Part 50
8:00 PM
Pintu operating room terbuka, seorang doktor berjalan keluar dengan tenang. pantas kesemua yang berada di sana berdiri.
"Siapa ahli keluarga pesakit?" soal doktor tersebut.
Encik Min dan Puan Min serta Encik Hwang berdiri. Sementara BTS hanya memasang telinga.
"Syukur pembedahan berjalan dengan lancar. Kami akan pindahkan pesakit ke wad." ujar doktor itu sambil tersenyum.
Masing-masing memasang wajah lega.
***
"Yoongi belum sedarkan diri lagi, dia kini dibawah jagaan rapi, apabila dia sedarkan diri nanti, kami perlu periksa kesan sampingan." jelas Dr. Jisung sebelum dia beredar.
Encik dan Puan Min mendekati Yoongi yang terlantar atas katil tidak sedarkan diri.
"Yoongi-ah cepat bangun." ujar puan Min sayu.
~
Di luar wad, BTS sedang duduk menunggu giliran mereka untuk melawat Yoongi.
Dr Jisung keluar, dia mendekati BTS sambil tangannya mengeluarkan sepucuk surat dari poket kot putihnya.
BTS berdiri dan tunduk hormat, sepucuk surat tersebut dihulurkan kepada BTS.
"Yoongi suruh serahkan surat ni kepada Hwang Eunbi."
Surat tersebut bertukar tangan.
***
Hankuk High School
Namjoon sedang duduk atas bangku sambil termenung di taman sekolah. Moodnya kurang baik hari ini. Tadi pagi sebelum ke sekolah, Sowon berjumpa dengannya.
[ flashback ]
"Aku dah lama nak cakap, kau manjakan aku sangat." ujar Sowon serius.
Namjoon menaikkan kening, tidak faham dengan Sowon.
"Aku dah besar, tak perlu dijaga sampai macam tu sekali. Aku boleh lindungi diri aku sendiri."
[ flashback end ]
Kedengaran keluhan kecil keluar dari mulut lelaki itu.
"Bad mood sebab Sowon?" soal satu suara. Namjoon sedikit tersentak.
Wajah Chorong dipandang. Akhirnya gadis itu menegurnya setelah beberapa hari tidak berlayan.
"Kau tau apa-apa ke?" tanya Namjoon.
Chorong melabuhkan punggung sebelah Namjoon.
"Sampai bila-bila pun takkan pandang..." jawab Chorong.
"Oh bukannya aku bad mood pun. Pasal Sowon, dia kata dia dah besar dan tak perlukan perlindungan aku lagi. Sedih pula aku bila dia cakap macam tu." Namjoon mengeluh halus.
"Takpe, aku kan ada untuk kau lindungi." Chorong tersenyum toothless. Namjoon berpaling memandang Chorong dengan wajah tidak berperasaan.
"Bising kau ni." ujar Namjoon seraya melarikan pandangan.
Chorong cemberut.
Suasana sunyi seketika,
"Chorong, kau macam biasa je?" soal Namjoon.
Dia tak sedih ke aku reject confession dia hari tu? Muka dia nampak relax je.
"Aku kena reject je." balas Chorong ringkas. Dia memandang tanah. Begitu juga Namjoon.
"Ya..ke? Maaf." ujar Namjoon.
Sunyi sekali lagi.
"Pertama kali kau tolong aku.. Kau pegang tangan aku macam ni." Chorong membuat gaya seperti dia sedang memegang kedua belah tangan seseorang sambil membayangkan ketika Namjoon selamatkan dia dari flasher dahulu.
Namjoon menoleh ke arah Chorong. Dia sekadar memerhati gelagat gadis tersebut.
"Kau pandang mata aku, kau tanya dengan prihatin "Boleh berdiri tak?", waktu tu aku rasa Namjoon macam seorang putera. Waktu kau lindungi Sowon pula, aku rasa kau sangat cool. Sebab nampak macam putera cuba selamatkan puteri." terang Chorong dengan semangat. Dia memandang Namjoon yang dari tadi tidak mengelipkan mata.
"Oh, suka berangan ke?" soal Namjoon selamba.
Chorong membuat pokerface. Boleh pula Namjoon tanya macam tu lepas dia bercakap panjang lebar. Dia tidak faham dengan lelaki itu, perangainya sentiasa berubah-ubah dan misteri.
Chorong berdiri di hadapan Namjoon.
"Jadi, Sowon berharap yang kau rasa 'ingin jaga' dia. Dan bukannya rasa seolah-olah kau 'kena jaga' dia. Sebab tu dia berharap lebih lagi dari kau!" luah Chorong.
Tempoh hari Sowon ada berjumpa dengan Chorong, Sowon meluahkan segalanya kepada Chorong.
Namun dia tidak memberitahu Chorong bahawa Namjoon menyukai gadis itu. Malah, dia merayu agar Chorong melupakan Namjoon.
"Tu je, okey bye!" Chorong pantas beredar dengan mata yang dipenuhi air jernih.
Sebenarnya aku yang nak jadi puteri.
Namjoon kaku selepas mendengar kata-kata Chorong itu. Dia biarkan gadis itu hilang dari pandangan.
Dia perlu bertindak sekarang. Dia tidak mahu perasaan Chorong terhadapnya berubah.
***
"Sunbae, ada orang suruh bagi kad ni kat sunbae." seorang pelajar perempuan memberi sekeping kad kecil kepada Seulgi.
Seulgi mengambil kad tersebut dengan tanda tanya.
"Siapa yang kasi?"
"Bacalah." pelajar perempuan itu terus beredar.
Perlahan Seulgi membaca kad tersebut.
Pergi ke dewan;)
Hanya itu yang tertulis, Seulgi mengerutkan dahi. Patutkah dia pergi?
Tiba-tiba sekumpulan pelajar berlari menuju ke suatu tempat, wajah mereka nampak teruja.
Ada apa sebenarnya ni?
Perlahan Seulgi melangkah untuk ke dewan seperti diarahkan dalam kad tersebut.
Seulgi tiba di dewan,
"Seulgi-yah!" jerit Joohyun setibanya gadis itu di dewan.
Joohyun mendekati Seulgi, dia memberi sejambak bunga dan sekeping kad yang sama seperti yang dia dapat awal tadi.
"Apa ni?" soal Seulgi, makin tambah hairan.
Joohyun sekadar tersenyum.
"Bacalah."
Seulgi membaca kad tersebut.
Pergi ke gelanggang;)
"Kejap, apa maksud semua ni?" tanya Seulgi lagi. Namun Joohyun hanya mengangkat bahu.
"Pergi aje lah." Joohyun menolak Seulgi.
Seulgi akhirnya mengalah, dia berjalan ke arah gelanggang sekolah dengan membawa sejambak bunga yang diterimanya tadi.
Setibanya di gelanggang,
Seulgi terjumpa dengan Seungwan pula.
Kali ni apa pula?
Seungwan memberi teddy bear bersaiz sederhana dan kad yang sama kepada Seulgi.
Seulgi membaca kad tersebut,
Pergi ke taman;)
"Ada apa sebenarnya ni?" tanya Seulgi.
"Pergi je." ujar Seungwan sambil mengenyitkan mata.
"Tapi-"
Tanpa sempat Seulgi menghabiskan ayatnya, Seungwan menolak badan Seulgi untuk beredar.
Seulgi mengalah sekali lagi dan terus pergi ke taman dengan bunga dan teddy bear tadi.
Semasa dalam perjalanan ke taman, dia dapat melihat ramai pelajar berkumpul bersesakkan untuk menyaksikan sesuatu.
Hoseok dan Seokjin datang entah dari mana terus memimpin Seulgi melepasi pelajar-pelajar tersebut.
"Korang nak bawa saya pergi mana?" tanya Seulgi.
"Ikut je." jawab Hoseok dan Seokjin serentak.
Mereka berhenti, beberapa meter di hadapan mereka kelihatan Jimin berdiri dengan gitarnya.
Seokjin dan Hoseok mengambil bunga dan teddy bear dari tangan Seulgi sebelum berundur untuk memberi mereka ruang.
Jimin mula menyanyikan sebuah lagu apabila Seulgi tiba,
i modeun geon uyeoni anya
geunyang geunyang naye neukkimeuro
on sesangi eojewan dalla
geunyang geunyang neoye gippeumeuro
niga nal bulleosseul ttae
naneun neoye kkocheuro
gidaryeotteon geotcheoreom
urin shiridorok pieo
eojjeomyeon ujuye seobri
geunyang geuraetteon geoya
You know I know
neoneun na naneun neo
seolleneun mankeum mani duryeowo
unmyeongi uril jakku jiltuhaeseo
neomankeum nado mani museowo
When you see me
When you touch me
ujuga uril wihae umjigyeosseo
jogeume eogeutnamjocha eopseosseo
neowa nae haengbogeun yejeongdwaetdeon geol
Cause you love me
And I love you
neon nae pureun gompangi
nal guwonhae jun
naye cheonsa naye sesang
nan ne samsaek goyangi
neol mannareo on
Love me now touch me now
Just let me love you
Just let me love you
ujuga cheoeum saenggyeonasseul ttaebuteo
modeun geon jeonghaejin geoyeosseo
Just let me love you
Let me love let me love you
Let me love let me love you
Semua pelajar bertepuk tangan selepas nyanyian ditamatkan.
Seulgi terpana dek nyanyian merdu itu. Dalam masa yang sama dia terharu. Patutkah dia menerima Jimin semula?
Jimin menapak mendekati Seulgi.
"Beri saya satu peluang lagi." ujar Jimin dengan pandangan yang redup. Dia berharap agar Seulgi memaafkan dia.
Seulgi masih mendiamkan diri,
Orang sekeliling mulai terjerit-jerit menyuruh Seulgi menerima Jimin semula.
"Kepercayaan adalah antara kunci agar sesuatu hubungan tu kekal. Seulgi, please trust me this time, I really love you." Jimin memegang tangan Seulgi. Dia menunggu jawapan gadis itu dengan penuh debaran.
"Jimin.." ujar Seulgi perlahan, matanya memandang ke dalam mata Jimin.
"Janji yang awak takkan hancurkan kepercayaan saya lagi?"
"Saya janji."
"Then I give you second chance." Seulgi mengukir senyuman manis.
"Jinjja?" soal Jimin, dia berasa semangatnya telah kembali.
Seulgi mengangguk,
"Yahooooo!!!" jerit Jimin gembira.
Seulgi ketawa halus, secara spontan Jimin mengangkat Seulgi seperti bridal style. Seulgi terjerit kecil.
"I love you, Kang Seulgi." ucap Jimin sambil merenung wajah Seulgi yang sudahpun blushing.
"I love you too, Park Jimin." balas Seulgi. Jimin tersenyum dan dengan perlahan dia mengucup dahi Seulgi.
***
"Wei aku pulang dulu, bye Joon." Seokjin terus beredar menuju ke kereta.
Tinggallah Namjoon seorang diri. Rakannya yang lain sudah balik.
Baru sahaja dia ingin melangkah tiba-tiba seseorang melanggar bahunya.
"Woi apa masalah kau ni?" ujar Namjoon kasar.
Sekumpulan pelajar lebih kurang dalam 4 orang memandang Namjoon dengan kencang. Mereka merupakan junior yang nakal di sekolah tersebut.
"Jadi kau tak puas hati?" soal Seungyoon, junior yang melanggarnya tadi.
Namjoon berdecit, muda lagi dah kurang ajar.
"Kau nak fight?"
Mereka saling bertatapan, tajam.
~
"Wei tu bukan Namjoon ke?" soal Naeun kepada Chorong sambil menunjuk sesuatu di luar tingkap kelas.
Mereka berdua bertugas membersihkan kelas sebelum balik ketika itu.
Chorong mendekati tingkap, terkejut dia apabila melihat Namjoon dikelilingi oleh beberapa pelajar junior mereka, dikenali sebagai kumpulan Winner.
Ni hal Namjoon, dia dah biasa jadi dia mesti takkan apa-apa.
Chorong mengambil begnya dan berkira-kira hendak pulang.
Tapi macam mana kalau dia kena belasah teruk.
Segera Chorong menukar langkah, dia pergi ke belakang bangunan di mana tempat dia melihat Namjoon dikepung tadi.
Dia terkejut melihat pelajar-pelajar junior tadi sudahpun bergelimpangan atas tanah.
Chorong menghela nafas lega,
Oh, dia selamat, dia pun dah takde. Baguslah.
Chorong berpaling untuk pergi, namun tanpa sempat dia pergi lebih jauh, kakinya direntap oleh seseorang.
Dia berpaling dan terkejut apabila melihat salah seorang junior dalam keadaan merangkak sedang memegang kuat kakinya.
"Wei kau geng Namjoon kan?" soal lelaki itu. Chorong menelan air liur.
~
"KYAAAAAA!!!!"
Namjoon terkejut apabila terdengar jeritan tersebut. Dia macam kenal suara jeritan itu.
Tiba-tiba hatinya berdebar, dia bagaikan dapat rasa sesuatu buruk terjadi.
Chorong? Setau aku dia bertugas hari ni. Mesti dia terlibat dalam masalah lagi.
Dia berlari sepantas yang boleh menuju ke sekolah semula. Dia pergi ke kelas, yang ada cuma Naeun.
"Mana Chorong?" tanya Namjoon risau.
"Dia pergi belakang sekolah kot, tempat kau bergaduh tadi." balas Naeun.
Membesar mata Namjoon, dia segera mengatur langkah menuju ke belakang bangunan.
Mereka masih berada di sana, Chorong juga ada, tangan dan kaki gadis itu terikat. Namjoon bersembunyi disebalik dinding.
Dia mencuri dengar perbualan Chorong dengan salah seorang dari junior-junior tersebut.
"Maaflah tapi kau kena jadi umpan untuk tarik Namjoon datang. Tak seronoklah kitaorang je kena belasah."
"Namjoon takkan datang."
"Kenapa?" Seungyoon membengkokkan lutut agar kepalanya sama paras dengan Chorong.
"Takde..."
"Hmm?"
"Takde sebab dia nak selamatkan aku, sebab aku dah kena reject dengan dia. Dia cuma minta maaf..."
Tiba-tiba kedengaran tangisan kuat dari gadis itu.
"Kau kenapa ni? Apa dah berlaku?" Seungyoon mulai gelabah apabila melihat Chorong menangis.
"Jangan lah nangis." pujuk Mino pula. Namun tangisan gadis itu semakin kuat.
Namjoon tersengih di sebalik dinding,
Manja betul dia ni.
Namjoon akhirnya keluar dari tapak persembunyiannya. Dia mendekati mereka.
"Nasib tak baik lagi nampaknya." ujar Namjoon sambil melihat Chorong. Gadis itu mendongak, dia tergamam seketika. Lelaki itu datang!
Seungyoon tersenyum sinis,
Belum sempat geng Winner bertindak, Namjoon sudah menerkam mereka. Habis satu-satu kena lempang, tumbuk, tendang dan sebagainya.
Sekali lagi keempat mereka terbaring atas tanah. Kekuatan Namjoon memang tidak dapat disangkal lagi.
"Lembap!" hambur Namjoon.
Lelaki itu segera mencangkung di hadapan Chorong, dia membuka cellophane tape yang digunakan untuk mengikat tangan gadis itu.
"Kenapa kau datang?" soal Chorong.
"Bila aku balik kelas, kawan kau bagitau." jawab Namjoon, dia masih sibuk membuka selofan.
"Bukan maksud aku-"
"Ish! Janganlah guna selofan kat dua-dua tangan macam ni!" Namjoon berang, susah pula mahu buka cellophane tape tersebut, sudahlah digunakan banyak sangat. Nasib baik dia berjaya buka.
Chorong terdiam. Namjoon merenung tangan Chorong yang berbekas.
"Aku yang nak tahu kenapa kau datang." ujar Namjoon lalu melepaskan tangan Chorong. Dia duduk di sebelah gadis itu.
"Yang kaki buat sendiri."
"Alaa berkira." Chorong membuka sendiri selofan pada kakinya.
"Kenapa kau ni sebenarnya?" Namjoon bersuara.
"Selalu buat ikut suka hati. Bila ditimpa masalah, libatkan orang lain pula. Lepastu walaupun diri sendiri susah, tapi nak juga sibuk hal orang lain." bebel Namjoon.
Chorong masih membisu,
"Ah! Dahlah. Kalau cakap pun bukannya perangai kau tu berubah kan? Tapi takpelah, ada juga alasan untuk lindungi kau." Namjoon menoleh ke arah Chorong.
"Aku akan jaga kau atas sebab istimewa." Namjoon memandang tepat ke dalam mata Chorong.
"Maksud kau?" tanya Chorong, hatinya berdegup kencang dek pandangan mata Namjoon.
"Kau tak faham lagi? Dari awal aku dah bagi hint yang kau penting bagi aku. Kau gadis aku, hanya aku yang boleh buli dan juga lindungi kau. Memang nampak macam aku tak kisah tapi jauh di sudut hati aku, I do care for you. Aku risau kau takkan bahagia dengan aku, sebab aku tak tau bercinta. Aku hanya mampu melindungi kau dan pastikan kau selamat sebab itu apa yang patut dilakukan kalau betul-betul sayangkan seseorang. Sekarang aku dah tak mampu pendam lagi, aku takut apa-apa terjadi kat kau. Jadi sebelum perkara buruk berlaku..."
Namjoon berdiri, dia menghulurkan tangan kanannya,
"Sudi ke kau terima aku sebagai putera yang akan sentiasa melindungi kau, tuan puteri?" Namjoon tersenyum simpul.
Chorong terpana, dia tidak sangka Namjoon juga mempunyai perasaan yang sama dengannya.
Chorong menyambut huluran tangan Namjoon. Lelaki itu menarik Chorong agar berdiri.
Mereka saling berpandangan.
"Pasal confession kau hari tu, rasanya masih belum terlambat kalau aku bagi jawapan kan?"
Chorong mengangguk,
"Aku suka kau juga, Park Chorong."
---
TBC
Cameo ;
WINNER
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top