"Suga tenat."
Membuntang mata Taehyung.
"Aku pergi sekarang." talian diputuskan.
Taehyung meminta izin untuk berundur sebelum memecut laju motorbikenya ke hospital.
***
Seoul Hospital
Langkah diatur selaju yang boleh menuju ke wad yang menempatkan Yoongi.
"Tae!" panggil Jungkook apabila terlihat Taehyung yang juga baru tiba. Dia mendekati rakannya itu.
"Kau pun baru sampai?" soal Taehyung. Jungkook sekadar mengangguk. Mereka berdua beriringan menuju ke wad.
Dari jauh mereka dapat melihat wajah sugul rakan mereka yang lain. Ibubapa Yoongi juga turut berada di sana.
"Suga macam mana?" soal Taehyung dan Jungkook serentak.
"Doktor masih check keadaan dia kat dalam." jawab Namjoon.
"Duduk lah dulu." pelawa Hoseok.
Jungkook mengambil tempat duduk sebelah Jimin manakala Taehyung sebelah Seokjin yang dari tadi hanya membisu.
"Keadaan SinB macam mana?" soal Jungkook.
"Dia masih belum sedarkan diri lagi."
"Tadi masa aku lawat Suga, dia tiba-tiba bergerak tapi keadaan dia tak stabil. Tu yang aku terus call korang." terang Jimin. Dia meraup wajahnya beberapa kali.
"Dia akan selamat, dia kan kuat." Namjoon cuba menyedapkan hati rakan-rakannya.
Beberapa minit kemudian, pintu wad terbuka, seorang doktor berjalan keluar dengan wajah yang sukar ditafsir.
Puan Min pantas mendekati doktor tersebut.
"Bagaimana keadaan Yoongi?"
Doktor itu mengeluh berat.
***
Next morning...
Perlahan kelopak mata dibuka, benda pertama yang dilihatnya ialah siling putih. Dia terhidu bau yang semamangnya familiar baginya, dia tahu dia di hospital ketika ini.
"Eunbi, kamu dah sedar!" encik Hwang menghampiri anaknya itu. Perasaan syukur dan gembira terbit apabila melihat SinB sudah sedar dari koma.
"Appa.." panggil SinB lemah.
"Nae, appa kat sini." ujar encik Hwang sambil tersenyum halus.
"Saya masih hidup lagi. Saya fikir saya dah mati." tutur SinB.
Dia bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bernafas, dia fikir riwayatnya tidak lama.
"Jangan cakap macam tu, SinB nak tinggalkan appa ke?" encik Hwang sayu.
SinB mengukir senyuman tawar.
"Appa, saya nak jumpa orang yang dermakan hati kat saya." pinta SinB, kalau tidak kerana kebaikan orang itu, sudah lama dia kehilangan nyawanya.
Senyuman encik Hwang hilang, patutkah dia beritahu kepada gadis itu tentang Yoongi?
"Sebenarnya-"
Encik Hwang terhenti sebaik sahaja pintu wad terbuka, mereka serentak memandang pintu.
Wajah Seokjin tersembul,
"Mianhae jika mengganggu, saya nak sampaikan surat ni kepada SinB." Seokjin menghampiri katil SinB. Dia menghulurkan sepucuk surat kepada SinB.
Gadis itu mengerutkan dahi, perlahan tangannya mencapai surat itu.
"Apa ni?"
"Semua penjelasan ada kat dalam surat tu. Bacalah." jawab Seokjin. Encik Hwang cuma senyap.
Perlahan sampul dibuka, sekeping kertas berwarna biru muda dikeluarkan. Isinya yang agak panjang dibaca dalam hati,
Hwang Eunbi (nama kau kan?)
Ni aku Suga yang tulis surat ni. Kau bagi aku surat hari tu, aku pun nak bagi juga. Tapi jujurnya aku tak pandai buat surat. Harap kau faham lah. Sbelum tu aku nak kau nangis masa baca surat ni hoho.
SinB, kau masih ingat pertama kali kita jumpa? Masa tu aku rasa kau sangat annoying sbb selalu ikut2 aku. Tapi bila dah lama lepak, aku rasa selesa dgn kau. Kau je lah satu2nya rakan buat prkara gila msa kena gantung sekolah. Kau masih ingat masa kita kat arked? Aku sllu kalah dgn kau dan kau berlagak sgt. Tapi aku tak kisah pun kalau kalah. Kau masih ingt kita sllu kira kereta warna merah dan biru? Dari situ aku tau kau tak tau beza wrna merah dan oren :p. Banyak lagi kenangan yg aku tak dpt lupakan. Mungkin bagi kau semua tu tak berharga, tapi bagi aku itu je kenangan indah yg aku ada spnjg aku hidup.
Bila kau reject aku, aku rasa sakit sgt yg tak terkata sbb itu prtama kali aku luahkan prasaan kat prmpuan. Tapi aku faham, kau reject ada sbb, sbbnya kau ada cancer hati dan takkan hidup lama. Aku tau kau tak nak aku terluka, tapi apa salahnya kalau kau jujur je dgn aku? Aku boleh je berada di sisi kau, temani kau di saat-saat akhir kau.
Semuanya berlalu dgn pantas, kau pernah suruh aku cari kebahagiaan aku kan? Kau lah kebahagiaan aku. Masa kau menghilngkan diri, hidup aku tak tentu arah. Aku tetap tunggu kau walaupn kau reject aku byk kali. SinB yah, kau cinta pertama aku. Gadis yg mmbawa sinar bahagia dlm hidup aku. Jadi aku ambil keputusan utk dermakan hati aku kat kau. Andai kata aku tak selamat, kau jangan risau sbb sebahagian hati aku ada kat kau. Aku sntiasa ada dekat dgn kau. Tak pernah jauh walau sesaat.
Rasanya sampai sini je lah. Jaga kesihatan ok? Semoga sentiasa gembira. Saranghae ♡
Min Yoongi yang Swag
Hampir hancur kertas tersebut kerana air mata SinB yang tidak henti menitis. Dia tidak sangka Yoongi lah yang derma hati dekat dia.
Dia memegang dadanya, sebahagian hati Yoongi kini berada dalam tubuhnya.
Yoongi sudah banyak berkorban demi gadis yang dicintainya. SinB terharu, sungguh!
SinB memandang Seokjin,
"Suga mana?" tanya SinB dengan penuh harapan.
Seokjin memandang lantai kemudian dia mengeluh kecil.
---
TBC
Apa yang terjadi kat Suga?
Jeng jeng jeng.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top