Part 5
Seokjin keluar dari bilik setelah sejam berlalu. Perutnya berbunyi minta diisi.
Semua ni gara-gara merajuk dengan ayahnya. Adakah patut upah guru peribadi, tak masuk akal.
Langkah Seokjin terhenti setibanya dia di ruang tamu. Sepasang mata menatap ke arahnya.
"Annyeong Seokjin." sapa Taeyeon.
"Tch. Kau buat apa masih kat sini?" soal Seokjin dingin.
"Appa awak suruh saya ajar awak maths hari ni." jawab Taeyeon, gadis itu cuba beriak tenang.
"Mana parents aku?"
"Mereka keluar, ada hal kat pejabat."
Seokjin merolling kan matanya. Dia terus berjalan ke dapur.
"Lepas makan, kita mulakan pembelajaran, okay?" ujar Taeyeon, dia mengikut jejak Seokjin di belakang.
Seokjin berpaling.
"Ada aku setuju kau jadi guru aku ke? Takde kan? So tak payah susah-susah. Kau boleh blah." jerkah Seokjin. Taeyeon terkedu.
"Ta..pi appa awak yang suruh, dia kata kalau awak tak nak, dia akan halau awak dari rumah." kata Taeyeon sedikit gerun dengan Seokjin.
Seokjin terdiam. Dia tahu appa nya tidak main-main. Silap hari bulan dia jadi pengemis tepi jalan, dan dia takkan biarkan perkara tu berlaku.
Dia mendekati Taeyeon sambil memberi renungan tajam. Taeyeon gugup. Lelaki ni dah kenapa? Apesal tiba-tiba dia datang dekat ni? Gulp.
"Arasso, tapi dengan syarat. Ikut cara aku belajar, kalau aku ada mood baru kau ajar, kalau takde, tak payah. Dan lagi satu, kenapa kau ni pendek sangat? Tak cukup makan ke." usai sahaja ayat itu dilontarkan, Seokjin segera berlalu dari situ.
Taeyeon masih kaku, selepas Seokjin pergi, dia menghembus nafas lega. Ugh, aku tau aku akan dapat masalah lepas ni. Tak tau pula anak uncle Kim ni degil nak mampus.
Takpe Taeyeon, kau boleh handle. Yang penting yakin, fightingg.
***
Hankuk High School
Seperti biasa, Taehyung berjalan dengan selamba masuk ke kawasan sekolah.
"Awal sampai?" perli pengawas yang bertugas.
Taehyung smirk.
"Thanks." dia berlalu begitu sahaja.
Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar.
"Oppa!" panggil seseorang.
"Aishh." Taehyung mengeluh, baru je nak aman, dah datang pengacau.
"Saya ada sesuatu untuk awak." laung Jisoo, dia mengejar Taehyung yang semakin ke depan.
"Apa?" akhirnya Taehyung berpaling. Wajah Jisoo dipandang bosan.
"Nah. Buka sampai rumah tau." Jisoo menghulurkan sebuah kotak kecil. Tanpa banyak soal, Taehyung mengambil kotak kecil tersebut. Seraya itu Taehyung jalan meninggalkan Jisoo.
Aku tak kan putus asa kejar kau Taehyung. Aku akan berusaha untuk buat kau jatuh hati dengan aku.
***
Kringg!!
Loceng waktu rehat berbunyi. Semua pelajar menghela nafas lega.
"Gila bosan duduk sorang-sorang, kenapa lah Suga kena gantung sekolah." Namjoon mengeluh. Tempat kosong disebelahnya dipandang sayu (lah sangat).
"Tak payah drama sangat. Jom makan, aku lapar." ajak Jungkook.
"Wei Jimin, Seulgi sorang-sorang tu pergilah ajak dia makan." bisik Hoseok kepada Jimin yang sedang mengemas barang. Kiranya dia nak escape lepas rehat.
"Korang pergilah kantin dulu. Aku ada hal." Jimin tersengih penuh makna.
"Hah aku faham sengihan kau tu. Goodluck." ujar Seokjin sambil menepuk bahu Jimin.
Setelah rakan-rakannya beredar, Jimin mendekati Seulgi.
"Hai Seulgi." sapa Jimin, dia memasang senyuman paling manis.
"Hai." balas Seulgi, dia tidak perlu mendongak untuk melihat Jimin kerana lelaki itu pendek. (hoho)
"Saya Jimin. Nice to meet you." Jimin menghulurkan tangan untuk bersalam namun Seulgi tidak menyambut salaman itu. Jimin menarik balik tangannya. Keadaan mereka agak awkward.
"Er, awak lapar? Mari saya teman awak pergi kantin." ajak Jimin.
"No, thanks." jawab Seulgi, dia beredar dari situ meninggalkan Jimin.
Jimin mengusung rambutnya ke belakang lalu bibir digigitnya. Tch, dia tolak aku mentah-mentah? Belum pernah lagi ada orang tolak ajakan aku.
Kau tunggu, Seulgi. Aku akan pastikan kau merayu nak jadikan aku boyfriend kau.
***
Yoongi berjalan tanpa arah tuju dengan memakai uniform sekolah berlapiskan hoodie hitam. Dia tidak memberitahu ibubapanya bahawa dia digantung. Kalau bapanya tau, mau mati dia kena belasah.
"Bodoh!!" jeritnya.
Kemudian dia memasang earphone ke telinganya.
Tenang sikit.
Hoodie ditarik sedikit ke depan untuk menutup kepalanya.
Tiba-tiba seorang gadis beruniform sekolah bertembung dengannya. Gadis itu tercungap-cungap seperti baru menamatkan larian 100m. Gadis itu memegang lengan Yoongi.
"Tolong, tolong aku." ujar gadis itu meraih simpati. Yoongi kehairanan.
"Woi mana kau nak lari!" kedengaran jeritan seorang lelaki, Yoongi melihat 3 orang lelaki menuju ke arahnya. Mereka kelihatan seperti gengster. Gadis tadi sudah pun bersembunyikan di belakang Yoongi.
"Tolong, diorang nak pukul aku." ujar gadis tadi.
"Kau nak apa?" soal Yoongi kepada lelaki-lelaki gengster itu.
"Kau siapa hah?! Kami nak gadis tu." jerkah salah seorang dari mereka.
"Kau kenal ke mereka ni?" soal Yoongi kepada gadis itu. Gadis itu menggeleng.
"Dia kata dia tak kenal korang, jadi sila berambus." ujar Yoongi tenang.
"Kau siapa nak arahkan kami?!"
Yoongi tidak memperdulikan lelaki-lelaki itu. Dia terus membawa gadis itu pergi dari situ.
"Tak guna!" salah seorang dari lelaki gengster itu cuba memukul Yoongi. Nasib Yoongi sempat mengelak. Dia menendang pula perut lelaki itu menyebabkan lelaki itu terjelopok kesakitan.
"Sekarang kau nak tunjuk hero? Kau tu cuma budak kecik je lah." ujar lelaki gengster itu bengis.
"Budak kecik?" Yoongi menumbuk pula muka lelaki yang memanggilnya budak kecik tadi.
Gadis tadi hanya memerhatikan mereka bergaduh.
Yoongi rebah apabila belakangnya dipukul dengan kayu. Dia berdiri dan berundur ke belakang mendekati gadis tadi.
"Kau fikir kau hero ke? Tuik!" kasar gengster itu berkata.
Yoongi memandang gadis itu,
"Kau boleh lari kan?" bisik Yoongi.
"Aku cakap lari, kita lari." sambung Yoongi.
"Kaurang bisik apa tu?" soal lelaki gengster itu.
"LARI!" laung Yoongi, dia memegang tangan gadis itu dan lari dari situ sepantas yang boleh.
"Woii jangan lari!" jerit gengster-gengster, mereka mengejar Yoongi dan gadis itu.
"Aku dah tak tahan. Kau pergi lah dulu." ujar Yoongi, tenaganya sudah habis lagi-lagi bila dibelasah tadi.
Gadis tadi menggeleng. Dilihatnya kelibat gengster tadi sudah jauh di belakang. Gadis itu menoleh kiri kanan. Dia terpandang sebuah lorong sempit dan agak terselindung. Lantas dia menarik Yoongi untuk masuk bersama dalam lorong sempit itu.
Keadaan yang sempit membuatkan mereka terpaksa berdiri rapat. Kepala gadis itu tersandar pada dada Yoongi. Sunyi, hanya nafas mereka sahaja kedengaran untuk mengambil udara.
Tapak-tapak kaki gengster tadi semakin jelas kedengaran. Dalam hati mereka masing-masing berdoa agar gengster tadi tidak menjumpai mereka.
Kedua mereka menghela nafas lega apabila gengster tadi melepasi mereka.
"Fuh selamat." ujar gadis itu. Gadis itu mendongak, pandangannya bertaut dengan Yoongi.
Segera Yoongi melarikan pandangan dan keluar lorong tersebut. Yoongi menyarungkan hoodie dan ingin berlalu dari situ. Tak pasal-pasal kena belasah lagi, sebab perempuan tu hampir patah tulang aku.
"Tunggu!" jerit gadis itu apabila Yoongi berlalu begitu sahaja. Yoongi terhenti, dia berpaling.
"Er, gomawo sebab selamatkan aku." ucap gadis itu. Yoongi hanya mengangguk dan menyambung langkahnya.
---
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top