Part 49

Hoseok turun ke tingkat bawah untuk bersarapan pagi.

Setibanya di ruang makan, dia melihat encik Jung, ahjumma Nam, dan Momo sedang bersarapan.

"Morning." sapa Hoseok.

Momo lantas berdiri dan meninggalkan ruang makan setelah Hoseok mengambil tempat duduk.

Encik Jung kehairanan, pasti ada sesuatu yang tidak kena antara mereka berdua.

"Kenapa dengan Momo tu?" soal encik Jung kepada Hoseok.

Hoseok sekadar menggeleng tanda tidak tahu. Nampaknya gadis itu masih merajuk. Hoseok mengeluh kecil.

"Hoseok pergi sekolah dulu lah." lelaki itu berdiri.

"Tak nak sarapan dulu?"

"Takde selera. Annyeong." Hoseok pun segera berganjak.

***

Hankuk High School

Taehyung asyik termenung di rooftop sekolah sehingga bunyi loceng langsung tidak didengari. Sejak Jisoo pindah sekolah, dia kerap berada di sana bersendirian.

Kedengaran derapan tapak kaki menghampiri lelaki itu.

"Aish! Aku dah kata tadi jangan ganggu aku kan!" tengking Taehyung tanpa melihat orang tersebut.

"Kalau aku nak ganggu juga macam mana?" soal suara itu sambil ketawa.

"Eh Jimin, aku fikir Yerin tadi." Taehyung tersengih, tak pasal-pasal Jimin kena tengking dengan dia.

"Kenapa? Perempuan tu ganggu kau lagi?" Jimin meletakkan tangannya atas bahu Taehyung.

"Ya, dia fikir lepas Jisoo pindah dia boleh tackle aku. Tapi dia silap."

"Heh kau betul-betul sayang perempuan tu." Jimin menurunkan tangannya sambil mengukir senyuman sinis.

Taehyung sekadar tersengih,

"Kau dah lupa prinsip kau." ujar Jimin.

Taehyung ketawa, ya cinta boleh buat dia lupa tentang prinsip yang sudah lama dia pegang.

"Lelaki ni lemah lah Chim. Diorang buat prinsip tapi tiada prinsip yang boleh mengatasi hati." ujar Taehyung sedikit kesal.

"Kau cakap lelaki lemah kau pun lelaki gak."

"Aku tau lah. Aku cakap kita lemah sebab itu apa yang aku rasa. Walau sekuat segagah mana pun lelaki tu, tapi kalau masuk bab cinta tetap lemah punya." luah Taehyung. Dia tidak pernah seemosi begini.

"Aku faham. Aku pun rasa macam tu juga sebenarnya." Jimin mengeluh.

Mereka membisu seketika,

"Jadi apa kau nak buat lepas ni?" tanya Jimin.

"Buat apa lagi masuk kelas lah." jawab Taehyung polos.

"Bukan lah gile. Maksud aku, takkan kau nak terus termenung kat rooftop ni macam orang takde life. Lagipun bila masa kau reti masuk kelas lepas rehat."

"Habistu aku nak buat apa lagi? Dia dah pergi Chim, aku tak dapat hubungi dia langsung."

"Bodoh. Ni lah kalau baru first time jatuh cinta. Kau pergi lah cari dia, tanya semua kawan-kawan dia, mustahil takde satupun yang tau."

Taehyung memandang Jimin dengan pandangan yang sukar ditafsir.

"Asal kau pandang aku gitu?"

Taehyung mengelus kepala Jimin sambil kepala diangguk-angguk.

"Majayo, kenapa aku tak pernah terfikir."

"Sebab kau bengap." Jimin buat pokerface lalu menepis tangan Taehyung. Habis rosak rambutnya yang lawa.

"Kalau macam tu aku turun dulu nak jumpa kawan-kawan dia." Taehyung membuka langkah dengan cepat.

"Anyway, semoga berjaya pujuk Seulgi. Kau kan terer." ujar Taehyung sebelum kelibatnya hilang dari pandangan Jimin.

Lelaki itu sekadar tersenyum kelat. Seulgi masih marahkan Jimin, banyak kali Jimin cuba memujuk tetapi gadis itu masih enggan menerima dia semula.

***

Seoul Hospital

"Kau dah hilang akal ke? Kenapa kau pula yang kena derma?!" marah encik Min. Baru hari ini dia dapat tahu yang Yoongi ingin mendermakan hatinya kepada seorang gadis.

Dia terus naik angin dan meluru ke hospital. Yang lebih buat dia marah, Yoongi telah membuat persetujuan tanpa pengetahuan dia.

"Biarlah, mungkin dia ada alasan sendiri." pujuk puan Min, namun encik Min hanya mengendahkannya.

Yoongi masih berdiam diri di atas katil hospital.

"Alasan apa?! Kau tau tak pembedahan tu berisiko? Macam mana kalau ada apa-apa jadi kat kau?" marah encik Min lagi.

"Jawab lah, kau dah bisu ke?"

Yoongi menentang mata encik Min.

"Saya buat semua ni sebab saya sayang perempuan tu. Dia segalanya bagi saya." lantang Yoongi bersuara.

"Yah berapa lama kau kenal perempuan tu sampai kau sanggup derma hati kau?" kali ini nada encik Min lebih rendah dari yang awal tadi.

"Tak kisah lah berapa lama saya kenal dia, tapi dia dah bagi kebahagiaan kat saya yang saya tak pernah dapat jadi salah ke saya cuba selamatkan dia?" Yoongi cuba menahan air matanya daripada menitis.

Encik Min terkedu, pertama kali dia melihat anaknya yang swag seperti itu. Lagipun apa yang Yoongi buat itu tidak salah, dia hanya mahu menyelamatkan nyawa orang lain.

"Appa jebal, benarkan saya buat pembedahan ni. Demi kebahagiaan saya." rayu Yoongi.

Puan Min sudahpun menitiskan air mata mendengar rayuan Yoongi yang sayu itu. Sementara encik Min masih senyap, memikirkan jawapan yang bakal memberi impak besar terhadap hidup anaknya itu.

"Baiklah. Kalau itu yang kau mahu." putus encik Min.

"Gomawo appa."

Yoongi akhirnya mampu tersenyum. Puan Min memeluk Yoongi, diciumnya berkali-kali pipi anaknya itu.

"Bila pembedahan akan dijalankan?"

"Malam ni."

"Appa doakan kau selamat. Appa sayang kau."

Yoongi terharu mendengar kata-kata encik Min itu. Kini, dia dapat rasakan kebahagiaan yang sebenar apabila bersama keluarga.

***

"Annyeongg!!" jerit Taehyung di hadapan pintu rumah Yoongi.

Kepalanya dipukul oleh Namjoon dari belakang.

"Ada loceng tu tekan lah, kau jerit buat pe?" Namjoon facepalm.

Taehyung tersenyum petak sementara rakan-rakannya yang lain ketawa melihat kedunguan lelaki itu.

Lantas loceng rumah ditekan.

Beberapa saat kemudian terjengul wajah kakak Yoongi, Min Sunye. Kebetulan dia juga hendak keluar.

"Annyeong noona." sapa keenam lelaki itu.

"Eh annyeong, ada apa datang sini?" tanya Sunye ramah. Dia kenal dengan rakan-rakan adiknya itu.

"Kami cari Suga, dia ada kat rumah?"

Sunye mengerutkan dahi.

"Takkan kamu tak tahu? Dia kat hospital."

"Mwo?!!" terbuntang mata masing-masing.

"Yaampun Yoongi, dengan korang pun dia tak bagitau rupanya." Sunye menepuk dahinya.

"Bagitau apa?"

"Buat apa dia kat hospital?"

"Dia sakit apa?"

Bertubi-tubi soalan yang dituju, sehingga Sunye pun pening hendak menjawab soalan mereka.

"Macam ni, dia derma hati kat seseorang. Sepatutnya pembedahan dijalankan malam ni tapi terpaksa diawalkan, tu lah noona nak pergi hospital sekarang." ujar Sunye.

"Kalau macam tu kami pun nak pergi hospital."

Kesemua mereka pantas menaiki kereta yang dipandu Hoseok. Dalam hati masing-masing menyumpah si Yoongi kerana merahsikan perkara penting seperti itu dari mereka.

***

Seoul Hospital

Kelihatan beberapa manusia sedang menunggu di hadapan operating room.

Ketika BTS tiba di hospital, pembedahan telah dilangsungkan tanpa sempat mereka berjumpa Yoongi.

Masing-masing memasang wajah risau, sudah 1 jam berlalu namun pembedahan belum selesai.

"Macam mana kalau sesuatu terjadi kat anak kita?" tanya puan Min kepada encik Min.

"Dia akan baik-baik, saya yakin." jawab encik Min cuba menenangkan isterinya.

BTS yang mendengar perbualan kedua orang tua Yoongi itu berasa simpati dengan mereka.

"Suga memang gila." ujar Jungkook perlahan.

Jimin meletakkan tangannya atas bahu Jungkook.

"Dia memang gila pun, kau baru tau?" Jimin tertawa kecil namun hambar.

"Dia sanggup berkorban demi orang yang dia sayang." kata Namjoon pula.

"Aku kagum dengan dia sejujurnya." tutur Seokjin, kelihatan mata lelaki itu berkaca.

"Eh kau nangis ke Jin? Lemah lah." soal Hoseok, dia menepuk bahu Seokjin.

"Eh mata kau pun ada air juga aku tengok." ujar Taehyung kepada Hoseok.

Hoseok menyeka air mata yang hampir keluar.

"Cis cakap orang, sendiri pun menangis juga." Seokjin berdecit.

"Kenapa kebelakangan ni kita asyik emo erk?" soal Jungkook yang mundar mandir dari tadi.

Mereka sedar sejak akhir-akhir ini, perangai mereka berubah. Dari yang tidak berperasaan kepada lelaki emotional.

"Sebab kita ada perasaan." jawab Taehyung.

Mereka membisu seketika.

"Aku harap Suga selamat."

Mereka mengeluh perlahan.

"Aku pergi toilet dulu." Jungkook minta diri dan segera ke tandas.

***

Setelah membuang apa yang patut, Jungkook menapak keluar.

Jungkook mengeluarkan telefon bimbitnya apabila satu mesej masuk. Ianya mesej dari Nayeon, gadis itu menyatakan yang dia ingin datang ke sana. Jungkook tersenyum nipis.

Semasa dia hendak membalas mesej tersebut, tiba-tiba badannya terlanggar dengan seseorang.

"Mianhae." ujar Jungkook tanpa melihat wajah orang tersebut.

"Jungkook, is that you?"

Jungkook terkejut, suara itu! Dia mendongak dan...

"Eunha?" Jungkook bagaikan tidak percaya melihat manusia di hadapannya kini. Setelah beberapa tahun terpisah, akhirnya mereka dipertemukan semula.

"Long time no see Kookie." ujar Eunha lembut. Namun jelas wajah gadis itu nampak sedih.

Kenapa dia sedih? Mata dia pun nampak sembab.

"Awak buat apa kat sini?" soal Jungkook. Dia cuba untuk tidak melayan gadis itu tetapi gadis itu bagaikan magnet yang menarik Jungkook untuk mendekatinya.

"Saya lawat kawan saya, dia tengah operate sekarang." balas Eunha.

Jungkook sekadar mengangguk faham.

"Awak?"

"Saya pun sama, Suga tengah operate."

Gadis itu tersentak,

"Don't say Suga yang dermakan hati untuk SinB?"

"Macam mana awak tahu?"

"SinB tu kawan yang saya maksudkan."

Jungkook terkejut lagi, kebetulan apakah ini?

Patut lah dia sedih. SinB tu rupanya kawan dia.

Mereka membisu seketika, Jungkook memandang lantai.

"Eunha-"

Ayat Jungkook tergantung apabila gadis itu tiba-tiba memeluknya.

Eunha menangis di bahu Jungkook. Dia sedih kerana risau akan SinB.

Jungkook terpana, dia biarkan sahaja gadis itu memeluknya. Dia faham perasaan gadis itu. Perlahan tangannya membalas pelukan Eunha, sejujurnya dia rindukan gadis itu.

Tanpa mereka sedar, sepasang mata sedang memerhatikan mereka dari jauh. Hatinya pedih melihat adegan tersebut.

Aku tau dia masih sayangkan Eunha. Mungkin aku cuma orang ketiga dalam hubungan mereka. Aku tak patut berharap pada dia.

Air jernih mengalir di pipi Nayeon. Dengan langkah kecewa, dia meninggalkan hospital tersebut.

---

TBC

Cameo ;

WONDERGIRLS - Sunye

GFRIEND - Eunha

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top