Part 48
6:00 AM
"Jin, semalam Taeyeon call appa, dia kata nak jadi personal teacher Jin balik." ujar encik Kim, sambil pandangan dilempar ke arah anaknya.
Mereka sekeluarga sedang menjamah sarapan sebelum masing-masing pergi ke pejabat dan sekolah.
Seokjin tersedak, dia lantas mencapai air dan minum.
"Jinjja? Kenapa tiba-tiba?" tanya Seokjin tidak percaya.
"Tak tau, Jin ada jumpa dia ke?"
"Ada tapi dia takde pula cakap pasal tu." balas Seokjin sambil mindanya terfikir gadis kenit itu.
Encik Kim sekadar mengangguk dan meneruskan suapannya.
Seokjin berasa pelik dengan perangai ayahnya pada pagi itu. Mood orang tua itu baik tidak seperti selalu.
"I'm done, Jin pergi sekolah dulu." Seokjin meneguk air sebelum berdiri.
"Take care sayang." pesan puan Kim.
"Biar appa hantar Jin pergi sekolah hari ni."
Langkah Seokjin terbatal, dia berpaling menghadap ayahnya.
Orang tua ni sakit ke apa? Tak pernah-pernah pun dia nak hantar aku.
"Uhh okey."
"Saya pergi dulu, annyeong." encik Kim mencium dahi isterinya sebelum beredar.
Seokjin dan ayahnya pun segera menapak keluar dan menaiki kereta. Encik Kim yang pandu hari ini. Seokjin duduk di kerusi penumpang depan.
~
"How was school?" tanya encik Kim, matanya fokus pada jalan raya.
"Went good." balas Seokjin.
"Ada apa-apa masalah kat sekolah?" soal encik Kim lagi.
Seokjin semakin pelik dengan perangai tiba-tiba caring encik Kim itu.
"So far takde. Kenapa?"
"Ani, appa nak ambil tau aje. Tak boleh ke?"
"Bukan tak boleh cuma Jin pelik dengan perangai appa hari ni." jujur Seokjin.
Encik Kim ketawa besar,
"Ketawa pula dia." gumam Seokjin.
"Mianhae, bukan selalu appa ada masa hantar Jin. Appa sedar kebelakangan ni kita jarang luangkan masa bersama." ujar encik Kim sambil tersenyum hambar.
Ya, dia sudah sedar. Selama ini dia terlalu sibuk dengan perniagaannya sehingga terlupa akan isteri dan anaknya di rumah. Dia rasa bersalah pada mereka lagi-lagi Seokjin.
Seokjin mengukir senyuman, jarang dapat dengar ayahnya berkata begitu.
"Maafkan appa ya?"
"It's okay appa, Jin maafkan."
~
Setelah beberapa minit perjalanan, mereka tiba di sekolah. Seokjin membuka seatbelt sebelum membuka pintu kereta.
"Nanti balik appa ambil Jin." pesan encik Kim.
"Ah nae appa."
"Dan lagi satu, jangan ponteng lagi, appa tau kemarin Jin ponteng. Kali ni appa maafkan tapi lain kali appa tak jamin." encik Kim memberi amaran dengan nada sedikit lembut.
Seokjin tersengih, dia fikir appanya tak tahu!
"Oh pasal tu hee, lepas ni Jin tak ponteng lagi."
"Okey, take care." encik Kim mengusap rambut Seokjin sebelum anaknya itu keluar dari perut kereta.
Seokjin berjalan memasuki kawasan sekolah dengan hati yang gembira.
***
"Yow Jin!" tegur Jimin semasa lelaki itu berada di depan lockernya.
"Chim."
"Happy nampak?" usik Jimin, dia mencubit pipi Seokjin.
Seokjin menepis tangan Jimin. Sakit pipinya akibat dicubit.
"You know what? Bapa aku yang hantar aku ke sekolah hari ni."
Jimin terlopong tidak percaya.
"Kau biar betik?"
"Yelah buat pa aku tipu."
"Appa kau buang tebiat ke apa."
"Hahaha entah, tapi baguslah dia dah berubah." Seokjin tersenyum kecil.
Pada masa itu, Seulgi berjalan melepasi mereka berdua.
Jimin sempat menjeling ke arah Seulgi namun gadis itu langsung tidak memandangnya. Seulgi berhenti di hadapan locker untuk mengambil sesuatu.
"Kau gi lah tegur dia." arah Seokjin. Dia menolak tubuh Jimin agar mendekati Seulgi.
"Morning Seulgi." tegur Jimin.
Gadis itu menutup pintu locker dengan kuat. Dia hanya menjeling tajam sebelum berganjak, tiada senyuman seperti selalu. Jimin mengeluh kecil.
Dia kecewa, tapi dia tahu Seulgi lebih kecewa.
***
"Suga tak datang lagi hari ni?" soal Namjoon setelah melihat tempat duduk Yoongi masih kosong.
"Macam tu lah." Seokjin mengeluh.
"Jadi plan kemarin nak pergi rumah Suga macam mana?" soal Hoseok.
"Aku tak dapat pergi, ada hal." kata Jimin.
"Aku nak pergi tapi balik nanti appa aku yang ambil so rasanya tak dapat." tutur Seokjin.
Semua pandangan dialihkan ke arah Seokjin. Setahu mereka Seokjin tidak sehaluan dengan bapanya.
"Asal dia pula yang kena ambik kau?"
Seokjin mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Dia tiba-tiba je baik dengan aku hari ni." balas Seokjin.
"Ceh untung lah." ujar Jungkook.
"Jadi yang lain macam mana? Dapat pergi ke?" soal Hoseok.
"Kalau semua busy, esok aje lah." sampuk Taehyung.
"Esok je lah kalau macam tu. Kali ni betul-betul, kosongkan semua jadual korang."
"Ya, terutama Jungkook, jangan pula kau sibuk dating esok." gurau Namjoon.
"Aku tau lah." Jungkook cemberut.
***
Seperti yang telah dijanjikan, encik Kim mengambil Seokjin setelah sesi persekolahan tamat.
Sepanjang perjalanan, mereka berbual mengenai kehidupan masing-masing. Kini encik Kim lebih mengambil berat akan anak lelakinya itu.
Bagi Seokjin pula, dia sangat bahagia dengan perubahan drastik bapanya itu. Lebih membuatkan dia gembira lagi apabila encik Kim memberi sepenuh kepercayaan kepada Seokjin untuk menentukan masa depannya sendiri.
***
Jimin melirik jam untuk kesekian kalinya, matanya tidak lekang dari melihat pintu kafe berharap agar orang yang ditunggu telah sampai.
Dia mengukir senyuman apabila orang yang dinantikan tiba,
"Hyung, maaf lambat." Daniel tunduk hormat.
"Gwenchana, duduk lah."
Daniel mengambil tempat duduk di hadapan Jimin. Wajah lelaki itu agak dingin tidak seperti selalu.
"Hyung ada apa nak jumpa?" tanya Daniel walhal dia sudah tahu sebabnya.
"Minum lah dulu." arah Jimin, dia sudah memesan fresh orange untuk Daniel sebelum lelaki itu tiba.
Daniel meneguk sedikit air tersebut, kemudian kembali fokus ke Jimin.
"Macam mana dengan Seulgi?" tanya Jimin.
"Dia masih macam tu lah, masih marahkan hyung. Aku dah try pujuk tapi dia ego sangat." Daniel mengeluh, dia juga buntu cari jalan untuk memujuk kakaknya itu.
Jimin membisu seketika, kalau begitu plan C perlu dijalankan dengan segera.
"Tolong jangan berhenti pujuk dia okey? Mana tau hati dia jadi lembut."
"Arasso, hyung jangan lah risau. Nanti-nanti dia okey lah tu. Cuma hyung jangan lah sakitkan hati dia lagi, kesian noona dah banyak kali terluka."
"Hyung tahu, maafkan hyung sebab buat noona kau macam tu. Hyung cuma tak sangka boleh terrrsuka dia." Jimin tersengih, malu.
Daniel sekadar ketawa. Dia dapat rasakan yang Jimin ikhlas dengan Seulgi, sebab itulah dia menolong Jimin untuk rapatkan hubungan mereka semula.
***
Taeyeon memerhatikan setiap sudut ruangan bilik belajar milik Seokjin. Sudah lama rasanya dia tidak ke sana, jadi rindu pula.
"Dah lah tu, takde yang berubah pun." gumam Seokjin.
Taeyeon mengambil tempat duduk,
"Lama tak pergi sini, jadi rindu pula."
"Pemilik bilik belajar ni kau tak rindu?" soal Seokjin sambil tersengih senget.
Taeyeon menjeling,
"Tak."
"Eleh orang rindu je tak mengaku dia rindu."
"Yelah Jin." Taeyeon buat muka menyampah. Dia rindu sebenarnya!
Seokjin hanya ketawa,
"By the way, kau nak tau sesuatu?" soal Seokjin, nadanya diseriuskan.
"Apa dia?"
"Appa aku dah berbaik dengan aku." kata Seokjin dengan bangga.
"Jinjja?" kata gadis itu bersahaja.
"A'ah dia tiba-tiba je baik, aku pun tak tau kenapa tapi baguslah."
Taeyeon mengulit senyuman penuh makna. Sebenarnya dia yang pujuk encik Kim untuk berbaik dengan Seokjin. Dia memberitahu encik Kim tentang semua luahan Seokjin, maklum sahaja gadis itu tempat Seokjin untuk meluah sebelum mereka gaduh besar.
"Ya, baguslah." gumam Taeyeon.
***
Beg sekolah dibaling dengan geram di atas katil, Hoseok melonggarkan tali lehernya. Panas betul hatinya apabila terlihat Momo bersama Kai semasa dia dalam perjalanan balik dari sekolah.
Dia kata dia tak suka Kai tapi kenapa dia keluar dengan mamat tu?
"Argh shit!"
~
"Saya dah balik!" laung Momo sambil membuka sandal yang dipakainya.
Belum sempat dia menyimpan sandal di rak, seseorang menarik tangannya.
Momo dibawa ke ruang yang agak terselindung,
Gadis itu terkejut,
"Kenapa ni, Jhope?" soal Momo hairan. Hoseok melepaskan tangan Momo. Wajahnya dingin.
"Kau keluar dengan Kai kan? Berapa kali aku nak bagitau jangan keluar dengan dia!" ujar Hoseok dengan nada sedikit tinggi.
Gadis itu tersentak kerana Hoseok meninggikan suara.
"Kenapa pula tak boleh?" tanya Momo sedikit gentar.
"Sebab aku tak suka! Kalau kau nak pergi mana-mana bagitau aje lah aku."
"Tapi dia yang-"
"Takde alasan, kau tetap tak boleh ikut dia walaupun dia paksa."
"Apa masalah awak ni sebenarnya?"
"Kau tanya apa masalah aku? Kau tu yang susah sangat ke nak dengar cakap aku?!" tengking Hoseok.
Kelihatan air jernih mula bertakung di tubir mata gadis itu. Dia tidak jangka Hoseok akan meninggikan suaranya hanya kerana perkara itu.
"Saya tak faham lah dengan awak ni. Kenapa awak tak suka saya keluar dengan Kai? Kalau awak tak suka saya biarlah saya keluar dengan Kai." lantang gadis itu bersuara.
Hoseok tersentak, tetapi disebabkan ego, dia tidak dapat mengawal kemarahannya.
"Jadi kau suka kat Kai? Kalau kau nak sangat lelaki tu, pergilah! Aku tak larang lagi, kau tak dapat harta aku, sekarang kau nak harta dia pula kan?!" jerit Hoseok, dan sedikit yang dia tahu, dia telah tersalah cakap.
Momo terkesima, sampai hati lelaki itu tuduh dia sebegitu. Air matanya menitis, hatinya sakit bagai ditusuk panah.
Hoseok mungkir janji.
Langkahnya pantas diambil menuju ke bilik tidur.
"Momo, aku tak maksudkan macam tu." ujar Hoseok setelah sedar yang dia keterlaluan.
Dia mengejar gadis itu yang sudah pun berkurung di bilik.
"Momo aku-"
"Pergi! Saya tak nak dengar apa-apa dari awak. You are jerk!" jerit Momo disebalik pintu.
Hoseok tersentak,
Ya aku memang jerk yang bodoh.
"Baiklah, maafkan aku." kata Hoseok perlahan sebelum beredar untuk memberi ruang gadis itu bertenang.
Bodoh! Aku dah buat silap lagi. Kenapa aku tak boleh terus terang dengan dia? Kenapa aku pengecut sangat, arghhh!
---
TBC
Maaf part ni terpaksa disingkatkan, sebab author nak habiskan cepat cerita ni. Kalau ada sebarang typo tolong tegur k 😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top