Part 51
Hoseok melangkah turun ke tingkat bawah. Dia menuju ke dapur untuk minum.
Kenapa aku rasa rumah ni sunyi hari ni?
Hoseok kembali ke tingkat atas untuk menjenguk Momo. Pintu bilik gadis itu diketuk,
Namun tiada jawapan. Sekali lagi diketuk, masih tiada sahutan.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memulas tombol pintu.
Pintu tidak berkunci, perlahan Hoseok menolak pintu tersebut. Dia mengintai ke dalam bilik.
Kosong, tiada penghuni. Langsir juga tidak dibuka. Hoseok membuka langkah memasuki bilik tersebut.
Dia membuka langsir untuk membenarkan cahaya matahari masuk.
Bilik tersebut tersusun dengan kemas dan rapi, sama seperti sebelum Momo tinggal di sana.
Hoseok melilau sekeliling,
Mana pula dia pergi?
Matanya secara tidak sengaja tertancap pada sekeping nota atas meja kecil di sebelah katil.
Hoseok mencapai nota tersebut lalu membacanya,
I'm leaving now, mianhae and thank you for everything. Annyeong:)
Hoseok tergamam, apa maksud nota itu? Momo dah tinggalkan rumah?
Pantas Hoseok turun ke bawah untuk berjumpa encik Jung.
"Appa, Momo pergi mana?" tanya Hoseok.
"Hoseok tak tau? Momo dah balik Jepun, Kai yang hantar dia tadi."
Hampir terkeluar biji mata Hoseok, sejak bila? Kenapa dia tidak tahu?
"Bila dia gerak?"
"Dalam 30 minit lepas. Appa ingat Hoseok dah tau."
Aih shit!
Pantas Hoseok mengambil kunci kereta dan meluncur laju keretanya menuju ke airport.
~
Gimpo International Airport
Hoseok berlari anak memasuki airport yang sesak dengan manusia. Sesekali dia terlanggar dengan orang lain. Mustahil dia mampu mencari gadis itu dalam khalayak ramai begitu.
Dia mengeluarkan telefon, nombor Kai didail. Beberapa saat kemudian panggilan dijawab.
"Kau kat mana? Momo ada sama kau?"
"Kenapa kau cari? Bukan ke kau tak suka dia?"
"Jawab lah cepat!" tegas Hoseok. Dia nampak kusut.
"Cari aku kat Càfe Fire sekarang."
Talian dimatikan tanpa sempat Hoseok membalas. Lelaki itu mengeluh berat sebelum mencari kafe yang dimaksudkan.
Setibanya di Cafe Fire, Hoseok mencari Kai. Kelihatan Kai sedang duduk menantikan ketibaan Hoseok.
Segera Hoseok mendekati Kai,
"Mana Momo?" tanya Hoseok tanpa duduk terlebih dahulu. Dia risau jika dia tidak dapat bertemu dengan gadis itu lagi.
"Duduk dulu." arah Kai tenang. Hoseok patuh dan duduk di kerusi hadapan Kai.
"Kau memang lelaki penakut kan?" soal Kai dengan sinis.
Hoseok tersentak,
"Apehal kau tiba-tiba cakap aku penakut?"
Kai tertawa sarkastik,
"Kenapa kau buat Momo macam tu?!" jerit Kai.
Hoseok terdiam, hairan dia dengan sikap Kai yang tiba-tiba dingin.
"Kau jujur dengan aku, kau suka Momo ke?" soal Kai.
"Aku err.. sebenarnya-"
"Ni lah yang aku tak suka, teragak-agak!" Kai facepalm. Hoseok hanya mampu menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.
"Biar aku jujur dengan kau, selama ni aku dan Momo sepakat untuk buat kau jeles."
Hoseok mengerutkan dahi, tidak faham.
"Maksud kau?"
"Momo sebenarnya suka kat kau, tapi dia tak tau samada kau suka dia atau tak so kitaorang sepakat nak buat kau jeles, nak tengok reaksi kau macam mana. Ternyata dah jelas kau cemburu dengan kami. Aku yakin lah yang kau sukakan dia juga. Tapi kau bodoh sebab tak luahkan kat dia."
Hoseok tersentak, dalam masa yang sama agak geram dengan Kai. Mati-mati dia fikir Kai sukakan Momo.
"Kenapa dia tak bagitau aku?"
"Bagitau apanya, dia perempuan Hope, kau kena faham dengan perempuan. Mereka takkan luahkan perasaan mereka selagi lelaki tu tak mulakan dulu."
Hoseok terdiam. Jadi selama ini, Momo memang ada perasaan yang sama terhadapnya. Kenapa dia jadi penakut tidak jujur dengan perasaannya.
"Seok, Momo dah banyak kali bagi kau peluang untuk kau terus terang dengan dia. Tapi kau langsung takde keberanian nak jujur. Cinta perlukan keberanian, keberanian untuk meluahkan perasaan. Keberanian untuk mempertahankan cinta. Aku kecewa lah dengan kau ni." terang Kai, dia mengeluh.
"Aku minta maaf, mana dia? Aku nak jumpa dia."
"Baru sekarang nak jumpa? Kau dah terlambat lah, dia dah pergi. Dia dah jauh terbang ke Jepun."
Hoseok terkedu. Dia sudah terlambat, Momo sudah berlepas. Apa yang mampu dia buat lagi? Menangis sudah tiada guna, kapal terbang tidak akan berpatah balik. Dia hanya mampu meratapi dirinya yang sememangnya bodoh dan penakut.
Kalau sahaja dia berani, mungkin dia sudah bahagia bersama Momo sekarang. Momo, gadis itu yang telah mengubah pandangan Hoseok terhadap manusia bergelar perempuan. Kini, dia telah kehilangan gadis itu hanya kerana ketakutan untuk meluahkan perasaannya.
***
Berkali-kali nombor gadis itu didail namun tidak diangkat. Jungkook jadi buntu, dari semalam dia di hospital Nayeon tidak membalas mesej mahupun mengangkat panggilan telefon.
Gadis itu terus menyepikan diri begitu sahaja. Risau pula Jungkook jika terjadi sesuatu kepada Nayeon. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pergi ke rumah gadis itu.
Setibanya di rumah Nayeon, orang gaji keluarga Nayeon mempelawa Jungkook masuk.
Jungkook duduk di atas sofa, sesekali dia berdiri bagaikan cacing kepanasan.
Beberapa minit kemudian, kelihatan Changkyun baru turun dari tangga. Dia segera mendekati Jungkook.
"Hyung nak jumpa Nayeon?" tanya Changkyun sedikit teragak-agak.
Jungkook sekadar mengangguk,
"Sebenarnya err noona takde kat rumah."
"Dia pergi mana?" soal Jungkook sambil tersenyum.
"Noona dah err, noona ada tinggalkan surat untuk hyung. Kejap erk." Changkyun berlari masuk ke bilik, kemudian dia keluar semula dengan sepucuk surat dan sebuah kotak kecil.
Changkyun menghulurkan surat dan kotak tersebut kepada Jungkook.
"Apa ni?" soal Jungkook, senyumannya yang tadi hilang.
"Semalam noona pergi macam tu je, dia tinggalkan benda ni untuk hyung. Korang bergaduh ke?"
Jungkook terkejut, kenapa pula gadis itu tiba-tiba pergi? Tanpa pengetahuan dia pula tu.
"Mana ada gaduh, dia ada bagitau dia pergi mana ke?"
Changkyun melarikan pandangan, matanya bergetar, tiba-tiba dia jadi serba salah. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Kau tau kan? Palli bagitau hyung." rayu Jungkook.
"Err saya dah janji takkan bagitau sesiapa."
"Tapi dia tunang hyung, hyung perlu tau. Lagipun apesal dia tiba-tiba pergi? Apa salah hyung?" Jungkook semakin kalut. Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba gadis itu menghilang.
"Hyung bacalah surat tu dulu. Mungkin noona ada sebab dia tersendiri." kata Changkyun.
Ahh betul juga, Jungkook membuka lipatan surat tersebut. Dia membaca isinya.
- Jeon Jungkook
Hai, biar aku terus terang. Masa kat hospital, aku nampak kau dengan Eunha. Sejujurnya ia menyakitkan hati aku, tapi dari situ aku sedar yg aku bukan sesiapa selain menjadi orang ketiga dlm hbungan korang. Berdasarkan pndangan mata kau, aku tau kau masih syg dia. Yelah siapa yang dpt lupakan first love kan? Jadi sebelum hati aku brtmbah sakit, aku patut undurkan diri sebab aku tau antara dia dan aku, kau akan lebih pilih dia. Aku tak layak untuk kau. Jangan cari aku, pergilah cari kebahagiaan kau iaitu bersama Eunha >.<
Jungkook mengepal penumbuk, kotak kecil tersebut dibuka, rantai yang dia berikan kepada Nayeon tempoh hari digenggam erat. jadi sebab itu Nayeon pergi. Dia ternampak Eunha dan Jungkook di hospital semalam.
Jungkook mengeluh berat. Dia perlu cari gadis itu, dia perlu pujuk Changkyun untuk memberitahu keberadaan Nayeon.
"Changkyun-ah, dia dah salah faham. Tolong lah bagitau hyung dia kat mana, hyung perlu jelaskan pada dia." rayu Jungkook, pandangannya mulai blur kerana dipenuhi air jernih.
Changkyun memandang Jungkook dengan rasa serba salah.
***
Cafe Fire
Air mata yang ditahan sejak tadi akhirnya mengalir, Hoseok tidak sangka pula gadis itu benar-benar akan tinggalkan dia. Dahulu ommanya, kini gadis yang dicintainya.
"Takde guna kau nangis dah." ujar Kai.
"Aku tau."
"Biar aku tanya kau untuk kali terakhir, tapi kali ni kau kena jujur dan tak teragak-agak. Kau sayangkan Momo?"
Hoseok mengangkat muka memandang Kai.
"Aku sayangkan dia sampai aku takut kehilangan dia. Tapi benda yang aku takut dah terjadi disebabkan ketakutan aku sendiri. Kau betul, aku memang pengecut sebab tak jujur dengan dia." luah Hoseok.
"Kau cintakan dia?" tanya Kai lagi.
Tanpa ragu-ragu Hoseok terus menjawab,
"Ya, aku cintakan dia sangat-sangat."
Kai tersenyum puas hati.
"Then, kau patut bagitau dia sendiri. Dia ada kat belakang kau tu." ujar Kai lalu menunjuk seseorang di belakang Hoseok.
Hoseok terkejut, pantas dia berpaling belakang. Dan ternyata, Momo ada di belakangnya. Sedang berdiri sambil memandang Hoseok dengan senyuman manisnya. Dia dengar semuanya dari awal, dan dia berpuas hati. Rancangan mereka untuk mengenakan Hoseok berjalan lancar.
"Momo.." gumam Hoseok, dia berdiri.
Kai turut berdiri,
"Jangan marah aku, ni semua idea Momo." kata Kai, dia menepuk bahu Hoseok sebelum berlalu pergi.
"Jhope-"
Hoseok berlari mendapatkan Momo, tubuh gadis itu dipeluk erat. Momo tersentak, dalam masa yang sama dia gembira.
"Jangan pergi lagi, jebal."
"Saya takkan pergi."
Hoseok melepaskan pelukan, dia memandang wajah Momo. Kemudian dia tertawa kecil,
"Wae?" soal Momo.
"Maaf sebab jadi penakut."
"Tch, awak memang penakut pun dari dulu, nama je Hope, harapan tapi-"
"Yelah yelah, dah siap? Kalau dah aku nak bagitau sesuatu ni."
"Bagitau apa?" soal Momo, dia mengerutkan dahi.
Hoseok memegang tangan Momo, dipandangnya pula mata gadis itu.
"Mungkin sedikit terlewat tapi sebelum kau betul-betul tinggalkan aku, I need to say this."
Hoseok menggenggam tangan Momo.
"Saranghae." ucap Hoseok lembut. Dia tersenyum menampakkan gigi.
Momo tertunduk malu, akhirnya Hoseok mengucapkan perkataan itu. Perkataan yang sudah lama dia ingin dengar dari mulut lelaki itu sendiri.
"Nado saranghae, Jung Hoseok."
---
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top